Isnin, 30 November 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Bodoh Tak Boleh Diajar, Cerdik Tak Boleh Diikut!

Posted: 30 Nov 2015 12:50 AM PST

MB: AMANAH baru cambah, PAS dah 64 tahun

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyifatkan Parti Amanah Negara (AMANAH)sebagai "pokok yang baru disemai dan belum matang sepenuhnya" untuk memberi cabaran yang besar selain Umno, pada pilihan raya umum ke-14.

"Dia (AMANAH) ini baru nak bercambah dan masih di peringkat benih, kita akan tengoklah sejauh mana kekuatannya.

"PAS sudah 64 tahun, panas, hujan, banjir semua kita dah harungi.



"AMANAH ini baru bercambah, dia bubuh baja banyak, bubuh air banyak-banyak, nampaklah segar tapi hanya dalam satu polybag sahaja," kata Ahmad seperti lapor Sinar Harian hari ini.

Beliau menjawab soalan sama ada AMANAH mampu memberi cabaran besar kepada PAS selain musuh tradisi mereka Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata parti itu sedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Nik Aziz.

Mohamad atau yang mesra dipanggil Mat Sabu berkata sokongan rakyat Kelantan kepada parti yang ditubuhkan akhir Ogos lalu cukup hebat. Parti mensasarkan keahlian sebanyak 100,000 orang menjelang akhir Disember ini.

Beliau dilapor memetik kajian Ilham Centre yang mengatakan 15 peratus ahli PAS di Kelantan sudah menyertai AMANAH.

Dilaporkan juga berdasarkan kajian AMANAH, kedudukan di Kelantan sekarang sudah jadi 30:30:30:10 iaitu di antara Amanah, PAS, Umno, atas pagar atau lain-lain.

ULASAN GB

Nak kata bodoh ya sombong pun ya.. jadilah dia bodoh-sombong.

Kerana apa bodoh? Kerana setiap sesuatu di mayapada ini memang bermula dari kecil, sebuah pohon bermula dari dalam sebuah polybag. Kemudian ia membersar dan dialihkan ke tanah untuk ia terus tumbuh sehingga berbuah.

Begitulah evolusi sesuatu benda yang baharu. PAS juga pernah melaluinya. PAS tidak muncul dengan tiba-tiba seperti yang ada hari ini. Ia melalui proses evolusi juga. Ia juga melalui hukum apa yang disebut "sunnatullah".

Jadi untuk merendah-rendahkan parti AMANAH sebagai "pokok yang baru disemai dan belum matang sepenuhnya" ternyata satu kenyataan yang amat bodoh. Kerana tiada pembesaran jika tiada penyemaian.

AMANAH masih di dalam polybag, katanya. Salah! "Penyemaian" telah berlaku di dalam polybag sewaktu AMANAH masih bernama Gerakan Harapan Baru (GHB). Kini AMANAH sudah diluluskan oleh ROS. AMANAH sudah keluar dari polybag. Ia kini dipacak di merata tempat. AMANAH kini sudah ada pejabatnya sendiri, wismanya sendiri.

AMANAH semakin membesar, semakin dewasa. Begitu cepat ... dalam tempoh tak sampai 3 bulan, ahlinya kini sudah mencapaai lebih 60 ribu. Dan sasaran 100,000 sehingga hujung tahun semakin menjadi kenyataan.

Begitulah bodohnya dia yang cuba mengutuk dan merendah-rendahkan AMANAH, sedangkan beliau sendiri memparkan kebodohannya lewaan kenyataannya itu.

Kemudian dia berkata lagi: "PAS sudah 64 tahun, panas, hujan, banjir semua kita dah harungi."

Tadi bodoh, kini sombong pula. Konon dah 64 tahun. Sedang dia terlupa setiap yang baharu itu binasa. Jika manusia, umur 64 tahun itu sudah kira "tua" dan menunggu masa dikafan, disolat dan dikebumikan. Umur Rasulullah ialah 63 tahun sewaktu baginda wafat. Bererti PAS dah terlajak satu tahun. Orang yang terlajak biasanya akan merapu, meroyan... dalam bahasa mudah dipanggil "buang tabiat".... Mungkin kerana sebab itu agaknya PAS yang ada pada hari ini mmelabel, mencaci, memaki, memfitnah, mengugut, mengancam malah bertindak diluar batas kewarasan (maka berlakulah gejala lahirnya mereka yang sewel... dimana semakin ramai ahli PAS yang berpenyakit mental yang akhirnya menjadikan mereka berperwatakan ganas seperti yang dilakukan ke atas pemimpin AMANAH Marang, Ust Miqdad Zakaria).

Menggabungkan kedua-dua di atas ternyata apa yang dinyatakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, merangkap MB Kelantan Dato Ust Ahmad Yaakob sebenarnya kenyataan yang bodoh-sombong. atau peribahasa Melayu kata "bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut."



Tanpa PAS Tak Boleh Tawan Kedah? AMANAH Sanggah AMK & PAS

Posted: 29 Nov 2015 09:48 PM PST

Pemuda Amanah sanggah AMK dan PAS Kedah

Tampil membidas dakwaan yang dilihat bersifat keanak-anakkan, Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah menyanggah dakwaan kononnya PAS mendominasi lanskap siasah di negeri utara tanah air itu sebagai tidak berpaksi kepada realiti politik sebenar.

Ketuanya, Asmirul Anuar Aris berkata, PAS hanya dapat memerintah Kedah selepas mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk sokongan masyarakat Tionghoa apabila berada dalam Pakatan Rakyat.



"Sebagai contoh dalam PRU (pilihan raya umum) 1999 ketika 65 peratus undi Melayu berpihak kepada pembangkang, namun PAS hanya mampu mendapat 12 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen," ujar beliau dalam kenyataannya hari ini.

Mengulas dakwaan Ketua AMK Kedah kononnya PAS mendapat sokongan daripada ribuan pondok di Kedah, Asmirul berkata, PAS kalah di kawasan pondok yang majoritinya pengundi Melayu seperti di Parlimen Sik.

"PAS kalah di kedua-dua Dun dan Parlimen yang ditandingi iaitu Padang Terap, Jerlun dan juga Baling juga begitu di mana PAS kalah di Dun yang majoritinya terdapat pondok dan didiami pengundi Melayu.

"Kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua pimpinan sahabat Pemuda parti dari PAS dan dan AMK Kedah tersebut adalah tidak berpijak kepada hakikat yang nyata," tegasnya yang mengakui terpanggil untuk memberi reaksi apabila 'sahabat dari sebuah parti yang menganggap mereka dominan menyahut' dakwaan pihak AMK Kedah itu.

Menyifatkan penyertaan ramai golongan muda ke dalam Amanah biarpun parti itu belum tiga bulan usia penubuhannya, beliau berkata, sambutan tersebut lahir daripada desakan dan kehendak rakyat yang resah dengan kemelut serta kepincangan tata kelola negara.

"Secara hakikatnya, PAS tidak serius dalam menumbangkan kerajaan Umno-BN kerana telah menolak pelawaan untuk berada bersama-sama dengan Pakatan Harapan sedangkan hakikat politik Malaysia Umno-BN tidak pernah lagi tewas apabila parti-parti pembangkang tidak bersama," bidasnya.

Sehubungan itu, Asmirul berkata pihaknya komited memperkukuhkan Pakatan Harapan yang telah dibentuk di peringkat nasional mahupun di negeri dengan pelbagai aktiviti secara bersama. -malaysiadateline.com


Putus dengan PAS jangan berangan nak perintah Kedah, kata perwakilan

Pemuda PKR Kedah menggesa agar parti itu terus bekerjasama dengan PAS.

Menurut Perwakilan Pemuda PKR Kedah Mohd Ridhwan Mohd Razali, sekiranya putus hubungan dengan PAS, maka peluang untuk menawan negeri jelapang padi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi semakin tipis.

"Lanskap politik Kedah cukup berbeza, tidak sama seperti Pulau Pinang dan Selangor. Kalau putus dengan parti PAS, jangan berangan kita hendak perintah negeri Kedah.

"Berapa ribu pondok di Kedah, kebanyakannya ahli PAS. Mereka semua pengundi PAS," Ridhwan memberitahu ahli parti di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Meskipun begitu, Ridhwan menegas sikap hormat-menghormati perlu diteruskan di antara kesemua parti terutamanya PAS, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Soal hormat, kita hormat adik bongsu kita (Amanah), parti sahabat kita (PAS) tetapi adik bongsu kena dengar juga cakap abang long (PKR)," katanya.

Beliau turut bersetuju dengan ucapan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang menggesa agar kerjasama dikukuhkan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

"Saya setuju dengan ucapan timbalan presiden tadi. Biarlah PKR tentukan hala tuju PKR. Itu jelas. Ada sesetengah pimpinan tu berserah. Macam harum manis.

"Tetapi realitinya PKR kena tentu masa depan parti sendiri, bukannya orang lain.

"Ini belum sebut lagi soal kerusi, isu itu lambat lagi, tetapi ia akan berlaku sekiranya pimpinan kita, pimpinan Pemuda PKR memandang remeh hal ini," katanya yang turut menyifatkan agihan kerusi pada masa akan datang akan menjadi isu serius.
-TMI


Tiada ulasan: