Rabu, 2 Disember 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kata dua PAS kepada PKR : Sama ada untuk bersama PAS atau Pakatan Harapan ?

Posted: 02 Dec 2015 08:00 AM PST

PAS Perak bersedia untuk meneruskan perjuangan secara bersendirian bagi menentang parti keramat Melayu, UMNO apabila parti itu mengumumkan kini berpecah dengan Pakatan Rakyat (PR) setelah rakan sekutunya, DAP dan PKR beralih arah ke Pakatan Harapan. 

Kenyataan itu dibuat Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Razman Zakaria dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Perak, di sini.

 Menurutnya, PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) dan beliau mengesa supaya PKR membuat keputusan sama ada mahu bersama dengan parti Islam itu atau bertindak sebaliknya.

 "Kita tidak akan sama sekali menyertai Pakatan Harapan selagi PAN dan DAP terlibat dalam kerjasama itu.

 "Jadi kita sudah bersedia untuk untuk bertanding menentang UMNO dan juga Parti Harapan, dan oleh sebab itu PKR perlu menyatakan pendirian mereka sama ada untuk bersama PAS atau Pakatan Harapan," ujarnya.

 Razman menjelaskan, PAS akan merebut 22 kerusi di Perak dan kini ahli jawatankuasanya sedang giat menilai kerusi yang berpotensi untuk dimenangi mereka.

 Katanya, PAS Perak telah menubuhkan satu jawatankuasa khas melalui Lajnah Perpaduan Nasional bagi menilai calon kepimpinan dalam kalangan bukan Islam untuk diketengahkan pada PRU-14.

 "Calon-calon bagi kerusi ini sudah ada dan majoritinya adalah bukan Islam.

 "PAS negeri hanya memberi cadangan dan akur kepada segala keputusan PAS Pusat, dan kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan terdapat pertarungan tiga penjuru," ujarnya lagi.

 Dalam pada itu, beliau menambah PAS akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada Januari depan sebagai permulaan langkah awal menghadapi PRU-14.

 "Kita akan buat perhimpunan ini di Bukit Gantang dan saya yakin program ini akan berjaya dengan jangkaann 10, 000 orang peserta," kata Razman.

 Beliau turut menafikan dakwaan bahawa PAS tidak mempunyai ahli dan lumpuh berikutan tindakan seramai 200 orang ahli PAS di Parit Buntar didakwa telah keluar dari parti tersebut.

 "Itu hanyalah spekulasi dan tidak ada bukti 200 orang itu keluar dari PAS," jelasnya.

 Sementara itu, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak, S. Suriyanarayanan berkata, sikap DAP yang dilihat suka melaga-lagakan kaum membuatkan mereka tidak mahu lagi bekerjasama dengan parti itu.

 "PAS amat berbeza dengan DAP kerana PAS adalah sebuah parti yang bukan sahaja memperjuangkan Islam, tetapi memperjuangkan agama.

 "Sekarang ada 18,600 ahli dalam PAS dan saya jangkakan jumlah ini akan bertambah kepada 30,000 orang ahli selepas ini." ujarnya. - peraktoday

Komen al-Husseyn :

Sebelum ini Razman dalam laman Facebook beliau kira-kira jam 1.00 pagi pada 11 Julai 2015 menyatakan:

  "Mungkin PAS Perak akan bertanding 59 kerusi dalam PRU14. Meneruskan perjuangan Nabi Saw". ~ sumber

Tapi kenapa kali ini dia kata PAS hanya akan merebut 22 kerusi sahaja iaitu sama seperti PRU13 lepas.

Apakah PAS tidak berani meletakan calonnya di tempat-tempat yang ditandingi DAP dan PKR?

 Saya jangka, Razman tentu tidak akan lepaskan peluang untuk lawan DS Nizar di Cangkat Jering. Dia bukan ada peluang pun nak lawan Umno di Lenggong...Itu pun kalau dia menang kesnya memfitnah Nizar dimahkamah dua minggu lagi....

Ini bukti gejala 'takfiri' yang ada dalam PAS

Posted: 02 Dec 2015 01:57 AM PST


Label tohmahan seperti barua, broker, parasit , munafiq haraki dan pelbagai lagi penghinaan diberikan kepada beberapa pemimpin PAS tertentu sepanjang kempen pemilihan PAS yang baru lalu.

Sehinggakan fenomena ini pernah ditegur Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam yg turut terkejut melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.
"Saya tak pasti apakah dalam ajaran Islam atau dalam Al-Quran tiada larangan supaya jangan memfitnah dan melabel orang lain dengan label yang buruk.  Kenapa kita mengamalkan larangan Al-Quran dalam parti PAS?" soalnya dalam ucapan penangguhannya pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor. Baca lagi di sini 
Setelah sekumpulan pemimpin PAS tersebut keluar parti dan menubuhkan parti baru AMANAH yang berteraskan Islam, presiden PAS Hj Hadi mentohmahkan mereka  sebagai entiti yang lebih merbahaya dari musuh. 

Hj Hadi kata mereka itu sebagai pengkhianat yg perlu dihapuskan.

Ternyata kenyataan Hj Hadi ini sangat merbahaya kerana mengancam keselamatan mereka yang telah keluar dari PAS dan menubuhkan parti baru. 

Dalam surah Yaasiin ada satu  ayat yang yang maksudnya : "Wahai bani Adam, janganlah kamu ikuti syaitan, sesungguhnya syaitan itu bagi kamu adalah musuh yang nyata"

Kalau ditafsirkan kata-kata Hj Hadi 'mereka lebih merbahaya dari musuh' bermakna 'mereka yang keluar PAS itu lebih bahaya dari syaitan'?? 

 Hj Hadi kata, "Samada mereka kembali kepada kita, bertaubat atau dihapuskan" menggambarkan seolah-olah mereka yang keluar PAS sudah terkeluar dari agama Islam maka sebab itu dia kata perlu kembali semula dan bertaubat atau dihapuskan yakni sebagaimana hukuman terhadap mereka yang murtad - bertaubat atau dibunuh!

Kalau perkara seumpama ini bukan lagi dinamakan 'takfiri' korang nak namakan apa?

Walaupun begitu  mulut celupar cirit birit kalangan PAS menyerang pemimpin AMANAH, namun  presiden AMANAH, Hj Mohd Sabu tetap mengingatkan rakan-rakan pimpinan AMANAH yang lain supaya bersabar, jangan balas, jangan serang PAS.

Tapi bila Mat Sabu cuit sikit dengan mengatakan PAS diresapi pemikiran ISIS, semua wala'un PAS terpekik terlolong guna semua siku dan lutut mengamuk macam kena sampuk!

Sebelum ini Mat Sabu dan rakan-rakannya ditohmah menubuhkan parti baru kerana kumpulannya kecewa akibat kalah dalam pemilihan.Tuduhan ini berleluasa dan masih lagi berterusan.

 Mat Sabu perlu menjelaskannya dan diantara sebab musabab beliau dan rakan-rakan keluar PAS dan menubuhkan AMANAH adalah kerana 'PAS diresapi pemikiran ISIS'. Mereka serang Mat Sabu dan minta tunjukan bukti. 

Mat Sabu tidak pula merujuk kepada mana-mana pimpinan PAS yang diresapi pemikiran ISIS. Beliau menyuarakannya secara umum dan menuntut supaya siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran kumpulan itu yang menyebabkan suburnya budaya "takfiri" dalam PAS.

Takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan dan menghalal pertumpahan darah.


Berikut saya perturunkan satu lagi bukti (selain yg saya dah sebut mengenai Hj Hadi tadi), satu petikan dari artikel Harakah bertarikh 30.6.2015 yang bertajuk 'Tegas menangani anasir jamaah', ditulis oleh Izwan Abdul Halim (Exco Pemuda Pas Malaysia). 

Untuk makluman semua, sumber asal artikel tersebut  kini tidak dapat di akses. Kenapa ya? (mungkin sebab itu walaun berani mencabar minta bukti

Artikel tersebut menyimpulkan hukuman bunuh terhadap "kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga" yang dinisbahkan kalam tersebut kepada seorang tokoh veteran PAS di negeri Kedah. 
" Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga, dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, nabi suruh bunuh, jangan taruh". 
"Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak, ini hadith sohih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu, tapi orang yang tak percaya Hadis dan Quran payah kira, orang ni tak sah untuk lantik sebagai pimpinan" tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an Nisa.
Apakah kenyataan seumpama itu bukan satu gejala 'takfiri' dalam berhukum yang dibawa oleh PAS sehingga menyebabkan tuduhan kufur, murtad, berdosa dan mati jahiliah berleluasa di kalangan wala'un.


 Artikel tersebut masih boleh diakses melalui fesbuk Dewan Ulamak PAS Perak di sini. Saya screenshot bahagian yang vital berikut:



Artikel tersebut memuat naik pandangan seorang tokoh veteran PAS yang hampir 30 tahun sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan Baling turut menggesa pimpinan agar segera bertindak terhadap semua anasir di dalam jamaah dan akuinya pernah menyampaikan perkara tersebut kepada pimpinan. 

 "Jangan bela, jangan beri layanan langsung kepada puak-puak baru timbul ini sama ada PasMa, G18, kena pisah hapus jangan bagi sempat tumbuh. 

 "Dalam hadis riwayat Muslim ada kata, "Barangsiapa yang datang kepada kalian sedang urusan kalian berada di tangan seorang lelaki (pemimpin), lalu dia hendak memecah belah ikatan kesatuan dan mencerai beraikan jamaah kalian, maka bunuhlah dia". 

 "Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh. 

"Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak. Ini hadis sahih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu. Tapi orang tak percaya hadis dan Quran payah kira. Orang ni tak sah untuk lantik pimpinan," tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an-Nisa'. 

 Katanya, Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam pemerhatiannya mengambil pandangan mereka daripada golongan bukan Islam terutama DAP berdasarkan sikap berdiam diri anggota GHB tatkala DAP menyerang pimpinan PAS, di mana diam itu adalah tanda setuju.

Bekas Naib Presiden Pas, Ustaz Haji Ahmad Awang pernah menggesa Majlis 
Syura dan Dewan Ulamak Pas mengesahkan pandangan pihak tertentu bahawa mereka yang dikatakan keluar dari jemaah atau menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) adalah penderhaka, kafir dan boleh dipancung (hukum bunuh).


Petikan dari Perlembagaan PAS yang jelas menyatakan ahli boleh berhenti esbagai ahli ...
Ust Ahmad Awang menempelak pandangan tersebut dengan berkata:

"Jika keluar PAS kena hukum bunuh ikut hadis yang dibawa, maka orang yang tandatangan Perlembagaan PAS dulu yang perlu dibunuh kerana dalam Perlembagaan PAS membenarkan Ahli PAS keluar PAS dan bukan setakat keluar PAS malah mansuhkan PAS pun dibenarkan oleh perlembagaan PAS". 

ERL umum tambang naik RM20 tahun depan, diskaun diberikan

Posted: 01 Dec 2015 04:10 PM PST

Mulai 1 Januari, tambang ERL bagi perjalanan satu hala antara KL Sentral dan KLIA/klia2 akan dinaikkan kepada RM55, lebih RM20 dari kadar semasa, umum Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) hari ini.
Pengumuman itu dibuat selepas kerajaan mengeluarkan kenyataan pada Isnin, semua lebuhraya di bawah Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS) akan mengalami kenaikan sebanyak 5% bermula tahun depan.
Ketika ini, perjalanan sehala antara KL Sentral dan KLIA/KLIA2 berharga RM35.

Tahun ini sahaja, kadar tol bagi 12 lebuh raya seluruh negara mengalami kenaikan.
Bagaimanapun, untuk kereta api berkelajuan tinggi ERL itu, diskaun sehingga 20% boleh didapati apabila menggunakan kad kredit tertentu dan ERL kini sedang mengadakan perbincangan untuk menambah kepada senarai penerima diskaun.
Penumpang digalakkan membeli tiket secara atas talian, melalui aplikasi mudah alih dan dari kiosk ERL supaya mereka boleh menikmati diskaun 10%.
Pengguna Touch 'n Go juga boleh jimat 10% dalam tempoh promosi dan penumpang kapalterbang juga boleh jimat RM10 dengan membeli tiket penerbangan pergi balik antara KL Sentral dan lapangan terbang.
ERL juga akan menawarkan kad perjalanan bulanan di mana pengguna boleh mendapat diskaun untuk 44 kali perjalanan.
Warga emas dan orang kurang upaya akan terus menerima diskaun 30% untuk tambang sehala di KLIA Transit. – 1 Disember, 2015.- sumber

Tiada ulasan: