Khamis, 12 November 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Ugutan Bunuh: Tak Dapat Tanduk Telinga Dipulas...

Posted: 12 Nov 2015 12:20 AM PST

Isteri Husam didakwa terima ugutan bunuh

Ketika ketegangan Datuk Husam Musa dan PAS, anggota keluarga bekas naib presiden PAS itu didakwa menerima ugutan bunuh.

Bekas rakan seperjuangannya dalam PAS sebelum ini, Salahuddin Ayub berkata beliau dimaklumkan oleh Husam bahawa kejadian berlaku dua hari lalu.

Salahuddin, yang kini berada di Kelantan, berkata ugutan itu dibuat melalui SMS dan laporan polis sudah dibuat pada hari yang sama.

Beliau bagaimanapun enggan membuat sebarang spekulasi berhubung sebab ugutan itu dibuat selain enggan menuduh mana-mana pihak.

"Dalam keadaan tegang sebegini (antara PAS dan AMANAH) saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan," kata bekas naib presiden PAS itu yang kini pemimpin nombor dua Parti Amanah Negara (AMANAH).

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Husam berhubung perkara itu.

Sementara itu keganasan nampaknya tidak terhad kepada keluarga Husam saja kerana Salahuddin sendiri mengalami 'cabaran' yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan AMANAH di Kelantan.

Pagi tadi, kata Salahuddin, salah satu tayar kenderaan pacuan empat rodanya ditoreh dipercayai dengan benda tajam..


Menurut bekas Naib Presiden PAS itu, beliau bersama rakan pada awalnya tidak menyedari sabotaj tersebut sehinggalah kenderaan yang mereka naikinya hilang kawalan dan hampir merempuh sebuah motosikal.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, beliau tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menyifatkan ia cuma "kerja budak-budak nakal".

Katanya, tayar ditoreh itu adalah yang berada di bahagian kiri depan kenderaannya. -mk

ULASAN GB

Tak dapat tanduk telinga dipulas, Tak dapat Husam keluarganya pula dijadikan sasaran serangan.

Semakin menjadi-jadi budaya samseng ini. Sebelum ini kereta Dr.Mohd Hatta Ramli dibakar. Selepas itu Dr.Dzulkefli Ahmad pula telah dipukul dengan kayu oleh dua orang yang memakai helmet selepas solat Subuh.

Kebetulan gejala budaya samseng ini berlaku semenjak wujudnya "fraksi-fraksi" di dalam PAS sehingga adanya satu fraksi yang bertindak melampaui batas terhadap kumpulan yang lain.

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJK PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden?

Selepas daripada tindakan keluar muktamar dan mengeboo ucapan penangguhan seorang AJK PAS Pusat, mereka sekali lagi membuat kacau dengan sekumpulan pemuda kononnya pro-ulamak berbadan besar yang telah mengepung Safwan Anang, Pengarah Eksekutif LENSA berhampiran bangunan pejabat PAS. Safwan bukan saja dikepung malah beliau diugut akan dipukul.

Kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak. ini?

Itu berlaku sewaktu golongan profesyenal masih berada di dalam PAS. Kita mengharapkan dengan tertubuhnya AMANAH oleh kumpulan profesyenal yang meninggalkan PAS akan menamatkan budaya samseng pihak berkenaan terhadap golongan progresif ini. Namun nampaknya usaha "pembersihan" masih berjalan dan kali ini ugutan bunuh pula dilakukan semata-mata kerana Husam mengritik presiden PAS.

Kita tidak menuduh ia dilakukan oleh kumpulan PAS, tetapi kelihatan terlalu obvious sehingga sukar untuk tidak mempercayainya kerana ia berlaku selang beberapa hari Husam mendedahkan isu kerajaan perpaduan UMNO-PAS.

Apatah lagi gejala samseng yang menjadi-jadi itu dibenarkan oleh kata-kata seorang pimpinan PAS yang menyatakan mereka ada siku dan lutut....menjelaskan bahawa mereka sanggup menggunakan taktik apa saja termasuk kekerasan untuk mencapai matlamat mereka.

Mungkin hari ini ugutan bunuh, mana tahu esok benar-benar mereka membunuh! Siapa mereka? Wallahu 'alam.

Semuga Allah melindungi Husam dan kelaurga serta kita semua.

PAS Halau Husam Lepas Tu Akan Tuduh Husam Pengkhianat!

Posted: 11 Nov 2015 05:37 PM PST

Dewan Ulama saran Husam tinggalkan PAS, sertai Amanah

Susulan kelantangan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mengkritik Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyarankan beliau meninggalkan parti Islam itu, lapor Sinar Harian hari ini.

Mencadangkan Husam lebih sesuai menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfodz melontarkan soalan adakah tindakan Husam itu berkait dengan kegagalannya dalam pemilihan muktamar sebelum ini.



Ini kerana, katanya, kelantangan Husam mengkritik PAS secara langsung itu tidak mendukung kepimpinan presiden dan menunjukkan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu tiada hati dengan parti itu lagi.
"Kita tidak tahu tujuan dia mengkritik secara terbuka. Adakah disebabkan kalah dalam muktamar baru-baru ini?," katanya dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.

"Kita tidak mahu gunting dalam lipatan menjejaskan parti. Lebih baik tinggalkan parti dan sertai rakan-rakannya dalam Amanah," katanya merujuk parti serpihan PAS yang ditubuhkan bekas pemimpin progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

Sambil mendakwa Husam merupakan salah seorang ahli G18 yang ditubuhkan golongan progresif itu selepas Muktamar Tahunan PAS ke-61 lalu, Sinar Harian melaporkan Mahfodz mempertikaikan agenda Husam.

"Mereka itu bekas pemimpin yang kalah pada pemilihan. Dan hari ini, mereka menubuhkan parti.

"Saya tidak tahu mengapa Husam tidak sertai rakannya dalam Amanah dan tidak tahu strateginya terus berada dalam PAS," katanya.

Mahfodz dilaporkan mendakwa, Husam sengaja melakukan huru-hara dalam parti itu dengan harapan PAS akan mengambil tindakan terhadapnya.

Katanya, kenyataan terbuka dan gesaan supaya Hadi melepaskan jawatan, seperti yang dibuat Husam, tidak sepatutnya berlaku.

Bagaimanapun, katanya, jika dakwaan Husam terhadap Hadi itu berasas, termasuk mengatakan Hadi pernah mencadangkan kerajaan perpaduan PAS-Umno di Selangor, beliau sewajarnya menggunakan saluran yang betul dalam menyuarakan pandangannya.

"Jika sekarang ini beliau tidak mempunyai jawatan dalam parti, beri sokongan kepada tuan presiden untuk mentadbir parti. Bukan dengan cara meminta supaya (presiden) melepaskan jawatan," katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga berkata, Husam sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan, bukan dengan membuat kritikan terbuka terhadap presiden parti. – 11 November, 2015.


Guna saluran betul tegur pimpinan, kata timbalan presiden PAS

PAS hari ini mengingatkan ahli parti, termasuk pimpinan tertingginya, agar mengelak daripada membuat kenyataan terbuka mengenai sesuatu yang boleh mengundang fitnah dan salah faham di kalangan ahli dan masyarakat luar.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka seharusnya menggunakan saluran parti menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati, termasuk dalam membuat teguran terhadap pucuk pimpinan.

"PAS tidak menyekat sebarang kritikan atau komentar kepada pimpinan parti, namun ia mestilah mengikut saluran dan disiplin parti.

"Ahli parti yang melafazkan dirinya akan beristiqamah, bersama perjuangan parti sehingga mati dan menyayangi parti tidak wajar melukakan imej parti.

"Kenyataan berupa tuduhan hanya akan mengundang pelbagai persepsi yang tidak tepat akan membawa kesan dan dosa yang berpanjangan.

"Lebih bahaya bilamana ia akan mengundang pelbagai tulisan yang hanya menyambung benih fitnah tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, parti mempunyai disiplin tersedia yang mesti difahami dan dipatuhi ahli, sambil menambah, masa, tenaga dan kewangan mereka lebih baik digunakan bagi membantu parti.

"Tumpukan gerak kerja melihat ke hadapan daripada melihat ke belakang, atau ibarat pemain bola yang sibuk mencabut kemuncup dan memerhati gelagat penonton, ketika permainan sedang berjalan," katanya.

Baru-baru ini, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa, presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mencadangkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno di Selangor tahun lalu ketika krisis pertukaran menteri besar yang baharu.

Beliau juga mendakwa, tiba masanya Hadi berundur dan menyerahkan kepimpinan parti kepada mereka yang lebih sesuai dan mencadangkan nama Tuan Ibrahim sebagai pengganti.

Berikutan kelantangan itu, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyarankan Husam, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Salor, meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga berkata, Husam sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan, bukan dengan membuat kritikan terbuka terhadap presiden parti.
-TMI


ULASAN GB

Begitulah sikap kepimpinan PAS yang ada kini, halau orang keluar dari PAS, lepas tu tuduh mereka sebagai "pengkhianat".

Itu sikap yang ditunjukkan oleh mereka yang bergelar "ulamak" di dalam PAS.

Kemudian ada pula suara dari pemimpin PAS, yang apabila mendapati dakwaan Husam itu ada kebenarannya, maka dikatanya Husam tidak menggunakan saluran yang betul untuk mengkritik pemimpin parti.

Sedang Islam mengajar kita bahawa kritikan terhadap pemimpin Islam adalah terbuka dan telus. Telah masyhur di dalam sejarah Islam, terutamanya sejarah para Khulafaur Rasyiddin bahawa Saidina Umar al-Khattab ada berkata ketika perlantikannya sebagai Khalifah menggantikan Abu Bakar as Siddiq radhiallahu anhu, sekira-kira beginilah maksudnya: "Jika aku betul, ikutlah aku. Jika aku salah, perbetulkanlah aku…"

Lantas ada sahabat yang menjawab; "Wahai Umar, jika engkau tidak betul nescaya aku akan betulkan engkau dengan pedang-pedang ku!"

Lalu Umar pula menjawab: "Alhamdulillah kerana ada dikalangan umat Muhammad yang hendak membetulkan kesalahan Umar dengan pedangnya…"

Jauh sangat bezanya akhlak, mentaliti dan tindakan pemimpin PAS dengan Saidina Umar tersebut. Saidina Umar tidak berkata "kamu perlu gunakan saluran yang betul untuk mengkritik aku".

Jauh sekali menghalau orang yang mengkritiknya itu dari jemaah.

Justeru itu rakyat dapat menilai sendiri akhlak, mentaliti dan tindakan pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang ada kini dan dapat menilai benarkah PAS masih sebuah jemaah Islam sedangkan tindak-tanduk pemimpinnya tidak mencerminkan akhlak Islamiah.

Tiada ulasan: