Selasa, 3 November 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Enggan Tolak Bajet 2016, PAS Pentingkan Najib & UMNO Dari Rakyat

Posted: 03 Nov 2015 12:50 AM PST

Dengan atau tanpa PAS, Pakatan Harapan tolak bajet

Pakatan Harapan hari ini menegaskan ia akan tetap dengan pendirian meneruskan untuk menolak Belanjawan 2016 dan meneruskan usaha usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.Datuk Seri Najib Razak.

"Bagi kami, kedua-dua perkara, iaitu menolak belanjawan dan usul undi tidak percaya merupakan tugas moral ahli-ahli Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia.


"Ini kerana kepimpinan Najib kini terbukti dibelenggu oleh skandal demi skandal termasuk 1MDB dan derma yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri yang membawa kemudaratan kepada negara dan rakyat," kata Pakatan Harapan dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, PAS mengambil langkah berkecuali dan tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak kerana dasar parti itu adalah bagi menyokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan membantah perkara-perkara negatif.

Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz pula menjelaskan bahawa 14 ahli parlimen parti itu akan berkecuali kerana walaupun mereka mentang beberapa perkara seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), belanjawan itu masih mempunyai kebaikan untuk rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, bagaimanapun berkata, beliau masih belum menerima apa-apa arahan rasmi mengenai perkara itu.

PAS diketepikan daripada pakatan pembangkang yang baru itu selepas bertelagah dengan DAP sehingga membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat. -mk

Kenapa perlu Tolak Bajet 2016
Intipati ucapan Sdra YB Rafiizi Ramli

1. Bajet ini pemimpin2 bn sendiri pun tak berani pertahankan.

2. Kebanyakan kementerian kena potongan yang cukup byk, kecuali Jab. Prdana Mnteri (JPM) saja yg dpt kenaikan

3. Zaman pak lah JPM hanya dpt sekitar RM8 bilion setahun zaman najib meningkat RM20b setahun.

4. Drpada 20b tersebut beberapa bilion dikategorikan sebagai perbelanjaan tanpa rekod.

5. Segala bentuk sudsidi kepada rakyat dihapuskan termasuk subsidi tepung, minyak masak dan smlm seperti diumum, subsidi beras.

6. Potongan kepada universiti sebanyak 1.4 bilion dimana satu univ dianggarkan kekurangan sehingga rm200 juta. Lpas ni pihak univ djangka akan naikkan yuran dan kenakan berbagai yuran baru.

7. Subsidi TNB dihapuskan, dulu rumah yg bil letriknya rm20 kebawah krajaan tolong bayar, thun depan semua kena byar sendiri.

8. Segala bentuk biasiswa termasuk yg diberi melalui mara dihapuskan.

9. Pembinaan 6 buah uitm baru diswastakan dan diberi kepada kroni2.

10. Pembinaan hospital uitm puncak alam kos asal rm600 juta namun diberi kepada kroni dgn kos rm8 bilion (Ibrahim ali salah seorang lembaga pengarah uitm pun tak bangkang).

11. Pertama kali dlm sejarah bajet, jumlah cukai yg akan dikutip dari individu (rakyat) melebihi jumlah yg bakal dikutip dari sykt2.

12. Cukai gst tahun depan dijangka sekitar rm38 bilion dan kerajaan dijangka menaikkan gst sehingga mencapai 10% pada tahun 2020



ULASAN GB

Beberapa kenyataan dan pendirian Haji Hadi dan PAS mutakhir ini menampakkan keterasingan PAS dari perjuangan rakyat yang pada PRU13 yang lalu, 52% rakyat mengundi Pakatan Rakyat.

PAS nampaknya menyongsang arus. Tidak lagi memperjuangkan nasib rakyat.

Kenyataan-kenyataan Haji Hadi danpimpinan PAS lebih ketara untuk "memisahkan diri" dari blok pembangkang di samping cuba mengambil hati Perdana Menteri, Najib Razak dan parti UMNO.

PAS tidak bersama PH mengankat plakad menanya Najib "Mana Derma RM2.6 Bilion?", PAS tidak bersama Pakatan Harapan untuk dengan tegas mengusul undi tidak percaya kepada Najib", PAS kononnya tak gila kuasa tapi hanya mahu menjadi Penasihat UMNO BN dan yang terbaru PAS tidak bersama di dalam usul menolak bajet 2016.

Tidak mahu menyokong usul tolak bajet 2016 bererti PAS rela dan redha dengan penindasan dan kezaliman kerajaan UMNO BN yang penuh dengan korupsi itu.

Jika mengikut Nik Abduh, kononnya ada beberapa hal yang menguntungkan rakyat di dalam Bajet 2016 adalah kerana "budak mentah" dalam politik ternampak dan terpedaya adanya "gulu-gula" yang diselitkan di dalam Bajet 2016.

Apa-apa hal pun, Najib pasti tersenyum girang dengan pendirian Haji Hadi dan PAS.

Penyatuan PAS dan UMNO yang kini sedang diusahakan oleh beberapa bekas pimpinan PAS sendiri kini berjalan baik dan yang malangnya ialah pimpinan tertinggi PAS enggan berterus-terang untuk mengelakkan ahli-ahli PAS meninggalkan parti berkeanaan.

Namun, hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Yang benar itu akan tetap terserlah jua akhirnya. Ia tidak dapat disembunyikan. Rakyat sudah membuka matanya...

p/s ooops nak kongsi satu kisah...

K'tan Naikkan Elaun ADUN Tapi Tak Bayar Tunggakan Kakitangan YIK

Posted: 02 Nov 2015 05:00 PM PST

Wakil rakyat Kelantan dapat elaun RM8,000 sebulan

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan usul menaikkan elaun wakil rakyat daripada RM4,600 kepada RM8,000 sebulan, berkuat kuasa Januari depan.

Menurut portal Berita Harian Online, keputusan dibuat selepas Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob membentangkan Enakmen Saraan Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 1980.


Ahmad berkata, kenaikan itu berikutan komitmen dan tanggungjawab semua ADUN terhadap rakyat bagi memastikan kebajikan dan keperluan mereka terjaga.

"Kerajaan negeri sangat memahami perkara ini di mana sebagai wakil rakyat mempunyai banyak tugas berat bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

"Mereka perlu mengambil kira kedudukan kewangan masing-masing bagi menyelesaikan kesengsaraan rakyat.

"Justeru, kadar kenaikan gaji kepada RM8,000 adalah sangat tepat untuk masa ini bagi meringankan beban wakil rakyat yang perlu menjaga kebajikan rakyat masing-masing," katanya dipetik portal itu. -mk


Kelantan akui tidak bayar caruman, potongan gaji guru YIK RM14.6 juta

Kerajaan Kelantan mengakui tidak membayar potongan gaji dan caruman guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) membabitkan tunggakan berjumlah RM14.6 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata tunggakan tersebut berlaku sejak 2001 kerana beberapa faktor namun semakin meningkat bermula tahun lepas.

Beliau berkata potongan gaji dan caruman itu sepatutnya dihantar ke beberapa agensi seperti Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Koperasi Majlis Agama Islam Kelantan (Maik).

"Tunggakan sehingga September tahun ini sahaja adalah sebanyak RM14.6 juta kerana YIK perlu menyusun kembali bayaran selepas berlakunya pelarasan gaji di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) yang bermula pada tahun lepas," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Baru, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang bertanyakan mengenai masalah guru YIK yang mendakwa berlakunya tunggakan caruman kepada agensi pencarum.

Fadzli berkata kerajaan negeri mempunyai beberapa pelan bagi mengatasi masalah tunggakan itu, namun setakat ini masih gagal dilaksanakan.

"Kerajaan negeri masih belum menerima keuntungan pelaburan sebanyak RM10 juta daripada anak syarikat milik kerajaan negeri, namun kami ambil tindakan terhadap pihak yang bekerjsama dengan kita itu.

"Selain itu, kerajaan negeri membuat bayaran sebanyak RM2 juta kepada pihak berkaitan bagi mengurangkan jumlah tunggakan," katanya.

Dalam pada itu, Alwi ketika ditemui di luar dewan berkata alasan dikemukakan oleh kerajaan negeri adalah meragukan kerana kerajaan persekutuan sentiasa memberi bantuan terhadap Kelantan terutama dari segi belanja mengurus.

"Alasan yang diberi itu agak meragukan saya kerana dia kata duit pembangunan tiba-tiba jadi tinggi, kemudian kerana pelaburan tak menjadi.

"Sudah 10 tahun kerajaan persekutuan beri bantuan kepada Kelantan untuk belanja mengurus. Tahun ini sahaja sebanyak RM85 juta (untuk belanja mengurus)," katanya.

Beliau turut menyarankan agar kesemua 16 sekolah agama di bawah seliaan YIK didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan bagi mengurangkan beban yang ditanggung kerajaan negeri, sekaligus membela nasib guru di sekolah berkenaan.
– Bernama


ULASAN GB

Amat ketara kerajaan negeri Kelantan selepas era TGNA kini sudah "tidak membangun bersama Islam" apabila mementingkan kocek dan perut sendiri apabila meluluskan usul menaikkan elaun wakil rakyat daripada RM4,600 kepada RM8,000 sebulan sedangkan tunggakan bernilai RM14.6 juta kepada guru-guru dan kakitangan YIK tidak dilunaskan terlebih dahlu.

Di bawah pentadbiran baharu selepas TGNA, kerajaan Kelantan sudah tidak takut dengan dosa. Slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM hanya kosmetik untuk memperdaya rakyat sedangkan hakikatnya pemimpin kerajaan negeri Kelantan lebih mengutamakan kebajikanwakil-wakil rakyat untuk hidup bersenang lenang di atas kesengsaraan, penderitaan dan airmata rakyat.

Ini belum lagi ditinjau keadaan rakyat yang menderita yang masih tinggal di khemah-khemah akibat daripada kesan banjir yang melanda Kelantan pada tahun lalu.

Betul-betul manusia tak berakal. Kejam dan zalim! Tidak tahu nak mengutamakan apa yang utama. Dah setaraf dengan UMNO.

Apakah ini wajah kerajaan Islam yang ingin ditonjolkan oleh Kelantan? Sebelum ini kerajaan Kelantan sibuk dengan pembentangan hudud. Katanya itu hukum Allah yang perlu ditegakkan dan perjuangan itu perlu diutamakan sedangkan Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusof AL-Qardhawi telah terang-terang menyatakan "tegakkan kehidupan Islam dahulu, bukan hudud!".

Sekarang mana hududnya? Ditipu dan diperdaya oleh UMNO. Hudud hanya agenda politik kumpulan ulama PAS untuk mengenepikan profesyional semasa muktamar yang lalu. Dan isu hudud hanyalah untuk menutup kelemahan, kebobrokan dan kebodohan pimpinan PAS Kelantan mentadbir negeri.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kerajaan PAS Kelantan tetap akan menerima hukuman berat dari Allah swt. Yakinilah!

Tiada ulasan: