Kelab Greenboc |
PAS-UMNO Sudah Wajar Bernikah.... Jangan Bermukah... Posted: 19 Nov 2015 12:50 AM PST Teruskan saja, nikahlah, kata Guan Eng mengenai kerjasama PAS-Umno DAP hari ini berkata, PAS wajar "bernikah" dengan Umno, memandangkan parti Islam itu nampaknya kini sudah "bersama" Umno. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata demikian ketika ditanya pandangannya berhubung kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menolak cadangannya supaya PAS dan Umno bergabung secepat mungkin. "Saya tidak pernah kata mereka perlu bergabung. Mereka sudah pun bersama," katanya kepada pemberita hari ini di bilik mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang. "Memandangkan mereka sudah bersama, nikah sajalah. Apa tunggu lagi? Tapi itu tidak bermakna yang mereka perlu bergabung." Nik Amar dilaporkan berkata, Lim tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan PAS perlu bergabung secepat mungkin dengan Umno, serta perlu belajar menghormati orang lain dan berdiam diri, daripada mengeluarkan kenyataan merepek. Semalam, Astro Awani memetik pemimpin PAS itu sebagai berkata: "Saya nasihatkan dia supaya diam dan jangan cakap merapu kerana saya lihat kebelakangan ini, Lim menjadi tidak logik dan sombong dalam kenyataan yang dikeluarkan. Lim berkata, Nik Amar boleh melakukan serangan peribadi jika itu yang beliau mahu, dan tindakannya itu hanya akan membuktikan beliau sudah kering idea. Bagaimanapun katanya, DAP tidak akan melakukan perkara sebegitu. Beliau kemudiannya memetik komen dibuat Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, 2 hari lepas yang mengatakan buat masa kini sudah tidak banyak perbezaan antara Umno dan PAS. Asri berkata kerjasama antara 2 parti politik itu boleh berlaku kerana pendirian mereka sudah tidak banyak berbeza kini. Katanya lagi, perbezaan tunggal hanyalah pada nama serta perbezaan pemakaian songkok dan kopiah. "Menyokong PAS kini seperti menyokong Barisan Nasional," katanya. Malam Isnin lepas, bajet negara untuk tahun depan diluluskan menggunakan undi blok seperti diminta ahli Parlimen pembangkang dengan 128 menyokong dan 74 menentang. Usul itu akan dibentangkan untuk bacaan kali ke-2. Hanya 3 ahli Parlimen PAS mengingkari parti dan mengundi menentang Bajet 2016 itu. Mereka ialah Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Ahmad Baihaki Atiqulah (Kubang Kerian) dan Dr Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh). Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata, bajet itu memberi manfaat kepada rakyat dan parti itu akan berkecuali daripada mengundi untuk menolaknya. -TMI
|
Berani Kerana Benar, Husam Sedia Debat Dengan Mustafa Ali Posted: 18 Nov 2015 07:20 PM PST 'Kejayaan memihak saya dalam isu k'jaan perpaduan' ADUN PAS Datuk Husam Musa percaya kebenaran memihak kepadanya selepas Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar beliau melafazkan sumpah talak untuk membuktikan dakwaannya. Husam mendakwa Hadi mahu bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan di Selangor sewaktu krisis menteri besar tahun lalu dan bersedia menceraikan isterinya jika dakwaan beliau benar. Dalam kenyataannya hari ini, bekas exco kanan kerajaan Kelantan itu memberikan anologi perlawanan gusti yang memerlukan dua pihak yang terlibat. "Cabaran TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) agar saya bersumpah 'solo', saya kira adalah petanda kejayaan saya. "Kalau gusti sebagai analogi, jika lawan sudah meminta pesaingnya bergusti seorang diri, fahamlah penonton apa konsekuennya," katanya. Husam berkata adalah mustahil boleh ditentukan siapa pemenang hanya dengan menumbuk bayang seorang diri, sedangkan regunya hanya menonton di luar tali. "Saya tidak berniat memalukan presiden saya, tetapi hanya ingin menonjolkan satu fakta sepanjang perundingan belakang tabir antara PAS - Umno sejak Tok Guru (Nik Aziz) masih hidup lagi. "Jemputan untuk saya masuk gelanggang gusti se orang diri tanpa regu sudah cukup untuk menjadi penutup isu ini dengan kebenaran memihak pada saya. "2014 - Presiden PAS ada mencadangkan kerajaan Pas-Umno dibentuk di Selangor dengan tiga Adun PKR menyertai PAS. Noktah," kata Husam lagi. Pada Ahad, Hadi yang juga MP Marang menafikan wujud rancangan membentuk kerjasama tersebut sewaktu krisis menteri besar Selangor berlaku. Beliau juga mencabar Husam yang bersedia menceraikan isterinya berbuat demikian jika dakwaannya itu tidak benar. Sementara itu, bekas naib presiden PAS itu turut mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din yang dipetik Utusan Malaysia berkata PAS sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk BN demi mengukuhkan Islam. Husam yang juga yang dipertua PAS Kubang Kerian berkata kenyataan tokoh ulama itu menunjukkan rundingan kerjasama antara PAS-Umno "memang wujud". "Sebagai ahli PAS, saya lebih menghargai ketelusan sebegini. "Ia lebih mulia dari usaha belakang tabir yang boleh menimbulkan kekeliruan ahli parti," katanya. Menurutnya lagi, ketiadaan info kepada setengah ahli berhubung perkara itu menimbulkan perbalahan yang berlarutan," katanya. "Apa yang diperlukan Pas kini ialah ketelusan," tegas Husam. -mk
ULASAN GB Kita merasa pelik, mengapa Mustafa Ali yang sibuk-sibuk mahu jumpa dan mahu debat dengan Husam. Mustafa bukan lagi Setiausaha Agung PAS. Beliau hanya sekadar Pengarah Pilihanraya PAS Pusat. Ada semacam agenda tersembunyi dan memang pun Mustafa Ali merupakan orang yang paling banyak mencaturkan kepimpinan PAS Pusat semenjak beberapa muktamar lagi. Kini Husam sudah pun menyambut cabaran yang diberikan. Husam sedia pada bia-bila masa untuk berdebat dengan siapa juga dan dimana saja. Itu sikap anak jantan. Apatah lagi beliau yakin beliau di pihak yang benar. "Kebenaran" itu tidak mungkin dapat ditutup oleh sesiapa pun, apatah lagi oleh orang yang bernama Mustafa Ali - politikus PAS yang gagal angkara kalbu kotor.... Mujurlah debat hanya dihadkan kepada isu kerajaan perpaduan. Jika debat itu dibuka ke tajuk yang lebih luas, rasanya tergugat juga kredibiliti "guru politik" yang diagung-agungkan oleh ahli PAS selama ini. GB berblog dan menulis selama ini kerana berpegang kepada prinsip kebenaran. GB amat mempercayai Allah itu Al-Haq (Allah itu Maha Benar) dan Allah akan sentiasa berpihak kepada kebenaran. Kebenaran adalah kekuatan kerana di dalamnya mengandung keyakinan dan kepercayaan yang sejalan dengan hati nurani. Kejujuran adalah kekuatan kerana di dalamnya mengandung keyakinan dan kepercayaan yang sesuai dengan kata hati. Sebaliknya kebatilan adalah kelemahan kerana bertentangan dengan hati nurani. Kebohongan adalah kelemahan kerana tidak sejalan dengan kata hati. Apa ertinya menulis, berfikir, bercakap, bertindak dan berjuang malah apa erti hidup jika bukan kerana menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan? Firmanullah... Dan firmanNya lagi: |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan