Selasa, 24 November 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Hospital baru Parit Buntar: Alasan BANGANG kementerian kurangkan jumlah katil 75%

Posted: 24 Nov 2015 10:30 PM PST


Hospital Baru Parit Buntar - YB Dr. Mujahid di Parlimen
 
Macam ni la cara CELAKA kerajaan Malaysia jaga kesihatan rakyat. Bukan saja janji hospital baru terlewat lebih 7 tahun, bilangan katil pun dikurangkan, malah doktor pakar pun bukan tetap di hospital baru tu tapi cuma melawat dari hospital Taiping.

Memang patut sangat pun Parit Buntar dapat hospital baru pasainya Hospital Daerah Kerian yang ada di Parit Buntar yang dok ada sekarang ni dah lama sangat dah dan nampak semakin uzur. Bangunan hospital tu dibina tahun 1925, lebih 30 tahun sebelum merdeka.

Isu pasai hospital baru ni dah lama dah pasai setiap kali ada pilihanraya umum, pemimpin Umno akan buat janji nak buat hospital baru di Parit Buntar. Diulang setiap kali pilihanraya Umum sebagai janji yang dicapati.

Aku tak pasti sejak bila depa mula buat janji tu tapi yang pastinya macam yang dilaporkan oleh Utusan, masa sebelum PRU tahun 2008, masa Najib turun berkempen di Parit Buntar, dia buat janji rakyat daerah kerian akan dalat hospital baru, bukan setakat hospital baru tapi Hospital Pakar dengan 300 katil untuk menggantikan hospital lama tu.



Cenangau Daunkari

Adakah Malaysia akan sekali lagi berputih mata apabila Laut China Selatan diceroboh dan dikuasai oleh Tentera China

Posted: 24 Nov 2015 09:45 PM PST



Kapal TLDM ketika mendekati Kapal China Coast Guard di Beting Patinggi Ali dalam insiden yang menimbulkan kegusaran kepada rakyat Malaysia


KUALA LUMPUR, 24 Nov – Bekas pegawai TUDM, Mej Zaidi Ahmad TUDM, mencabar kerajaan Malaysia segera menempatkan tentera Malaysia disitu dan menaikkan jalur gemilang untuk membuktikan bahwa kerajaan pimpinan Umno BN tidak berbohong kepada rakyat.

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan bahawa Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Miri, Jamali Basri memaklumkan kali terakhir nelayan tempatan mengunjungi beting itu ialah pada bulan Mei lalu, selepas mereka kerap dihalau pengawal pantai China.

Dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui aplikasi whatsapp, Mej Zaidi Ahmad berkata 'Saya yakin kerajaan Malaysia tidak akan mampu melakukannya"
"Dalam polisi pemerintahan kerajaan Umno, soal pertahanan negara  bukannya keutamaan sebaliknya projek-projek mega untuk kepentingan dan keuntungan diri dan kroni diutamakan dan kebiasaannya dipalit dengan berbagai skandal dan penyelewengan"

Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan kejadian nelayan tempatan diusir daripada melakukan aktiviti di Beting Patinggi Ali oleh pengawal pantai China. Beliau yang bertanggungjawab ke atas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkata, tiada laporan sedemikian diterima oleh agensi berkenaan.

Zaidi turut menambah, "Status angkatan tentera Malaysia terus menjadi bahan lawak jenaka apabila negara kehilangan pesawat MH370 diatas ruang udara sendiri. Janji kerajaan Umno BN untuk mempertingkatkan keupayaan radar negara hanya tinggal janji. Pesawat sistem radar amaran awal dan kawalan atau AEWACS sekian lama dipohon oleh TUDM memandangkan negara jiran iaitu Singapura sudah memilikinya sebanyak 4 buah sejak tahun 80an lagi"

"Kerajaan China sedang membina sebuah pulau buatan di tengah-tengah Laut China Selatan (LCS) lengkap dengan kemudahan kem tentera dan landasan terbang. Apabila siap nanti rakyat Malaysia akan menyaksikan sebuah wilayah China akan wujud di LCS yang akan memisahkan Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak kepada dua bahagian".

Baru-baru ini Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengulas mengenai isu sama berkata gugusan Beting Patinggi Ali bukanlah kawasan yang wujudnya tuntutan bertindih antara Malaysia dengan mana-mana negara. Gugusan itu berada dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia berdasarkan peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982)

Zaidi Ahmad yang juga bekas Pegawai Memerintah No 12 Skn TUDM turut menambah, "Apabila kem tentera di pulau tersebut siap maka mudahlah bagi China untuk menguatkuasakan tuntutannya bahawa seluruh LCS adalah milik mereka. Maka adakah Malaysia akan sekali lagi berputih mata apabila kesemua telaga-telaga minyak Malaysia di LCS akan diceroboh dan dikuasai oleh Tentera China?"

 


Dipetik dari –  airtimes.my



Siapa Pegawai Kerajaan berpangkat tinggi yang gelar DS Najib sebagai "LEMBU"?

Posted: 24 Nov 2015 09:00 PM PST

Pegawai Inikah Yang Gelar Najib Sebagai 'Lembu'?

Melaui satu posting di facebook oleh pemilik akaun yang dikenali sebagai Maria Tay, dia mendakwa bahawa ada seorang hamba Allah ini telah menggelarkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak umpama seperti seekor lembu.

Melalui posting tersebut, individu yang disyaki terbabit dipercayai adalah seorang pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi. Menurut pendakwa, individu terbabit menggelarkan Najib sebagai 'lembu yang tidak berguna dan tiada kemampuan' ketika membuat satu kenyataan di hadapan hadirin termasuk duta-duta asing dalam sebuah majlis.

Namun begitu, dalam satu lagi posting berikutnya, Maria mendakwa bahawa individu tersebut tidak mengeluarkan kata-kata tersebut dengan jelas tetapi hanya membidas dengan hanya mengibaratkan Najib dan kroninya sebagai tidak berguna.

"Orang itu tidak secara khusus melabel Najib sebagai 'lembu yang tidak berguna' dan saya pasti tidak akan memuat-naikkannya.

"Apa yang saya maksudkan adalah bahawa orang itu memburukkan kerajaan dan semua pegawai atasannya hingga mereka seolah-olah seperti 'lembu yang tidak berguna'," katanya.

Ohhhhhh.. Mungkin perumpamaan 'lembu yang tidak berguna' itu diberikan sendiri oleh Maria bagi menggambarkan betapa dahsyatnya individu  yang didakwa terbabit membidas Najib.

Namun begitu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan  telah mengarahkan kementeriannya untuk menyiasat kesahihan dakwaan pemilik akaun facebook tersebut.

"Saya sudah berhubungan dengan Menteri (Datuk Seri Mustapa Mohamed)... Siasatan akan dijalankan. Ini tuduhan serius," katanya.

Sementara itu, dalam satu posting facebook milik Datuk Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu, beliau juga sebelum ini pernah mendakwa bahawa individu yang juga merupakan kakitangan kerajaan tersebut membuat kenyataan mengutuk kerajaan dalam satu majlis yang berlangsung beberapa bulan yang lalu.

Memetik posting Maria, individu tersebut mendakwa bahawa kerajaan perlu dibubarkan dan MITI tidak peduli kerana mereka boleh beroperasi dengan sendiri tanpa menteri-menteri yang tidak berguna.

Kenyataan berani mati tersebut turut didengari oleh dua perwakilan asing, ketua pegawai eksekutif dan eksekutif tempatan yang hadir. Identiti individu terbabit masih lagi dirahsiakan kerana isu ini masih lagi disiasat.

Dipetik dari - TiraGomez/UtaraNews.com


Mintak perhatian semua org2 kampung...

Posted: 24 Nov 2015 08:45 PM PST

Zaki Yamani's photo.

Syukur...
Mahal pun xper...
Asalkan jgn cina memerintah...
Hahaha...

 

Masalah: Bini cantik pun kena kecam juga! Lelaki dikecam kerana isteri cantik sangat. Madiha Abdullah, Astro Awan

Posted: 24 Nov 2015 08:15 PM PST


Zar Ali's photo.

Ada yang menuduh isteri Aisi sebagai mata duitan kerana Aisi bukan lelaki yang kacak. - Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Hanya kerana memiliki seorang isteri yang jelita, seorang lelaki dari wilayah Hebei, China menjadi mangsa kecaman pengguna internet. 

Mei Aisi, seorang ahli perniagaan, kini menetap di Ukraine dan bertemu jodoh dengan wanita berusia 19 tahun dari negara berkenaan. Mereka bertemu ketika Aisi baru sahaja memulakan kehidupan di Ukraine sebagai jurugambar, beberapa tahun lepas. 

Tidak dapat dipastikan nilai kekayaan Aisi namun dia kini sedang membina sebuah sebuah vila sendiri seluas 3,000 meter persegi. Mei Aisi 1 Foto: Facebook Walaupun datang dari keluarga yang sederhana,
Aisi telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan berjaya dalam karier. Pun begitu, tindakan Aisi memuat naik gambar isterinya di laman web Weibo mengundang rasa tidak puas hati pengguna Internet di China. mei aisi 3 Foto: 

Facebook Ada yang tanpa rasa bersalah menuduh isterinya sebagai mata duitan kerana Aisi bukan lelaki yang kacak. 

Pasangan itu mempunyai seorang anak. Memetik laporan CCTV News, Aisi berkata wanita Ukraine tidak begitu memandang rupa dan harta. 

Malah untuk memikat hati bakal mertua juga tidak sukar. "Anda hanya perlu bawa wain dan sejambak bunga, dan anda akan dapat restu mereka," kata Aisi. 


Posted by mountdweller.

Muhyiddin tidak akan rasmi mesyuarat sayap-sayap UMNO Adam Abu Bakar

Posted: 24 Nov 2015 07:30 PM PST


muyiddin1

Majlis perasmian Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO pada tahun ini akan dilakukan oleh ketua sayap masing-masing. 


VIDEO INSIDE
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan merasmikan mesyuarat sayap-sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO pada bulan hadapan.

Sebaliknya, Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak berkata, majlis perasmian mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO kali ini dilakukan oleh ketua sayap masing-masing.

Menjadi amalan Timbalan Presiden merasmikan mesyuarat sayap-sayap parti sempena Perhimpunan Agung UMNO.

"Keputusan ini dibuat atas cadangan sayap masing-masing dan atas kehendak mereka. Majlis Tertinggi (MT) UMNO menghormatinya," katanya pada sidang media ringkas selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Bangunan Parlimen, pada Selasa.

Mengenai Mesyuarat MT kali ini yang diadakan di Bangunan Parlimen, Najib berkata ia bukanlah sesuatu yang luar biasa .

"Kita adakan di perkarangan pejabat Parlimen sebab kita perlu dekat dengan Dewan Parlimen jika ada undi belah bagi.

"Pembangkang juga sering mesyuarat mereka di pejabat Parlimen," ujarnya lagi.



FMT.

Keluarga dakwa Kamal Hisham diseksa polis Mohamad Fadli

Posted: 24 Nov 2015 06:45 PM PST


kamal-hisham-jaafar_johor_600

Keluarga Kamal Hisham mendakwa peguam itu didera seperti seorang penjenayah walaupun perbicaraan kesnya belum berjalan.

PUTRAJAYA: Keluarga Kamal Hisham Ja'afar mendakwa bekas Penasihat Undang-undang Kerabat Johor itu yang berada dalam tahanan polis telah didera dan diseksa.

Adik Kamal Hisham, Norlizan Jaafar mendakwa, abangnya dilayan seperti seorang penjenayah sejak ditahan tiga bulan lalu.

Katanya, perkara itu sepatutnya tidak berlaku kerana abangnya belum didapati bersalah malah perbicaraan kesnya masih belum berjalan.

"Kamal Hisham telah ditahan selama 17 hari di lokap Cawangan Khas. Sepanjang tempoh itu, dia tidak diberikan sebarang pakaian, hanya dibenarkan memakai seluar dalam.

"Dia juga tidur di atas lantai yang kotor dan telah beberapa kali digigit lipan sehingga bengkak dan lebam di beberapa bahagian badan.

"Dan paling teruk abang saya juga tidak dibenarkan untuk menunaikan solat. Apa hak penjara memberi layanan sehingga begitu?," katanya kepada media di hadapan Kementerian Dalam Negeri di sini pada Selasa.

Norlizan berkata, layanan buruk polis sangat tidak wajar dan menghina Kamal Hisham yang diperlakukan seperti individu tidak bermaruah dan tidak berperikemanusiaan.

Dia sebelum itu menyerahkan memorandum kepada KDN yang mendesak siasatan dijalankan terhadap pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam kes abangnya itu.

"Kami ahli keluarga kepada Kamal Hisham dengan rendah diri dan penuh harapan memohon perhatian, pertimbangan dan tindakan dari Kerajaan Malaysia melalui KDN di bawah Datuk Seri Ahmad Dr. Zahid Hamidi untuk memandang serius layanan buruk pihak polis dan pegawai penjara terhadap Kamal Hisham," katanya.

Kamal Hisham yang pernah meninggalkan negara ini telah didakwa atas pertuduhan pecah amanah dan berkaitan Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Dia dibebaskan dengan ikat jamin RM200,000 pada awal Setember lalu tetapi ditahan semula selepas bebeberapa jam membayar ikat jamin.

Dia kemudian diarah ditahan di Pusat Tahanan Ayer Molek, Johor Bahru sehingga kes perbicaraannya selesai.


FMT

Mesyuarat MT UMNO berjalan tanpa Muhyiddin dan Shafie - Adam Abu Bakar

Posted: 24 Nov 2015 06:15 PM PST


muhyiddin

Muhyiddin kini berada di luar negara dan dijangka akan pulang esok manakala Shafie pula sedang mengerjakan ibadah umrah.

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO berlangsung pada pukul 6 petang Selasa seperti yang dijadualkan.

Bagaimanapun seperti yang dijangka, mesyuarat kali ini berlangsung tanpa kehadiran Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal.

Muhyiddin kini dilapor berada di luar negara dan dijangka akan pulang pada esok manakala Shafie pula sedang mengerjakan ibadah umrah.

Berbeza dengan biasa, mesyuarat kali ini diadakan di bangunan sementara Parlimen dan bukannya di ibu pejabat UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ini merupakan mesyuarat kedua selepas Muhyiddin dan Shafie disingkirkan daripada Kabinet Julai lalu.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pada pukul 5.55 petang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba bersama pemimpin tertinggi lain sebelum ketibaan Najib.

Terdapat spekulasi menyatakan mesyuarat ini sengaja diawalkan kerana pimpinan UMNO mahu membincangkan tentang pemecatan Muhyiddin dan Shafie.

Namun, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Mansor pada Ahad menolak spekulasi ini menyatakan ia didalangi pihak yang mahu mengeruhkan perpaduan parti.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa mesyuarat itu sengaja diawalkan daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 27 November.

"Semua pihak telah dimaklumkan mengenai tarikh mesyuarat tersebut dan ia diawalkan untuk memberi masa bagi persiapan Perhimpunan Agung UMNO pada 8 hingga 12 Disember nanti," katanya.


FMT

Saya tahu dipecat melalui televisyen – Hamidah Khairil Ashraf

Posted: 24 Nov 2015 05:45 PM PST


hamidah2

Beliau enggan komen pemecatannya dan satu sidang media khas akan diadakan pada Jumaat ini. 

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, beliau hanya tahu dipecat UMNO menerusi televisyen.

Katanya, beliau belum menerima apa-apa surat daripada parti yang memaklumkan telah dipecat.

Sehubungan itu, bekas Ketua Wanita Bahagian Gopeng itu enggan mengulas lanjut pemecatannya itu sehingga sidang media pada Jumaat ini.

"Saya tak nak komen dahulu. Saya akan buat sidang media (mengenai pemecatan) di Kuala Lumpur pada Jumaat.

"Setakat ini saya dengar dekat TV," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Keputusan memecat Hamidah itu diumumkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Hamidah, bekas Exco Kerajaan Perak didapati bersalah kerana melanggar disiplin parti.


FMT

UMNO pecat Ketua Wanita Gopeng Adam Abu Bakar

Posted: 24 Nov 2015 05:15 PM PST


hamidah

Datuk Hamidah Osman dipecat kerana bersalah melanggar disiplin parti.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman dipecat daripada parti kerana melanggar disiplin.

Keputusan itu diumumkan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi di Bangunan Parlimen pada Selasa.

"Dalam soal disiplin MT UMNO sebulat suara memutuskan Datuk Hamidah Osman dipecat daripada jawatan dan ahli UMNO atas perlanggaran disiplin.

"Perkara-perkara lain kita ada bincang tapi kita tidak ambil keputusan," katanya pada sidang media ringkas selepas mesyuarat itu.

Hamidah, Ketua Wanita Bahagian Gopeng pernah menjadi EXCO Kerajaan Perak.

Beliau lantang mengkritik kepimpinan Najib termasuk terlibat secara langsung dalam menganjurkan forum yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Keputusan itu sekaligus menamatkan spekulasi kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal akan dipecat sebelum Perhimpunan Agung UMNO bulan hadapan.

Muhyiddin dan Shafie tidak hadir mesyuarat itu kerana berada di luar negara.


FMT

ILMU

Posted: 24 Nov 2015 04:45 PM PST

Bang Maily II's photo.

Universiti hanya menyediakan ilmu sekitar 30% dan selainnya melalui pengalaman, itu sebab kekadang kita kurang yakin mereka yang lulus universiti bisa menyumbang sebaik mungkin seperti yang diharapkan.

Abraham Lincoln hanya lulus sekolah asas dan ia sendiri lahir di kulit beruang, ibunya suri rumah dan ayahnya hanya pembelah kayu api.

Kesan Abraham rajin belajar dan suka sangat membaca buku undang2 dan selalu saja berjalan kaki jauh berkilometer untuk mendapatkan buku dan kekadang naik kuda untuk mendapatkan buku apa saja dan akhirnya kesan bijak dan hebat perpidato, maka ia berjaya menduduki kerusi presiden Amerika Syarikat yang cukup dihormati lawan.

Untuk mencapai apa saja kejayaan kalangan kita kena kerja keras, rajin berusaha, banyak berIQRA, selalu berusaha dan terus berusaha dan tidak mustahil kalau terus berusaha dan berdoa, berdoa dan berusaha maka pasti sesiapapun akan berjaya tak kira apakah ianya islam agama, yahudi atau apa saja 
bangsa/agamanya pasti Allah beri segala ilmu kepada siapa saja yang usaha keras mendapatkannya.

Insyallah, jika kamu terus berusaha tanpa jemu dan tidak penduli apa saja rintangan akan pasti beroleh kejayaan sebab segala rintangan dan cabaran yang dihadapi itu sebenarnya ubat yang berkat untuk menjejak puncak.

Video Lelaki India Dibelasah Cuba Merogol Gadis Melayu - Posted by Kita Bantai

Posted: 24 Nov 2015 04:00 PM PST



Difahamkan 3 lelaki bangsa India telah ditangkap secara berjemaah oleh orang awam bangsa India juga kerana cuba merogol seorang gadis Melayu ... ketiga suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.




Berita selanjutnya akan menyusul.

Pelajar Ditemui Tergantung Selepas Jawab Kertas SPM Matematik Tambahan

Posted: 24 Nov 2015 12:51 PM PST



KUALA LUMPUR, 24 Nov: Seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM, yang juga seorang pelakon di dalam drama tempatan berbahasa Cina, dipercayai membunuh diri di rumahnya hari ini.

Pelajar berusia 17 tahun dari SMK Raja Abdullah itu dijumpai dalam keadaan tergantung di dalam biliknya di sebuah apartmen di Taman Jinjang.

Pelajar tersebut disifatkan oleh gurunya sebagai seorang yang bijak.

Timbalan Ketua Polis Sentul, Supt Mohd Sukri Kaman mengesahkan insiden terbabit.

Difahamkan, pelajar tersebut kecewa setelah dia tidak berjaya menjawab soalan di dalam kertas Matematik Tambahan 1 yang didudukinya hari ini.

"Dia memberitahu gurunya yang dia tidak dapat menjawab soalan-soalan itu

"Dia juga berkata dia mahu pulang ke rumah tetapi gurunya menasihatinya untuk tinggal di sekolah.

"Dia tidak mendengar (nasihat itu) dan pulang ke rumah", kata Sukri memetik laporan NST.

Gurunya menjadi risau apabila pelajar terbabit gagal menghadirkan diri di sekolah untuk menduduki kertas Matematik Tambahan II pada petang itu.

"Guru terbabit kemudian membuat panggilan telefon kepada ibu pelajar tersebut, menanyakan dimana pelajar itu berada.

"Ibu pelajar tersebut, yang bekerja di sebuah pusat membeli belah di KL, kemudian menelefon ibu saudara pelajar itu untuk memeriksa anaknya", kata beliau.

Ketika itulah ibu saudara pelajar tersebut menjumpai pelajar berkenaan dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam biliknya.

Polis menolak sebarang unsur jenayah didalam insiden terbabit.

Mayat pelajar berkenaan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.


- Siakapkeli

NAMPAK MACAM MELAYU TAPI BUKAN MELAYU

Posted: 24 Nov 2015 06:00 AM PST

Raja Kumbang's photo.
.
Melayu itu bila...

Aku lihat, 


Melayu mengaku Melayu apabila berniaga,


Melayu mengaku Melayu apabila mempertahankan Artikel 153,


Melayu mengaku Melayu apabila musim perayaan,
Melayu mengaku Melayu apabila menuntut hak keistimewaan.


Tapi,
Aku tertanya.


Bukankah Melayu lebih dari itu?

Aku bertanya, 

Tahukah kamu menghayati puisi?


Tahukah kamu seloka rakyat?


Tahukah kamu hikayat Melayu?


Tahukah kamu Melayu terkenal dengan kesopanan dan kesusilaan?


Tahukan kamu dengan falsafah keris?


Tahukah kamu dengan warisan persilatan?


Tahukah kamu setiap kesenian tarian?


Tahukah kamu dengan permainan tradisonal?


Tahukah kamu dengan budaya Melayu sebenarnya?


Tahukah kamu apabila lalu dihadapan orang tua, bongkokkan badan?


Tahukah kamu berberpantun dengan menggunakan pembayang alam dan persekitaran?


Aku tanya mana semua itu?

Tiada jawapan.


Aku tanya lagi,
Bagaimana dengan jawi?


Kenapa Melayu tidak mengerti dan tergagap membacanya?
Apakah mampu mengarang karangan dengan tulisan jawi?

Hurm.

Aku terduduk.

Melayu yang aku nampak.

Berniaga maju setahun dua. Bungkus semula.
Takut dengan kehebatan kaum lain.. 


Menjadi rasis.

Terkenal dengan "janji Melayu".


Paling ramai penerima BRIM, yakni pendapatan rendah.
Menjerit bertakbir mempertahankan Melayu dan Islam, tetapi buta jawi dan yang wajib tinggal.


Tun menegur Melayu Malas.

Kita sepatutnya sahut cabaran untuk membuktikan sebaliknya.


Bukan membenarkannya.


Melayu yang aku tahu,

Sangat berbudi bahasa walaupun dengan Nepal, Indonesia, Pakistan, dan lain-lain golongan bawahan.


Melayu yang aku tahu,

Mampu menjadikan bahasanya lingua franca.

Melayu yang aku tahu,

Sangat terbuka dan meraikan kaum yang lain. Sehingga maharaja cina menghantar Puteri Hang Li Po. 


Kita hidup bersama sehingga wujud Nyonya Baba.


Wujud golongan Mamak, dan berbagai lagi golongan hasil asimilasi dengan bangsa lain.


Kerana Nenek Moyang kita tidak rasis!
Melayu yang aku tahu,

Mampu membina sebuah Empayar yang hebat tanpa artikel 154.

Melayu yang aku tahu, 

Tidak pernah menanamkan sifat rasis terhadap anak bangsanya.


Melayu yang aku tahu,

Penuh dengan kisah pengajaran. Bukan suamiku arrogant, playboy, dan sotong!

Mungkin. 

Melayu yang aku tahu, hanyalah sebuah cerita mitos. Di mana aku akan sampaikan pada cucuku "Pada zaman dahulu, wujudnya sebuah kaum yang bernama Melayu".

Bagaikan bercerita tentang Atlantis. The lost Empire.
Bagaikan bercerita tentang Pompei. The destroyed land.

Ya, memang Melayu tidak akan hilang di dunia. Tapi sekadar di kad pengenalan.

Kau kata kau Melayu? 

Aku akan katakan..

Nampak macam Melayu,
Tapi bukan Melayu.



Puisi nukilan Muhammad Musoddiq Bin Jaafar.

Gabungan PAS-Umno Hanya Meroyan Guan Eng.. - Ir Khairil Nizam Khirudin Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 24 Nov 2015 05:15 AM PST


PETALING JAYA: Sayap Pemuda PAS menempelak Lim Guan Eng berhubung dakwaan berpanjangan Setiausaha Agung DAP itu kononnya PAS dan Umno akan bergabung.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, DAP sengaja menggunakan isu berkenaan sebagai senjata untuk 'menyerang' parti Islam itu yang kini bergerak sendirian.
"Hampir tujuh tahun berlalu, gosip PAS bergabung dengan Umno dimainkan. Namun PAS kekal istiqmah dengan perjuangannya tanpa sedikit pun ruang untuk bergabung dengan Umno seperti yang dicita-citakan Guan Eng.
"Memang pelik bila DAP lebih bersungguh mahu PAS bergabung dengan Umno berbanding orang PAS sendiri, mereka pula yang lebih ghairah bermimpi hingga melupakan tanggungjawab mereka dalam menguruskan amanah rakyat dan parti mereka.

"PAS amat jelas dan faham akan tahap meroyan Guan Eng yang dilihat masih kecewa kerana impiannya untuk melihat Presiden PAS dijatuhkan dalam muktamar lepas melalui rakan-rakan politiknya dalam Parti Amanah Negara sekarang telah menemui kegagalan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Selain itu menurut Khairil Nizam, serangan tanpa henti DAP terhadap PAS juga didorong oleh dendam dalam isu pemilihan menteri besar Selangor.

"Kini mereka mahu membuang PAS di Pulau Pinang dan Selangor. Sepanjang tujuh tahun difitnah, PAS kekal bersama mempertahankan kerajaan Selangor, berjuang mempertahankan kerajaan Perak yang digulingkan dan menyokong dasar-dasar positif kerajaan Pulau Pinang.

"Namun semua itu mereka padamkan daripada sejarah hanya kerana dendam selepas PAS menolak calon menteri besar Selangor pilihan DAP dan PKR," katanya.

Dalam pada itu Khairil Nizam turut mencabar DAP supaya bersemuka dengan PAS dalam pilihan raya umum akan datang seperti yang disuarakan oleh segelintir pemimpin parti berkenaan.

"Marilah bertanding demi melunaskan dendam kesumat. Penyakit orang gila seperti ini yang hanya mementingkan diri sendiri hingga membelakangkan kehendak rakyat seperti dalam isu menteri besar Selangor bakal memberikan kerugian kepada diri mereka sendiri dan secara tidak langsung memberikan keuntungan kepada Umno dan BN.

"DAP jelas tiada isu nak dibangkitkan untuk menyerang PAS melainkan gosip PAS bergabung dengan Umno," katanya. (mStar)



Khiaril Nizam Khirudin

Bekas ketua cawangan JPJ Muadzam Shah di dakwa terima rasuah RM12,300 THE MALAYSIAN INSIDER

Posted: 24 Nov 2015 04:30 AM PST

 
Seorang bekas Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Muadzam mengaku tidak bersalah atas 19 pertuduhan menerima barang berharga tanpa balasan berjumlah RM12,300 sejak 2012 hingga September tahun ini di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di Kuantan hari ini.

Azhar Ahmed, 51, didakwa menerima suapan berkenaan secara bulanan daripada pengusaha lori yang beroperasi di sekitar Muadzam Shah.

Tertuduh menghadapi tujuh pertuduhan menerima barang berharga daripada Mohd Sufian A Majid berjumlah RM5,600 antara Febuari hingga Disember 2012.

Azhar juga didakwa atas 4 pertuduhan lagi iaitu menerima barang berharga daripada Tan Lee Eng@ Tang Gee Yong berjumlah RM1,400 antara Julai dan Oktober 2012. Tertuduh turut didakwa atas 3 pertuduhan lagi iaitu menerima barang berharga daripada Rameli Majid berjumlah RM1,800 antara Julai dan Oktober 2012.

Lima pertuduhan lagi menerima suapan daripada A.Naganah dan Lin Ten Loi berjumlah RM2,400 dan RM1,000 serta RM100 daripada Yap Chia Shiang antara Julai dan September 2015.

Bagi semua pertuduhan tersebut, Azhar didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Habibah Mohamed Yusof menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM21,000 dengan seorang penjamin dan 22 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Shafinaz Shabudin. – Bernama


NAJIB JUMPA KIRAM, KENAPA DIAM?

Posted: 24 Nov 2015 03:45 AM PST

Bang Maily II's photo.

Memang aneh kelihatan para pemimpin BN ini sebab bila saja membangkang jumpa pemimpin luar siap dijadikan ISU sedang mereka sendiri lebih teruk tetapi tidak pula menjadi isu.

Nurul ke Manila jamputan mayor bagi pihak Manila dan ramai pemimpin NGO lain juga sama dijemput dan antaranya tentulah Nurul.

Nurul datang ke Manila tidak secara sulit, malah TERBUKA tidak pintu belakang dan acara pertemuan di Manila itu membincangkan isu bagaimana wujudkan perpaduan dan bukan peperangan.

Sebenarnya baik Najib termasuk Saffe yang ketika duduki kerusi Menteri, malah sebelum peristiwa Lhad Datu pernah berjumpa dan tidak pula pembangkang uar2kan dan bagi pembangkang itu perkara biasa sebagai pemimpin.

Malah Najib ketemu pemimpin Israel meski terjahat dalam dunia, pun bagi yang berfikir secara jauh mendepai waktu itu perkara biasa dan tiada yang harus dijadikan isu.

Sebenarnya yang kita lihat bukan isu Nurulnya itu tetapi para pemimpin BN berusaha menutup lobang yang mereka korek dan kemudian menutup semula dan untuk melupakan lobang yang mereka korek, maka dicipta lobang lain dan inilah cara pemimpin UMNO yang sarat dengan segala macam skandal yang bakal melingkupkan negara bangsa.

Skadal 1MDB, RM2.6 bilion, 42 juta, Tabung Haji dan kemudian dana Yapeim yang cukup mengejutkan rakyat dan tentu ada lagi yang belum dibongkar dan untuk menutup semua ini maka diangkat isu NURUL yang sebenarnya tidak membawa kesan apa-apa, malah rakyat yang tahu asyik mengetawakan cara BN hadapi masalah untuk kaburi mata rakyat.

Rakyat bukan sebodoh itu untuk diperbodohkan dan rakyat sekarang sudah tahu kesan media sosial yang cepat menyebar dan terbaik berhentilah menipu dan membohong rakyat.



BANG MAILY

Jual aset IPP bercanggah dasar negara

Posted: 24 Nov 2015 03:00 AM PST



Penjualan aset penjana tenaga bebas (IPP) di bawah anak syarikat Edra Global Energy Bhd kepada konsortium China - Qatar bertentangan dengan dasar negara yang mengawal aset strategik daripada dijual kepada syarikat asing.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, penjualan aset syarikat itu kepada konsortium asing akan membawa lebih banyak dagangan antara IPP dengan syarikat luar negara pada masa depan.

"Ini bertentangan dengan dasar negara yang selama ini menghalang aset strategik seperti pembekalan elektrik supaya tidak jatuh ke tangan syarikat asing dan tertakluk kepada had pegangan ekuiti asing sebanyak 49 peratus," tegas Naib Presiden PKR itu dalam sidang medianya di ibu pejabat parti itu hari ini.

Semalam Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy menjelaskan anak syarikat agensi pelaburan itu, Edra Global Energy Bhd, menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dengan nilai RM9.83 bilion.

Transaksi itu, kata Arul Kanda, dijangka selesai pada Februari 2016 juga mencatat kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB, seperti dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei lalu.


KedahLanie.

Salahguna Dana: 2 pegawai kanan Yapeim diarah bercuti, kata sumber

Posted: 24 Nov 2015 02:15 AM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dikatakan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yapeim semalam, membincangkan dakwaan terhadap institut itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 November, 2015. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dikatakan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yapeim semalam, membincangkan dakwaan terhadap institut itu. 


Dua pegawai kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) diarah bercuti sementara siasatan terhadap yayasan itu dijalankan, kata sumber. Sumber memberitahu The Malaysian Insider, satu mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yapeim diadakan pada 9.30 pagi di Hotel Putra, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Mesyuarat ini dipercayai membincangkan dakwaan terhadap penyalahgunaan dana Yapeim.


The Malaysian Insider difahamkan, mesyuarat itu dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Semalam, TV3 melaporkan kedua-dua pegawai tinggi itu sebagai Pengerusi Yapeim Datuk Abdul Malek Awang Kechil dan Timbalan Pengerusi Datuk Siti Zaleha Hussin.

The Malaysian Insider sudah cuba menghubungi kedua-duanya untuk pengesahan namun tidak berjaya.


Pendedahan-pendedahan dilakukan kebelakangan ini menyebabkan Yapeim terpaksa memberi penjelasan kepada hampir 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan.


Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim Datuk Abibullah Samsudin berkata pihaknya yakin perkara itu hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai penyelewengan dana dibuktikan tidak benar.


"Saya yakin pemberhentian (sumbangan dana) ini adalah pemberhentian yang bersifat sementara sehingga mereka yakin ini adalah fitnah dan mereka akan (kembali) meneruskan sumbangan kepada Yapeim," katanya seperti dilaporkan Bernama.


Selepas pendedahan terbaru skandal Yapeim di Perancis minggu lalu, semalam Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW) mendedahkan satu lagi dokumen menunjukkan yayasan itu terlibat dengan lawatan ke New York, Amerika Syarikat (AS).

Pengarah NOW Akmal Nasir berkata, program yang mencecah kos RM100,000 itu didakwa berlangsung pada 17 September, 2014 sehingga 27 September, 2014 dengan sasaran penglibatan 100 peserta di New York.


"Butiran terperinci menunjukkan pecahan perbelanjaan bagi tujuan ke New York mengikut agensi berikut iaitu, Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) sebanyak RM66,960 dan Yapeim RM101,720," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur semalam.


PAS Macam IS Serang AMANAH Dengan Kejam

Posted: 24 Nov 2015 01:30 AM PST




Naib Presiden Parti Amamah Negara (AMANAH) hari ini mendakwa anggota parti itu menjadi mangsa kepada 'tindakan melampau' ahli-ahli dan penyokong PAS.

Ahli Parlimen Parit Buntar dan juga bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menyamakan tindakan mereka sama seperti ciri-ciri rangkaian pengganas Negara Islam (IS).

Bercakap pada sidang media di Parlimen, Mujahid berkata anggota AMANAH dimaki hamun secara lisan dan juga di laman Facebook pada setiap hari.

Asasnya ialah sebaran secara sedar atau tidak disedari beberapa doktrin di kalangan pengkuliah dan penceramah agama antaranya menganggap jemaah atau kelompoknya memiliki kebenaran mutlak lalu mewajarkan pelabelan sesat, munafik dan mengkafirkan sesama umat Islam yang bukan dari kalangannya.

"Fenomena takfiri ini adalah asas pemikiran IS dan seumpamanya," katanya.

Menurut Mujahid, terdapat insiden di mana ahli-ahli PAS atau pengikutnya terus ke rumah-rumah ahli AMANAH dan memanggil mereka sebagai "kafir dan munafik" sebelum menoreh tayar kereta mereka.

"Orang-orang ini fikir mereka adalah kebenaran mutlak dan melabelkan yang lain (ahli-ahli AMANAH) sebagai sesat, munafik dan kafir serta tidak sama dengan mereka," katanya.

Memetik kejadian di mana pemimpin AMANAH diminta menceraikan isteri mereka kerana meninggalkan PAS, Mujahid berkata pemikiran itu adalah sama dengan kumpulan pengganas IS.

"Memilih wadah politik lain dengan meninggalkan parti lama dianggap pengkhianat dan layak mendapat laknat, malah ia dianggap seolah keluar daripada Islam.

"Inilah pelabelan murtad, sesat munafik dan tinggalkan jemaah yang dikuliahkan sebahagian pengkuliah dan penceramah.

"Corak pemikiran inilah yang membentuk gaya IS dan seumpamanya yang amat membahayakan masyarakat," katanya.

Mujahid juga mendakwa bahawa dengan berdiam diri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merestui tindakan tersebut.




Pendekatan anti rasuah di IPT oleh SPRM FMT Reporters

Posted: 24 Nov 2015 12:45 AM PST


sprm

Struktur mekanisme MESPR ialah, ketua sekretariat di semua IPT secara automatik akan mewakili universiti itu dalam Majlis Perwakilan Pelajar. 

PETALING JAYA: Satu Majlis Eksekutif Sekretariat Pencegahan Rasuah (MESPR) akan ditubuhkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), bermula tahun depan, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan generasi muda agar tidak terjebak dengan gejala rasuah.

MESPR yang akan dikelolakan sepenuhnya oleh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan memberi penekanan terhadap usaha penerapan nilai anti rasuah dalam kalangan mahasiswa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali berkata, SPRM akan mengemukakan cadangan iaitu ketua sekretariat di semua IPT secara automatik akan mewakili universiti itu dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

"Secara khususnya, struktur mekanisme MESPR ialah di setiap IPT mempunyai wakil daripada SPRM dalam MPP," katanya, lapor Bernama.

Mustafar berpendapat, pendekatan menerusi pendidikan merupakan cara terbaik untuk menimbulkan kesedaran tentang bahaya amalan rasuah kepada generasi muda supayamembenci rasuah dan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah serta ikhlas.

Katanya pihak SPRM akan mengadakan pelbagai program sebagai inisiatif meningkatkan pengetahuan mahasiswa mengenai jenayah rasuah dan berharap menerusi penyertaan mereka dalam sekretariat itu sebagai penyampai mesej anti rasuah kepada masyarakat.


FMT.

Pemilikan ekuiti Bumuputera semakin meningkat - Adam Abu Bakar

Posted: 24 Nov 2015 12:00 AM PST


wahid-omar,laporan-audit

Maklumat pemilikan ekuiti Bumiputera yang terkini bagi 2014 masih dalam pengiraan dan penganalisaan data.

KUALA LUMPUR: Pemilikan ekuiti Bumiputera sejak 2000 sehingga 2011 semakin meningkat, kata Menteridi Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid.

Katanya, mengikut rekod Unit Perancang Ekonomi (UPEN) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pegangan ekuiti Bumiputera pada 2000, 2009, dan 2011 mencatatkan peningkatan.

Manakala, pegangan ekuiti Cina bagi tahun-tahun yang sama pula mencatatkan penurunan.

Bagaimanapun, katanya, maklumat kawalan pengurusan termasuk pemilikan ekuiti Bumiputera yang terkini bagi 2014 masih dalam proses pengiraan dan penganalisaan data.

Jelas Abdul Wahid, dalam RMK-11, beberapa rancangan dan tindakan untuk meningkatkan pemilikan ekuiti beserta penguasaan efektif Bumiputera untuk mencapai sasaran sekurangnya 30 peratus pada 2020 akan dilakukan.

"Memperluas strategi pelaburan, meningkatkan pelupusan aset dan aktiviti bukan teras syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC)," ujarnya lagi.

Katanya, usaha untuk memperkukuh peluang komuniti ekonomi Bumiputera dalam aspek penyediaan bantuan kewangan, pemilikan aset, pekerjaan berpendapatan tinggi dan penguasaan dalam rantaian nilai akan dilaksanakan.

"Ia dilakukan di bawah strategi memperkasa modal insan Bumiputera, memperluas syer pemilikan kekayaan Bumiputera, memperkasa komuniti ekonomi Bumiputera dan memperkukuh keberkesanan penyampaian program berorientasikan Bumiputera," katanya.

Wahid berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah yang bertanyakan nilai dan peratus pemilikan ekuiti ke atas syarikat mengikut kaum dan warga asing pada tahun 2000, 2009, dan 2014.


FMT

Tiada ulasan: