Isnin, 16 November 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Dah Tak Ada Wakil Di Pulau Pinang....

Posted: 15 Nov 2015 11:35 PM PST

PAS Permatang Pauh putus hubungan dengan Salleh Man

PAS Kawasan Permatang Pauh semalam mengumumkan keputusan memutus hubungan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man.

Yang dipertuanya, Omar Hassan berkata PAS kawasan itu membuat keputusan tersebut pada mesyuaratnya pada Isnin lepas.

"Keputusan ini dibuat berikutan kenyataan Salleh dengan jelas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui DAP dan bertentangan dengan pendirian PAS pusat," katanya kepada pemberita di Dewan Yusof ar-Rawa di Permatang Pauh, semalam.

Katanya, pendirian PAS pusat tidak mengiktiraf kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Dalam kenyataan pada 2 November, Salleh mengumumkan pendirian menyokong kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Omar yang juga timbalan yang dipertua 2 PAS Pulau Pinang berkata, keputusan itu yang mendapat persetujuan PAS negeri, akan dimaklumkan kepada PAS pusat. – Bernama

ULASAN GB

Entah apa yang ada di dalam benak pemimpin PAS Permatang Pauh sehingga mengambil tindakan memutuskan hubungan dengan ADUN PAS sendiri iaitu ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man.

Sekarang, apabila PAS sudah memutuskan hubungan dengan ADUN Permatang Pasir bererti PAS sudah tidak ada kerusi di DUN Pulau Pinang.

Dan susulan itu, sepatutnya semua ahli-ahli PAS yang menjadi kakitangan kerajaan Pulau Pinang di atas lantikan politik perlu meletakkan jawatannya.

Selepas ini juga, rasanya elok juga PAS umumkan mahu bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen di Pulau Pinang jika merasakan dirinya telah kuat jika bersendirian.

Nampaknya PAS Pulau Pinang sudah seperti berpatah arang berkerat rotan dengan Pakatan Harapan.

PAS Permatang Pauh tidak ambil iktibar kekalahan Yusni Mat Piah yang bertanding di Sungai Acheh pada pilihanraya ke 13 yang lalu di mana Yusni hanya memperolehi 600 undi dan hilang depositnya.

Bebeza pula pendirian PAS di Selangor.

Exco-exco PAS Selangor masih mengekalkan jawatannya malah PAS Selangor beriya-iya mempertahankan kedudukannya di dalam kerajaan negeri Selangor walaupun DAP masih ada di dalam kerajaan negeri.

Rakyat sedang memperhati dan menilai gerak-geri dan tindakan PAS yang kini berjuang dengan nafus dan emosi, bukan dengan ilmu dan strategi.......

Haji Hadi Tak Mahu Bersumpah, Disuruh Husam Pula Yang Bersumpah.......

Posted: 15 Nov 2015 06:10 PM PST

Tidak ada kerajaan perpaduan di Selangor – Abdul Hadi

SHAH ALAM : Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan sekali lagi dakwaan yang dibuat oleh Datuk Husam Musa berhubung kontroversi Pas mahu bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor semasa krisis Menteri Besar pada tahun lepas.

Sebaliknya, Presiden Pas itu menegaskan, parti itu kekal dengan pendirian tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN) atau menjalin sebarang hubungan dengannya.



"Tiada..tiada. Selangor tiada. Dia (Husam) tak tahu. Dia duduk di Kelantan. Dia tak terlibat macam mana dia nak tahu (mahu wujudkan kerajaan perpaduan di Selangor)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hi-Tea Dewan Muslimat parti itu di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Sebelum ini, Husam yang juga bekas Naib Presiden Pas mendedahkan Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Beliau turut menegaskan sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan kenyataan yang dibuat olehnya itu. Mengulas mengenai sumpah yang mahu dilakukan oleh Husam itu, Abdul Hadi menyerahkan perkara tersebut kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu.

"Kalau apa yang dia kata betul, kami bohong..biar dia bersumpah," jelasnya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut ditanya adakah parti itu akan mengambil tindakan terhadap Husam mengenai serangan-serangan yang dibuat olehnya kepada Pas.

"Bergantung kepada Pas Kelantan.. Setiausaha Agung (Datuk Takiyuddin Hassan) kena kendalikan perkara itu," ujarnya. -fmt


Bukti dakwaan: Husam sanggup sumpah talak isteri

Belum selesai Amanah, PAS kini berdepan 'fenomena Husam Musa'

Selepas sebahagian pemimpin tertingginya lari bagi membentuk Parti Amanah Negara (Amanah), PAS kini berdepan "fenomena Husam Musa".

Suasana ini bolehlah dinamakan "fenomena harum manis" iaitu PAS terpaksa berdepan dengan serangan ahlinya sendiri yang berpengaruh dari dalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa merupakan salah seorang darinya manakala Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar juga mempunyai ciri-ciri sama.

Dialog "Demo tanyo, kawe jawab" di Kota Baru, Kelantan malam kelmarin memperlihatkan betapa PAS tersepit apabila diserang juga dari dalam parti.

Kira-kira 10,000 orang menonton dialog itu secara langsung dengan kira-kira 5,000 di dalam dan perkarangan dewan Kelab Suara Muda dan lebih 5,000 lagi menontonnya secara atas talian yang dipancarkan menerusi YouTube.

"Sampai jem Youtube,"
kata menganalisis dan pengkaji politik Ilham Centre, Mohamad Hisomuddin Bakar apabila ditanya apakah reaksi awal tentang dialog bersama Husam itu.

Hisomuddin yang menonton dialog itu melalui YouTube berkata, fenomena ini amat besar kesannya kepada PAS selepas berpecah dengan penubuhan Amanah.

Dalam dialog itu, Husam seolah-olah bangkit selepas 7 bulan mendiamkan diri akibat sakit yang menyerang mulut dan matanya.

"Sekarang ini saya masih belum sembuh sepenuhnya," kata Husam, bekas exco kerajaan negeri Kelantan yang tidak kelihatan di tempat awam sejak Mei lalu.

Husam jelas emosional semasa dialog itu akan tetapi orang ramai kelihatan menyokongnya apatah lagi jika dikaji komen-komen dalam media sosial.

"Ahli PAS khasnya di Kelantan nampaknya lebih bersimpati kepada Husam berbanding dengan pemimpin PAS lain di Kelantan,"kata penulis veteran, A Shukur Harun ketika mengulas fenomena baharu itu.

Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang semalam terus memberikan respons terhadap majlis dan kenyataan-kenyataan yang dibuat Husam itu.

PAS akan memanggil Husam untuk mendengar penjelasannya sebelum memutuskan tindakan lanjut ke atas bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

"Ini sikap parti, kita bersedia untuk mendengar," kata timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang selaps mesyuarat Jawatankuasa Pusat semalam.

Dalam dialognya itu, Husam menegaskan beliau masih bersama PAS tetapi tidak berpuas hati dengan cara parti dan kerajaan negeri Kelantan diuruskan.

Husam meminjam kata-kata Brutus dalam cerita Julius Caesar apabila ditanya mengapa mengkritik dan menyerang presiden PAS secara terbuka apabila berkata, "Saya sayangkan parti dan perjuangan lebih dari sayangkan presiden."

Namun Husam menjelaskan, kasih beliau kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak pula berkurang apabila beliau dan rakan-rakannya sanggup terbang ke Turki untuk menziarahi presiden PAS ketika sedang sakit walaupun hanya bertemu 4 hingga 5 minit sahaja.

Ketika ditanya, apa sikap beliau terhadap Parti Amanah Negara (Amanah), Husam membuat andaian dengan bercerita tentang setiap kapal besar seperti "Titanic" perlu ada kapal-kapal kecil untuk menghadapi kemungkinan tenggelam.

"Kawan-kawan saya sudah meninggalkan kapal besar ini, namun saya berijtihad untuk kekal di atasnya kerana ia belum tenggelam lagi," katanya.
-TMI


ULASAN GB

Yang anehnya, Haji Hadi tak mahu bersumpah, sebaliknya disuruh Husam yang bersumpah. Haji Hadi sekadar menafikan usaha penubuhan kerajaan perpaduan di Selangor.

Apa yang telah disampaikan oleh Husam sebenarnya telah diakui benar oleh beberapa orang bekas AJK PAS Pusat.

Di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat, Haji Hadi telah ditanyakan soalan mengenai usaha kerajaan perpaduan di Selangor.

"Dia (Haji Hadi) kata, "ya". Dia kata 'mereka curi dua (ADUN) kita', kenapa kita tak boleh curi org dia?'

Luahan Haji Hadi itu bukan saja Husam yang melaporkan tetapi juga oleh beberapa AJK PAS Pusat yang lain.

Husam mempunyai beberapa orang saksi mengenai pengakuan Haji Hadi itu.

Apa yang disampaikan oleh Haji Hadi berkenaan selari dengan kenyataan seorang geng UG bernama Zuhdi Marzuki:



Sebelum ini kita sudah paparkan video-video mengenai usaha UG itu di Tak Sukar Untuk Husam Buktikan Wujudnya Usaha Kerajaan Perpaduan

Tiada ulasan: