Ahad, 15 November 2015

dollah yankee

dollah yankee


Siapa yang akan disiasat,siapa akan diburu polisi?

Posted: 15 Nov 2015 05:08 AM PST


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau terlibat dengan penyalahgunaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada Ahad.
Pada Jumaat lepas, Akmal, pengarah NOW menerusi sidang media mendakwa, wang anak yatim sebanyak RM410,978.56 telah digunakan untuk membiayai perbelanjaan menteri berkenaan ketika mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat dengan sebahagian daripada jadual adalah membeli-belah bersama isterinya dan bermain golf. 
Namun pada semalam, Akmal mendedahkan butiran perbelanjaan wang anak yatim untuk membiayai perbelanjaan menteri berkenaan adalah RM590,000.00, jauh lebih tinggi daripada apa yang didedahkan sebelumnya dan mendesak Jamil Khir menjawab dakwaan yang dilemparkan.
dollah yankee - Ayuh semua !! mari kita pakat-pakat teka dan pakat-pakat tepuk dada masing-masing !!! Kah..Kah..Kah..

Tiada ulasan: