Kelab Greenboc |
3 Penjuru: PH Tak Perlu Hiraukan Azmin & PAS Posted: 29 Nov 2015 12:32 AM PST PRU-14: Pakatan Harapan sasar satu lawan satu Pakatan Harapan menyasarkan untuk bertanding satu lawan satu sebagai strategi berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti. Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu merupakan perkara asas untuk berhadapan dengan BN dan UMNO. "Sekurang-kurangnya perjanjian asas kita adalah untuk memastikan satu lawan satu. Itu merupakan perkara asas untuk berhadapan dengan BN dan UMNO," katanya kepada pemberita pada Kongres Nasional Tahunan Ke-11 PKR pada Sabtu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri baru-baru ini bahawa PKR tidak akan membenarkan Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding di kerusi Pas pada PRU-14 nanti. Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menambah, pihaknya yakin bahawa sasaran tersebut boleh dicapai walaupun pembangkang menghadapi masalah berhubung pengagihan kerusi. "Kita sudah melalui proses ini banyak kali. Alhamudulillah. Ini semua perkara (pembahagian kerusi) yang kita boleh bincangkan..kalau kita letakkan kepentingan negara dan mengenepikan kepentingan parti dan individu. "Saya percaya ia boleh diselesaikan dan dengan pemimpin yang ada pada hari ini sama ada dalam Keadilan, DAP, Pas dan Amanah, perkara ini boleh diselesaikan dalam masa yang sesuai," jelasnya. -FMT
ULASAN GB Pilihanraya lama lagi, tapi parti-parti PAS dan PKR sudah sibuk mengenainya. Masing-masing sudah tercium kekalahan jika berlaku pertandingan 3 penjuru. Nampaknya Azmin seperti mahu bertindak sebagai "abang besar" dalam Pakatan Harapan. Azmin akur dengan "ugutan" PAS. Jangan ada pertandingan 3 penjuru. Sebab jika berlaku begitu, PAS dan PKR paling teruk akan mengalami kekalahan. Mana tahu? Sebab PAS yang telah memulakan dulu. Pertandingan 3 penjuru sudah bermula semenjak kecurangan dan pengkhianatan PAS terhadap Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum 2013. Isu "watikah" yang telah menyebabkan kekalahan calon Pakatan di tujuh buah kerusi iaitu Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Labuan, Kota Damansara, Sungai Acheh dan Panti. Sekarang PAS pula tak mahu pertandingan tiga penjuru. Lalu didesak Azmin supaya Pakatan Harapan tidak bertanding di kerusi-kerusi di mana PAS bertanding. Manyak lemak dan manyak cantik punya parti.... dia boleh buat, orang lain jangan.. Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kecurangan dan pengkhianatan PAS ini akan terbalas di dalam pilihanraya umum ke 14 dimana apabila berlaku pertandingan 3 penjuru nanti PAS akan mengalami kekalahan paling dasyat malah ramai calonnya akan hilang deposit. Itu pasti. Keputusan Sg Acheh di dalam PRU13 di atas membuktikannya dan itu permulaaan kepada fenommena calon-calon PAS akan hilangt deposit di dalam pilihanraya-pilihanraya akan datang. BN akan menang jika berlau 3 penjuru? Dulu ya, tetapi tidak lagi sekarang kerana kini BN menghadapi masalah keyakinan rakyat terhadapnya akibat dari pelbagai skandal dan isu yang melanda negara. Rakyat akan memilih parti yang berpotensi untuk ke Putrajaya iaitu Pakatan Harapan. Perjuangan sebenar PRU nanti ialah diantara BN da PH. Itu jelas. Kita tidak faham mengapa PKR masih terhegeh-hegeh mengharapkan dan/atau masih takut dengan PAS. PAS? Tinggal dia bersendirian atau suruh dia masuk UMNO BN! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan