Nuffnang

Pengikut

ALHUSSEYN

sumber :-

ALHUSSEYN


Amanah Perak akan mohon bantuan Sultan untuk menentang Rang Undang-Undang MSN

Posted: 14 Dec 2015 08:00 AM PST

OLEH ISTA KYRA SHARMUGAM 
Parti Amanah Negara (Amanah) Perak akan mendapatkan bantuan daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah Muizzuddin untuk meyakinkan raja-raja Melayu untuk menentang Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 Timbalan Pengerusi Negeri Amanah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, surat memperincikan bagaimana bil MSN melanggar Perlembagaan akan dihantar kepada Sultan, diikuti dengan himpunan tandatangan daripada mereka yang menentang rang undang-undang.

 "Kami akan memulakan kempen kutipan tandatangan terhadap Rang Undang-Undang MSN hari ini pada siri jelajah di Perak.

 "Ini adalah inisiatif Amanah Perak dan kami berharap ia juga akan diikuti oleh negeri-negeri lain," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Beliau berkata kenyataan raja-raja Melayu sebelum ini mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menunjukkan bahawa mereka juga mengambil berat tentang keadaan urusan pentadbiran negara.

 "Ia jarang berlaku bahawa Raja-Raja Melayu bersuara mengenai isu-isu yang memberi kesan kepada negara dan tindakan mereka itu mencerminkan kebimbangan mereka," kata Nizar.

 Pada bulan Oktober, raja-raja Melayu telah menyeru supaya tindakan yang sesuai dan tegas diambil terhadap mereka yang terbabit dalam siasatan 1MDB.

 Kenyataan itu dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, selepas mesyuarat pra-majlis Majlis Raja-Raja di Istana Negara yang diadakan sebelum mesyuarat ke-239 Persidangan Raja-Raja.

 Parti-parti pembangkang, aktivis, Badan Peguam Malaysia dan juga kumpulan antarabangsa, Human Rights Watch (HRW), telah menyatakan kritikan mereka terhadap Rang Undang-Undang MSN tersebut. 

Rang undang-undang itu membolehkan sebuah majlis yang diketuai perdana menteri mengisytiharkan suatu kawasan keselamatan dan arahan penangkapan, carian dan rampasan hartanah di kawasan itu tanpa waran. Pengkritik berkata, ia memberi perdana menteri "kuasa seperti ketika darurat" ketika kuasa sebegitu hanya terletak pada Yang di-Pertuan Agong seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

 Tidak seperti peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong, Rang Undang-undang MSN tidak memerlukan persetujuannya untuk kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan.

 Hak dan kumpulan masyarakat sivil, termasuk Amnesty International Malaysia, Lawyers for Liberty, Suara Rakyat Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia, juga telah bersatu untuk memulakan kempen #TakNakDiktator terhadap rang undang-undang tersebut.

 Rang undang-undang itu dibentangkan di Dewan Rakyat pada 1 Disember dan lulus hanya dua hari kemudian dengan undi suara, selepas lebih kurang enam jam perbahasan.

 Pakar undang-undang perlembagaan  Dr Abdul Aziz Bari berkata rang undang-undang MSN perlu  melepasi sekurang-kurangnya tiga sekatan sebelum menjadi undang-undang. 

 Pertama ialah Dewan Negara, diikuti oleh Agong yang boleh menolak untuk memberikan persetujuan kepada rang undang-undang, katanya. Lebih daripada 21,500 penyokong telah menandatangani petisyen di laman web change.org menggesa Dewan Negara untuk veto rang undang-undang MSN.

 Aziz berkata sekiranya Agong enggan untuk menandatangani rang undang-undang tersebut, sekali gus mencetuskan krisis perlembagaan, perkara itu boleh dibawa ke Mahkamah Persekutuan.  ~ sumber 

PAS akan membantu UMNO jika itu yang ditawarkan oleh UMNO atas dasar syariat Islam.

Posted: 14 Dec 2015 03:02 AM PST

Salam ukhwah dan silaturahim yang dihulurkan oleh Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak terus mendapat perhatian dan ulasan dari pentadbiran PAS dan kali ini giliran Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula mengeluarkan kenyataan.

 Beliau jelas berlapang dada dan bersyukur, akhirnya pemimpin tertinggi UMNO berani menghulurkan tali silaturahim kepada mereka demi kesejahteraan ummah dan kesepaduan umat Islam dan Melayu hari ini. Ujar beliau, jika UMNO untung, PAS rugi. Jika PAS untung, UMNO rugi. Tapi jika Islam untung, PAS dan UMNO tidak akan rugi.

 Ujar beliau, ada pihak yang menuduh UMNO akan mengambil keuntungan daripada kerjasama dengan PAS tetapi pada beliau UMNO akan tetap mengaut keuntungan tanpa PAS kerana melaksanakan syariat Islam. Beliau juga menegaskan, PAS tidak akan rugi apabila Islam semakin kukuh di Malaysia. Nik Mohamad Abduh seterusnya berkata, Islam bukan pada kata-kata dan janji tetapi keikhlasan, kesungguhan dan keberanian.

 Justeru, katanya, UMNO dan PAS terikat dan tergadai pada ketiga-tiga itu dan bakal menjalani hukuman Allah S.W.T jika tidak melaksanakannya. Sehubungan itu, kata beliau, PAS akan membantu UMNO jika itu yang ditawarkan oleh UMNO atas dasar syariat Islam. Menurutnya, PAS kekal membantu UMNO untuk melaksanakan Islam di negara ini.

 Beliau mengulas atas salam ukhwah dan silaturahim yang dihulurkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sewaktu berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 menjelaskan parti itu bersedia bekerjasama dengan PAS demi agama Islam dan kaum Melayu. tawaran kerjasama itu disambut baik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menegaskan kepentingan Islam menjadi agenda utama parti berkenaan sejak ditubuhkan.

 Namun, kata Abdul Hadi, PAS masih perlu meneruskan kerjasama dengan PKR berdasarkan keputusan yang dibuat majlis syura parti itu sebelum ini. Pada masa yang sama, sebarang keputusan berhubung masa depan parti berkenaan bergantung kepada Majlis Syura dan sebarang keputusan dari majlis berkenaan pastinya akan diikut oleh PAS secara total tanpa ada sebarang dakwa dakwi lagi.

 Mengulas tentang perkara berkenaan, Nik Abduh dilaporkan berkata, ia sememangnya amalan PAS sejak dari dahulu dan berhubung perkara ini, beliau tidak nampak dimana salahnya PAS dan UMNO kembali bergabung. Ini kerana, PAS dilahirkan dari dalam UMNO dan pernah bergabung dengan UMNO satu ketika dahulu.

 Apa yang beliau harapkan, kesatuan ummah dan penyatuan semua umat Islam demi memastikan Malaysia kekal diperintah oleh umat Islam berlandaskan syarak yang ditetapkan oleh Islam. Namun begiitu, beliau enggan mengesahkan PAS menerima sepenuhnya perlawaan ini. Semuanya masih tertakluk kepada Majlis Syura PAS dan pentadbiran tertinggi PAS. ~ sumber 

Biarkanlah PAS terkapai-kapai, biarkan, biarkan!

Posted: 13 Dec 2015 09:50 PM PST

Pakatan Rakyat terbukti telah mendapat sokongan rakyat berbilang kaum untuk menumbangkan kerajaan Umno/BN. Atas sokongan inilah, PR telah berjaya menawan 5 negeri pada PRU12.

 PR yang sepatutnya perlu memanfaatkan sepenuhnya kekuatan ini untuk meningkatkan kredibilitinya, telah mula goyah akibat terlalu yakin dengan kemenangan pada PRU13. PR mula tidak sekata dalam menentukan bakal Perdana Menteri jika memenangi PRU13.

 DAP dan PKR mahukan Anwar sebagai PM, manakala sebaliknya, PAS berkeras mahukan presidennya, Hj Hadi . Isu ini tidak dinafikan telah turut memberi kesan negatif terhadap momentum sokongan rakyat kepada PR yang dilihat walaupun belum menang PRU, masing-masing sudah mahu berebut ghanimah??

 Bagai perumpamaan omputeh : Still water runs deep. Atau Melayunya, air tenang jangan disangka tiada buaya...  Siapa yang boleh sangka sebuah pergerakan berpaksikan agama Islam seperti PAS boleh berlaku khianat??

Mungkin disebabkan mahu memastikan Hj Hadi boleh jadi PM, maka PAS tiada pilihan lain selain melakukan kerja-kerja sabotaj sewaktu PRU13 lalu terhadap rakannya sendiri khususnya PKR hingga berlakunya pertandingan tiga penjuru di beberapa kawasan yang akibatnya menghadiahkan kemenangan kepada Umno/BN. 

PAS mengambil jalan pintas tersebut untuk memastikan Hj Hadi jadi PM adalah umpama cerita yang sering kita dengar; orang menebuk bahtera untuk mendapatkan air secara mudah dan akhirnya mengakibatkan bahtera tersebut tenggelam. 

 Itulah yang terjadi kepada bahtera PR yang berlayar di lautan bergelora terbantut ditengah jalan dan akhirnya terus tenggelam. 

Setelah acapkali mengugut untuk keluar dari Pakatan Rakyat, akhirnya PAS memutuskan hubungan dengan PR, khususnya DAP sewaktu muktamarnya yang ke-61 lepas.

 Bukan sekadar itu sahaja, malah PAS telah mengambil tindakan yang amat drastik keatas pemimpin-pemimpin PAS lain yang telah berusaha kuat untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang diputuskan oleh muktamar-muktamar yang sebelumnya, ketika almarhum TGNA masih hidup.

 Pemimpin-pemimpin PAS yang terpinggir dengan cara yang keji dan terhina itu, atas desakan akar umbi dan beberapa NGO, akhirnya telah menubuhkan parti Amanah Negara demi meneruskan kesinambungan harapan rakyat supaya bahtera PR dapat dilayarkan semula.

 Bagi memenuhi harapan itu, AMANAH yang merupakan pengganti kepada PAS, bersama-sama DAP dan PKR telah membentuk satu pakatan baru untuk menggantikan PR yang sudah terkubur. Bahtera baru dengan misi dan visi PR, kini dijelmakan semula dengan nama Pakatan Harapan (PH).

 Bahtera PH, seharusnya dapat melayari badai dan gelombang dengan penuh keyakinan dan semangat juang yang kental. Pengkhianat yang suka main tikam belakang sudah dikenali dan sudah pun berada di luar terapung-apung bersendirian.

 Sokongan 52% rakyat yang pernah diberikan kepada PR mula bercambah semula untuk memberikan kepercayaan kepada PH yang melibatkan tiga parti iaitu AMANAH, DAP dan PKR.

 Sokongan ini dijangka akan naik lebih mendadak disebabkan kekecewaan sebilangan ahli Umno terhadap kepimpinan mereka yang ada sekarang. Orang-orang Umno yang kecewa ini sudah pastinya tidak akan memberikan apa-apa tambah nilai kepada PAS kerana PAS kini dilihat lebih mesra terhadap Umno. 

Umno dan PAS sudah jadi macam abang-adik. 

Pas tidak lagi dilihat sebagai musuh utama tetapi sebaliknya adalah sahabat yang mampu mengembalikan sokongan orang Melayu kepada Umno/BN, kata wakil Umno Terengganu di PAU kelmarin.

PM Najib sendiri telah pun menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan PAS….

Maka, PH seharusnya mengambil kesempatan diatas perkara ini. Walaupun Umno yang kecewa ini tidak akan menyertai mana-mana parti gabungan PH, setidak-tidaknya, penyokong-penyokong Umno yang kecewa ini akan memberikan sedikit laba kepada PH melalui undi protes mereka dalam PRU14 nanti. Harap-harap begitulah yang akan terjadi kalau mereka benar-benar mahu melihat kejatuhan PM Najib menjadi nyata!

Bekas Timb PM, Muhyiddin Yassin pernah menyatakan, "Jika situasi kita tidak bertambah baik, hanya dengan 2% penurunan undi, kita akan turun berada di paras bahaya menjadi 103 kawasan (Parlimen)." sumber 

 Maka itu, jangan diremehkan kemampuan bahtera PH dalam misinya mengharungi samudra PRU14 nanti. Kita tidak memerlukan PAS kerana AMANAH adalah pengganti kepada PAS.

 Rakyat memberikan sokongan kepada PAS kerana mereka muak dan mual dengan UMNO yang terlalu korup dan lemah. Maka PAS menjadi alternatif adalah kerana kaitannya dengan PR; bukan sangat kepada individu atau parti. 

Sebagai contoh kemenangan DS Nizar di Cangkat Jering yang memperolehi undi 14,499 sedangkan keahlian PAS di situ tidak sampai 1,000 orang pun.

Begitu juga YB Radzi Zainon di N43 Sg Rapat memperolehi undian 19, 240 sedangkan keahlian PAS di Dun tersebut hanyalah 800 orang sahaja.

 Statistik ini menujukan bahawa penyumbang utama bagi kemenangan mereka bukan dari kalangan pendokong parti PAS itu sendiri tetapi dari mereka yang di atas pagar yang jelek dengan korupsi Umno dan mahukan perubahan melalui PR.

 Rakyat telah melihat dan menilai bahawa PAS telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada PAS dalam PRU 12 yang lalu.

Pas telah memungkiri dan mengkhianati sokongan rakyat terhadap PR. Sokongan rakyat kini beralih kepada PH untuk meneruskan kesinambungan harapan rakyat supaya tidak terbantut ditengah jalan untuk menumbangkan Umno. 

Umno sering menakut-nakutkan pengundi dengan DAP dan pemimpinnya dilemparkan dengan bermacam tuduhan, antaranya pemimpin DAP dituduh Komunis, mahu membentuk negara Kristian, anti-Islam dan anti-Melayu. 

 Tetapi propaganda dan tohmahan ini telah turut diterima pakai oleh PAS sejak memutuskan hubungannya dengan DAP yang kini bersama-sama dengan AMANAH dan PKR dalam gabungan Pakatan Harapan. 

 Tidak dapat disangkal, bahawa Umno telah berjaya memperalatkan PAS untuk menguburkan PR dan kini mereka bersama pula mahu mejahanamkan PH.

 Mengapa ada pula yang mahu menjemput sipengkhianat itu menaiki bahtera baru ini? 

 Biarkanlah pengkhianat itu terkapai-kapai sebagai balasannya terhadap kerja-kerja khianat keatas kita selama ini.

 Presiden AMANAH selalu mengingatkan kita semua, bahawa musuh kita ialah Umno dan mereka yang berkawan dengan Umno, yang mahu memberi nyawa kepada Umno.Biarkanlah PAS terkapai-kapai, biarkan, biarkan!

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT