Sabtu, 7 November 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Kini Menggelupur Dengan Pendedahan Husam

Posted: 07 Nov 2015 12:31 AM PST

Kerjasama BN: Timbalan Presiden PAS kata tak perlu

PAS berkata dakwaan bekas naib presiden parti itu Datuk Husam Musa bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno dan beberapa wakil PKR tidak benar.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu juga sudah dinafikan oleh Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar pada 2014.


Kata Tuan Ibrahim PAS juga tidak mempunyai sebarang keperluan untuk bekerjasama dengan Umno di Selangor.

"Kenyataan tersebut tidak betul sebab kita di Selangor tidak ada keperluan bekerjasama dengan Umno seperti yang didakwa oleh Husam," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Husam dalam satu ceramah di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas dilaporkan mendakwa Abdul Hadi mengaku pernah cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

Usaha itu, kata Husam, cuba dijalankan dengan memujuk beberapa ADUN daripada PKR menyertai gabungan berkenaan.

Klip video ucapan Husan dimuat naik di Facebook pagi ini dan cepat dikongsi pengguna Internet.

Mungkin panggil Husam

Husam yang juga ADUN Salor tidak menyatakan insiden mana dimaksudkan dalam ucapannya itu.

Bagiamanapun, Husam dipercayai merujuk situasi ketika kerajaan Pakatan Rakyat berdepan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali tahun lalu.

Mengulas lanjut apakah PAS akan mengambil tindakan kepada Husam, Tuan Ibrahim berkata parti itu akan meneliti terlebih dahulu kenyataan tersebut sebelum dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim tidak menyatakan bilakah mereka akan bermesyuarat.

"Kita akan teliti terlebih dahulu kenyataan beliau sebelum dibawa ke mesyuarat parti dan hanya akan ambil tindakan berdasarkan laporan yang diterima.

"Mungkin Husam boleh dipanggil untuk beri keterangan berhubung perkara itu," kata Tuan Ibrahim. -mk

ULASAN GB

Nampaknya pimpinan dan ahli-ahli PAS bukan saja lintang pukang malah kini sedang menggelupur ekoran pendedahan Husam Musa di dalam ceramahnya di Kelantan kelmarin.

Masing-masng kini menggunakan segenap kekuatan yang ada untuk menafi, menghentam malah memfitnah Husam lantaran terkejut dan terkujat dengan pendedahan Husam itu.

GB suka jika Husam dipanggil oleh PAS. GB kira Husam tidaklah gentar untuk menghadapinya kerana ia peluang untuk Husam mendedahan lebih banyak menegenai isu Kerajaan Perpaduan.

Sesuatu yang aneh ialah pendedahan Husam ialah mengenai langkah Haji Hadi yang berusaha untuk membuat kerajaan perpaduan dengan UMNO. Sepatutnya PAS merujuk kepada Haji Hadi untuk penjelasan dan kesahihan. Ini tidak, Husam yang diburu dan dihentam. Sama macam kerajaan UMNO BN, yang dilaporkan tak disiasat, tetapi orang melapor yang kena siasat kena dakwa.

Tentang penafian setpol Haji Hadi yang bernama Ahmad Samsuri (yang menurut sesetengah pihak beliau merupakan Ketua Lujnah Penafian & Pembetulan PAS Pusat - iaitu tukan nafi dan tukang betulkan apa yang Haji Hadi cakapkan), GB sudah ulas sehari selepas kenyataan itu dikeluarkan iaitu pada 25 Ogos 2014. Petikan:

S/U Politik Presiden PAS menafikan laporan The Malaysian Insider (TMI), tetapi akhbar online tersebut tetap mempertahankan laporannya.

Apa yang jelas ialah penafian S/U Akhbar tersebut tidak menyentuh laporan TMI berkenaan. TMI melaporkan tentang apa yang berlaku pada mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat semalam, sedangkan yang dinafikan oleh S/U Politik Presiden PAS ialah apa yang berlaku pada pertemuan Azmin Ali dan Presiden PAS. Justeru itu, penafian S/U Politik Presiden PAS itu tidak betul dan tidak sah. Entah macamana boleh jadi S/U Politik Presiden jika penafian pun dah salah, bertaraf doktorate plak tu!

Kedua, TMI mendapat maklumat daripada seorang AJK PAS Pusat yang menghadiri mesyuarat semalam. Ada juga yang mendesak TMI menamakan siapa AJK berkenaan. TMI berhak untuk tidak menyiarkan nama AJK berkenaan kerana etika kewartawanan meemperuntukkan pihak media untuk tidak perlu mendedahkan identiti sumber berkenaan. Kerana ia bakal mendedahkan sumber berkenaan kepada unsur-unsur kemerbahayaan yang tidak diduga kecuali dengan perintah mahkamah.

Ketiga, ketika ulasan ditulis BELUM ADA sesiapa pun daripada AJK yang hadir mesyuarat berkenaan menafikan laporan TMI tersebut.

Keempat, Untuk membersihkan nama Presiden PAS, saman dan tindakan undang-undnag boleh dikemukakan terhadap TMI dan mengheretnya ke mahkamah.
Sehingga kini, TIADA tindakan undang-undang dilakukan terhadap TMI. Bererti, PAS tidak mempunyai kekuatan dan krediliti di dalam penafiannya.

Dan jangan lupa juga, dua orang AJP PAS Pusat pernah mengakui tentang rancangan kerajaan perpaduan di Selangor itu, sekalipus "membenarkan" apa yang didedahkan oleh Husam berkenaan. Lagi mahu sembang kecang mahu menafikan?



Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan.... rakyat sedang memerhatikan gelagat PAS yang kini lebih nak menjadi Penasihat UMNO BN dari nak berjuang melawan UMNO BN.

Penasihat Oh Penasihat..... Langkah Awal Kerjasama UMNO-PAS (?)

Posted: 06 Nov 2015 06:35 PM PST

MB Terengganu timbang lantik Hadi penasihat k'jaan

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor mempertimbangkan melantik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan BN itu.

"Tiada masalah. Saya pernah jumpa Hadi sebelum jadi MB dan kami ada berbincang.


"Beliau beri beberapa pandangan positif (berkaitan kerjasama tidak memihak dan pentadbiran).

"Ia gambarkan kesediaan PAS membuka pintu untuk mula bekerjasama dengan kita," beliau dilapor sebagai berkata oleh New Straits Times.

Razif berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama dalam konvensyen Umno Terengganu semalam.

Beliau berkata penting untuk mempertimbangkan pandangan politik pelbagai pihak dan menerima apa yang memberi manfaat kepada orang ramai.

Hadi pada 1 November berkata partinya sedia bekerjasama dengan BN dalam isu-isu pentadbiran. -mk


Cadangan 'penasihat' sebahagian dari rancangan kerjasama Umno dan PAS, dakwa Husam

Adun Salor, Datuk Husam Musa melontar 'bom' malam tadi apabila mendakwa cadangan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjadi penasihat kepada Umno adalah sebahagian dari perancangan kerjasama antara kedua-duanya.

Ia dilakukan kerana cadangan untuk bersatu termasuk untuk membentuk kerajaan bersama di Selangor sebelum ini masih ditolak oleh akar umbi PAS.

"Niat dihati sudah ada tetapi oleh kerana rakyat jelata tidak boleh terima lagi, bila campak penasihat dulu macam mana," kata beliau dalam ceramah pertamanya malam tadi selepas sekian lama berehat.

Husam berkata, usaha sedang dibuat untuk membolehkan para wakil rakyat PAS dilantik ke dalam kerajaan Pusat namun sukar untuk dilantik sebagai menteri kerana bilangannya sudah terlalu besar.

Menurut Husam, Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz pernah berkata, adalah sukar untuk menambah bilangan menteri dalam kerajaan lagi kerana bilangan 39 menteri sudah terlalu ramai.

"Datuk Nazri beritahu, tak sah masuklah, menteri sudah penuh. Sebab itulah timbul idea lantik jadi penasihat yang bertaraf menteri," kata Husam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Presiden PAS itu berkata, PAS bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan berkaitan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan rakyat termasuk 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan, kejatuhan nilai mata wang dan sebagainya.

"Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau UMNO ubah kuasa dengan konsep Islam, kita akan bantu dia. Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam," katanya ketika berucap dalam program Dialog Rakyat Bersama PAS anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu di Marang.
-malaysiadateline.com




ULASAN GB

Lintang pukang pemimpin dan ahli-ahli PAS apabila Husam Musa mendedahkan tentang wujudnya cadangan kerjasama UMNO-PAS oleh Haji Hadi dimana mereka menafikan pendedahan yang telah dibuat oleh Husam berkenaan.

Ada yang menuduh Husam memfitnah. Ada yang menyatakan Husam berkata demikian kerana kalah dalam muktamar yang lalu dan pelbagai tohmahan dlemparkan kepada Husam ekoran pendedahannya itu.

Namun kenyataan Husam itu mempunyai kredibilitinya apabila ditinjau kepada kenyataan yang pernah dibuat oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki seperti berikut:


Justeru itu rakyat percaya bahawa tidak mungkin Husam berbohong atau memfitnah, tambahan pula di sidang DUN Kelantan, ADUN-ADUN PAS nampaknya semacam gembira apabila Husam dihentam oleh ADUN UMNO seperti menampakkan dengan jelas "kerjasama" PAS-UMNO tersebut.

Ada baiknya dengan satu cadangan supaya Haji Hadi, Azmin dan Husam sendiri bersumpah (bermuhabala) mengenai apa yang didedahkan oleh Husam berkenaan untuk menetap dan mempastikan kebenaran. Apakah ada keberanian untuk pihak yang terlibat itu melakukannya? Saya yakin Husam berani tetapi tidak pasti dengan Haji Hadi dan Azmin.

Mengenai keinginan Haji Hadi menjadi Penasihat kepada UMNO BN, pun sekali lagi lintang pukang ahli-ahli PAS cuba pertahankan presidennya. Ada yang terpaksa menokon-tambah kenyataan Haji Hadi supaya dapat dijustifikasi dan diterima oleh rakyat. Contohnya (yang berkotak merah itu kenyataan ditambah):


Dan paling menarik apabila MB Terengganu menyatakan beliau sedia mempertimbangkan melantik Haji Hadi sebagai Penasihat kerajaan Terengganu. Pucuk diicita ulam mendatang. Haji Hadi dapat apa yang dipintanya. Tak payah susah-susah nak bertanding plihanraya lagi, terus dapat jawatan Penasihat yang bertaraf menteri.

Beigtu jugalah pemimpin-pemimpin PAS yang lain yang kononnya "berdegar-degar" menghentam UMNO seperti TITM, tetapi pada masa yang sama enggan untuk menyokong usul tolak bajet 2016. Alasannya Najib belum tentu dapat dijatuhkan kalau Bajet ditolak. Ada juga pemimpin tertinggi PAS yang bermentaliti Ahmad Maxlan. Ertinya tak payah tentang atau tegur apa-apa pun yang Najib lakukan sekarang kerana belum tentu Najib boleh dijatuhkan, kena tunggu pilihanraya nanti. Tak perlu makan ubat sebab penyakit belum tentu pulih. Kena tunggu sampai dibawa ke hospital. Itu analoginya.

Bukan kita nak guling Najib secara revolusi tapi nak sampaikan mesej kepada Najib bahawa banyak lompangan besar dalam Bajet 2016 sepertimana yang telah kita dedahkan sebelum ini terutama mengenai isu 1MDB yang hebat diperkatakan sekarang. Begitu juga isu GST yang mencengkam rakyat disamping subsidi yang begitu banyak dihapuskan di atas nama rasionalisasi.

Kebenaran akan tetap terdedah jua dan hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan... rakyat sedang menilai tindak-tanduk PAS dan sudah bersedia untuk menghukum PAS di dalam pilihanraya yang akan datang nanti.

Tiada ulasan: