Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


HUSAM TIBAI LEBAI DERIS

Posted: 05 Nov 2015 04:34 AM PST





Idris Penyokong Gaji Wakil Rakyat Mesti Besar?

Sinar Online menyiarkan ingatan YB Idris Ahmad kepada saya berkait kenaikan gaji MB/TMB dan Adun Kelantan.

Tak sangka beliau juga seorang yang melucukan dan sangat pro kenaikan gaji wakil rakyat.

Dasar kesederhanaan pemimpin yang dianjurkan oleh Pas nampaknya dah sirna belum sepenggal bergelar YB.

'Gaji wakil rakyat besar, senanglah rakyat' - itu logik YB Bukit Gantang.

Ya kah begitu? 

Ada sesetengah wakil rakyat, pintu pagar rumahnya pada kebanyakan masa berkunci.

Bila gaji sudah naik, pintunya akan terbuka?

Berbalik isu di Kelantan, adakah 'timing' dan 'keadaan' sekarang sesuai?

Adakah semua rumah rakyat dihanyut bah sudah terbina?

YB Idris meminta saya menyemak data mengenainya.
Siapa yang perlu menyemak? Saya atau Idris?

Sebagai Ahli Parlimen, dia patut tahu laporan menunjukkan masih banyak yang belum siap.

Tunggakan guru YIK belum berbayar sejak 16 bulan.

Bayaran pencarum Kifalah juga tertunggak. 

Peserta Ladang Rakyat belum menerima dividen. Dikhabarkan, mereka akan dibayar setakat sepuluh bulan sahaja bagi tahun ini.

Masih ada masa gaji Adun disemak. Bukan tak boleh semak.
Bulan Mac depan, Dun Kelantan akan bersidang lagi. 

Saya percaya, masa itu sebahagian besar isu yang saya bangkitkan di atas telah diselesaikan.

Lima bulan sahaja untuk bersabar berbanding sudah sepuluh bulan lebih rakyat dilanda bah menunggu.

Itulah pengorbanan, kalau pun hendak dikira sebagai berkorban.
Dengan itu, imej pejuang Islam di mata rakyat tidak rosak. 

Kewajipan langsung kerajaan kepada rakyat, seingat saya Pas mengajarnya, lebih utama untuk diutamakan.

Sudah selesai kewajipan langsung yang lebih utama, jika kemampuan kewangan mengizinkan, tidak ada salahnya keperluan terkini wakil rakyat disemak.

Mempertimbangkan 'timing' dan 'keadaan semasa' akan membolehkan wakil rakyat dipilih semula dan menikmati elaun yang telah dibesarkan itu. Jika tidak, mereka hanya akan menerima pencen saja....

Husam Musa
23 Muharam 1437
5 November 2015



VIDEO : Lagu ‘Mana hilang 2.6 bilion’ raih 80,000 tontonan

Posted: 05 Nov 2015 03:08 AM PST


Lagu 'Mana hilang 2.6 bilion' raih 80,000 tontonan

Lagu 'Mana hilang 2.6 bilion' raih 80,000 tontonan


Sebuah lagu dinyanyikan seorang penulis lirik bebas tempatan, mengenai derma politik RM2.6 bilion Datuk Seri Najib Razak yang diterima daripada seorang penderma Timur Tengah, sedang meraih perhatian ramai di media sosial.

Lagu bertajuk Mana Hilang 2.6 Bintang itu digubah Amirudin Hizadin, merujuk derma dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu, sebagai "bintang hilang" yang membuatkan seluruh dunia dalam kebingungan dan kegelapan.

Video muzik lagu akustik yang dimuat naik ke Facebook itu, serta dikongsi banyak laman sesawang terkenal, sehingga kini meraih 80,000 tontonan.

"Mana Hilangnya 2.6 Bintang" ialah sebuah lagu mengisahkan seorang pemuda tertekan hidupnya dalam sebuah negara pada zaman pemerintahan yang gelap," kata Amirudin menerangkan kisah di sebalik lagu yang ditulisnya.

Dalam lagu itu, beliau berdendang tentang kesusahan rakyat Malaysia, termasuk peningkatan kos sara hidup disebabkan harga tol, minyak, elektrik dan makanan yang semakin meningkat.
Beliau juga menyentuh tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai inisiatif kerajaan yang sepatutnya mengurangkan kesukaran kehidupan harian rakyat.

Walaupun lirik lagu itu tidak menyebut nama Najib, wujud rujukan terselindung kepada skandal berlanjutan perdana menteri itu yang menyebabkan timbul desakan untuk beliau meletak jawatan, mencetuskan kekecohan, berdasarkan komentar yang diberikan.

"Alangkah indahnya kalau Najib tidak ada… bintang pun kembali terang," kata Ant Man di akaun Facebook Sukan Star TV, di mana video lagu itu dikongsi.

Azimah Zainul menambah:"Sedihnya lagu ini, macam ada kena mengena dengan hidup saya… T_T."

Rini Reney berkata:"Bagus lagu ini… dalam kita troll, inilah realiti isi hati rakyat Malaysia…"

Di Youtube, Aaron Siva berkata:"Indah sampai buat saya mahu menangis."

Najib berdepan kritikan paling lantang sepanjang kerjaya politiknya berikutan pendedahan derma RM2.6 bilion itu serta skandal cabang pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Akhbar The Wall Street Journal yang mendedahkan perkara itu pada Julai berkata, sumber dana itu tidak diketahui, tetapi wujud pergerakan wang melalui pelbagai entiti berkaitan 1MDB dalam pelbagai jumlah, terbesar – AS$681 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada Mac 2013, sebelum pilihan raya umum pada Mei tahun sama.


‘Rafizi ganti Tony Pua: Arul ada berani?’

Posted: 05 Nov 2015 03:03 AM PST







'Rafizi ganti Tony Pua: Arul ada berani?'

'Rafizi ganti Tony Pua: Arul ada berani?'


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli daripada PKR akan menggantikan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP) untuk berdebat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.

Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan perkara itu hari ini dan menegaskan, perdebatan itu mesti disiarkan secara langsung di televisyen dalam program yang turut disertai penonton.

"Kami berharap menteri komunikasi dan multimedia boleh teruskan slot di RTM itu untuk siaran langsung perdebatan itu," kata Ketua Whip Parlimen DAP Anthony Loke Siew Fook pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pas Kelantan bermasalah: 50% ahli sokong Amanah – Penyelidik

Posted: 05 Nov 2015 03:00 AM PST

Pas Kelantan bermasalah: 50% ahli sokong Amanah - Penyelidik

 

 

Pas Kelantan bermasalah: 50% ahli sokong Amanah – Penyelidik


Walaupun perhimpunan raksasa PAS di Kota Baru bulan lalu menunjukkan parti Islam itu masih relevan di kawasan majoriti Melayu dan boleh berbangga dengan sokongan anak muda Islam, sebuah firma kaji selidik bebas mendakwa sebaliknya.

Menurut kajiannya, separuh ahli dan penyokong PAS di Kelantan akan menyokong Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pilihan raya umum akan datang dengan kebanyakannya daripada golongan muda, profesional serta bekas penyokong Berjasa dan Hamim sebelum ini.

Kira-kira 15% ahli PAS di Kelantan pula menyertai Amanah manakala 35% lagi masih berada dalam parti yang memerintah negeri Kelantan itu kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan kerajaan negeri yang dikuasai PAS itu.

Pengerusi Eksekutif Ilham Center Mohamad Hisomuddin Bakar yang mengkaji politik di Kelantan menemui fakta ini dalam kajian mereka yang terkini.

"Kami dapati sangat ramai aktivis Berjasa dan Hamim selama ini yang menyertai Amanah apabila ia ditubuhkan, di samping profesional dan golongan remaja yang menyertai parti baharu itu di Kelantan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, ramai penyokong Amanah yang memegang jawatan di bawah kerajaan negeri Kelantan.

Mereka terdiri daripada wakil rakyat, ahli majlis kerajaan tempatan, pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC), penghulu, guru halaqat dan jawatan politik kekal dengan PAS.

Mereka diberikan gelaran "harum manis" iaitu buah mangga yang kulitnya berwarna hijau manakala isinya berwarna oren.

"Mereka tidak mahu menimbulkan masalah dengan pengisytiharan menyertai Amanah," kata Hisomuddin mengulas kenapa fenomena ini berlaku.

Kelantan menjadi penyumbang utama keahlian Amanah apabila 8,000 daripada 30,000 ahli pertamanya semasa dilancarkan 16 September lalu berasal dari negeri itu.

Sokongan kepada Amanah ini diakui pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Bahkan Wan Rahim yakin, mereka boleh menang jika terpaksa bertanding 3 penjuru di kerusi paling kuat PAS iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit, dalam Parlimen Kubang Kerian.

"Kami yakin menang di Demit dengan calon yang kami ada di situ," katanya kepada The Malaysian Insider.

Namun, beliau tidak mahu Amanah dipersalahkan jika kerajaan negeri Kelantan, yang dibina bekas menteri besar allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat sejak 1990 lalu, jatuh.

Sebab itu, sejak awal, beliau mahu berbincang dengan PAS agar tidak berlaku pertandingan 3 penjuru antara PAS, Amanah (mewakili Pakatan Harapan) dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Bahkan katanya, Amanah bersedia tidak bertanding sebarang kerusi DUN di Kelantan jika perundingan dibuat antara kedua-duanya.

"Namun, PAS tidak pernah menghiraukan bunga yang kami tawarkan," kata Wan Rahim ketika ditemui selepas satu majlis dialog antara Amanah dan golongan profesional Kelantan di Kota Baru baru-baru ini.

Program yang diadakan di sebuah dewan milik sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) Islam itu menyasarkan hanya 70 profesional Kelantan, khasnya di kalangan doktor perubatan, ahli farmasi dan peguam.

Bagaimanapun, ia mendapat sambutan di luar dugaan apabila dewan itu dipenuhi ramai golongan profesional, terutamanya di kalangan para doktor dan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, khasnya Hospital USM sendiri.

Salah seorang doktor yang ditemui, Datin Dr Salehatun Salleh berkata, beliau masih bersama PAS tetapi pada masa sama mengkaji prospek Amanah, parti serpihan PAS yang ditubuhkan susulan tewasnya pemimpin progresif parti itu pada pemilihan Jun lalu.

"Kebanyakan kawan saya sudah sertai Amanah dan mereka kempen agar saya juga menyertainya," katanya yang saban waktu menyertai kuliah Nik Aziz ketika menteri besar, yang juga bekas mursyidul am PAS itu, masih hidup.

"Masa Tok Guru masih ada, kami orang profesional ni terasa sangat dihargai, tetapi sekarang mereka buat tak kisah sahaja," katanya memberikan justifikasi kenapa golongan profesional di Kelantan menyertai Amanah.


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT