Ahad, 1 November 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Hanya PAS Bas Ekspress Yang Tiada Destinasi, U-turn Sokmo...

Posted: 01 Nov 2015 12:45 AM PDT

AMANAH: Mana ada bas ekspres tak ada destinasi

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menempelak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Pakatan Harapan ibarat bas ekspres yang tidak ada destinasi.

Tegas timbalan pengerusinya, Salahudin Ayub destinasi Pakatan Harapan adalah jelas iaitu untuk mengambil alih Putrajaya melalui barisan pembangkang.


"Matlamat AMANAH jelas, kami bersama-sama rakan kita dalam barisan pembangkang mahu mengambil alih Putrajaya melalui Pakatan Harapan," tegas bekas naib presiden PAS itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Salahuddin adalah salah seorang pemimpin progresif yang pernah ada dalam PAS sebelum mereka disingkirkan secara pukal dalam muktamar parti itu di Kuala Selangor pada Jun lalu.

Mereka kemudian menyertai Gerakan Harapan Baru sebelum menubuhkan AMANAH yang kini diketuai bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sebaliknya, bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu mendakwa sebenarnya 'bas' yang dinaiki PAS kini semakin kabur dan tidak tahu ke mana hendak dituju.

"Mana ada bas ekspres dekat dunia ini bergerak tanpa ada destinasi. Semua ada destinasi.

"Cuma PAS sahaja pada hari ini kelihatan kabur mengenai destinasi dia dan rakyat melihat bas PAS tidak tahu ke mana hendak dituju,"
kata Salahudin.

Cadangan DAP gurauan biasa

Abdul Hadi dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini dilapor sebagai berkata, Pakatan Harapan umpama bas ekspres yang tidak ada destinasi.

Abdul Hadi yang dipetik Berita Harian berkata, PAS akan terus menjadi pembangkang yang beradab dan berakhlak berlandaskan Islam.

"PAS tidak akan sertai sebarang langkah yang tidak bersandarkan Islam dan matlamat kerana tidak mahu menaiki bas ekspres yang tidak sampai ke destinasinya.

"Apabila tidak sampai, kita pulak kena jalan kaki jauh ...sudah tiada harapan dengan harapan yang tidak sampai destinasi ...naik bas ekspres pergi Kuantan tapi guna jalan ke Kuala Lipis maka mana boleh sampai," kata ahli Parlimen Marang itu.

Sementara itu, mengulas dakwaan DAP mungkin bertanding di lapan kawasan PAS di Selangor, Salahudin berkata ia hanyalah gurauan biasa.

Malah, beliau berkata kenyataan tersebut hanyalah tindak balas daripada hasrat PAS mahu meletakkan calonnya di kerusi yang dimenangi DAP pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, ini kerana Pakatan Harapan setakat ini belum membincangkan isu kerusi yang akan ditandingi mereka.

"Kenyataan DAP itu hanyalah reaksi terhadap tindakan PAS yang nak bertanding di semua kerusi DAP dan saya anggap ia hanyalah gurauan biasa.

"Di peringkat Pakatan Harapan kita masih dalam proses mengukuhkan gabungan pembangkang. Kita pun tak bincang lagi soal kerusi mana yang hendak ditandingi," tegas Salahudin. -mk

Sketsa dari Kartunis Megat




OK Jika PAS Nak Pertahan 8 Kerusi, Tapi Jangan Halang Parti Lain Bertanding

Posted: 31 Oct 2015 06:20 PM PDT

PAS Selangor pertahan kerusi DUN pada PRU akan datang

PAS Selangor hari ini mempertikaikan hasrat DAP yang mahu bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pemimpin PAS Selangor memutuskan untuk mempertahankan semua 8 kerusi tersebut pada PRU akan datang kerana melihat tindakan DAP itu lebih kepada usaha bersama sekutunya iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan parti serpihan PAS.


Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata PAS sedia maklum DAP mahu merebut kerusi parti itu, namun pihaknya berpendirian untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

"Sebelum ini kita dengar ada ura-ura mereka akan masuk kawasan PAS...kita akan terus bertanding di situ dan akan pertahankan kerusi kita," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri di Shah Alam.

Sementara itu, setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata PAS negeri tidak akan berundur dan memberi laluan kepada DAP dalam PRU itu.

"Apa rasionalnya DAP nak bertanding di kerusi yang dalamnya 70% pengundi Melayu? Ini bukti suara DAP adalah suara parti Amanah kerana kedua-dua parti ini berminat untuk bertanding di kerusi yang dimenangi PAS," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dilaporkan sebagai berkata parti itu mungkin akan bertanding di 8 kerusi PAS dalam PRU akan datang dan sudah bersedia ke arah itu.

Kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.

Bagaimanapun, Pua berkata keputusan itu akan diputuskan selepas perbincangan dibuat bersama Pakatan Harapan Selangor yang melibatkan DAP, PKR dan Amanah. – Bernama

ULASAN GB

PAS nak pertahankan 8 kerusi yang dimenanginya pada PRU yang lalu adalah langkah yang dialu-alukan tetapi PAS tidak berhak untuk menghalang mana-mana parti lain untuk bertanding di kelapan-lapan kerusi berkenaan.

Seperti yang GB utarakan seleum ini, PAS tidak boleh menganggap kerusi yang mereka tandingi semasa Pakatan Rakyat terbentuk pada tahun 2013 sebagai milik mereka sampai kiamat. Tiada sebarang peruntukan undang-undang atau nas-nas yang menyebut demikian.

GB juga sudah ulas sebelum ini bahawa kemenangan PAS di Selangor di dalam PRU13 dulu khususnya, adalah disokong oleh bukan-Melayu. Dan apabila PAS mengambil sikap bermusuh dengan DAP, PAS sebenarnya menempah telah kekalahan lebih awal. Cuba perhatikan:

DUN PAS menang di Selangor.

mm=majoriti menang. %c= % cina

N17 Gombak Setia. mm 4.2%. %c 11.73%
N18 Hulu Kelang. mm 7.2%. %c 14.32%
N2 Sabak. mm2.1%.. %c 12.23%
N20 Lembah Jaya. mm 20.7%.. %c 31.86%.
N21 Chempaka. mm25.9%. %c 38.17%.
N23 Dusun Tua. mm10%. %c 37.72%.
N26 Bangi. mm25.2%. %c 18.96.
N29 Seri Serdang. mm25.4%. %c 31.6%
N38 Paya Jaras. mm14.3%. %c 27.3%
N42 Meru. mm25.6%. %c 27.5%
N45 Selat Kelang. mm8.7%. %c 26.0%
N51 Sijangkang. mm10.8%. %c 15.2%.
N53 Morib. mm2.6%. %c 22.7%
N54 Tanjung Sepat. mm3.4%. %c 28%.


Jika dilihat peratusan di atas, hampir kesemua kerusi (kecuali Bangi) majoriti kemenangan PAS adalah lebih kecil dari jumlah pengundi kaum Cina. Ini bererti jika tanpa "undi" kaum Cina, PAS bungkus di kesemua kerusi berkenaan.

Tiada ulasan: