Ahad, 15 November 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Tak Sukar Untuk Husam Buktikan Wujudnya Usaha Kerajaan Perpaduan

Posted: 15 Nov 2015 12:55 AM PST

Pas panggil Husam kemuka bukti

KUALA LUMPUR: Pas akan memanggil Datuk Husam Musa untuk memberikan bukti tuduhan terhadap kerajaan Kelantan terbabit dalam aktiviti pembalakan haram.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bekas Naib Presiden itu perlu berhadapan dengan Jawatankuasa Pas Pusat bagi membuktikan dakwaan itu.



Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila Husam akan dipanggil tetapi secepat mungkin.

Tuan Ibrahim berkata, Husam juga diminta untuk memberikan bukti tuduhan ke atas pimpinan Pas termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Husam sebelum ini mendakwa Hadi cuba berunding dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor,

"Sebagai ahli parti, Husam sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan segala masalah melibatkan parti.

"Atas dasar itu, Jawatankuasa Pas Pusat memutuskan untuk memanggil beliau secepat mungkin untuk memberi penerangan.

"Parti berpendapat segala tuduhan perlu disertakan bukti yang mencukupi melibatkan tuduhan terhadap kerajaan Kelantan dan Presiden parti,: katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas pada Sabtu,

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim berkata, cadangan dan kritikan parti itu terhadap Bajet 2016 akan diserahkan terus kepada Kementerian Kewangan pada minggu depan.


Bukti dakwaan: Husam sanggup sumpah talak isteri

KOTA BHARU - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan beliau sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan dakwaan terdapat usaha untuk menyatukan Pas dengan Umno adalah benar.

Menjawab soalan ketika majlis 'Demo Tanya, Ambo Jawab', di Kota Bharu malam tadi, Husam berkata, usaha itu bermula selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 2008 apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun ujar Adun Salor itu, usaha bagi membentuk kerajaan hasil daripada gabungan dua parti itu gagal berikutan kerusi yang diperolehi tidak mencukupi.

"Setiap kali dekat PRU, ramai mari ke rumah Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pujuk supaya baik dengan Umno, tetapi Tok Guru cakap kita tidak boleh baik dengan Umno, kata-kata itu masuk dalam kepala saya, sampai bila pun Umno kita tidak boleh percaya.

"Usaha berbaik dengan Umno berlaku pada pilihan raya 2008, malam itu ada mesyuarat lajnah pusat pejabat Pas, tetiba nak berunding Umno, hancur harapan rakyat, masa tu DAP tak jahat, PKR tak jahat lagi, jadi mesyuarat itu berlaku dua hari selepas PRU13, (bekas AJK Pas ) Khalid samad pergi sebagai 'nyadar' (elak terperangkap), kalau tak mungkin mereka sudah berdakap (berpeluk)," jelas Husam.

Terdahulu dalam majlis itu, seorang penyokong Pakatan Rakyat mahu Husam memberi bukti jelas kepada ahli tentang dakwaan beliau terhadap usaha untuk menyatukan Pas dan Umno yang menjadi spekulasi berpanjangan.

Dakwa Husam, ketika rundingan itu berlangsung selama lima belas minit, beliau ada menghantar mesej kepada bekas Setiusaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa bertanyakan pertemuan itu.

Katanya, beliau mendapat maklumat mengenai rundingan itu dari pekerja hotel yang tidak mahu kedua-dua parti itu bergabung.

"Saya sebut nama Datuk Mustafa supaya dia boleh jadi saksi, mungkin esok dia nafi, saya tanya mereka rundingan apa yang dibuat? Tetapi adakah Pas dan Umno tidak boleh berbaik? Boleh dengan dasar terbuka (tetapi) bukan kerana fulus (duit)," kata Husam.

Husam sebelum ini turut mendedahkan bahawa Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor dan menuntut presidennya itu menafikan dakwaan itu sekiranya ia tidak benar.
-SH



ULASAN GB

Tidak sukar untuk Husam menyediakan bukti kukuh tentang wujudnya usaha untuk menyatukan Pas dan Umno.

Keberanian dan ketegasan Husam sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan dakwaan terdapat usaha untuk menyatukan Pas dengan Umno adalah benar adalah sudah sepatutnya menjadi sandaran jelas tentang dakwaannya itu. Dan sepatutnya juga pihak yang dituduh melakukan sumpah yang sama jika ingin terus menafikannya.

KOLEKSI VIDEO BUKTI HAJI HADI MAHUKAN KERAJAAN PERPADUAN ITU







Jamil Khir Perlu Jawab & Bukan Saman NOW

Posted: 14 Nov 2015 05:50 PM PST

Enggan minta maaf, NOW gesa Jamil Khir terus terang

Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir hari ini mempertahankan dakwaannya terhadap Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan tegas tidak mahu menarik balik kenyataannya atau memohon maaf kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu.



Katanya, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dengan membuat pendedahan berhubung dakwaan salahguna wang anak yatim di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dalam lawatan luar negara Jamil dan rombongannya tahun lepas.

Oleh itu, beliau tidak akan sesekali menarik dakwaannya itu atau membuat permohonan maaf terhadap Jamil sebaliknya berkata, menteri berkenaan yang sepatutnya memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu tersebut.

"Bukan saya yang ambil duit. Kalau saya nak minta maaf, saya tidak tahu nak minta maaf sebab apa.

"Kerana itu saya minta Jamil perjelaskan, kenapa beliau menggunakan duit tersebut," katanya pada sidang media di pejabat NOW di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Akmal juga tegas mengatakan beliau tidak gentar dengan ugutan saman menteri terbabit kerana baginya Jamil mempunyai hak berbuat demikian.

"Seperti yang saya katakan, Jamil kena buat penjelasan. Kalau nak saman di mahkamah, itu hak dia.

"Namun saya ulangi semula, sebagai menteri, beliau mempunyai tanggungjawab menjelaskan perkara sebenar mengenai wang tersebut.

"Saya bukan suka-suka tuduh beliau. Namun, setiap bukti yang saya tampilkan semuanya menuju ke arah tersebut dan pencarum Yapeim berhak tahu ke mana duit mereka pergi," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap Jamil yang menggesanya menarik balik dan membuat permohonan maaf terbuka kerana membuat dakwaan tersebut.

Akmal memberitahu satu sidang media pagi semalam, Yapeim didakwa menggunakan wang daripada tabung anak yatim bagi membiayai perbelanjaan seorang menteri dan isterinya serta rombongannya di Amerika Syarikat (AS) pada Mei 2014.


Beliau mendakwa, walaupun program tersebut bertujuan "pemantapan dan pemerkasaan" Kelab Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (Santun) Yapeim, namun ia bersifat suka ria dan langsung tiada amal jariah.

Katanya, rombongan menteri terbabit turut bermain golf dan mengunjungi pusat beli-belah 'upscale outlet' barangan berjenama yang terletak di Washington DC sebanyak 4 kali.

Bertindak balas, Jamil mengeluarkan satu kenyataan petang semalam menafikan dakwaan Akmal dan menggesa ketua cabang PKR Johor Baru itu memohon maaf dalam masa 24 jam atas tuduhan yang disifatkan menghancurkan kredibilitinya sebagai seorang menteri.

Akmal berkata hari ini, menteri terbabit tidak menafikan kebenaran bukti atau dokumen yang dikemukakannya dengan menjawab isu pokok adakah Jamil menggunakan wang tersebut membiayai lawatannya ke AS.

"Malah dalam kenyataan tersebut, Jamil mengesahkan sememangnya beliau pergi ke AS bagi tempoh 21 Mei, 2014 sehingga 29 Mei, 2014 dengan alasan sebagai sebahagian tugas dan tanggungjawab beliau selaku menteri di JPM," katanya.

Akmal berkata, tindakan Jamil yang tidak membuat penjelasan berhubung dakwaan tersebut menimbulkan beberapa persoalan.

"Apakah rasional penganjuran simposium perkahwinan dan kekeluargaan yang menelan kos melebihi setengah juta ringgit Malaysia dengan menggunakan wang Yapeim sedangkan hanya melibatkan 100 peserta?

"Mengikut kertas Yapeim (di bawah perkara cadangan 3.0), bayaran RM590,000 dituntut Pemangkin. Adakah benar Pemangkin bermaksud Yayasan Pembangunan Anak Yatim atau Miskin?

"Dan mengapa Yapeim ini terlibat dengan penganjuran program Jamil ke AS, dan tidak menggunakan peruntukan daripada JPM?," katanya.

Malah dalam pendedahan terbarunya berhubung isu tersebut, Akmal berkata, melalui dokumen cadangan kelulusan program oleh Yapeim itu, didapati yang menteri terbabit sepatutnya hanya hadir pada majlis penutup.

Manakala, jumlah kos penganjuran program diluluskan Yapeim adalah RM590,000, lebih tinggi daripada anggaran awal beliau sebelum ini, iaitu RM410,978.56. – TMI

ULASAN GB

Bukti telah ada. Jadi Mohd Jamil sepatutnya memberikan penjelasan terhadap butiran seperti yang dilampirkan mengenai bayaran yang telah dilakukan oleh YAPEiM kepadanya, bukan menterbeliakkan matanya dan kemudian ugut untuk saman NOW.

Seorang menteri yang menjaga hal-ehwal agama tidak sepatutnya terlibat di dalam kes-kes sebegini. Tapi tidak menghairankan bagi menteri UMNO dan orang yang bernama Mohd Jamil Khir. Malah Mohd Jamil Khir juga yang satu ketika orang yang menghalang qazaf DSAI.

Kalau nak berjumpa di mahkamah oklah.Mudah-mudahan lebih banyak yang akan terdedah nanti.

Tiada ulasan: