Sabtu, 21 November 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kursus Kahwin Paris: Rakyat Kecam Jawapan YAPEIM

Posted: 21 Nov 2015 01:05 AM PST

JAWI: Kursus perkahwinan Yapeim di Paris jimatkan kos

Kursus perkahwinan yang dijalankan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di Paris, Perancis adalah bagi menjimatkan kos, dakwa Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Paimuzi Yahya.

"Dari segi ekonomi memang jimatkan bajet pelajar di luar negara untuk kursus perkahwinan," kata Paimuzi pada sidang media selepas Majlis Mahabbah Alumni Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Bangi lewat petang tadi.



Paimuzi berkata ini kerana pelajar Islam di luar negara tidak perlu berbelanja lebih semata-mata mahu pulang ke Malaysia bagi menghadiri kursus tersebut.

"Apabila (kursus) dibuat di luar negara kita kumpulkan 150 orang dan penceramahnya dua atau tiga orang di mana belanjanya memang sedikit.

"Itulah keuntungan yang akan diperolehi pelajar luar negara (tanpa perlu balik ke Malaysia untuk hadir kursus)," katanya yang juga adalah Yang Dipertua Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU).

Menurutnya, pelajar diwajibkan untuk menghadiri kursus tersebut.

"Sekarang ini memang peraturan kita bakal pengantin baru perlu menghadiri kursus pra perkahwinan kerana bila balik nanti tak perlu berkursus lagi. Sijil yang dikeluarkan oleh JAWI laku di seluruh negara dan sepanjang masa," kata Paimuzi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) pada Isnin lalu bahawa wang Yapeim sebanyak RM290,000 digunakan bagi kursus perkahwinan di Perancis bagi memastikan pelajar Malaysia di negara itu tidak terpengaruh dengan LGBT.

Kursus program yang dinamakan 'Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahwanan dan Pengurusan' yang diadakan pada bulan Disember tahun lalu adalah anjuran bersama Jakim, JAWI, Yapeim, MAIWP dan PKPU.

Pengarah NOW, Akmal Nasir, juga mempersoalkan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom terbabit merasmikan kursus perkahwinan pada bulan Disember tahun lalu. -mk


KOMEN-KOMEN

ULASAN GB

Penyalahgunaan wang akat rakyat untuk perkara-perkara yang tidak prioriti amat mendukacitakan. Jawapan YAPEIM ternyata hanya untuk mmenjustifkasikan penyalahgunaan dan penyelewengan tersebut.

Menghantar 2-3 ustaz katanya, tapi berbelanja hampir RM300,000, logikkah?

Jawapan YAPEIM kononnya kursus diadakan untuk mengelakkan pelajar terpengaruh dengan LGBT juga ternyata tidak logik. Apakah hanya sekali kursus yang besar belanjanya itu sudah cukup untuk "menyelamatkan" pelajar dari terpengaruh dengan LGBT? Sepatutnya kursus-kursus pemantapan agama dan akidah diberikan semasa pelajar itu masih di negara ini lagi, bukan semasa mereka sudah menetap di luarnegara.

Golongan yang menyalahkan gunakan wang zakat akan menerima balasan lansung dari Allah... Terlupakan mereka bahawa seroang Ketua Menteri satu ketika dulu menyalahgunakan wang zakat yang akhirnya tanpa ribut tanpa taufan dihukum oleh rakyat dengan kekalahan yang memalukan di negerinya? Itu bayaran tunai dari Allah swt.

Husam Libas Din Ayam: "Jangan Bersikap Lebih Buruk Dari Firaun"

Posted: 20 Nov 2015 05:15 PM PST

Husam seru menantu Hadi jangan lebih buruk daripada Firaun

Datuk Husam Musa hari menempelak ahli Majlis Syura Ulama PAS Zaharudin Muhammad agar tidak bersikap lebih buruk daripada diktator Mesir Firaun dengan menetapkan syarat debat secara sebelah pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata demikian sewaktu merujuk cabaran debat menantu presiden PAS itu kepada beliau yang ditetapkan berlangsung esok di kolej milik PAS di Gombak.


"Sehebat dan segagah Firaun sekali pun, bila hendak ditentukan masa, tarikh, tempat dan bentuk pertarungan antara Nabi Musa dan profesional sihir diraja, Firaun berunding dengan Musa.

"Tidak ada keputusan unilateral atau sebelah pihak dilakukan. Pada hal Firaun itu diktator yang paling tersohor. Runding tetap berlaku.

"Itu aturan daripada dunia peradaban silam. Ia kekal hingga kini sebagai amalan bersopan yang diikuti di mana-mana," kata Husam dalam kenyataannya.

Walaupun tidak menyebut nama Zaharudin, Husam dipercayai merujuk kepadanya memandangkan beliau mencabarnya berdebat dan menetapkan terus tarikh, masa dan tempat debat berlangsung.

Zaharudin yang dikenali dengan nama jolokan 'Din Ayam' pada hujung Oktober lalu mendakwa Husam cuba menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan seperti kejatuhan PAS Kedah sebelum ini.


Beliau kemudian menerusi akaun Facebook miliknya mencabar Husam berdebat dengannya mengenai kejatuhan PAS Kedah dan Terengganu dan menetapkan debat itu berlangsung pada 10 pagi 21 November, 2015 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Gombak.

Husam berkata, sehingga kini beliau tidak pernah dihubungi secara rasmi bagi menyertai debat itu.

"Rupanya ada juga insan ingin mempamerkan keberaniannya yang luar biasa dengan menetapkan sendiri tarikh, tempat, masa dan segalanya berkait apa dikatakan debat saya dan beliau.

"Saya tentunya tidak lebih baik daripada Nabi Musa dan dia tentunya tidak lebih buruk berbanding Firaun.


"Mengapa untuk isu 'debat' yang tidak sehebat mana pun, perlukan eksploitasi serendah itu? Dunia sudah menjadi begitu sempit untuk satu pengaturan yang bersopan?" soalnya.

Katanya, Zaharudin yang disifatkannya seperti seorang "hero", secara bersendirian menetapkan tarikh esok untuk Husam bertemu dengannya di KUISZM.

"Saya tidak ada masalah menemui beliau di mana-mana jua tetapi biarlah resam diikuti ramai digunakan. "Janganlah kerana beliau begitu hebat, insan kerdil lain kena mengikut semua telunjuknya, hatta tarikh debat pun hanya beliau yang mesti tentukan seorang diri," kata Husam yang kini berada di China dan hanya akan pulang pada 22 November.

Sementara itu dalam kenyataan sama, Husam menyambut baik kesediaan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menemui beliau berhubung dakwaannya terhadap pembalakan dan pentadbiran Kelantan.

Namun, menyatakan kesediaan itu hanya diketahuinya melalui lidah rasmi PAS tanpa sebarang makluman secara langsung, beliau berharap pertemuan itu dapat diadakan seminggu selepas beliau pulang ke tanah air.

Katanya, laporan sama mendakwa Takiyuddin sudah menghantar jemputan rasmi, namun notis itu belum diterimanya setakat 14 November iaitu tarikh akhir beliau berangkat ke China.

"Memandangkan notis itu amat singkat, saya sangat menghargai jika setiausaha agung PAS dan Dewan Harian Pusat dapat menangguhkan, sekurang-kurangnya seminggu selepas saya berada dalam negara.

"Ini untuk membolehkan masa dan keadaan lebih selesa bagi saya menyediakan apa-apa persiapan yang perlu," katanya. – TMI


PAS PERLU BERSIKAP JANTAN APABILA BERHADAPAN DENGAN DATO HUSAM MUSA

Kota Bharu. Pas digesa supaya lebih bersifat professional atau "jantan" untuk berhadapan dengan Dato Husam Musa. Tindakan Pas yang menyerang Dato Husam ketika menjelang nya sambutan 60 tahun Pas Kelantan dengan menaikkan kain rentang yang berbunyi " Husam Musa Sila Letak Jawatan" jelas menunjukkan sikap bacul Pas dalam menangani kemelut dalaman antara Pas Kelantan dan Dato Husam. Kain rentang yang dinaikkan di bandar Kota Bharu jelas menunjukan sikap sebenar Pas yang takut akan gelombang yang di bawa oleh Dato Husam.

Ketika Dato Husam mengajak pihak Pas untuk berdebat telah ditolak dan pelbagai alasan diberi. Selain itu cabaran Dato Husam terhadap Presiden Pas DS Haji Hadi agar berbaiah talak isteri untuk menafikan wujud nya hubungan antara Pas dan Umno. Malah Dato Husam dikecam oleh pihak Pas kerana memberi cabaran tersebut.

Jika pihak Pas Kelantan merasakan Dato Husam memberi masalah kepada mereka pecatlah beliau secara terhormat dan bukannya dengan menyerang beliau secara "baling batu sembunyi tangan".

Jika diamati secara mendalam cabaran Dato Husam tersebut mempunyai asas yang kuat. Ini kerana terdapat juga banner yang menyatakan sokongan secara terbuka yg dibuat oleh pihak Perhubungan Umno Kelantan melalui Pengerusinya DS Mustapa Mohamad yg mengalu-alukan program Sambutan 60 Tahun Pas Kelantan.



Pesanan kepada Pas jika ingin terus bersama dengan Umno nyatakan secara terbuka hasrat itu. Jangan memberi masalah kepada pakatan pembangkang di negara ini dalam menghadapi BN. Gabungan Pas dan Umno dilihat tidak memberi kesan kepada sokongan rakyat yg kini semakin jelas muak dengan pentadbiran Umno Bn yg semakin menyusahkan rakyat. 
-diterima melalui WA dari seorang pembaca blog GB


Tiada ulasan: