Jumaat, 13 November 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Lagi Ahli Amanah Terima Ugutan Bunuh

Posted: 13 Nov 2015 01:20 AM PST

Kesal tindakan ugut Othman

KUALA TERENGGANU – Tindakan pihak tertentu mengugut Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Harapan Terengganu, Othman Ismail diselar Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Raja Bahrin yang kesal dengan tindakan itu menegaskan budaya ugutan ke atas mana-mana individu adalah amat serius dan tidak patut berlaku dalam sebuah negara demokrasi.


Beliau menolak keras tindakan itu berkata, sekalipun terdapat perbezaan pandangan, tindakan mengugut bukan penyelesaiannya tetapi ia patut dibincang secara bijaksana tanpa libatkan kekerasan.

"Tiada ajaran agama mana sekali pun yang membenarkan perbuatan dan kekerasan sebegini rupa," katanya dalam satu kenyataan media kepada Sinar Harian, di sini.

Sebelum ini, satu laporan polis dibuat Othman mendakwa menerima ugutan, di Balai Polis Kuala Terengganu, di sini.

Othman memberitahu ugutan itu diterima melalui aplikasi WhatsApp oleh seorang individu yang didakwanya sebagai ahli Pas dan berasal dari Selangor.

Antara mesej diterimanya berbunyi 'Cikgu Man telah murtad, wajib hukum bunuh'.

Raja Bahrin memberitahu bahawa sebelum ini budaya mengugut turut berlaku di negeri Kelantan apabila beberapa pemimpin politik di negeri terbabit juga diugut dengan cara yang hampir sama.

Tanpa mengaitkan dengan mana-mana parti, Raja Bahrin berharap pemimpin-pemimpin parti terlibat perlu mengambil perjalanan terhadap isu yang berlaku supaya ia tidak menjadi budaya dalam politik di negara ini.

"Ketua pihak berkenaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung hendaklah menahan pihak mereka dari berbuat demikian.

Apa-apa perbezaan, pandangan patut dibincang dengan hujah dan bukan diugut dengan kekerasan. Inilah ajaran Islam sebenarnya yang kita banggakan.

Jangan benar budaya takfiri melanda negara Malaysia ini," katanya.

ULASAN GB

Berlakunya semua ini gara-gara "fatwa" Presiden PAS yang menganggap mereka yang keluar dari sebagai "pengkhianat" dan "perlu dihapuskan."

Dahulu pada Amanat Hj Hadi yang dibuat pada tahun 1981 dalam ceramahnya pada 7 April di Kpg Banggol Peradong, telah berlaku isu kafir mengkafir.

Amanat Haji Hadi itu berbunyi:

Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah

kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'
.

Sekarang tidak lagi, malah Haji Hadi secara terbuka menyatakan beliau ingin menjadi Penasihat kepada UMNO.Presiden UMNO, menurut Haji Hadi tidak seburuk Firaun. Oleh itu boleh bekerjasama dengannya.

Muncung senjatanya kini dihalakan kepada AMANAH. Berikut transkrip ucapan Hj Hadi :

…parti, yang disebut parti yang khianat daripada perjuangan. Org yg khianat dlm perjuangan, lebih teruk drp lawan. Lawan, kita boleh tahaluf dgn lawan. Orang yg khianat dgn perjuangan tak ada pilihan; samada dia balik, atau dia dihapuskan; dia bertaubat! Ini cara perjuangan Islam, itu …tak boleh! Orang yg direkod dia khianat perjuangan, tak boleh… Sedangkan Nabi pun, tak beri peluang kpd yg khianat ni, tak ada tahaluf. Yang tahalufnya dgn yg lawan, yg bukan asal kita. Daripada asal kita dia menyeleweng, samada dgn kita atau pun, dia bertaubat ataupun, dia balik kepada kita. Ini dia. Itu pilihan, antara dua tu sahaja. Kerana mereka ni, mereka yg sudah duduk bersama kita, yg tahu kita, yg memahami kita, bukan org yg tak tahu kita! Tiba-tiba dia lari, dia keluar … kalau dia nak tahaluf (tak jelas….)

Berikut GB perturunkan petikan kata-kata Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusof AL-Qardhawi.


Ini kata-kata dari Imam Syahid Hassan Al-Bana:


Dan ini pula penjelasan dari Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak Sedunia, Shaikh Ali Muhyiddin Al-Qardhagi yang disampaikan melalui Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin

Bukankah "fatwa-fatwa" Presiden PAS yang dikuti dan dipegang oleh ahli-ahli PAS itu ternyata melamapau (guluw) dan tidak sewajarnya diikuti?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Yang melampaui batas itu akan tetap menerima balasanNya.

Husam Tak Gentar Ugutan Sekalipun Nyawanya Jadi Taruhan

Posted: 12 Nov 2015 10:20 PM PST

Husam akui terima ugutan, syak kerana isu balak

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mengakui beliau menerima ugutan daripada seorang lelaki melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon bimbit isterinya Isnin lepas yang dipercayai susulan tegurannya kepada kerajaan negeri.

"Ugutan seorang lelaki yang tidak dikenali diterima melalui panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon isteri saya pada petang Isnin lalu, 9 November.



"Ugutan itu ditujukan kepada saya," kata Husam dalam kenyataannya hari ini.

Husam berkata, beliau membuat laporan polis di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan Kota Baru pada hari yang sama bersama isterinya.

"Berdasarkan kandungan pesanan SMS, saya berat mengagak teguran kepada kerajaan negeri punca ugutan itu dibuat.

"Daripada 6 teguran utama saya, 3 adalah berkaitan pembalakan dan ladang, khususnya kelulusan hutan simpan kekal untuk tujuan perladangan.

"Berdasarkan temubual persendirian saya, jika saya ditanya suspek utama, saya katakan perlukan siasatan pembalak yang ada kepentingan dengan kelulusan tebang habis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, walaupun beliau bimbang dengan ugutan itu namun akan meneruskan tugasnya.

"Sungguhpun saya gentar keselamatan saya dan keluarga, Insya-Allah saya tidak akan berganjak daripada tugas membuat teguran yang benar mengikut hemat dan pegangan perjuangan saya, hatta jika nyawa saya menjadi taruhan," katanya.

Husam berkata, beliau berharap kerajaan negeri menimbangkan tegurannya dengan saksama bagi mengelakkan pertikaian berlanjutan, khusus bagi kelulusan kawasan hutan simpan baharu sekalipun atas alasan sambungan kepada kelulusan dasar yang lama.

"Saya juga berharap pihak keselamatan menjalankan siasatan dengan bersungguh-sungguh demi mengelakkan provokasi dan kejadian lebih buruk.

"Allah sebaik Penolong dan Pelindung. Kepada-Nya saya bertawakal," katanya. -TMI

ULASAN GB

Kita berharap pihak polis akan segera menyiasat kes ini - ugutan bunuh - satu kes jenayah yang tidak boleh dipandang ringan. Dan kita berharap siasatan dilakukan dengan adil dan telus.

Pihak yang membuat ugutan perlu diheret ke muka pengadilan. Tidak sukar untuk mengesannya kerana kini semua nombor telefon bimbit perlu didaftar di atas nama pemiliknya. Tiada helah lagi jika nombor yang digunakan untuk menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) itu telah dikenalpasti.

Tiada siapa pun boleh mengatasi undang-undang, dan justeru itu hukuman yang berat adalah perlu dikenakan untuk menghentikan segala perbuatan mengugut apatah lagi dengan ugutan bunuh seperti yang dialami oleh Husam dan ahli keluarganya.

Kepada PAS, jika sekalipun marah kepada Husam kerana Husam mendedahkan pergolakan yang berlaku di dalam parti itu, PAS tidak sepatutnya membiarkan samseng-samseng di dalam parti itu bertindak liar seperti di dalam kes-kes yang berlaku sebelum ini. Kes kes mengeboo semasa muktamar, Safwan Anang yang dikepung dan diancam oleh beberapa samseng PAS adalah bukti nyata PAS sudah jauh terpesong ari suudut perjuangan keislamannya dan anehnya ianya seolah-olah "diizinkan" oleh pucuk pemimpinan tertingginya apabila tiada lansung tindakan diambil ke atas samseng-samseng berkenaan.

Demi Allah, jika PAS terus dengan sikap demikian, PAS akan hancur musnah... dan PAS tidak perlu menuding jari kepada pihak lain khususnya AMANAH apabila berlaku hal sedemikian.

Tiada ulasan: