Jumaat, 18 Disember 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mana ada penyamun mengaku penyamun??

Posted: 18 Dec 2015 01:48 AM PST

Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, sebarang kerjasama antara dua parti itu perlu meletakkan agama Islam sebagai kepentingan utama.

 "Kedua-dua parti perlu ikhlas bila bercakap tentang perpaduan. Kena letak kepentingan Islam mengatasi segalanya.
 "Kalau ingin bekerjasama kerana politik, perpaduan itu tidak akan ke mana.

 "Ia mungkin menjadikan dua parti itu bersatu seketika namun selepas itu bergaduh balik. Akhirnya jadi perpaduan penyamun.

 "Kerjasama perpaduan yang ingin dibina mesti bukan berasaskan politik, kaum dan kelompok namun perpaduan kerana Islam," katanya di sini

Komen al-Husseyn :

Suatu masa dulu beriya benar Hj Hadi menolak kerjasama dengan Umno, konon mahu kekal bersama PR.

Setelah  berjaya mengkucarkacirkan dan akhirnya meranapkan PR, kini projek UG yang sangat ditentang oleh almarhum TGNA sedang berjalan lancar dengan meletakan kepentingan Islam bagi tujuan penyatuan PAS dan Umno.

Mungkin Mohd Amar boleh jelaskan kepada kita semua apa sudah jadi dengan projek 'Just cut it like that'?

Umno menerusi Jamil Khir pernah menjanjikan jalan mudah untuk membantu PAS melaksanakan Hudud di Kelantan.Begitu mudahnya PAS menelan umpan melalui janji manis tersebut.


Menurut Mohd Amar Nik Abdullah UMNO perlu membantu mempermudahkan pembentangan RUU bagi membolehkan institusi Mahkamah Syariah diperkasakan.

Beliau berkata, jika hasrat kerajaan negeri itu masih gagal, maka kedua-dua parti akan kembali berperang.Kah! Kah! Kah! Umno dan PAS kini sebaliknya semakin berpedakapan dengan penuh berahi!

Najib setelah memecat Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal daripada kerajaan berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterimanya serta membelasah semua pengkritiknya,  Najib menawarkan salam kerjasama dengan Pas yang selama ini dimusuhinya.

PAS sendiri berserabut dengan skendal pembalakan haram di Kelantan yang kini masih lagi dalam siasatan SPRM.


Beberapa pegawai Perhutanan Machang dan seorang pegawai pengurusan tertinggi anak syarikat kerajaan negeri ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembalakan haram di hutan Simpan Ulu Sat Machang. Baca di sini .

Apakah dengan kerajaan negeri PAS yang masih terjebak dengan isu pembalakan haram melakukan kerjasama dengan Najib yang sedang bergelumang dengan skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion Pak Arab gila itu tidak dilihat sebagai perpaduan penyamun?

PAS hilang integritinya dan kelihatan seperti Badut Sarkis yang akan mengembirakan Umno!

Posted: 17 Dec 2015 08:09 PM PST

Umno Bahagian Kapar menafikan dakwaan mereka menghalau petugas PAS yang membantu mangsa banjir di Dewan Merak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru di Klang pada Rabu, kata timbalan ketuanya, Datuk Saroni Judi.

 Beliau sebaliknya berkata, dakwaan tersebar di media sosial kononnya ahli parti itu menghalau Unit Amal PAS keluar dari dewan adalah tidak benar kerana dewan berkenaan perlu dikosongkan bagi persiapan majlis perkahwinan Sabtu ini.

 Apa yang berlaku, katanya menurut akhbar Berita Harian, cuma salah faham kedua-dua pihak dan ia dakwanya diputar belit kerana perkara itu sudah dimaklumkan kepada pemimpin PAS kawasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman.

 "Pemilik majlis menempah dewan melalui pihak SMK Meru sejak beberapa bulan lalu. Esok (Jumaat) kerja persiapan untuk perkahwinan akan dimulakan. Sudah pasti persiapan perkahwinan memerlukan masa untuk disiapkan.

 "Oleh itu, pihak sekolah minta dewan ini dikosongkan dan Dr Rani bersetuju dengan cadangan ini. Hasil perbincangan, pihak sekolah mencadangkan semua 45 keluarga mangsa banjir dipindahkan ke 9 bilik darjah," beliau dipetik berkata akhbar itu.

 Media semalam melaporkan, Dr Rani meminta unit itu meninggalkan kawasan berkenaan kerana jika mereka tidak berpindah, pusat pemindahan mangsa banjir itu akan ditutup.

 Beliau dilaporkan berkata, arahan itu dibuat Ketua Umno Bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah kepadanya kira-kira jam 2 petang Rabu dengan alasan ia arahan "pihak atasan".

 Sebanyak 52 keluarga mangsa banjir dari Persiaran Hamzah Alang, Taman Sri Puteri, Taman Saujana, Taman Meru Utama, Taman Berkat dan Taman Bayu dilaporkan dipindahkan ke sekolah berkenaan. – 18 Disember, 2015. - sumber 

Komen al-Husseyn :

Bila dah kantoi, macam-macamlah alasan dicari supaya tidak nampak sangat bangangnya.

Tidak mungkin Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman salah faham mengenai arahan supaya Unit Amal yang membantu mangsa banjir meninggalkan kawasan itu.

 Sebelum ini dilaporkan,  Dr Abdul Rani Osman sendiri yang telah meminta unit Amal agar meninggalkan kawasan itu kerana jika mereka tidak berpindah, pusat pemindahan mangsa banjir itu akan ditutup.

Apakah Dr Rani pandai-pandai sendiri berkata "jika mereka tidak berpindah, pusat pemindahan mangsa banjir itu akan ditutup!"

 Katanya, arahan supaya unit itu keluar dibuat Ketua Umno Bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah kepadanya kira-kira jam 2 petang semalam dengan alasan ia arahan "pihak atasan".

Apa yang jelas kepada kita ialah, Umno akan terus mempermainkan PAS dalam pelbagai cara hingga PAS hilang integritinya dan kelihatan seperti Badut Sarkis yang akan mengembirakan Umno!

Tiada ulasan: