Sabtu, 19 Disember 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


JANGAN SOKONG PEMIMPIN YANG BOHONG DAN ZALIM

Posted: 19 Dec 2015 12:44 AM PST

Sebelum itu Dr Haron Din menyatakan tidak masuk akal dakwaan WSJ itu kerana berpendapat jika seseorang mahu melakulannya, ia tentunya melalui akaun rahsia dan bukannya akaun peribadi. 

 Presiden Pas Haji Hadi Awang pula, walaupun mengatakan Najib bukan malaikat tetapi turut meragui dakwaan terhadap Perdana Menteri itu sambil mengatakan, "kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang." 

 Tetapi  SPRM telah pun mengeluarkan kenyataan mengesahkan RM2.6 bilion itu disalurkan ke akaun perdana menteri tetapi ia sumbangan politik dari penderma, bukan dari 1MDB.  

  Maka saya ingin bertanya mengenai pendirian mereka berdua, Hj Hadi dan Haron Din; apakah perbuatan menerima RM2.6 billion derma ke dalam akaun peribadi Najib itu merupakan satu kesalahan atau tidak?

PM Najib gagal menjelaskan dengan jujur, berterus terang dan atas nama Tuhan mengenai wang RM2.6 billion. 

 Najib telah mengambil tidakkan yang drastik terhadap mereka yang lantang mempersoalkan dana tersebut. Anina Saadudin ahli Wanita Umno Langkawi yang dipecat dan Hamidah Osman bekas exco Negeri Perak telah dipecat kerana kelantangan mereka.

Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang didakwa atas cuba mensabotaj ekonomi kerana membuat laporan kepada pihak berkuasa luar negara berkenaan urus niaga 1MDB dan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Malah dua pemimpin tertinggi parti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal juga disingkir daripada Kabinet kerana mengkritik syarikat sarat hutang 1MDB dinaungi Najib.

 Sebaliknya PAS, terutamanya Hadi dan Dr Haron Din, terlihat ingin bertolerasi dan bersangka baik dengan Najib dan mahu rejim Najib ini dapat terus mentadbir negara ini.

Sama-sama kita renungi sepotong hadis berikut supaya kita tidak terjerumus sama menyokong pemimpin yang bohong dan zalim.
 عَنْ حُذَيْفَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهَا سَتَكُونُ أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنَّا وَلَسْتُ مِنْهُمْ وَلَا يَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَسَيَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ. قال شيخنا الشيخ شعيب الأرناؤوط : إسناده صحيح على شرط الشيخين . 
Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda :
"Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh".(Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya. Kata guru kami, Syeikh Syu'aib al-Arna'uth, sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim) 
Berhati hatilah kita semua jangan memimilih pemimpin yang bersekongkol dengan mereka yang zalim. Gunakkanlah akal dan ilmu yang Allah beri kepada kita untuk memimilih pemimpin yang beriman dan bertaqwa yang akan memandu kita kearah kejayaan di dunia dan juga dapat meraih keredaan Allah di akhiarat kelak. 

Ya Allah lindungilah kami daripada fitnah dunia dan akhirat! Amin...

Tiada ulasan: