Khamis, 10 Disember 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


51 Dalil Mengapa PM Najib Razak Sudah Tidak Layak

Posted: 09 Dec 2015 06:30 PM PST


Perhimpunan Agung Umno 2015 yang sedang berlangsung kali ini dijangka akan menjadi semakin panas dengan tersebarnya satu rakaman video yang mendedahkan tentang kelemahan Najib Razak dan kegagalan beliau sepanjang pemerintahan sebagai Perdana Menteri.

Video tersebut menyatakan ada 51 dalil mengapa PM Najib sudah hilang kelayakan sebagai Perdana Menteri Malaysia.


1) Tidak berupaya mengawal isteri boros berbelanja 

2) Matawang ringgit jatuh mendadak dengan prestasi terburuk tahun ini 


3) Mengenakan GST bagaikan pukat harimau menjerat semua peringkat rakyat 

4) Kos sara hidup meningkat 


5) Memfitnah para pengkritik dgn mengatakan mereka ingin menumbangkan kerajaan padahal yg patut berundur cuma dia seorang sahaja. 

6) Mengampu Amerika dgn menerima TPPA 

7) Menggunakan pendekatan Cash Is King.Tabur duit untuk mendapat sokongan. 

8) Menangkap orang tak bersalah 

9) Menggalakan kewujudan anasir-anasir samseng seperti Ali Tinju dan Jamal Ikan Bakar Sekinchan 

10) Hubungan antara kaum tegang 


11) Meranapkan semangat muhibbah antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak 

12) Syarikat 1MBD berhutang sehingga RM42 Bilion 

13) Menjuat asset-aset stratejik Negara 

14) Pentadbiran mengamalkan rasuah 
15) Memecat orang yg menyiasat beliau

16) Melantik pengampu dan mereka yg mencari makan sebagai ganti untuk menyiasat beliau. 

17) Memecat orang yg cuba menasihati dan mengkritik beliau. 

18) Penakut – Tidak hadir di acara #Nothing 2Hide dan di parlimen untuk menjawab soalan pasal RM2.6 bilion. 

19) Tidak menepati janji Pilihanraya 2013. 

20))Menaikan Tol.  
21) Menaikan kadar elektrik 
22) Tambang teksi, morel, LRT dan ERL dinaikkan 

23) Menipu sesuka hati 

24) Tak boleh dipercayai. Tak ada kredibiliti .Tak ada integriti 

25) Lupa sejarah diri sendiri – Kacang lupakan kulit  

26) Menghapuskan sabsidi beras dan gula 

27) Membiarkan Singapura mengambil tanah KTM di Tanjung Pagar tanpa pampas an setimpal 

28) Mengambil Jho Low dan Stedlen menjadi penasihat 

29) Menghabiskan berbilion ringgit untuk konsultan separuh masak 

30) Mempunyai barisan menteri cabinet yang lesu dan bercakap seperti orang bodoh 


31) Kata nak pulangkan duit GST kepada rakyat tapi tak buat pun 

32) Terima scara peribadi RM2.6 bilion secara peribadi tapi tak bagi bukti siapa bagi dan untuk apa dibelanjakan 

33) Terima secara peribadi RM42 juta rakyat dari SRC international tapi tak bagi bukti untuk apa dibelanjakan 

34) Dia adalah hipokrit 

35) Tak tahu malu selalu mungkir janji 

36) Terus menerus menghina Tun Dr Mahathir. Tidak mahu mendengar nasihat 

37) Sekutunya Jho Low, Nik Faisal dan lain-lain dibiarkan melarikan diri dari siasatan 

38) Gagal mendapatkan undi 2/3 untuk BN di Pilihanraya 2013 

39) Hilang sokongan dari kaum bukan Melayu, sokongan dari Melayu makin menurun 

40) Gaya hidup mewah melebihi kemampuan gaji perdana menteri 

41) Mengguna pakai kuasa polis untuk menangkap orang yg melaporkan kesakahn dia 

42) Membelakangkan titah Raja-Raja Melayu untuk mempercepatkan siasatan salahlaku 1MBD 

43) Menyekat kebebasan media, mengharamkan suratkhabar The Edge tapa sebab kukuh 

44) Tidak pandai mengurus ekonomi Negara – Perbelanjaan kementerian dipotong 

45) Menyalahgunakan institusi kerajaan seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM 

46) Terlalu banyak program transformasi tapi hasil diragui 

47) Menukar UMNO menjadi UBNO – United Bugis National Organisation 

48) Kemudian menjadi Untuk Mohd Najib Only (UMNO) 

49) Terlalu mengejar populariti – Ah Jib Gor, 1M4U, I Love PM dll 

50) Malaysia menjadi negara paling korup dalam dunia 

51) Reputasi Malaysia jatuh dan dipandang hina oleh masyarakat dunia kerana masalah yang dia cipta sendiri.

Tiada ulasan: