Ahad, 8 November 2015

dollah yankee

dollah yankee


Ini baru lah "Taiko-Tai" !

Posted: 08 Nov 2015 04:00 PM PST



KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu dalam jawapan bertulis kepada Parlimen bahawa Dr Mahathir sedang disiasat susulan gesaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletakkan jawatan.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar masih menjalankan siasatan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
"Jangan ingat apabila kita tidak memanggil beliau (Tun Mahathir) kita tidak jalankan siasatan. Siasatan tetap dijalankan tetapi apabila perlu panggil dan merakam keterangan baru kita lakukan," katanya.
 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa kertas siasatan telah dibuka terhadap Dr Mahathir.

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilaporkan telah diambil keterangan oleh pasukan penyiasat Bukit Aman, kira-kira jam 11 pagi tadi.
Memetik laporan The Star, Dr Mahathir yang bercakap kepada pemberita di luar bangunan Yayasan Al-Bukhary berkata, beliau tidak menjawab soalan yang dikemukakan pegawai tersebut.

"Mereka tanya soalan dan saya kata saya tak akan jawab. Saya tak jawab," katanya.

dollah yankee -
Rasanya bukan polis ambil keterangan dari Tun Mahathir, tetapi Tun Mahathir yang ambil keterangan dari polis.Ini baru lah boleh di panggil "Taiko-Tai" !
Kah..Kah..Kah..

Semua bangun melawan

Posted: 08 Nov 2015 04:08 AM PST


Kenaikan satu demi satu tambang pengangkutan awam beberapa bulan kebelakangan ini mendorong kumpulan pengguna (4PAM, persatuan pengguna pengangkutan awam)  mencadangkan agar Putrajaya menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyelia tambang sistem pengangkutan serta menimbang keperluan dan asas sebarang kenaikan.
Ini semua ada lah kesan-kesan rantaian ('chain reaction' kata makcik-makcik kat felda-felda) akibat daripada cukai GST yang dikenakan dan kesan akibat nilai ringgit yang terus mengecut (walaupun Tun Mahathir kata, yang najib dan 8 orang lagi ada kata semuanya baik, tidak ada yang tidak baik. Pakcik-pakcik yang jadi 'guard' dekat kilang fastron di Bayan Lepas pun selalu tulis 'Keadaan baik dan terkawal' dalam buku laporan keselamatan mereka...Kah..Kah..Kah..).

Lagi teruk ialah industri-industri pengeluaran juga turut sama terkesan akibat dari masalah kesan rantaian ini. Mula-mula mereka-mereka yang berjawatan tinggi dan bergaji besar tersenarai untuk dibuang kerja. Seterusnya akan disusuli olih pekerja-pekerja biasa.Selepas semua sudah kena buang kerja dan yang tinggal hanya pakcik-pakcik guard yang jaga pintu kilang, syarikat atau industri itu sendiri akan tutup kilang/tutup kedai/gulung tikar atau mereka akan memindah operasi mereka ke negara lain.

Kita semua perlulah cari sendiri maklumat tentang ini sama ada betul atau tidak, jangan berharap hanya kepada penjelasan-penjelasan dari pihak pemerintah dan laporan-laporan dari akhbar-akhbar yang dimiliki pemerintah.

Pihak pemerintah akan berkata yang beberapa benda atau KTM sendiri dikecualikan daripada GST untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Tapi bagaimana pula dengan benda-benda yang kita makan atau kita guna atau yang kita pakai? semuanya dicukai dengan kadar 6%. Jadi semuanya naik. Kos perubatan naik, harga makanan naik, pengangkutan naik. Perbelanjaan harian kita juga sudah pasti semua naik. Kita terpaksa membayar cukai GST yang lebih banyak bila harga barangan keperluan harian naik.Kita terpaksa membayar lebih dalam semua benda (everything kata makcik-makcik kat felda-felda sana). Yang bergumbira ialah pihak pemerintah kerana mereka telah berjaya mengutip cukai GST daripada kita.

Gurkah-gurkah politik di'port' pula berkata pemerintahan sehingga kini tidak ada idea atau jalan untuk menambah hasil negara dan cara paling mudah ialah mendapatkan nya daripada kita semua yakni rakyat.

Akhirnya siapa yang merana? Siapa yang terbeban? Siapa yang kena cekik? Kita semua ler ... Persoalan nya sampai bila kita nak kena macam ni?

dollah yankee -
Ingatlah pesan dan kata-kata keramat Anwar Ibrahim ... Lawan tetap Lawan !


Tiada ulasan: