Nuffnang

Pengikut

ALHUSSEYN

sumber :-

ALHUSSEYN


MENYALAHGUNAKAN/SALAH TAFSIR HADIS TENTANG HUKUM KEWAJIPAN BERJEMAAH UTK KEPENTINGAN PARTI POLITIK TERTENTU.

Posted: 16 Dec 2015 10:50 PM PST

OLEH CHE IBRAHIM MOHAMED
Tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan 
dan menghalal pertumpahan darah - sila klik di sini
Akhir2 ini terlalu ramai lebai dan mereka yg merasakan diri mereka ulama telah menyalahgunakan hadis Rasulullah SAW berhubung kewajipan berjemaah dan dgn sengaja mentafsirkan secara salah hadis2 tersebut utk menghukum kumpulan yg mereka tidak senangi. 

Alangkah aib dan besarnya dosa golongan ini sanggup mengguna kan hadis2 nabi secara salah demi meraih keuntungan politik kumpulan mereka.

 Tidak ada sesiapa pun meragui dan menolak kesahihan hadis Nabi SAW memerintahkan ummatnya beriltizam dgn Jamaah Islam dan pemimpin mereka. Sabda Nabi SAW ketika menjawab soalan Abu Huzaifah Al Yamani sekiranya beliau berhadapan dgn zaman fitnah spt yg digambarkan oleh Rasulullah saw, lalu Baginda menyebut;

تلزم الجماعة المسلمين وامامهم 
(Hendaklah kamu beriltizam dgn " Al Jamaah Al Muslimin " dan pemimpin mereka)

 Perintah wajib beriltizam dgn jamaah muslimin ini telah diikuti dgn beberapa hadis lain yg menjelaskan tentang hukum mereka yg menentang atau keluar drp jamaah muslimin, iaitu:

 i. Wajib dibunuh atau diperangi ( فاقتلوه ) 
ii. Terkeluar drp ikatan Islam (خلع ربقة الاسلم من عنقه ) 
iii. Mati dlm keedaan jahiliah (مات ميتة جاهلية )

Hadis2 ini telah disalahgunakan dan telah ditafsirkan secara salah kerana kegagalan mereka ini membezakan antara " jamaah muslimin" dengan "jamaah islamiah" atau gerakan Islam.

 Imam Al Syaatibi ketika mentafsir makna perkataan " Al Jamaah Al Muslimin" adalah merujuk kpd lima (5) maksud yg popular:

a) Kumpulan ramai drp sahabat Nabi saw, 
b) Ulama Mujtahid, 
c) Ijma' Ulama, 
d) Jamaah Sahabat Nabi saw, 
e) Ahli Sunnah yg duduk di bawah satu pemerintahan Islam.

 Penentangan dan sikap sesetengah individu yg keluar drp ketaatan dan menggabung diri drp jemaah di atas adalah wajar sekali dihukum bunuh dan diperangi, atau sekiranya mereka mengambil sikap utk tidak bersama dgn jamaah ini, adalah wajar mereka disifatkan sbg mati dlm keedaan jahiliah kerana kehidupannya yg masih bercirikan jahiliah, tidak tunduk dan patuh kpd mana2 kerajaan atau kumpulan yg berdaulat.

 Namun menghukum seorang muslim yg lain semata2 kerana keengganan atau sikap mereka tidak menggabungkan diri atau keluar dari gerakan islam yg berbagai2 dlm dunia Islam hari ini adalah satu hukuman yg tidak adil dan terkeluar drp maksud asal hadis2 diatas. Kita ada berbagai gerakan dan pertubuhan yg mewakili berbagai2 bidang dan ruang perjuangan spt dakwah, politik, tasawwuf, seni, kemahiran dsbnya.

 Gerakan Islam atau jamaah islam hanyalah sbg alat utk membentuk sebuah Jamaah Muslimin yg berdaulat. 

Ianya diwakili oleh berbagai jamaah dlm berbagai cabang perjuangan dan bidang Islam sbg alat perjuangan. Wpun gerakan Islam yg digerakkan melalui satu wadah dan jamaah adalah suatu yg paling baik dan berkesan, namun kadangkala ianya memang tidak dapat dielakkan kerana latar belakang masyarakat dan persekitaran yg berlainan.

 Pas hanyalah satu parti politik yg ditubuhkan mengikut kehendak undang-undang negara sbgmana parti2 politik dan pertubuhan yg lain, kalaupun berbeza hanyalah disudut dasar perjuangan dan pendekatan yg digunakan. 

Sebagai sebuah parti politik, ianya jauh sekali dan mustahil utk berfungsi sbg jamaah muslimin yg memungkinkan siapa saja tidak bersama Pas boleh diperangi dan dihukum bunuh atau boleh menyebabkan sesaorang itu terkeluar drp Islam jika tidak bersama Pas. Bagaimana pula sekira ABIM, ISMA atau IKRAM dan TABLIGH membuat dakwaan yg sama kerana mereka juga berjuang dan bekerja utk Islam?? 
Petikan dari Perlembagaan PAS yang jelas menyatakan ahli boleh berhenti sebagai ahli ...
Jgn kelirukan masyarakat dgn menyamakan sebuah gerakan Islam sbg sebuah jamaah Islam yg wajib diberi bai'ah dan wala' yg tidak berbelah bagi. Jika Perlembagaan Pas sendiri membenarkan ahlinya keluar pas, membenarkan ahlinya dibuang atau dipecat drp Pas dan memberi pilihan kpd mana2 orang islam yg akil balligh utk bersama atau tidak dgn Pas, maka dimanakah kewajarannya utk kita menghukum sesiapa yg keluar drp Pas atau enggan menjadi ahli Pas sbg terkeluar drp Islam yg wajib dibunuh, dimanakah kewajarannya utk kita hukumkan sesiapa yg tidak bersama Pas, sekiranya mati, maka matinya sbg mati jahiliah???

 Takutlah kpd amaran Allah dan Rasulnya drp menjadi mereka yg menjual agamanya dgn dunia, menjual ayat2 Allah dan hadis nabi utk kepentingan puak dan kumpulan tertentu, yakinlah Jamaah Muslimin yg disebut dlm hadis2 kewajipan berjamaah tidak sama sekali merujuk kpd gerakan islam, badan2 dakwah atau parti politik yg hanya sekadar alat perjuangan, bukan aqidah perjuangan yg wajib iltizam. ~ sumber 

Berundurlah Najib, bagi laluan kepada pemimpin Umno lain yang lebih layak.

Posted: 16 Dec 2015 05:30 PM PST

Tidak gentar dengan tindakan yang bakal diambil lembaga disiplin Umno, 5 lagi ketua cawangan menuntut Presiden Datuk Seri Najib Razak berundur daripada jawatannya dalam satu sidang media malam ini.

 Mereka yang merupakan sebahagian Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) berkata, tindakan mereka itu bukan bertujuan melawan parti tetapi kerana sayangkan parti Melayu itu.

 Jurucakapnya Hamdan Abdul Rahman, yang juga ketua cawangan Umno Delima Lembah Keramat dalam bahagian Gombak, berkata mereka bukan melakukan sebarang jenayah.

 "Kami bukan lakukan jenayah, kami sayangkan parti. Najib perlu letak jawatan sebagai presiden Umno. Pemilihan parti yang dijadualkan 2016 perlu diteruskan.

"Tindakan terhadap pemimpin dan ahli Umno yang mengkritik parti perlu dihentikan kerana ini membunuh demokrasi dari dalam," katanya.

 Hamdan, bersama 4 lagi ketua cawangan dan 10 ahli cawangan, bercakap kepada pemberita di Taman Melawati, Ulu Kelang.

 Lima ketua cawangan tersebut adalah dari Delima Lembah Keramat, Taman Melawati, Kampung Kemensah Hilir, Jelatek Permai dan Lake View, Batu Caves.

 Hamdan berkata, pihaknya akan menggembleng tenaga mengumpulkan lebih ramai ketua cawangan bagi menyertai usaha mereka.

Jelasnya, terdapat kira-kira 200 cawangan Umno di bawah kawasan Parlimen Gombak yang mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri itu.

 "Kita (5 ketua cawangan Umno) yang berani berdepan. Kawan-kawan kita ramai juga yang kecewa, tapi ada masalah tertentu.

 "Ketika ini, ramai pemimpin yang mengeluarkan kenyataan yang merosakkan sokongan parti, tetapi tindakan mereka direstui hanya kerana mereka orang presiden," katanya.

 Hamdan turut mendesak Najib berundur bagi memberi laluan kepada pemimpin Umno lain yang lebih layak.

 "Kami harap pemimpin Umno tidak menganggap kami sebagai pengacau. Kami bukan pengacau. Kami sayangkan parti," ulangnya.

 Katanya, calon yang paling layak mengambil tempat Najib ialah Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 Sementara itu, ketua cawangan Lake View, Zainal Apandi, pada sidang media sama mendesak agar Najib mendengar suara akar umbi.

 "Kami mewakili akar umbi dan pengundi, ahli parti, serta rakyat biasa. Dan kami sertai gabungan ini kerana memang kami cintakan Umno. Kami tak setuju dengan pemimpin sahaja.

 "Suara akar umbi mesti didengar pemimpin. Yang undi esok, kami," katanya yang tidak menolak kemungkinan memboikot daripada mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

 Sementara itu, kekecohan kecil tercetus sewaktu berlangsungnya sesi itu dengan kehadiran seorang ahli jawatan kuasa (AJK) bahagian Umno Gombak, Farouk Ramly, yang menunjukkan rasa tidak puas hati dan terganggu.

 "Ini kecewa betul ini. Kalau betul kecewa, pergi depanlah," katanya, yang berpakaian kemeja-T merah dengan lambang Umno, dalam nada sindiran yang ditujukan kepada mereka yang berada di hadapan dan di sekelilingnya.

 Meskipun begitu, tiada sebarang pergaduhan berlaku.

 Farouk kemudiannya ditenangkan ahli Umno lain dan diminta beredar dari kawasan tersebut.

 "Tolonglah hormat sikit majlis orang, tak payah nak terpekik-pekik," kata seorang daripada hadirin. – 16 Disember, 2015.~ sumber

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT