Selasa, 17 November 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


3 MP PAS Tolak Bajet 2016, Yang Lain Istiqamah Untuk Bersama UMNO BN

Posted: 17 Nov 2015 01:02 AM PST

Hanya 3 ahli Parlimen PAS undi tolak Bajet 2016, dedah Mahfuz

Hanya 3 daripada 14 ahli Parlimen PAS yang mengundi menolak Bajet 2016 hari ini semasa sesi pengundian belah bahagi (blok) dijalankan, dedah Datuk Mahfuz Omar.

Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut merupakan salah seorang daripada 3 wakil rakyat yang menolak bajet itu, 2 lagi ialah Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) dan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh).


"Saya undi minta bajet baharu. Kalau tidak silap ada 3 orang, saya, Pasir Puteh dan Kubang Kerian.

"Saya tidak tahu yang lain undi apa, pasal mereka duduk blok lain," kata Mahfuz ketika ditemui di lobi Parlimen sebaik selesai pengundian.

Katanya, langkah menolak bajet dibuat kerana beliau tidak mahu membebankan rakyat.

"Saya undi menolak kerana saya sayangkan rakyat, saya tidak mahu bajet yang membebankan rakyat,"
katanya.

Semasa sesi pengundian berlangsung, 7 ahli Parlimen PAS tidak hadir.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan bacaan kali pertama rang undang-undang Bajet 2016 selepas kerajaan memperoleh 128 undi yang menyokong, sementara 74 lain menolak.

PAS sebelum ini sudah membuat pendirian mengambil sikap berkecuali daripada keputusan Pakatan Harapan yang mahu memboikot Bajet 2016 yang dibentangkan pada 23 Oktober lalu. – TMI.


KEPUTUSAN PENGUNDIAN BAJET 2016

Pengundian baru selesai sebentar tadi.

A. 128 AHLI PARLIMEN MENYOKONG
(kiraan tidak rasmi)
=> 127 ahli BN
=> 01 ahli BEBAS Tan Sri Khalid Ibrahim

B. 74 AHLI PARLIMEN MENOLAK
(kiraan tidak rasmi):
=> Kesemua 30 ahli PKR hadir dan menolak.
=> 35 ahli DAP hadir dan menolak, 01 digantung [Lim Kit Siang (Gelang Patah)] dan 1 tidak hadir
=> 06 ahli AMANAH hadir dan menolak
=> 03 ahli PAS menolak

C. Dari 14 ahli parlimen PAS, dilaporkan:

a. 04 TIDAK HADIR:
1. Hj Hadi (Marang)
2. Hj Wan Hassan (Dungun)
3. Khairuddin Attakiri (Kuala Nerus)
4. Siti Zailah (Rantau Panjang)

b. 07 HADIR DAN BERKECUALI
1. Takiyuddin Hassan (Kota Bharu)
2. Nik Abduh (Pasir Mas)
3. Nasrudin Tantawi (Temerloh)
4. Idris Ahmad ( Bukit Gantang)
5. Izani Husin (Pengkalan Chepa)
6. Ahmad Marzuki (Bachok)
7. Che Rosli (Hulu Langat)

c. 03 HADIR DAN MENOLAK:
1. Mahfuz Omar (Pokok Sena)
2. Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh)
3. Ahmad Baihaqi (Kubang Kerian)


ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan.... sekarang ternyata siapa PENGKHIANAT RAKYAT YANG SEBENAR, siapa yang TIDAK ISTIQAMAH MENUJU KEMENANGAN....

Tatkala masing-masing ahli parlimen pembangkang mengundi untuk menolak Bajet 2016, ahli-ahli parlimen PAS kecuali 3 orang, telah bertindak untuk berkecuali.

Sekalipun ada yang berhujjah menyatakan bahawa walaupun jika kesemua MP PAS bertindak untuk menolak Bajet 2016, kita tidak akan menang sebab jumlah kita masih tidak mencukupi untuk melawan BN, namun yang utama ialah pengkhianatan terhadap mandat rakyat tidak sepatutnya berlaku.

Hujjah Presiden PAS kononnya Bajet 2016 Bajet 2016 mampu mensejahterakan rakyat sekalipun tidak mematuhi syariah adalah sesuatu yang amat dikesalkan. Jika demikian bererti PAS bersekongkol dengan UMNO BN untuk melakukan sesuatu yang tidak mematuhi syariah. Yang anehnya, Presiden PAS, seperti di dalam kes-kes terdahulu, lansung tidak hadir sidang parlimen.


PAS mengkhianati rakyat dimana di dalam pilihanraya umum yang lalu, rakyat mengundi mereka di atas kapasiti mereka seorang ahli Pakatan Rakyat yang sepatutnya mereka bersama dengan PR untuk sebarang keputusan di Parlimen. Tetapi mereka mengambil pendirian untuk bertindak melawan aspirasi rakyat malah dilihat cuba untuk bersekongkol dengan UMNO BN dengan tidak menolak Bajet 2016.

Di Selangor pandai pula mereka menggunakah hujjah apabila tidak mahu meletakkan jawatan di dalam kerajaan Selangor di atas alasan kononnya rakyat telah memberikan kepercayaan kepada PR!


PAS juga dilihat sebagai parti yang tidak istiqamah untuk menuju kemenangan apabila mereka bertindak tidak menolak Bajet 2016 sekalipun ia tidak mematuhi syariah. Kerana katanya asalkan ia mensejahterakan rakyat. Ada korupsi tidak apa, ada rasuah tidak apa, ada hasil judi arak tidak apa, ada penyelewengan tidak apa, ada kes besar seperti 1MDB dan derma RM2.6 bilion tidak apa.... asalkan rakyat sejahtera! Itu logik dan hujjah mereka!

Jika demikian halnya juga, pemerintahan Quraisy Mekah pun tak perlu ditentang leh Rasulullah, kerana ada juga yang dilakukan oleh Abu Jahal dan Abu Lahab yang mensejahterakan rakayt Mekah ketika itu. Tetapi Rasululllah menolak untuk bersekongkol dengan pemimpin Quraisy Mekah, walaupun ditawar menjadi menteri, jadi raja. Apa jawab baginda? Rasulullah berkata "Wallahi, Demi Allah. Seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku menghentikan dakwah ini, niscaya aku tidak akan menghentikan dakwah ini hingga Allah memenangkannya atau aku binasa." Baginda tidak menyatakan aku berkecuali, baginda tidak menyatakan kita boleh bekerjasama dengan kumpulan Quraisy Mekah di dalam hal-hal untuk mensejahterakan rakyat...

Istiqamahkah dengan cara PAS itu? Itukah hasil laungan "fastaqim" mereka? Ya, yang nyata ialah istiqamah untuk bekerjasama dengan UMNO BN.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan... PAS akan tetap binasa dan akan tetap menerima hukumanNya.

Hujjah Rafizi mengenai Bajet 2016

Akhirnya PAS Akui "Bekerjasama" Dengan UMNO

Posted: 16 Nov 2015 06:43 PM PST

PAS sahkan Hadi bersama Najib dalam multaqa Disember ini

PAS mengesahkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan yang dinamakan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada 16 hingga 18 Disember depan.

Ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan ia bukti PAS mengamalkan pendekatan politik baru yang matang dan berani dan tidak patut diputar belit sebagai 1 bukti kerjasama antara PAS dan musuh politik mereka.

"Langkah berani menerokai seluruh segmen dakwah dan siasah. PAS tidak eksklusif seperti yang dituduh sesetengah orang," kata Sanusi, bekas setiausaha politik menteri besar Kedah ketika PAS memerintah Kedah pada 2008 hingga 2013.



"Ini politik matang dan berani, bisa berhadapan dengan sesiapa saja, di mana juga. Inilah PAS!" kata Sanusi dalam kenyataan, mengucapkan tahniah kepada Hadi ekoran penyertaannya.

Katanya, mereka akan bersama dalam persidangan bertema "Perpaduan Ummah Merentas Idealogi" itu, yang akan diadakan di sebuah hotel di Putrajaya.

Beliau mengesahkan sebuah poster yang kini disebarkan di laman sosial, yang didakwa mengesahkan lagi kerjasama antara PAS di bawah pimpinan Hadi dengan Umno.

Hadi pada sidang media semalam mengesahkan akan bekerjasama dengan Umno, tetapi berkeras menyatakan PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN).

Beliau menegaskan berulang kali kerajaan perpaduan bersama BN tidak akan berulang, namun kerjasama PAS dengan gabungan pemerintah itu akan tetap berjalan.

"PAS tidak akan masuk BN tapi akan ada kerjasama. Kerjasama itu biasa. Kita tidak terikat," katanya.

Katanya, definisi kerjasama yang dimaksudkan itu ialah seperti ketika berlaku pencerobohan negara asing ke atas Malaysia, daripada segi menangani jenayah, dadah dan pelarian.

Menurut Sanusi, menyampaikan idea dan pandangan yang tegas dan berani berteraskan Islam dalam acara terbuka seperti ini ialah pendekatan baru dalam menyampaikan risalah kebenaran.

"Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor juga pernah sepentas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Palestin. Ia menjadi sejarah hebat gerakan Islam Malaysia," katanya.

Kali ini, katanya, Hadi akan berucap di hadapan pembesar negara, menyampaikan ucap utama, melontarkan pandangan dan mutiara dakwah Islam atas dasar menjana kebaikan untuk ummah.

"Sasaran program ini ialah cendikiawan Islam, mereka yang mudah memahami bahasa dakwah dan siasah Islam.

"Umat Islam pasti bergembira, penentang PAS sejak puluhan tahun kini bersedia mendengar secara terus daripada presiden PAS," katanya dipercayai merujuk kepada Najib.

Beliau berkata, tidak dapat dinafikan atau dielak, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan senang dengan perkembangan ini.

"Akan ada pihak yang sengaja memutar belit dan membuat tuduhan baru pula. Memang dasar mereka yang sudah menutup mata telinga dan hati.

"Sakit hati terhadap golongan yang mahu tegakkan agama Allah adalah penyakit yang bahaya," katanya yang menang buat pertama kali sebagai AJK PAS Pusat dalam muktamar Jun lalu.

"Ayuh! Jom kita sokong presiden PAS membawa pendekatan baru, matang dan konstruktif serta hebat seperti ini.

"Islam ini, kedudukannya tinggi, maka tentulah jalannya tidak sempit," tegas Sanusi dalam kenyataannya. -TMI

ULASAN GB

Dah pun mengaku, "bersekongkol" PAS dengan UMNO, atau di dalam bahasa yang lunak sedikit - bekerjasama.

Tak sertai BN tapi sekadar bekerjasama dengan UMNO!

Presiden PAS mungkin sudah terlupa AMANAT yang pernah dikeluarkannya sendiri pada tahun 1981 yang telah menyebabkan umat Islam haru-biru ketika itu.


Yang kita kasihankan ialah mangsa Memali, yang berpegang teguh kepada AMANAT berkenaan dan mempertahankan sehingga akhirnya mereka terkorban. Kini orang yang mengeluarkan amanat berkenaan yang ingin berbaik dengan UMNO yang pernah dikafirkannya. Bukankah sikap dan langkah Presiden PAS itu merupakan satu penghinaan terhadap mangsa Memali itu?


Menggunakan nama Allahyarham Ust Fadzil Noor kononnya Ustadz Fadzil juga pernah sepentas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Palestin adalah kenyataan melulu dan tidak tepat.

Ustad Fadzil Noor hanya sepentas dengan TDM apabila Ustadz Fadzil sendiri yang menubuh dan mengukuhkan pakatan pembangkang melalui Angkatan Perpaduan Ummah dan parti-parti pembangkang tidak sedikit pun mencurigai langkah yang diambil oleh Ustadz Fadzil berkenaan. Berbeza dengan Haji Hadi, orang yang bertanggungjawab merobek dan meruntuhkan pakatan pembangkang iaitu Pakatan Rakyat!

Apa yang dilakukan oleh Haji Hadi dan PAS kini ialah seumpama memberikan talian hayatnya kepada UMNO yang kini sedang caca marba dan nazak itu. Najib sepastinya tersenyum puas. UMNO telah berjaya menipu PAS berkali-kali termasuklah isu hudud. PAS pula yang masuk lubang biawak berkali-kali.

Kini, kata-kata almarhum TG Nik Aziz seperti sudah tidak diindahkan PAS lagi.


Sekarang ini, nyatalah, satu undi untuk PAS sama seperti satu undi untuk UMNO vice-versa sebab PAS dan UMNO sudah isytiharkan mereka bekerjasama!

Tiada ulasan: