Jumaat, 6 November 2015

dollah yankee

dollah yankee


Jom lari !!!

Posted: 06 Nov 2015 06:56 AM PST

dollah yankee -
Larian Anti rasuah Pulau Pinang (PACRUN, penang anti corruption run) akan diadakan pada 6 hb Disember 2015 bertempat di Esplanade@padang kota lama ajuran SPRM yang  bekerjasama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dan lain-lain ajensi.

Larian sejauh 6 kilometer itu terbuka kepada umum. larian ini diadakan bersempena dengan hari anti rasuah yang jatuh pada 6 hb disember.

1,000 peserta pertama yang mendaftar akan mendapat satu baju 't' percuma dan tidak ada yuran penyertaan akan dikenakan.

Kepada anda yang nak 'joint' lari boleh lah dapatkan borang-borang penyertaan di tingkat 3 KOMTAR bermula hari ini 6 hb november sehingga 13 hb november, dari jam 10 pagi-12 tengahari.

Untuk maklumat lanjut sila 'pukoi' talipon 04-2271982

Tiada ulasan: