Isnin, 23 November 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


DAP bangkitkan isu 77 sekolah agama di Johor terbengkalai empat tahun

Posted: 23 Nov 2015 09:08 PM PST


IMG-20150517-WA0064
JOHOR 23 NOV: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Gan Peck Cheng hari ini mendedahkan kegagalan Kerajaan Johor dalam membangunkan projek pembinaan 77 sekolah agama membabitkan peruntukan RM68 juta.


Dalam ucapan sulungnya sebagai ketua pembangkang yang baru, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penggaram yang juga Setiausaha DAP Johor itu kesal berikutan semua projek pembinaan itu terbengkalai sejak empat tahun lalu.


Beliau berkata, Kerajaan Johor perlu membentang status pembinaan semua sekolah berkenaan di dewan secara telus dan siasatan rapi perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca kegagalan projek ini.
Gan Peck Cheng 

"Saya bangkitkan perkara ini atas keperluan mendesak anak-anak untuk belajar, selain isu berkaitan sistem tadbir urus antara kerajaan negeri dengan agensi kerajaan negeri, pemaju dan kontraktor pembinaan," katanya pada sidang DUN Johor, hari ini.

Peck Cheng juga menggesa Kerajaan Johor melakukan reformasi struktur dan peranan berkaitan DUN bagi memastikan keberkesanan dalam aspek pelaksanaan dasar dan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Adun Johor.

"Kami wakil rakyat pembangkang juga ada peranan sama dengan wakil rakyat kerajaan. Seharusnya kami juga harus mendapat kerjasama yang adil dengan mana-mana PBT," katanya.
Selain itu, beliau berkata peranan ketua pembangkang DUN Johor juga harus diiktiraf secara rasmi bagi memastikan pembangkang dapat memberi khidmat dan peranan sewajarnya berkaitan dengan tugas di dewan.

1MDB jual Edra, aset negara jatuh ke tangan China, mana Perkasa?Penasihat?

Posted: 23 Nov 2015 08:43 PM PST





1MDB jual Edra, aset negara jatuh ke tangan China, mana Perkasa?

1MDB jual Edra, aset negara jatuh ke tangan China, mana Perkasa?Penasihat?


Edra Global Energy Bhd, anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) untuk RM9.83 bilion, menjadikan perjanjian gabungan dan pembelian terbesar dalam sektor tenaga Asia setakat ini.

Transaksi itu, yang dijangka selesai pada Februari 2016 juga satu kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB, sebagaimana dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei 2015.

"CGN Group adalah pemenang jelas dalam tender antarabangsa ini, berdasarkan objektif diumumkan 1MDB sebelum ini, iaitu memaksimumkan nilai, terma komersil yang boleh diterima dan kepastian pelaksanaan transaksi," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda, dalam kenyataan bersama hari ini.

Pembelian oleh CGN Group membawa komitmen pelaburan langsung asing yang penting ke Malaysia dan menunjukkan keyakinan kepada ekonomi, katanya.

1MDB, Edra dan anak syarikatnya telah memetrai perjanjian jual beli saham dengan CGN Group untuk jualan 100 peratus pemilikan dalam semua aset tenaganya, iaitu Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd (syarikat operasi Edra).

CGN Group akan membayar dalam tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar berkaitan dan tunai syarikat operasi Edra, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015.

Kenyataan itu berkata, tawaran indikatif untuk syarikat operasi Edra diterima pada Jun 2015 melalui proses tender yang ketat, berdaya saing dan antarabangsa yang dijalankan penasihat kewangan 1MDB, Maybank Investment Bank Bhd.

Rothschild bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Edra.
"Pelaburan ini merupakan komitmen besar oleh CGN Group sebagai sebahagian daripada inisiatif jangka panjang dan kepelbagaian global," kata Pengerusi Lembaga Pengarahnya, He Yu.

He berkata, kumpulan itu amat kagum dengan rangka kerja pengeluar tenaga bebas yang dikawal selia rapi, stabil dan telus di Malaysia, yang memberikan syarikat itu keyakinan untuk membuat pelaburan jangka panjang di negara ini.

"CGN Group adalah pelabur yang beranggungjawab. Kami akan bekerjasama rapat dengan Edra, platform global berpangkalan di Malaysia dan dijalankan Malaysia, dan secara bersama akan membawanya ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Yang paling penting, CGN Group akan memastikan bekalan tenaga yang tidak terganggu, menggunakan teknologi mesra alam dan mematuhi terma tetap perjanjian pembelian tenaga, untuk faedah rakyat Malaysia, katanya.

Konflik P. Pinang: PKR benarkan undi berkecuali isu sensitif

Posted: 23 Nov 2015 08:40 PM PST

Konflik P. Pinang: PKR benarkan undi berkecuali isu sensitif

Konflik P. Pinang: PKR benarkan undi berkecuali isu sensitif


Pertikaman lidah antara pemimpin PKR dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dianggap selesai selepas Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil menegaskan parti itu membenarkan pengundian berkecuali dilakukan dalam isu-isu yang sensitif.
"KEADILAN telah meneliti isu lima Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dari KEADILAN yang telah membuat keputusan untuk tidak mengundi usul yang dibawa seorang ADUN UMNO pada Khamis lalu.
"Secara dasarnya, KEADILAN membenarkan pengundian mengikut suara hati ("conscience vote") di dalam isu-isu tertentu.
"Pengundian lima ADUN KEADILAN pada Khamis lalu adalah berdasarkan "conscience vote" ini kerana ia merupakan suatu isu alam sekitar yang rumit," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Fahmi, meskipun KEADILAN tidak bersetuju dengan pendirian UMNO di dalam isu berkenaan, namun usul yang memohon supaya projek tebus guna tanah pada masa akan datang melalui proses kaji selidik alam sekitar yang menyeluruh adalah baik.

"KEADILAN berpuas hati dengan penjelasan lima ADUN tersebut, dan beranggapan "conscience vote" ini adalah amalan demokrasi biasa yang perlu digalakkan di negara ini.

"KEADILAN akan terus membawa suara rakyat di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

"Pada masa yang sama, saya memohon agar tiada lagi kenyataan yang dibuat oleh pimpinan KEADILAN oleh kerana perkara ini boleh dibincangkan dengan lebih lanjut di peringkat Pakatan Harapan," katanya lagi.

Melayu masih sayang BN, PH perlu kerja keras

Posted: 23 Nov 2015 08:35 PM PST



Melayu masih sayang BN, PH perlu kerja keras

Melayu masih sayang BN, PH perlu kerja keras


Meski pun pelbagai kontroversi melanda pentadbiran Najib Razak namun melalui tinjauan pendapat beberapa pemerhati politik mendapati kaum Melayu, pengundi terbesar di Malaysia masih menyokong BN.

Tinjauan wartawan Suara pakatan daily juga mengesahkan fenomena sedemikian. Lebih membimbangkan, Melayu rata-ratanya menganggap BN adalah sebahagian daripada kehidupan mereka dan tidak boleh dipisahkan.

Seorang pemandu teksi, Hassan dari Selayang, 70 tahun berkata, Melayu menganggap tidak perlu untuk mengubah kerajaan kerana ia adalah pemerintahan orang Melayu dan bukannya DAP.

"Bagi bangsa Melayu, BN ialah Umno dan Umno ialah BN. Justeru itu, masyarakat Melayu rasa tidak perlu lagi untuk ubah kerajaan kerana kerajaan Malaysia sudah pun kerajaan Melayu. Inilah pemikiran bangsa Melayu," katanya.

Beliau sinis apabila ditanya adakah Pakatan Harapan akan memenangi PRU14. Katanya, pembangkang kelihatan berpecah-belah dan ianya salah satu faktor Melayu lebih sanggup mengundi BN di mana semua parti komponen bersatu dan tunduk kepada kata-kata Umno.

Pemandu teksi bernama Rajoo, 40 tahun dari Kuala Lumpur pula berkata bangsa Cina dan India dewasa ini semakin tidak mempedulikan senario politik Malaysia kerana kedua-dua bangsa itu berpendapat BN akan sentiasa menang dan mendapat lebih daripada 85 peratus sokongan pengundi Melayu.

Ada juga kumpulan profesional India dan Cina seperti jurutera, akauntan serta doktor yang berhasrat ingin berhijrah ke negara lain selepas PRU14 jika situasi masih kekal sama.

"Minda Melayu akan kekal bersama Umno," kata seorang jurutera bernama Johnson Raj berusia 28 tahun.

GAMBAR YANG BERBICARA

Posted: 22 Nov 2015 10:34 PM PST


 

 

Izzah tidak berhasrat bertemu Jacel Kiram


KUALA LUMPUR 22 November- Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menegaskan beliau tidak pernah berhasrat bertemu anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Sebaliknya, katanya, Jacel Kiram merupakan sebahagian tetamu yang hadir pada satu program di Manila 9 November lalu dan beliau cuma diajak bergambar dengannya.

n_izzah 

"Di sini saya ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali memanggil mesyuarat atau pertemuan dan tidak pernah berkenalan dengan Jacel Kiram.

"Dia merupakan salah seorang daripada 15 tetamu yang dijemput penganjur program, iaitu Council on Philippine Affairs & The Asian Institute for Democracy, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat Naib Presiden Filipina," jelasnya dalam kenyataan media semalam.

Menurut Izzah, semua yang hadir program itu bergambar dengan beliau sebagai tanda sokongan terhadap laporan Kumpulan Kerja Mengenai Penahanan Tanpa Bicara PBB yang menggesa agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan serta-merta.

"Saya tahu dan faham ahli-ahli keluarga patriot dan perajurit yang terkorban akibat pencerobohan Lahad Datu dan rakyat Malaysia amnya cukup terasa dan marah akibat gambar saya dan Jacel Kiram.

"Saya berasa amat kesal atas hakikat ini.

"Simpati dan sokongan saya dari dulu hingga bila-bila adalah kepada para perajurit pahlawan negara yang terkorban serta komuniti-komuniti yang masih terkesan akibat konflik ini serta desakan puak pemisah," ujarnya.

Izzah berkata, sebagai Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia yang setia kepada negara, beliau akan sentiasa mempertahan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia yang tercinta.

Beliau menegaskan tiada apa yang hendak disembunyikan dan  bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjelaskan lawatan ke program tersebut.


Posted: 22 Nov 2015 10:23 PM PST


3,000 penyumbang YaPEIM tarik diri

KOTA BAHARU: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan memberi penjelasan kepada kira-kira 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan.

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin, berkata pihaknya yakin perkara itu hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai penyelewengan dana dibuktikan tidak benar.

"Saya yakin pemberhentian (sumbangan dana) ini adalah bersifat sementara hingga mereka benar-benar yakin ini adalah fitnah dan mereka akan (kembali) meneruskan sumbangan kepada YaPEIM.


"Kita akan hantar kenyataan akhbar dari semasa ke semasa supaya mereka akhirnya akan memahami perkara sebenar yang sedang berlaku," katanya selepas menghadiri sesi penerangan tertutup berhubung isu yang melanda YaPEIM anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Profesional Kelantan di sini, malam tadi.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Siti Zaleha Hussien dan Anggota Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Prof Datuk Mahamad Naser Dis.

Mengulas lanjut, Abibullah berkata, YaPEIM kini mempunyai kira-kira 5,000 penyumbang dana di bawah dana Amal Jariah yang menyumbang minimum RM1 hingga maksimum RM500 setiap bulan.
Dalam pada itu, Abibullah berkata, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat berhubung pengurusan kewangannya, namun turut menyerahkan perkara berkenaan kepada polis untuk siasatan secara menyeluruh.

Beliau turut mengakui ada pegawai yayasan berkenaan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana ia masih dalam siasatan.

YaPEIM menjadi perhatian sejak minggu lalu, berhubung dakwaan salah guna dana dan lebihan pembayaran gaji kepada pengurusan atasannya. - BERNAMA



ADAKAH MESYUARAT DI PARLIMEN BERTUJUAN MENGHALANG AHLI UMNO BERHIMPUN DAN MEMUDAHKAN LAGI PEMECATAN?

Posted: 22 Nov 2015 09:59 PM PST

 

 

SHAHBUDIN .COM


Perkara yang menjadi tanda tanya paling besar mengenai mesyuarat MT UMNO pada 24 November ini ialah mengapa ia diadakan di Bangunan Parlimen dan tidak di Menara Dato' Onn di PWTC?

Walaupun mungkin ada mesyuarat MT pernah diadakan di tempat-tempat lain selain ibu pejabat UMNO sebelum ini,  tetapi rasanya belum pernah lagi ia diadakan di Bangunan Parlimen.

Malah sepanjang mengenali UMNO, saya juga tidak pernah mendengar ada mesyuarat MT diadakan di situ. Saya turut bertanya dengan beberapa pemimpin veteran UMNO dan mereka juga mengesahkan bahawa sejak dahulu pun memang tidak pernah mesyuarat MT diadakan di Parlimen.

Semua Presiden UMNO secara umumnya sedar Parlimen adalah milik rakyat serta merupakan tempat tertinggi untuk menggubal undang-undang dan bukannya kepunyaan mana-mana parti politik. Oleh itu, tidak seharusnya sebarang acara atau mesyuarat parti politik diadakan di situ.

Tetapi kenapa Najib Razak begitu berani mencipta sejarah dan tanpa segan silu melanggar kelaziman itu dengan memulakan amalan menjadikan Parlimen sebagai tempat untuk mesyuarat MT UMNO?

Apakah mesej yang mahu disampaikannya kepada rakyat? Apakah selepas ini lebih kerap MT UMNO akan bersidang di Parlimen?

Logikkah alasan Azalina Othman Said bahawa mesyuarat MT UMNO kali ini diadakan di Parlimen yang berkebetulan dengan sessi Dewan Rakyat sedang berlangsung untuk mengelakkan berlakunya sebarang usul tergempar yang mungkin dibawa oleh pihak pembangkang?

Masuk akalkah juga hujah Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pemilihan Parlimen sebagai tempat mesyuarat kali ini ialah untuk memudahkan Ahli Parlimen yang menjadi ahli MT UMNO untuk menghadirinya?

Bukankah antara Bangunan Parlimen dengan ibu pejabat UMNO kalau mengikut istilah orang-orang lama hanya "sepelaungan" saja jaraknya?

Berkenaan tarikh asal mesyuarat MT pada 27 November tetapi diawalkan kepada 24 November, bolehkah diterima alasan Tengku Adnan bahawa ia dicepatkan kerana  Perhimpunan Agung UMNO tahun ini yang ditetapkan pada 8 hingga 12 Disember sudah begitu hampir tarikhnya?

Banyak sangatkah bezanya tarikh asal 27 November dengan tarikh baru 24 November? Tidakkah tindakan mengawalkan tarikh mesyuarat daripada Jumaat kepada Selasa semata-mata supaya ia boleh diadakan di Bangunan Parlimen memandangkan tiada sessi Parlimen pada hari Jumaat?

Selain itu, dengan UMNO sudah memulakan mesyuaratnya di Bangunan Parlimen, apakah selepas ini semua parti-parti komponen BN, oleh kerana mereka sedang menguasai kerajaan, akan turut mengadakan mesyuarat masing-masing di Parlimen juga?

Bolehkah dibayangkan jika MCA, MIC, Gerakan atau parti-parti dari Sabah dan Sarawak bersilih ganti menjadikan Parlimen sebagai tempat bermesyuarat mereka?

Yang nyata dan mudah difahami, oleh kerana salah satu agenda penting mesyuarat MT pada 24 November ini ialah untuk memutuskan sama ada memecat atau menggantung keahlian Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Tun Mahathir Mohamad daripada UMNO, maka dengan melangsungkannya di Parlimen, ia hanyalah bertujuan untuk memudah dan melicinkan lagi segala perancangan itu.

Apa pula kaitannya pemecatan atau penggantungan dengan mesyuarat di Parlimen?

Jika kita masih ingat, dalam mesyuarat MT UMNO sebelum ini yang dihebohkan Muhyiddin dan Shafie akan dipecat susulan pengguguran mereka daripada kabinet, ribuan penyokong kedua-dua pemimpin itu berkumpul di Bangunan UMNO dengan pelbagai sepanduk serta poster dan ia akhirnya bukan saja menyebabkan sebarang tindakan tidak jadi diambil, bahkan juga turut membuatkan Najib datang dan pulang dengan melalui pintu belakang lantaran bimbang sesuatu respon yang tidak diingini berlaku terhadapnya.

Tetapi,  dengan kali ini MT mengadakan mesyuaratnya di Bangunan Parlimen, tidak ada penyokong mana-mana pemimpin akan dibenarkan memasuki bangunan itu berikutan faktor kawalan keselamatan yang sedia ada di situ dan akhirnya Najib dapat mengelakkan sebarang reaksi atau protes yang tidak diingini berikutan pemecatan atau penggantungan yang akan dilakukannya.

Apatah lagi kali ini, bukan saja Muhyiddin dan Shafie yang dipercayai akan diambil tindakan, bahkan juga akan melibatkan sama Tun Mahathir yang lebih ramai penyokong setianya.

Sudah tentu jika tindakan sedemikian diputuskan di Bangunan UMNO, puluhan ribu penyokong Muhyiddin, Shafie dan Tun Mahathir tidak ada masalah untuk bergabung, berhimpun dan memprotes lantaran kemarahan terhadap keputusan yang diambil itu.

Ia juga mungkin mengakibatkan Najib sekali lagi terpaksa hadir dan pulang melalui pintu belakang sebagaimana mesyuarat MT sebelum ini.

Lalu, dengan memindahkan  mesyuarat MT ke Bangunan Parlimen, Najib dengan mudah dapat menjadikan semua kemungkinan buruk dalam kawalannya serta mengelakkan sebarang protes yang tidak diingininya.

Itulah sebab terbesarnya Parlimen jadi pilihan pada 24 November ini dan bukan lagi ibu pejabat parti sendiri. Alasan dan hujah lain hanyalah rekaan dan auta sahaja. (SH 23/11/2015).

Mesyuarat MT Umno dipercepat, Muhyiddin, Shafie tak sempat hadir

Posted: 22 Nov 2015 09:53 PM PST

Mesyuarat MT Umno dipercepat, Muhyiddin, Shafie tak sempat hadir

Mesyuarat MT Umno dipercepat, Muhyiddin, Shafie tak sempat hadir


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak spekulasi berhubung mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijadual Selasa ini (24 Nov), sambil menyatakan ia didalangi pihak yang mahu mengeruhkan perpaduan parti.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa mesyuarat itu sengaja diawalkan daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 27 Nov memandangkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dilaporkan kini berada di luar negara.

"Semua pihak telah dimaklumkan mengenai tarikh mesyuarat tersebut dan ia diawalkan untuk memberi masa bagi persiapan Perhimpunan Agung Umno pada 8 hingga 12 Dis nanti," katanya kepada media selepas Program Berkhatan Perdana Wilayah Persektuan di Putrajaya hari ini.

Mengenai kertas siasatan oleh Lembaga Disiplin berhubung beberapa pemimpin parti, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata siasatan masih berjalan dan apabila siap, laporannya akan diserah kepada MT untuk membuat keputusan.

"Terserah kepada MT untuk mengambil tindakan atau tidak… ia hanya khabar angin," katanya.


P/S: Tiga hari lepas Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata beliau tidak tahu tarikh mesyuarat dipercepatkan.

Nazri menempelak tulisan anak kepada bekas Setiauasaha Agung Umno Tan Sri Sanusi Junid, Akramsyah Sanusi di blognya yang mendakwa bahawa mesyuarat itu dipercepatkan dari 27 November kepada 24 November.

Tujuan mesyuarat itu diawalkan, didakwa, bagi menghalang timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden, Datuk Seri Shafie Apdal menghadirinya kerana mereka masih berada di luar negara. Muhyiddin hanya akan pulang pada 25 November, sementara Shafie masih menunaikan umrah di Mekah.

"Bagaimana budak ini (anak Sanusi) tahu agenda mesyuarat itu walaupun dia bukan anggota Majlis Tertinggi.

"Saya sendiri tidak tahu Majlis Tertinggi sepatutnya bermesyuarat pada 24 November dan bukannya 27 November," katanya kepada Malaysiakini.

Sekarang terbukti ada yang tidak kena dalam Umno. Stail konspirasi era Mahathir pecat Anwar dulu sudah kembali. Kita tunggu siapa yang kena lepas 24 November ini ………….



Cawangan Umno lancar penentangan terbuka ke atas Najib

Posted: 22 Nov 2015 09:51 PM PST



Cawangan Umno lancar penentangan terbuka ke atas Najib

Cawangan Umno lancar penentangan terbuka ke atas Najib


Tekanan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan semakin kuat apabila sebanyak 34 cawangan Umno lagi dari lima buah negeri mendesak beliau melepaskan jawatan presiden Umno.

Ketua-ketua Umno cawangan dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah sebulat suara mendesak agar Najib meletakkan jawatan itu selepas mengadakan pertemuan semalam.

Ini kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kredibilitinya memimpin parti itu, lapor Sinar Harian Online hari ini.
Ketua Umno cawangan Taman PD (Port Dickson) Utama Mohd Isa Mohd Yasin berkata mereka memberi sokongan penuh dan meletak harapan yang tinggi terhadap Najib semasa peralihan jawatan bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi kepada beliau.

"Namun, apa yang berlaku hari ini tidak seperti mana yang diharapkan dan sudah ramai yang sangsi dengan Umno," katanya seperti dilapor portal itu.

"Melalui mesyuarat ini juga, kita mahu parti tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap timbalan presiden, naib presiden, ketua cawangan atau mana-mana ahli Umno yang tampil membuat kritikan kepada parti," katanya lagi.

Portal itu juga melaporkan Mohd Isa juga mendakwa pihak mendapat sokongan hampir 5,000 ketua cawangan lain di seluruh negara dan bercadang untuk mengadakan himpunan besar-besaran bulan depan.

Bagaimanapun lokasi untuk perhimpunan itu masih belum ditetapkan, katanya dalam laporan itu.

"Kita yakin akan mendapat sokongan lebih satu perempat daripada cawangan Umno di seluruh negara.

"Tindakan kami ini tidak didorong oleh mana-mana pihak, sebaliknya atas kesedaran sendiri untuk mengembalikan hak bersuara dalam Umno kepada yang benar-benar berhak iaitu ketua Umno cawangan sebagai akar umbi supaya parti dapat diselamatkan," katanya.

Pada bulan lalu, seramai 13 ketua cawangan Umno sekitar kawasan Telok Kemang turut mendesak Najib berbuat demikian manakala Rabu lalu pula sekumpulan pemimpin akar umbi Umno yang mendakwa mewakili 20 cawangan Umno di Sepang turut menggesa perkara yang sama.

Tiada ulasan: