Selasa, 10 November 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, Wahai TITM!

Posted: 09 Nov 2015 11:20 PM PST

Tiada hubungan, Tuan Ibrahim sekali lagi tolak kerjasama PAS-Amanah

PAS sekali lagi menolak cadangan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya kedua-dua parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan di Selangor melalui satu perjanjian rasmi, Sinar Harian Online melaporkan hari ini.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan yang dikemukakan bekas pemimpin parti Islam itu, Khalid Samad ditolak kerana PAS sudah tiada hubungan dengan DAP mahupun Amanah.


"Kita (PAS) tiada hubungan dengan DAP. Parti itu pun tahu kita putus hubungan dan tidak mungkin akan bersama Pakatan Harapan untuk bergabung semula.

"Dan keduanya, kita tidak menerima parti Amanah. Jadi, saya fikir dia (Khalid) tidak berada pada realiti politik yang sebenar.

"Realiti sebenarnya, DAP tidak akan bersama PAS dan PAS tidak akan bersama DAP. Jadi saya fikir cadangan itu mungkin tidak akan berlaku," beliau dipetik berkata portal itu.

Tuan Ibrahim mengulas cadangan Khalid, yang selaku pengarah komunikasi Amanah membuat saranan itu bagi menangani kemelut politik yang melanda pentadbiran negeri Selangor.

Beliau dalam entri blognya berkata, persoalan status dan kedudukan kerajaan negeri Selangor boleh diselesaikan dengan dirasmikan hubungan semua pihak melalui satu perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan dan PAS.

"Pendekatan sebegini tidak menjejas kedudukan sama ada Pakatan Harapan Selangor atau PAS Selangor.

"Melalui perjanjian kerjasama ini, kedudukan kedua-dua entiti diiktiraf dan hubungannya menjadi rasmi.

"Melalui tindakan ini hubungan antara PAS adalah dengan Pakatan Harapan, dan bukan hanya dengan PKR," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Azmin Ali dilapor berkata, tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua negeri itu berbeza. -TMI

ULASAN GB

Pinggan tak retak nasi pun tak dingin, orang tak hendak kami pun sebenarnya tak hingin!

AMANAH elah menghulurkan bunga supaya PAS boleh diterima oleh rakyat dan parti-parti pembangkang yang lain. Tetapi jika bekeras nak bersendirian, itu urusan PAS. Kalau kalah nanti jangan salahkan parti pembangkang yang lain khususnya Pakatan Harapan.

Yakinlah bahawa yang boleh mengalahkan kerajaan UMNO BN ialah Pakatan Harapan, bukan PAS dan bukan PAS+PKR.

Apabila PAS Mahu Menjadi Tuan Penasihat Kepada Musuh....

Posted: 09 Nov 2015 08:15 PM PST

PAS jadi penasihat musuh, soal Mujahid

Parti Amanah Negara (AMANAH) membidas PAS yang didakwa cuba mengelirukan ahli akar umbi parti dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan negeri Terengganu.

"Bagaimana boleh anda jadi penasihat kepada musuh?" soal Naib Presiden AMANAH Datuk Mujahid Yusof Rawa.



Katanya, ahli parti sentiasa diberitahu bahawa PAS sebagai sebuah parti politik perlu memenangi kerusi bagi merebut Putrajaya.

"Ini adalah sesuatu yang sangat asas.

"Ahli-ahli PAS sentiasa diberitahu bahawa parti perlu melaksanakan pembaharuan yang lebih efektif di negara ini dan bukannya menjadi penasihat kepada BN atau Umno," kata Mujahid kepada Malaysiakini.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 6 November lalu yang berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk melantik Hadi sebagai penasihat kerajaan negeri BN.

Hadi berkata PAS bersedia untuk bekerjasama dengan Umno dalam isu-isu pentadbiran dan sedia menasihatkan Umno serta tidak menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahmad Razif berkata, PAS telah menunjukkan kesediaan untuk membuka pintunya untuk mula bekerjasama dengan BN dan Umno.

Mujahid berkata pendirian terbaru ini membuktikan bahawa PAS sangat keliru dengan perjuangannya, tetapi ini diburukkan lagi dengan pihak yang cuba mengelirukan akar umbi pula.

Soalnya, mengapa PAS mahu menjadi sebuah parti politik tetapi kini mahu memainkan peranan sebagai penasihat kepada BN dan Umno.

"Anda (PAS) juga boleh menjadi sebuah NGO (badan bukan kerajaan) yang hanya memberikan nasihat; jadi tiada keperluan bercakap mengenai kerusi atau memenangi pilihan raya," kata Mujahid.

"Jangan perbodohkan ahli dengan berkata PAS adalah sebuah parti politik tetapi pada keesokan harinya, berkata yang penting bukan kerusi tetapi PAS boleh berperanan sebagai penasihat," katanya lagi

ULASAN GB

Diakui atau tidak, PAS kini dalam dilemma. Ini ekoran sikap presiden PAS yang semenjak akhir-akir ini membuat kenyataan-kenyataan yang memperlihatkan beliau suka jika PAS bekerjasama dengan UMNO sekalipun beberapa pimpinan PAS yang lainnya tidak bersetuju malah ada yang menentangnya terang-terangan.

PAS mahu menjadi "Tuan Penasihat" kerajaan UMNO BN.

Sedangkan Rasulullah saw pernah ditawar dengan pelbagai tawaran oleh Quraisy Mekah, ditawarkan habuan berbentuk jawatan-jawatan tertinggi, namun Rasulullah menolak mentah segala tawaran itu. Berbeza dengan Presiden PAS, tak ditawarkan jawatan apa-apa, tetapi tak semena-mena menyatakan mahu menjadi Penasihat kerajaan UMNO BN.

Semakin hari PAS semakin jauh dari kebenaran. Diperburukkan pula oleh sikap "taksub" pengikut-pengikutnya menjadi PAS semakin tidak relevan di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan dan menghapuskan kemunkaran dan kezaliman.

Kerana sikap beliau itulah maka Parti Amanah Negara ditubuhkan sebagai sebuah parti Islam alternatif di negara ini. PAS, sekalipun namanya "parti Islam" namun dari segi akliah, akhlak dan tindakan sudah jauh dari Islam.

Tiada ulasan: