Selasa, 15 Disember 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Majlis Keselamatan Negara rampas kuasa Agong?

Posted: 15 Dec 2015 01:00 AM PST

Yang di-Pertuan Agong akan hilang kuasa terhadap angkatan tentera jika Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) diluluskan, kata peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan, menambah rang undang-undang itu melanggar 3 artikel dalam Perlembagaan Persekutuan.

 Beliau berkata, rang undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan kerana ada banyak peruntukan di dalamnya yang bertentangan dengan Perlembagaan.

 "Kita temui isu baharu yang berkaitan ketenteraan – perundangan itu mengabaikan rantaian arahan secara keseluruhan berkaitan dengan tentera.

 "Mengikut Artikel 41, anda akan lihat Yang di-Pertuan Agong memberi arahan kepada tentera. "Kuasa itu kini diabaikan oleh RUU itu," kata Ambiga yang juga jurucakap kempen #TakNakDiktator menentang RUU itu.

 Beliau bercakap demikian pada sidang akhbar selepas taklimat kepada senator Dewan Negara di Parlimen, hari ini.

 Yang di-Pertuan Agong ialah komander kehormat dalam Angkatan Tentera Malaysia.

 Di bawah UU MKN yang diluluskan di Dewan Rakyat atau Dewan rendah Parlimen, perdana menteri yang mengetuai majlis boleh mengisytiharkan sesuatu kawasan keselamatan dan membenarkan tangkapan, pencarian dan penggeledahan dibuat di kawasan berkenaan tanpa waran. – 15 Disember, 2015. ~ sumber

'Hadi beritahu tak kerjasama dengan Umno'

Posted: 14 Dec 2015 08:30 PM PST

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu anggota bukan Islamnya bahawa parti Islam itu tidak mempunyai niat untuk bekerjasama dengan Umno.

 Perkara itu dimaklumkan oleh kedua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam dalam sidang media di ibu negara hari ni.

 "Saya telah sahkan dengan presiden (tiada kerjasama politik)," katanya di sini 

Komen al-Husseyn : 


3 Soalan mudah, tapi Najib tak tahu nak jawab??

Posted: 14 Dec 2015 05:00 PM PST

Terdapat tiga sebab kenapa rakyat Malaysia perlu tahu berkaitan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dua tahun lalu.

 Perkara itu diberitahu oleh peguam kanan Tommy Thomas kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

 Sebab pertama, kata Thomas, berkaitan sumber bayaran dan siapa individu yang membayar jumlah AS$680 juta itu.

 "Kedua, apa yang berlaku kepada wang itu dan akhir sekali kenapa ia diberikan.

 "Jawapan itu hanya boleh diperoleh jika Najib dibawa (ke ke kandang saksi) dan disoal balas," katanya.

 Thomas berhujah bahawa saman PKR berkaitan sumbangan itu patut dibicarakan dan tidak harus ditolak oleh mahkamah.

Komen al-Husseyn : 

Pengerusi Transparency International Jose Ugas sewaktu berucap di perasmian Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah yang diadakan di Kuala Lumpur bermula pada 3-6 September lalu telah mengemukakan dua soalan yang sama :

Siapa yang beri wang itu dan mengapa? 
Ke manakah ia pergi? 

Seorang lelaki boleh menjawab soalan-soalan tersebut. 

 Jika itu tidak berlaku maka hanya satu siasatan bebas sepenuhnya, bebas daripada campur tangan politik, boleh mendedahkan kebenaran. 

 Sehingga itu berlaku, tidak ada apa daripada kerajaan mengenai anti-rasuah akan dipercayai. Saya berdiri di sini hari ini dengan anda dan berkata ini adalah apa yang rakyat dan apa daripada kerajaan - kejujuran dan integriti.

Beliau mensarankan kerajaan Malaysia supaya menubuhkan satu badan siasatan bebas dari campur tangan politik untuk merungkaikan misteri dana RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi PM Najib. 

"Janji-janji sahaja tidak (cukup) untuk memulihkan keyakinan dan kepercayaan (orang awam)," tegas Ugaz Baca lagi di sini

Tiada ulasan: