WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
‘LIKEORANGE, PENCERAHAN POLITIK MASA DEPAN’ – AMANAH PERAK Posted: 04 Nov 2015 04:39 AM PST 'LikeOrange, pencerahan politik masa depan' – Amanah PerakCabaran besar dalam usaha menegakkan keadilan dan masyarakat bertamadun ialah mengeluarkan pemikiran ikut-ikutan pengikut-pengikut parti politik kepada pemimpin-pemimpin parti mereka. Oleh itu, Pemuda Parti Amanah Negara Perak melancarkan kempen LikeOrange untuk memecahkan kejumudan pemikiran rakyat Malaysia yang diindoktrinasikan secara songsang oleh pemimpin politik, terutama dari BN. Naib Ketua Pemuda AMANAH Perak Dr Mohammad Tazli Azizan berkata, sikap pemimpin yang memanipulasi cerita dan fakta, disulami dengan janji-janji manis, bersadurkan dalil-dalil untuk mendapatkan sokongan ahli parti menyebabkan penyokong parti politik menjadi tertutup, tidak rasional dan terlalu beremosi. "Walaupun saya kini bersama AMANAH, saya akan pastikan pimpinan yang bersikap sebegini akan ditegur, supaya mereka tidak memanipulasi fakta; sentiasa berlapang dada apabila ditegur; telus pada gerak kerja mereka; jujur; peduli dan inklusif tanpa ada kepentingan peribadi. Ia adalah akhlak Rasulullah yang wajib kita contohi. "Saya sendiri memohon teguran sahabat-sahabat sekiranya saya terikut-ikut cara pemimpin-pemimpin yang saya sebutkan seperti di atas. "Setiap jiwa ini, adalah jiwa yang merdeka. Tidak ada sesiapa yang akan bertanggungjawab (accountable) ke atas kita di akhirat kelak, melainkan diri kita sendiri. Tidak ada pemimpin atau jemaah atau parti politik yang boleh melindungi kita di padang Masyhar kelak. "Moga kita semua dapat menggerakkan usaha mendidik masyarakat ini menjadi masyarakat yang bertamadun," katanya dalam satu kenyataan yang diemel ke Suara pakatan daily. |
‘RAKYAT KELANTAN MASIH SUSAH, TAK PERLU NAIK GAJI YB’ Posted: 04 Nov 2015 04:37 AM PST 'Rakyat Kelantan masih susah, tak perlu naik gaji YB'Kenaikan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), kelantan yang diluluskan minggu lalu bukan sahaja dikritik oleh rakyat namun mendapat kritikan dari Adun Salor YB Datuk Husam Musa. Menurut Husam, walaupun kos hidup dan tuntutan perkhidmatan semakin meningkat serta memerlukan kenaikan elaun namun ramai juga rakan-rakan Adun berasa serba salah menerima kenaikan berkenaan. Katanya, Adun merasa segan untuk menghadapi pengundi kerana rakyat masih susah, Adun pula naik gaji. "Mungkin pilihan terbaik ialah tindakan reverse – memotong gaji demi kebersamaan bersama rakyat. "Tetapi nampaknya sukar. Menaikkan elaun Adun dari satu segi, adalah tangga untuk menaikkan elaun Exco, Tmb dan juga MB. Sama-sama naik. "Mengambil kira pandangan dan perasaan sebahagian rakyat, apa yang mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan ialah segera melunaskan semua tunggakan sebelum bayaran pertama kenaikan kepada Adun-Exco-MB dilakukan Januari depan," kata Husam dalam satu kenyataan. Katanya lagi, jika hal itu tidak berlaku, maka guru YIK akan terasa hati. Begitu juga peserta Ladang Rakyat yang mesti dibayar penuh dividen untuk tahun 2015 bagi 12 bulan (bukan sepuluh bulan seperti cadangan). "Rumah dihanyut bah pun belum ke mana, bukan? Tidakkah berkecil hati rakyat jelata kita yang kehilangan rumah semasa bah menunggu bulan demi bulan? Alih-alih, kita dulu menikmati gaji baru? "Kenaikan elaun itu menunjukkan kewangan kerajaan adalah kukuh. Jika kewangan kerajaan sebenar kukuh, tidak mungkin semua tunggakan YIK tidak mampu dijelaskan. "Saya agak, kerajaan Kelantan akan berjaya melakukannya. Jika tidak, imej kerajaan sukar dibaiki," ujarnya. Husam turut menolak laporan Bernama menyebut 45 Adun Kelantan bersetuju sebulat suara kerana beliau sendiri tidak hadir ketika sesi undian usul berkenaan. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan