Khamis, 12 November 2015

dollah yankee

dollah yankee


Lebih dari 7 orang daa ...

Posted: 12 Nov 2015 06:28 AM PST


"Mungkin 7 orang ahli, dan mungkin juga lebih daripada 7 orang", (yang akan kena gantung atau yang akan ditendang keluar dari parti), kerana mereka ini telah mengkeritik parti secara terbuka itu kata SUA umnu.

Dibawah pemerintahan regim komunis, Taliban, Junta tentera di Burma, Idi Amin dan lain-lain lagi ceritanya lebih kurang sama. Sesiapa yang mengkeritik pemimpin dan parti pemerintah bukan sahaja akan digantung dan di tendang keluar dari parti tetapi ada juga yang telah hilang tanpa dapat dikesan.

Nampaknya umnu juga sedang menuju kearah jalan dan laluan yang sama seperti diatas. Baru kini ahli-ahli umnu sedar yang hak mereka sebagai ahli khasnya dan hak orang melayu dalam negara khasnya ialah tidak boleh mengkeritik parti dan pemerintah, tidak boleh bersuara dalam apa juga bentuk ketidakadilan. Atau sememangnya umnu sekarang sedang mencabar hak-hak orang melayu yang sebelum ini bebas bersuara?

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada mereka yang lebih dari 7 orang itu kerana bilangan yang sedar dan sudah bangun dari tidur telah meningkat. Dikatakan juga sebenarnya terlalu ramai yang sudah bangun sebenarnya tetapi mereka bangun dalam diam kerana tidak berani bersuara. 

Ini satu tanda yang sangat positif, bukan untuk umnu tetapi untuk PKR,DAP,PAN

dollah yankee -
KipiDAP !!! kah..jah..kah..

Tiada ulasan: