Rabu, 4 November 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Nik Abduh & PAS Tuduh Parti AK Erdogan Tidak Ikut Al-Quran & As-Sunnah

Posted: 04 Nov 2015 12:45 AM PST

Kemenangan AKP, kegembiraan untuk umat Islam

DPPM mengucapkan sekalung ucapan tahniah di atas kejayaan Parti AK (AKP) mempertahankan kemenangan di Turki sekali gus meneruskan penguasaan bagi penggal keempat berturut-turut.

Dalam pilihan raya ulangan yang baru sahaja berakhir kelmarin, AKP mencatatkan 49.3 peratus undi yang melayakkan mereka menghantar 313 perwakilan ke Parlimen.

Dengan itu, AKP layak membentuk kerajaan secara bersendirian (single-party rule) meskipun dalam masa yang sama ia tidak mencapai sasaran 330 perwakilan bagi membolehkan Perlembagaan dipinda seperti yang disasarkan sebelum ini.

Selain itu, parti-parti pesaing utama yang lain terutamanya CHP, MHP dan HDP, masing-masing berjaya memperoleh peratus undian lebih daripada 10 peratus seterusnya membolehkan mereka menghantar wakil ke Parlimen.

Kemenangan AKP disambut dengan rasa syukur melihatkan ketidaktentuan politik Turki sejak akhir-akhir ini. Ini ditunjukkan dengan keputusan pilihan raya umum pada 7 Jun yang menyaksikan kemerosotan yang agak ketara peratusan undi AKP. Ia suatu cabaran yang besar bagi AKP disebalik kemenangan besar yang dicapai berdasarkan rekod pilhanraya umum 2011 yang lalu.

Kelantangan pemimpin-pemimpin utama AKP di samping pengaruh besar yang dimiliki Presiden Turki, Reccep Tayyib Erdogan dalam mempertahankan umat Islam di Palestin merupakan sesuatu yang harus diberi perhatian.

Usaha Turki membela umat Islam di Palestin juga mendapat reaksi positif daripada Parlimen Palestin yang menganggap ia adalah ruang terbaik bagi memberi tekanan diplomasi ke atas Israel. Ini sekali gus meluaskan pengaruh Erdogan di kalangan negara-negara umat Islam.

DPPM sedar bahawa AKP bukanlah parti berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Namun kita memperakukan kekuatan di dalam pentadbiran yang dilaksanakan AKP sehingga mereka layak diangkat sebagai sebuah kerajaan yang berintegriti dan demokratik untuk beberapa tahun akan datang. Ia sebenarnya menjadi petunjuk mudah bahawa Malaysia di bawah pentadbiran Umno BN masih jauh terkebelakang di dalam mempraktiskan sebuah amalan pentadbiran yang berjaya.

Justeru PAS di samping memuji kebijakan AKP, tetap mengingatkan tentang kewajiban ugama yang masih jauh daripada capaian politik umat Islam hari ini. Menegakkan syariat Allah adalah matlamat yang tiada galang gantinya di dalam mencapai kemenangan sebenar politik Islam hari ini dan pada bila-bila pun.

Walau bagaimanapun, tanggungjawab AKP juga besar. Mereka mesti bergerak kepada Islam setapak demi setapak. Ia memerlukan kebijaksanaan yang jitu bagi memujuk rakyatnya dan kewajipan untuk istiqamah dengan Islam pula adalah suatu komitmen yang begitu getir dan perlu diperhatikan.


Turki adalah sebuah negara yang penuh dengan sejarah peradaban umat Islam. Di situlah keadilan kerajaan Islam diangkat ke tempat yang paling tinggi dan mulia. Di situ jugalah kerajaan Islam jatuh rebah menyembah bumi.

Walau bagaimanapun, suatu hari bumi Uthmaniyyah ini pasti akan bangkit membawa slogan 'al-Islam huwa al-hal' dan itu juga slogan kebangkitan bagi seluruh umat Islam termasuklah di Malaysia. Semoga AKP tidak hanyut dengan nikmat memerintah negara yang penuh dengan sejarah kegemilangan Islam itu.

"Beristiqamah Sehingga Kemenangan"

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia,
Ahli Parlimen Pasir Mas. - HARAKAHDAILY 4/11/2015

UCAPAN TAHNIAH AL-QARADAWI MENAFIKAN TUDUHAN JAHAT KE ATAS ERDOGAN DAN AK PARTI


Ucapan tahniah daripada Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Dr Yusof al-Qaradawi kepada AK Parti menafikan dakwaan liar yang disebarkan oleh pihak tertentu yang begitu naif mengenai dunia politik islam antarabangsa. Dr Yusof al-Qaradawi menjelaskan di laman web rasminya dengan mengatakan:

"Saya ingin mengucapkan Tahniah kepada AK Parti dengan kemenangan yang besar ini, yang dapat memberikan sinar-sinar perjalanan, memperteguh keazaman, menajamkan perancangan masa depan dan memperbaharui harapan"

Beliau juga meluahkan perasaannya melalui twitternya dengan mengatakan :

"Kami berbangga dengan prestasi perkhidmatan yang dilakukan oleh Presiden Erdogan dan Perdana Menterinya Daud Ogvlu yang membawa dasar-dasar kebaikan, penegak penghakiman yang adil dan berjaya membawa pendekatan politik budiman bagi Negara Turki dan umat Islam".

Kenyataan penuh beliau boleh didapati di link berikut

Sementara itu, Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak Sedunia, Dr Ali al-Qurra Daghi mengucapkan tahniah kepada Rakyat Turki yang melakukan peningkatan keluar mengundi sehingga 87% dalam pilihanraya parlimen negara itu yang lalu. Ini menunjukkan bahawa Rakyat Turki sangat sedar akan hak bersuara bagi kelangsungan dan kestabilan Negara Turki yang lebih baik .

Kenyataan penuh beliau boleh didapati di link berikut

Saya kira kenyataan daripada 2 tokoh besar ini, menafikan dakwaan liar terhadap Erdogan. Oleh itu, kita boleh menilai bahawa seseorang itu adalah pemilik minda pemfitnah apabila suka melemparkan tuduhan jahat tanpa memberikan sebarang rujukan rasmi. Rujukan dan riwayat mereka guna ialah "daripada group sebelah", " copy paste daripada group satu lagi" dan sebagainya.

Namun zaman fitnah sudah berada di penghujungnya. Kebenaran akan teserlah jua bila tiba masanya.

"Only time will tell us the truth"

Status Yusof al-Qaradhawi dalam twitternya

Twitter Turk Press Retweet Status DR Yusof al-Qaradawi

Twitter Akhbar a-Ra'y al'A'm juga retweet kata-kata al-Qaradawi : "Kejayaan AK Parti Memperbaharui Harapan"

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Ketua Asatizah AMANAH Johor
-zulhilmei.com


ULASAN GB

Kenyataan Nik Abduh menjelaskan beliau menganggap AKP Erdogan sebagai sebuah parti sekular. Di sebelah atasnya memuji Erdogan dan AKP kerana kemenangan besarnya di Turki. Di baahagian bawahnya sempat pula dia menyatakan "DPPM sedar bahawa AKP bukanlah parti berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah."

Kemudian dia menyatakan lagi: Justeru PAS di samping memuji kebijakan AKP, tetap mengingatkan tentang kewajiban ugama yang masih jauh daripada capaian politik umat Islam hari ini. Menegakkan syariat Allah adalah matlamat yang tiada galang gantinya di dalam mencapai kemenangan sebenar politik Islam hari ini dan pada bila-bila pun.

Walau bagaimanapun, tanggungjawab AKP juga besar. Mereka mesti bergerak kepada Islam setapak demi setapak. Ia memerlukan kebijaksanaan yang jitu bagi memujuk rakyatnya dan kewajipan untuk istiqamah dengan Islam pula adalah suatu komitmen yang begitu getir dan perlu diperhatikan.


Dari kenyataannya kita dapat membaca maksud tersiratnya, kononnya Parti AK tidak seperti PAS. PAS lebih Islam, PAS lebih istiqamah, dalam ertikata lain PAS lebih betul daripada AK Parti. Sheikh Qaradhawi dalam kenyataannya pun tak tulis mmacam kenyataan Nik Abduh itu, tak sebut pun AKP itu tak Islamik.

Samalah seperti kumpulan AMANAH, dituduh oleh golongan PAS sebagai kumpulan Erdogan dan mereka berjaya menyisihkan kumpulan Erdogan ini di dalam muktamar PAS yang lalu. Malah Presiden PAS telah menghalau mereka keluar dari PAS. Sehinggalah kumpulan Erdogan ini membentuk sebuah parti baharu bernama Parti Amanah Negara (AMANAH). Presiden PAS tak puasti lagi, terus menuduh pula pemimpin yang keluar PAS itu sebagai pengkhianat dan wajar dihapuskan. Dia yang halau dia juga yang menuduh mereka pengkhianat!

Sementara itu pula di kalangan para penyokong PAS terbelah dua. Ada yang mengutuk AKP sama seperti kenyataan Nik Abduh diatas yang menyatakan AKP itu tidak Islamik. Sementara sebahagian lagi bersorak gembira dengan kemenangan AKP. Bila ditanya mengapa mereka gembira, mereka menyatakan AKP juga sebuah parti Islam! Cuba lihat kepada sisipan berikut:


Husam Persoal Kenaikan Elaun ADUN Ketika Rakyat Kelantan Menderita

Posted: 03 Nov 2015 04:15 PM PST

Kenaikan Elaun Adun dan Penderitaan Rakyat/Tunggakan Bayaran

Saya kagum dengan keberanian Kerajaan Kelantan.

Ia boleh tergerak meluluskan kenaikan elaun Adun, Exco, Tmb, MB dan Speaker ketika himpitan ekonomi merata dirasai rakyat jelata.

Saya faham, ramai juga rakan-rakan Adun rasa serba salah menerima kenaikan ini - kos hidup dan tuntutan perkhidmatan yang meningkat kini memerlukan kenaikan elaun ini.



Namun, ketika menghadapi pengundi, timbul sedikit perasaan segan di hati. Rakyat kian susah, kita pula naik gaji.

Inilah yang dinamakan dilema keutamaan pilihan.


Saya terkejut membaca laporan media, dua Adun BN menuntut elaun itu dinaikkan lebih tinggi lagi!

Berbalik langkah berani Kerajaan Kelantan, mungkin pilihan terbaik ialah tindakan reverse - memotong gaji demi kebersamaan bersama rakyat. Tetapi nampaknya sukar.

Menaikkan elaun Adun dari satu segi, adalah tangga untuk menaikkan elaun Exco, Tmb dan juga MB.

Sama-sama naik.

Mengambil kira pandangan dan perasaan sebahagian rakyat, apa yang mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan ialah segera melunaskan semua tunggakan sebelum bayaran pertama kenaikan kepada Adun-Exco-MB dilakukan Januari depan.

Jika tidak, guru YIK akan terasa hati. Peserta Ladang Rakyat mesti dibayar penuh dividen tahun ini untuk 12 bulan (bukan sepuluh bulan seperti cadangan).

Rumah dihanyut bah pun belum ke mana, bukan?

Tidakkah berkecil hati rakyat jelata kita yang kehilangan rumah semasa bah menunggu bulan demi bulan? Alih-alih, kita dulu menikmati gaji baru?

Kenaikan elaun itu menunjukkan kewangan kerajaan adalah kukuh. Jika kewangan kerajaan sebenar kukuh, tidak mungkin semua tunggakan YIK tidak mampu dijelaskan.

Saya agak, kerajaan Kelantan akan berjaya melakukannya. Jika tidak, imej kerajaan sukar dibaiki.

Selain itu, laporan Bernama bahawa semua 45 Adun Kelantan menyokong cadangan kenaikan itu adalah tidak tepat.

Saya tidak ada di Dewan ketika cadangan itu diluluskan.

Husam Musa
21 Muharam 1437/
3 November 2015

ULASAN GB

Datuk Husam Musa tidak dapat bersama di dalam sidang DUN Kelantan pada 2 & 3 Oktober kerana terpaksa menghadiri satu kes di mahkamah.

Mengenai isu kenaikan elaun ADUN dan tunggakan hutang kerajaan kelantan terhadap kakitangan YIK, GB sudah ulas semalam. Berikut ulasan GB:

Amat ketara kerajaan negeri Kelantan selepas era TGNA kini sudah "tidak membangun bersama Islam" apabila mementingkan kocek dan perut sendiri apabila meluluskan usul menaikkan elaun wakil rakyat daripada RM4,600 kepada RM8,000 sebulan sedangkan tunggakan bernilai RM14.6 juta kepada guru-guru dan kakitangan YIK tidak dilunaskan terlebih dahlu.

Di bawah pentadbiran baharu selepas TGNA, kerajaan Kelantan sudah tidak takut dengan dosa. Slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM hanya kosmetik untuk memperdaya rakyat sedangkan hakikatnya pemimpin kerajaan negeri Kelantan lebih mengutamakan kebajikanwakil-wakil rakyat untuk hidup bersenang lenang di atas kesengsaraan, penderitaan dan airmata rakyat.

Ini belum lagi ditinjau keadaan rakyat yang menderita yang masih tinggal di khemah-khemah akibat daripada kesan banjir yang melanda Kelantan pada tahun lalu.

Betul-betul manusia tak berakal. Kejam dan zalim! Tidak tahu nak mengutamakan apa yang utama. Dah setaraf dengan UMNO.

Apakah ini wajah kerajaan Islam yang ingin ditonjolkan oleh Kelantan? Sebelum ini kerajaan Kelantan sibuk dengan pembentangan hudud. Katanya itu hukum Allah yang perlu ditegakkan dan perjuangan itu perlu diutamakan sedangkan Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusof AL-Qardhawi telah terang-terang menyatakan "tegakkan kehidupan Islam dahulu, bukan hudud!".

Sekarang mana hududnya? Ditipu dan diperdaya oleh UMNO. Hudud hanya agenda politik kumpulan ulama PAS untuk mengenepikan profesyional semasa muktamar yang lalu. Dan isu hudud hanyalah untuk menutup kelemahan, kebobrokan dan kebodohan pimpinan PAS Kelantan mentadbir negeri.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kerajaan PAS Kelantan tetap akan menerima hukuman berat dari Allah swt. Yakinilah!


SISIPAN
Bukan kata nak letak jawatan lantaran gagalnya hudud terlaksana di Kelantan sepertimana yang dijanjikan, malah usul pula naik gaji MB sehinggan RM10,000.

Tiada ulasan: