Sabtu, 7 November 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


APAKAH MASALAH UMNO SELESAI DENGAN MENDAKWA MAHATHIR DI MAHKAMAH?

Posted: 07 Nov 2015 07:20 AM PST

shahbudindotcom

 

 
 
 
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan UMNO sedang bertungkus-lumus untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi parti itu.

Serentak dengan itu, beliau mahukan ahli di peringkat akar umbi mendukung segala usaha yang sedang dilakukan oleh pucuk pimpinan  UMNO bagi tujuan itu.

Atas dasar itu, kami menjelaskan kepada pemimpin peringkat negeri, bahagian dan akar umbi bahawa dukungan harus diberikan kepada kepimpinan pusat untuk menyelesaikan masalah tersebut, katanya di Alor Setar hari ini.

Walaupun Zahid tidak menyebut masalah yang sedang dihadapi oleh UMNO, tetapi semua orang memahami masalah utama UMNO sekarang ialah berkaitan 1MDB, derma RM2,600 juta dan hal-hal yang melingkari kepimpinan Najib sendiri.

Ia kemudian berkait pula dengan kedudukan Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan empat pemimpin lain yang dikenali "Kumpulan 7" sama ada bakal dipecat, digantung atau sebagainya daripada UMNO dalam waktu yang terdekat ini.

Selain itu, ia juga melibatkan Tun Mahathir yang turut sedang disiasat polis dan keputusan sama ada akan diambil tindakan atau sebaliknya akan diketahui kira-kira dua minggu lagi.

Itulah sebenarnya masalah-masalah utama yang sedang dihadapi UMNO. Dan semuanya, jika dihalusi tidak lain hanyalah berpunca daripada satu orang saja iaitu Najib sendiri yang memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan serta Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
 
 
 
 
Jika Zahid mengatakan UMNO sedang bertungkus-lumus untuk menyelesaikan semua masalah itu dan mengharapkan sokongan daripada pemimpin parti di peringkat negeri, bahagian serta akar umbi,  apakah tindakan penyelesaian yang dalam perancangan itu?

Apakah memecat atau menggantung keahlian "Kumpulan 7" dapat menyelesaikan masalah parti?

Apakah juga memecat atau menggantung kedudukan Muhyiddin Yassin yang kemudian menyebabkan haknya terbatal untuk merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 9 Disember depan mampu menguatkan dan menyelesaikan masalah parti?

Apakah dengan mengambil tindakan yang sama kepada dua pemimpin UMNO yang sedang berada di hieraki pusat iaitu Muhyiddin dan Shafie Apdal dengan tujuan yang jelas untuk menghalang mereka muncul dan berucap di acara penggulungan Perhimpunan Agung UMNO pada 12 Disember, dapat menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi UMNO?

Apakah juga dengan mengambil tindakan berkaitan pertuduhan fitnah keatas Tun Mahathir, sebagaimana yang diakui oleh pihak polis bahawa kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara kira-kira dua minggu lagi, merupakan pilihan terbaik untuk menyelesaikan masalah UMNO?

Tidakkah dengan Anwar Ibrahim sendiri yang pernah bermusuh dengan Tun Mahathir turut menyatakan kebimbangannya mengenai perkara itu menunjukkan sesiapa pun hakikatnya tidak dapat menerima layanan sebegitu rupa yang cuba dihadapkan kepada bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa itu?

Tun Mahathir ketika berkuasa pun, turut diserang dengan pelbagai dakwaan yang antaranya oleh dua bekas Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Alhal dan Tun Hussein Onn, tetapi adakah tindakan beliau sampai ke peringkat seperti apa yang dilakukan oleh Najib ini?

Sementara Zahid kini sedang menjelajah ke negeri-negeri untuk mendapatkan sokongan terhadap apa juga tindakan yang bakal diambil oleh kepimpinan UMNO pusat, tetapi siapakah yang sebenarnya cuba diselamatkannya?

Tindakan jangka pendek dalam bentuk apa pun barangkali boleh diambil untuk menyelamatkan kedudukan Najib, tetapi apakah ia mampu menambah kekuatan jangka panjang kepada UMNO dan memberi bayangan harapan lebih baik kepada masa depan negara?
 
 
 
 
Begitu juga dengan tindakan Zahid yang cuba "menjadi hero" dengan mengatakan beliau sedang memerhati satu satu siapa Ahli Parlimen BN yang cuba bersama dengan pembangkang untuk menolak bajet 2016 nanti, apakah begitu sikap yang wajar bagi seseorang pemimpin?

Perlukah ungkapan atau gambaran berupa amaran sesuai dilakukannya dalam keadaan sekarang?

Pernahkah kita ada seorang Timbalan Perdana Menteri yang gayanya sebegitu rupa sebelum ini?

Akhirnya, siapa sebenarnya yang sedang Zahid cuba selamatkan? Najib, UMNO,  negara atau dirinya? 


Husam mahu dedah kerjasama Pas-Umno di Selangor

Posted: 07 Nov 2015 07:10 AM PST

IKHWAN HAZWAN

Husam
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata beliau sedar pendedahannya itu akan mengundang risiko kepada dirinya namun sanggup menghadapinya kerana apa yang disebutnya itu adalah benar. - Foto KelantanTV


KUALA LUMPUR,  Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sanggup menanggung risiko atas kenyataannya mengenai kerjasama Pas membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor.

Menurut ADUN Pas-Salor itu, beliau sedar pendedahannya itu akan mengundang risiko kepada dirinya namun sanggup menghadapinya kerana apa yang disebutnya itu adalah benar.

Jelas Husam, beliau mahu sandiwara yang telah menghancurkan parti selama ini dihentikan dan hanya melaksanakan kewajipan memaklumkan kepada ahli dan masyarakat umum sandiwara belakang tabir yang telah berjalan sekian lama.

"Saya tegaskan di sini, saya tidak memfitnah sesiapa dan kenyataan saya adalah benar yang mana saya bertanggungjawab dunia akhirat.

"Sehubungan itu, siaran di laman web rasmi Pas dengan tajuk 'Jawapan Fitnah Terhadap Presiden Pas' harap dapat ditarik balik serta merta.

"Saya sanggup mempertahankan kenyataan saya dan Allah adalah saksi Maha Agung," katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pendedahannya ketika memberi ceramah di Pasir Mas yang dipercayai merujuk kepada waktu Pakatan Rakyat (PR) berdepan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor, daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin pada tahun lalu.

Dalam ceramahnya itu, beliau menjelaskan bahawa Hadi mencuba untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

Tambah Husam lagi, sebagai seorang muslim yang wara' dan alim, semua pimpinan Pas tahu bahawa berbohong adalah amat ditegah oleh Islam.

Jelasnya, ia berikutan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan tiada alasan untuk Pas bergabung dengan Umno membentuk kerajaan di Selangor.

"Fakta bahawa Presiden Pas mengakui beliau mengusahakan kerjasama politik itu ketika krisis Menteri Besar Selangor tahun lalu tidak boleh diketepikan dengan alasan.

"Antara 'ya' dan 'tidak' sahaja yang diperlukan. Adakah 'ya' atau 'tidak' Presiden Pas mengaku seperti itu bila dipersoalkan?" soalnya.

Lagi orang Asli hilang di Gua Musang

Posted: 07 Nov 2015 07:05 AM PST

BERNAMA

 

hutan
Seorang warga emas Orang Asli dilaporkan hilang ketika keluar mencari akar kayu dan menyumpit burung di satu kawasan hutan di Felda Aring 5, Gua Musang sejak sembilan hari lepas. - Gambar hiasan


KOTA BHARU,  Seorang warga emas Orang Asli dilaporkan hilang ketika keluar mencari akar kayu dan menyumpit burung di satu kawasan hutan di Felda Aring 5, Gua Musang sejak sembilan hari lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata mangsa dikenali sebagai Hakim @ Udang Salok, 61, dari suku Batik itu telah keluar dari rumahnya pada 31 Oktober lalu pada pukul 2 petang dengan membawa sebilah parang, satu kilogram gandum, lampu suluh dan ponco untuk mencari akar kayu.

"Menurut anggota keluarga dan saksi, adalah menjadi amalan biasa oleh mangsa untuk keluar berseorangan berjalan kaki ke kawasan hutan untuk mencari akar kayu dan menyumpit burung dan tupai. Ada masanya, mangsa akan bermalam dua hingga tiga hari tanpa pulang ke rumah.

"Bagaimanapun, selepas tiga hari (2 November) mangsa masih tidak pulang ke rumah, anak mangsa bersama beberapa penduduk kampung telah mencari mangsa di dalam hutan sebelum anak mangsa membuat laporan polis pada pukul 4.46 petang semalam," katanya dalam satu kenyataan yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp di sini, hari ini.

Beliau berkata berikutan itu satu gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah dijalankan melibatkan 47 anggota pelbagai agensi seperti polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Gua  Musang pada 6 petang semalam sebelum ditangguhkan pada pukul 10 malam tadi kerana faktor cuaca.

"Operasi SAR disambung kembali pada 8.30 pagi ini, namun, setakat petang ini, belum ada sebarang perkembangan mengenai mangsa," katanya.

Di manakah jawatankuasa lindung jamin SOSMA? - Gani Patail

Posted: 07 Nov 2015 06:58 AM PST

Sathesh Raj, Astro Awani
Di manakah jawatankuasa lindung jamin SOSMA? - Gani Patail
Gani mencadangkan Presiden Majlis Peguam Negara Steven Thiru untuk membawa perkara ini kepada pihak berwajib bagi memastikan 'check and balance'.

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempersoalkan di manakah jawatankuasa lindung jamin atau 'check and balance' susulan pelaksanaan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 SOSMA yang seharusnya di wujudkan.

Beliau merujuk kepada pembentukan jawatankuasa kajian khas, yang dijanjikan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membentangkan rang undang-undang SOSMA pada 2012.

"Di manakah jawatankuasa lindung jamin atau 'check and balance' pelaksanaan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 SOSMA?" tanya beliau.

Tegas Abdul Gani, persoalan berhubung kewujudan jawatankuasa yang sepatutnya melibatkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Majlis Peguam itu perlu dibawa ke perhatian kerajaan bagi memastikan undang-undang terpelihara.

Justeru beliau mencadangkan agar Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru untuk membawa perkara ini kepada pihak berwajib bagi memastikan 'check and balance' dan tiada penyalahgunaan undang-undang.

"Lindung jamin ke- 6 ialah apabila akta itu berkuat kuasa kerajaan juga akan menubuhkan satu jawatankuasa secara pentadbiran untuk menyemak keseluruhan akta ini dari semasa ke semasa dan jawatankuasa ini akan juga bertanggungjawab untuk meneliti pelaksanaan akta tersebut dan mengemukakan syor untuk penambahbaikan.

"Jadi sepatutnya ada satu jawatankuasa yang ditubuhkan secara pentadbiran," ketika berucap di dalam forum "SOSMA - Wolf in Sheep's Clothing" di sini malam tadi.

LIHAT VIDEO DI SINI

Dalam masa sama beliau berkata wujud interpretasi dan pelaksanaan sesuatu undang-undang yang sering kali menjadi masalah walaupun sesuatu undang-undang itu sendiri adalah bagus.

Beliau mengambil contoh SOSMA yang dibuktikan sangat berguna ketika insiden Lahad Datu.

Apabila ditanya tentang kegunaan SOSMA dalam kes penangkapan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang, beliau berkata, isu itu telah dibawa ke mahkamah dan perkara itu sewajar dikendalikan oleh pakar mengenainya.
Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, "Saya tidak boleh komen. Saya tidak mempunyai fakta kes. Saya tidak tahu apa yang pihak pendakwaraya ada."

Penampilan Abdul Gani dalam forum ini adalah yang pertama sejak perkhidmatannya sebagai Peguam Negara ditamatkan Julai lalu. 

Polis bahagi kepada tujuh sektor jejaki Jashiah

Posted: 07 Nov 2015 06:49 AM PST

Bernama
Polis bahagi kepada tujuh sektor jejaki Jashiah
Operasi SAR Jashiah Rabu (gambar) yang masuk hari ke-13 hari ini dibahagikan kepada tujuh sektor. -Gambar fail
 
 
KUALA KUBU BHARU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jashiah Rabu yang masuk hari ke-13 hari ini, dibahagikan kepada tujuh sektor dalam usaha menjejaki wanita malang itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata antara kawasan pencarian termasuk lokasi terakhir Jashiah, 53, dilihat oleh seorang saksi iaitu di sebuah kebun getah.

"Fokus utama operasi SAR hari ini tertumpu kepada kebun getah di pinggir Bukit Kutu melibatkan radius pencarian 1 kilometer yang disertai oleh 15 anggota.

"Setakat ini, tiada petunjuk positif yang ditemui oleh anggota manakala operasi SAR yang bermula 9 pagi itu ditamatkan pada 7 petang tadi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Operasi SAR hari ini melibatkan 65 anggota daripada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Gerakan Am serta penduduk kampung.

Dalam perkembangan lain, Supramaniam berkata majlis bacaan Yasin serta solat hajat untuk Jashiah diadakan semalam, di sebuah masjid di sini yang dihadiri kira-kira 450 orang.

Jashiah yang merupakan guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1, kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada petang 23 Okt lepas, dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah.
Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer.

Ketua polis kecam akhbar Cina dakwa polis berat sebelah

Posted: 07 Nov 2015 06:40 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggunakan akaun Twitternya mengecam akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, yang menerbitkan satu artikel mengenai tindakan pantas anggota polis memberkas suspek dalam satu kes ragut, yang mangsanya adalah seorang anggota pasukan itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015. 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggunakan akaun Twitternya mengecam akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, yang menerbitkan satu artikel mengenai tindakan pantas anggota polis memberkas suspek dalam satu kes ragut, yang mangsanya adalah seorang anggota pasukan itu. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini membidas akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, kerana dikatakan mendakwa polis berat sebelah dalam tindakan mereka membanteras jenayah.
 
Khalid menggunakan akaun Twitternya mengecam akhbar itu, yang menerbitkan satu artikel mengenai tindakan pantas anggota polis memberkas suspek dalam satu kes ragut, yang mangsanya adalah seorang anggota pasukan itu.

"Tiada pilih kasih dlm tindakan @PDRMsia terhadap jenayah ragut. Akhbar ini jgn lah cuba mengapi api kan pembaca!," tulis ketua polis itu dalam kapsyennya yang disertai "screenshot" artikel berkenaan.

Sin Chew meletakkan berita itu di akaun Facebooknya dengan kapsyen yang berbunyi: "Satu lagi kes ragut, tetapi kes ini diselesaikan dengan pantas." Portal Malaysiakini kemudiannya melaporkan akhbar itu meminta maaf kepada pihak polis berhubung posting itu, tetapi menyatakan bukan hasratnya menyatakan pihak berkuasa itu berat sebelah dalam kes tersebut.

"Status itu tidak bertujuan mempersoalkan sama ada polis berat sebelah dalam siasatannya. Ia bagi menunjukkan sikap positif polis dalam mengendalikan kes itu dan menyerlahkan kecekapan mereka.

"Ini terbukti apabila polis menyelesaikan banyak kes penting dalam tempoh yang singkat baru-baru ini," katanya. 
 
 

Jangan selektif ambil keterangan Dr Mahathir sahaja, kata Shafie

Posted: 07 Nov 2015 06:37 AM PST


Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tidak boleh hanya Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja yang disoal siasat polis sementara pemimpin yang lain melanggar undang-undang tidak disentuh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015. 
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tidak boleh hanya Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja yang disoal siasat polis sementara pemimpin yang lain melanggar undang-undang tidak disentuh. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mempersoalkan mengapa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disoal siasat kerana mengkritik Datuk Seri Najib Razak dan firma pelaburan milik negara, tetapi tidak pemimpin lain yang melanggar undang-undang.
 
Bekas menteri itu, yang digugurkan daripada Kabinet selepas secara terbuka menyoal Najib berhubung dakwaan skandal kewangan, berkata Dr Mahathir adalah seorang negarawan yang perlu dihormati dan banyak berjasa.

"Saya berharap kalau kenyataan diambil terhadap tokoh seperti Tun, jangan pula ada tokoh lain yang melanggar undang-undang tetapi kenyataan langsung tidak diambil," kata Shafie ketika ditemui pada program Hari Diabetes Peringkat Daerah Semporna hari ini.

Beliau berkata pihak berkuasa tidak boleh bersifat selektif dalam melakukan penyiasatan dan menjalankan undang-undang. "Perlu ada konsistensi dalam melaksanakan undang-undang yang ada. Tidak bolehlah selektif dalam kita melaksanakan tanggungjawab ini," katanya.

Polis semalam menyoal Dr Mahathir selama kira-kira 45 minit di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur.

Veteran Umno itu bagaimanapun berkata, beliau memilih untuk tidak menjawab soalan yang dikemukakan.

Dr Mahathir menghadiri perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos, yang menuntut pembaharuan demokrasi dan peletakan jawatan Najib berhubung skandal kewangan yang didakwa melibatkan beliau.

Pada perhimpunan tersebut, beliau membuat kenyataan terbuka mengenai Najib dan mendakwa perdana menteri mengambil wang rakyat.

Dr Mahathir, yang kini merupakan pengkritik Najib yang paling lantang, sedang disiasat kerana kesalahan jenayah fitnah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Polis hari ini berkata, kertas siasatan terhadap bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu hampir siap dan akan dikemukakan kepada pendakwa raya tidak lama lagi.

Shafie, bersama bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyoal Najib berhubung syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang merupakan cetusan idea perdana menteri.

Kedua-dua pemimpin itu disingkirkan daripada Kabinet dalam rombakan pada akhir Julai.

Selain dakwaan skandal kewangan 1MDB itu, Najib juga berada di bawah tekanan berkaitan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Beliau menafikan dana itu datang dari firma milik Kementerian Kewangan itu, tetapi tidak memberikan penjelasan mengenainya.

Dana itu kemudiannya disahkan sebagai sumbangan daripada penderma yang tidak dinamakan dari Timur Tengah.

Shafie juga merupakan salah seorang bekas pemimpin dan veteran Barisan Nasional yang menyertai Dr Mahathir pada satu sidang media bulan lalu, mengutuk penggunaan undang-undang keselamatan terhadap bekas pemimpin Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.

Dua individu itu didakwa cuba mensabotaj ekonomi Malaysia selepas Khairuddin membuat laporan dengan pihak berkuasa di luar negara terhadap 1MDB.



Jangan selektif ambil keterangan Dr Mahathir sahaja, kata Shafie





Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tidak boleh hanya Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja yang disoal siasat polis sementara pemimpin yang lain melanggar undang-undang tidak disentuh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015.Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tidak boleh hanya Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja yang disoal siasat polis sementara pemimpin yang lain melanggar undang-undang tidak disentuh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015.Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mempersoalkan mengapa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disoal siasat kerana mengkritik Datuk Seri Najib Razak dan firma pelaburan milik negara, tetapi tidak pemimpin lain yang melanggar undang-undang.
Bekas menteri itu, yang digugurkan daripada Kabinet selepas secara terbuka menyoal Najib berhubung dakwaan skandal kewangan, berkata Dr Mahathir adalah seorang negarawan yang perlu dihormati dan banyak berjasa.
"Saya berharap kalau kenyataan diambil terhadap tokoh seperti Tun, jangan pula ada tokoh lain yang melanggar undang-undang tetapi kenyataan langsung tidak diambil," kata Shafie ketika ditemui pada program Hari Diabetes Peringkat Daerah Semporna hari ini.

Beliau berkata pihak berkuasa tidak boleh bersifat selektif dalam melakukan penyiasatan dan menjalankan undang-undang. "Perlu ada konsistensi dalam melaksanakan undang-undang yang ada. Tidak bolehlah selektif dalam kita melaksanakan tanggungjawab ini," katanya.
Polis semalam menyoal Dr Mahathir selama kira-kira 45 minit di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur.
Veteran Umno itu bagaimanapun berkata, beliau memilih untuk tidak menjawab soalan yang dikemukakan.
Dr Mahathir menghadiri perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos, yang menuntut pembaharuan demokrasi dan peletakan jawatan Najib berhubung skandal kewangan yang didakwa melibatkan beliau.
Pada perhimpunan tersebut, beliau membuat kenyataan terbuka mengenai Najib dan mendakwa perdana menteri mengambil wang rakyat.
Dr Mahathir, yang kini merupakan pengkritik Najib yang paling lantang, sedang disiasat kerana kesalahan jenayah fitnah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Polis hari ini berkata, kertas siasatan terhadap bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu hampir siap dan akan dikemukakan kepada pendakwa raya tidak lama lagi.
Shafie, bersama bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyoal Najib berhubung syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang merupakan cetusan idea perdana menteri.
Kedua-dua pemimpin itu disingkirkan daripada Kabinet dalam rombakan pada akhir Julai.
Selain dakwaan skandal kewangan 1MDB itu, Najib juga berada di bawah tekanan berkaitan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.
Beliau menafikan dana itu datang dari firma milik Kementerian Kewangan itu, tetapi tidak memberikan penjelasan mengenainya.
Dana itu kemudiannya disahkan sebagai sumbangan daripada penderma yang tidak dinamakan dari Timur Tengah.
Shafie juga merupakan salah seorang bekas pemimpin dan veteran Barisan Nasional yang menyertai Dr Mahathir pada satu sidang media bulan lalu, mengutuk penggunaan undang-undang keselamatan terhadap bekas pemimpin Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.
Dua individu itu didakwa cuba mensabotaj ekonomi Malaysia selepas Khairuddin membuat laporan dengan pihak berkuasa di luar negara terhadap 1MDB.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-selektif-ambil-keterangan-dr-mahathir-sahaja-kata-shafie#sthash.5H5OWcQj.dpuf

Pas sedia jadi pemerintah untuk rakyat

Posted: 07 Nov 2015 04:27 AM PST

 
Prinsip amar makruf dan nahi mungkar yang dipegang oleh Pas sejak dahulu pasti akan memudahkan Pas untuk mentadbir negara


Khairuddin-Aman_pas_600


PETALING JAYA:Pas bersedia untuk menjadi payung pemerintah kepada rakyat selepas parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) diselubungi krisis hingga menyebabkan kemerosotan keyakinan rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, sudah tiba masanya Pas memberikan idea-idea pengurusan dan pentadbiran berdasarkan prinsip-prinsip Islam kepada kerajaan pusat agar rakyat sentiasa menikmati hak sebagai warganegara.

"Ketika UMNO BN berhadapan dengan pelbagai isu melibatkan ketelusan seperti 1MDB, skandal derma politik RM 2.6 bilion, kenaikan kos hidup disebabkan percukaian GST, kejatuhan mata wang ringgit, kemerosotan hasil negara, belanjawan defisit, hutang negara yang memuncak, hutang isi rumah yang tinggi, susut nilai pendapatan maka Pas telah sangat bersedia untuk menjadi payung pemerintah kepada rakyat menggantikan UMNO dengan moto` PAS GANTI UMNO'," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, dengan berasaskan prinsip amar makruf dan nahi mungkar yang dipegang oleh Pas sejak dahulu, apa yang dimahukan pasti akan dipermudahkan.

Ujarnya, Pas akan terus konsisten menyuruh kerajaan melakukan perkara-perkara baik untuk rakyat dan menegur serta mencegah kerajaan melakukan sebarang bentuk kezaliman dan kemungkaran.

Dalam pada itu beliau berkata, Pas mengalu-alukan kemasukan ahli UMNO secara beramai-ramai selepas parti orang Melayu itu diselubungi krisis yang semakin parah.

Banjir: Jumlah mangsa di Pusat Pemindahan Baling meningkat kepada 608

Posted: 07 Nov 2015 04:16 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BALING :  Jumlah mangsa ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di sini meningkat kepada 608 orang daripada 349 semalam, setakat 1 tengah hari ini.
 
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Baling, Syamsul Izrin Isahak ketika dihubungi Bernama berkata, ia melibatkan 106 buah keluarga berbanding 87 semalam.
 
Sebanyak tujuh pusat pemindahan terlibat iaitu Dewan Baru Bongor, Banggol Derum, Kompleks Rakan Muda, Tabika Gua Reban, Dewan Kg Charok Sikin, Dewan Kg Lahar dan Dewan Kg Bawah Gunung.
 
Menurutnya, Kompleks Rakan Muda setakat ini mempunyai jumlah mangsa yang paling ramai iaitu 200 orang, diikuti Kg Bawah Gunung (100), Dewan Baru Bongor (90 orang), Tabika Gua Reban (80), Banggol Derum (76), Kg Lahar (57), dan Charok Sikin (5).
 
Pihak JKM Baling juga turut menyediakan pelbagai bantuan kepada mangsa terlibat di pusat pemindahan termasuk makanan dan minuman, tikar serta tilam, katanya.
 
 

Azmin nafi jumpa Hadi bincang konspirasi PAS-Umno

Posted: 07 Nov 2015 04:15 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM : Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan bahawa satu mesyuarat diadakan antara beliau dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung konspirasi berkaitan kerjasama PAS dan Umno pada tahun lalu.
 
"Ia tidak benar sama sekali," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Usahawan Malaysia-China Ke-5 (MCEC 2015) di sini Sabtu.
 
Menteri Besar Selangor itu berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bahawa ada kebenaran di sebalik dakwaan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bahawa Abdul Hadi cuba membentuk kerajaan perpaduan bersama dengan Umno di Selangor semasa krisis menteri besar tahun lalu.
 
Azmin berkata beliau tidak tahu mengenai konspirasi tersebut kerana beliau bukan ahli PAS.
 
Ditanya sama ada beliau bertemu dengan Abdul Hadi pada tahun lalu, Azmin berkata beliau sebenarnya bertemu dengan semua presiden parti termasuk dari Umno.
 
Sambil menegaskan fokus utama kerajaan negeri itu pada hari ini adalah menjaga kepentingan rakyat, Azmin berkata apa yang lebih penting bagi pasukannya termasuk ahli exco negeri adalah bekerja keras ke arah itu.
 
"Sepanjang pengetahuan saya, negeri Selangor masih kuat dan kami akan terus menjaga kepentingan rakyat. Sesiapa yang mahu terus mempolitikkan perkara ini, biarkan sahaja mereka. Saya hanya mahu bercakap tentang kerja. Saya hanya mahu bekerja," katanya.
 
 

Geramm kecam serbuan polis, SKMM

Posted: 07 Nov 2015 04:09 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Gerakan Media Marah (Geramm) mengecam keras tindakan polis dan Suruhanjaya Kommunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerbu pejabat portal berita Malaysiakini dan The Star Online.

"Kami memandang tindakan ini sebagai cubaan untuk menakut-nakutkan media dan mencengkam kebebasan bersuara.

"Geramm membantah keras tindakan ini dan meminta pihak berkuasa menghormati hak media untuk melaporkan berita tanpa diancam dan tanpa berpihak serta membiarkan media bebas menjalankan tugas untuk memberikan maklumat kepada rakyat jelata," kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kenyataan itu merujuk kepada dua serbuan dua agensi penguatkuasa itu di pejabat Malaysiakini pada semalam, dan The Star hari ini.

Siasatan itu dibuat selepas Pejabat Peguam Negara membuat laporan kepada polis berhubung dua berita berasingan disiarkan portal terbabit.

Ia tertumpu kepada isu perpindahan seorang timbalan pendakwa raya yang ditempatkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pernah terbabit dalam siasatan anak syarikat 1MDB, SRC International.

Sehubungan itu, Geramm berpendapat tindakan agensi penguatkuasaan terhadap media berhubung kes yang memang menjadi perhatian rakyat, seakan memalit imej diktator dan kuku besi terhadap pihak berkuasa.

"Geramm pasti, ini bukanlah imej yang kerajaan inginkan, tapi aksi dan tindakan mereka ketika ini seakan menjemput minda rakyat bergelumang di dalam kemelut terbabit.

"Walau Geramm sedar kadang-kadang laporan berita memiliki unsur disensasikan dan mengandungi maklumat boleh dipersoalkan, kami menjemput pihak berwajib untuk menjawab isu terbabit di dalam siaran media dan jika perlu bolehlah menggunakan tindakan mahkamah.

"Kami ingatkan kepada kerajaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah berjanji untuk mempertahankan kebebasan media," tegas Geramm.

Geramm adalah perikatan longgar kumpulan wartawan, wakil media dan aktivis tempatan yang memperjuang kebebasan media dan pengamalnya.


Melayu terakhir di pulau Singapura

Posted: 07 Nov 2015 03:58 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Sebanyak 63 pulau di selatan Singapura sebelum ini menempatkan kira-kira 10,000 orang penduduk asal orang Melayu yang mendirikan kampung, bercucuk tanam dan menjadi nelayan.

Kini segalanya hanya tinggal kenangan. Kebanyakannya ditebus guna untuk kegunaan industri petroleum, ketenteraan dan pelancongan.

Jurugambar, Zainal Zakaria berkata beliau bersama rakan-rakannya berjaya menjejak lebih 100 orang penduduk berkenaan untuk projek rakaman dokumentari Island Nation.

Jurugambar bersekutu untuk agensi kreatif Captured itu menjelaskan, pada pertengahan 1990-an, masyarakat Melayu di kepulauan tersebut ditempatkan semula di pulau besar Singapura.

Jelasnya, ada kalangan warga ini menganggap rumah pangsa yang diperolehi sebagai pampasan itu tidak lebih dari sebuah penjara.

Katanya, mereka terpaksa menjalankan projek dokumentari tersebut secara tergesa-gesa kerana bimbang tidak dapat merakam sejarah lisan daripada warga tersebut.

"Salah seorang daripada penduduk asal yang ditemubual oleh mereka meninggal dunia sebelum projek tersebut dapat disiapkan," kata Zainal.

Masih ke laut menahan bubu

Tambahnya, ada individu yang hanya mampu menangis hiba apabila terkenang pada perahu, karang laut dan ikan yang menjadi punca rezeki.

"Apabila kerajaan menawarkan pampasan ke atas tanah, ada yang OK kerana anak mereka tidak lagi perlu bangun seawal jam 5 pagi untuk menaiki bot selama satu jam ke sekolah.

"Yang lainnya berasakan bahawa syurga mereka sudah tiada. Cara hidup ibu bapa dan nenek mereka yang tidak memerlukan sebarang wang sudah tiada lagi," kata Zainal, 30.

Dokumentari berkenaan antara lain merakam kehidupan Mohamed Sulih Supian, satu-satunya penduduk yang masih tinggal di Pulau Sekijang Bendera, yang juga dikenali dengan nama St John's Island.

Sulih akan menaiki bot ke pulau besar Singapura sekali seminggu untuk sembahyang Jumaat dengan tambang SG$18 untuk setiap perjalanan.

Siri dokumentari itu turut memaparkan kehidupan nelayan Pulau Seking dan Pulau Semakau yang masih turun ke laut untuk menahan bubu.

Projek ini merupakan salah satu daripada inisiatif Singapore Memory Project bawah National Library Board.

Projek berkenaan mempersembahkan kenangan negara republik itu sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-50.

LIHAT VIDEO DI SINI

Husam tanya PAS: Ya atau tidak?

Posted: 07 Nov 2015 03:54 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa kepimpinan parti itu memberi jawapan "ya" atau "tidak" kepada dakwaannya sebelum ini bahawa presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

Katanya, apa yang penting adalah menjawab dan memberi kepastian, bukannya lari daripada isu berkenaan.

ADUN Salur itu berkata demikian selepas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa kenyataan Husam adalah "tidak betul" kerana tidak ada keperluan untuk PAS bekerjasama dengan Umno di Selangor.

Husam berkata, sebagai umat Islam semua pemimpin PAS tahu bahawa berbohong amat ditolak oleh Islam.

"Hakikat bahawa Presiden PAS mengakui beliau mengusahakan kerjasama politik itu ketika krisis MB Selangor tahun lalu tidak boleh diketepikan dengan alasan-alasan.

"Antara 'ya' dan 'tidak' sahaja yang diperlukan. Adakah 'ya' atau 'tidak' Presiden Pas mengaku seperti itu bila dipersoalkan?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hadi bebas lontar apa saja

Husam dalam ceramah di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas dilaporkan mendakwa Abdul Hadi mengaku pernah cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

Usaha itu, kata Husam, cuba dijalankan dengan memujuk beberapa ADUN daripada PKR menyertai gabungan berkenaan.

Malah, Pengarah Jabatan Penerangan PAS, Ahmad Amzad Hashim mendakwa Husam sengaja mahu mensabotaj parti itu dengan menyatakan bahawa bekas naib presiden PAS itu telah "berubah".

Bagaimanapun, Husam hari ini bertindak balas dengan bertanya: "Adakah saya yang berubah atau PAS yang sudah berubah?"

Husam juga menekankan kenyataan Abdul Hadi pada 1 November lalu apabila Ahli Parlimen Marang berkenaan menawarkan diri menjadi penasihat kerajaan jika Umno menukar dasar pemerintahan mereka.

Husam berkata kenyataan tersebut menggambarkan Abdul Hadi bebas melontarkan apa sahaja kenyataan tanpa mempedulikan pendirian parti Islam itu.

"Saya dalilkan dengan respon PAS Selangor menerusi kenyataan pesuruhjayanya yang menolak hubungan dengan PERKASA, hampir sebaik sahaja foto Presiden PERKASA memeluk Presiden PAS menjadi viral.

"Jika tindakan presiden menjalin hubungan dengan PERKASA telah diputuskan dalam mesyuarat pusat, tentulah Pesuruhjaya Selangor tidak akan mengeluarkan komen menentang arus itu.

"Ini semua menunjukkan perbezaan PAS hari ini dan masa lalu. Adakah saya berubah atau yang telah PAS berubah?" jelas Husam.

Beliau menambah, walaupun Abdul Hadi sentiasa cuba untuk merealisasikan kerajaan perpaduan dengan Umno, namun perkara itu tidak pernah diisytiharkan dalam muktamar PAS.

Sebaliknya, Husam berkata, ia telah menyebabkan keretakan dalam PAS.


Isu tanding kerusi Pas, bukan masalah besar

Posted: 07 Nov 2015 03:52 AM PST


Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
KOTA BHARU – "Tiada apa yang menarik," kata Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengulas dakwaan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad mengenai alasan rancangan DAP untuk bertanding lapan kerusi di Selangor.

Menurutnya, jika Khalid mengatakan DAP bertanding disebabkan oleh kurang keyakinan dengan Pas, maka Pas juga bertindak dengan alasan yang sama.

"Pas pun akan bertanding di kawasan DAP dengan alasan sama. DAP bukan lagi rakan tahaluf Pas. Bahkan bagi Pas, DAP terbukti sebuah parti yang panas, yang bersifat memaksa.

"Halau hudud masuk parlimen. Halau Pas dari Pakatan Rakyat (PR). Sekarang halau Pas dari kerajaan Selangor. Politik 'big bos style Amerika' ini orang tidak boleh pakai di Malaysia,"katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Khalid yang menafikan tindakan DAP untuk bertanding di lapan kawasan di Selangor disebabkan oleh kurang keyakinan kepada rakan baru mereka iaitu Amanah, tetapi sebaliknya tidak yakin langsung dengan Pas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng: DAP tanding kerusi Pas bukan luar biasa]

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas memberitahu, Pas juga tidak gentar dengan apa sahaja halangan yang sedang didepani kini malah Pas sentiasa positif dengan polisi perjuangan sedia ada.

"Semakin hari Pas semakin positif di mata rakyat. Ini adalah hasil polisi sederhana yg dipraktikkan oleh Pas yang mengelak kepanasan politik yang tidak terkawal,"katanya.

Sebelum ini, DAP mengumumkan persiapan untuk meletakkan calon dan bertanding di lapan kerusi Dun Selangor yang kini dipegang oleh Pas.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua didakwa sebagai berkata, keputusan akan dimaklumkan kemudian selepas perbincangan mesyuarat Pakatan Harapan Selangor diadakan, sama ada DAP akan bertanding untuk semua kawasan tersebut ataupun beberapa daripadanya.

Lapan Dun tersebut ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.


Merah, kuning, putih tak kiralah...

Posted: 07 Nov 2015 03:52 AM PST

Shakira Buang





Biro Tatanegara menyokong penuh tindakan kerajaan untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika terbukti bersalah terlibat dalam acara politik sekali gus mencetuskan ketegangan perkauman.

Ketua Pengarahnya, Datuk Raja Arif Raja Ali berkata ia perlu bagi mengelak berlakunya huru-hara dalam negara.

"Negara kita ada undang-undang, tidak kira siapa, yang salah tetap salah.

"Kalau mahkamah dapati salah tapi kita katakan tak salah, haru biru negara. Kamu nak ke jadi begitu?

"Tidak kiralah (yang mencetuskannya) baju merah, kuning atau putih," katanya di sidang media sempena Konvensyen Patriotisme Negara di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur hari ini.

Beliu berkata demikian ketika diminta mengulas jawapan bertulis Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di sidang Dewan Rakyat pada Khamis.

Khairy dalam jawapan bertulisnya berkata berdasarkan peruntukan undang-undang, Pertubuhan Silat Kebangsaan (Pesaka) boleh dikenakan tindakan, termasuk digantung dan denda, jika terbukti terlibat dalam acara politik.

Perkara itu dijelaskan Khairy di parlimen, sebagai reaksi kepada soalan wakil pembangkang Er Teck Hwa (DAP-Bakri).

Khairy bagaimanapun tidak menjelaskan dengan pasti sama ada persatuan yang dipimpin oleh bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam itu akan dikenakan tindakan.

Khairy anggota Parlimen Rembau berkata, Pesaka perlu mematuhi perlembagaan badan itu untuk membangunkan sukan silat.

Mengulas lanjut berhubung penganjuran himpunan baju merah yang pada 1 September lalu didakwa berbaur perkauman, Arif secara peribadi tidak bersetuju dengannya.

"Secara peribadi saya tak bersetuju sebab kita dari sekolah lagi telah didik hidup bersatu padu," kata Arif.


NGO gesa Kabinet kaji semula 'hukum' vape

Posted: 07 Nov 2015 03:39 AM PST


vape


SHAH ALAM - Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) mendesak agar kajian dibuat semula terhadap keputusan Kabinet yang tidak mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape.

Beliawanisnya, Nur Afirah Mahashim berkata, 'hukum' itu meragukan susulan keputusan Kabinet telah bercanggah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Dakwaan menteri bahawa vape merupakan aspirasi anak muda adalah disangkal. Aspek pembangunan jati diri belia sepatutnya dipandang lebih serius.

"Walhal sudah jelas vape ini bertentangan. Islam mengharamkan semua perkara yang memabukkan dan memudaratkan diri," katanya dalam satu kenyataan, lewat malam tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Kerajaan jangan hipokrit dalam isu vape

Beliau mengulas keputusan Kabinet pada akhir bulan lalu yang tidak mengharamkan penggunaan dan penjualan vape di pasaran tempatan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi status di Facebooknya sambil menyifatkan keputusan itu mengambil kira aspirasi anak muda.

Sebelum ini, Ismail Sabri menyatakan akan membawa isu tersebut ke mesyuarat Kabinet meminta agar penggunaan vape itu tidak diharamkan selepas ia dibangkitkan di Parlimen.

Dalam pada itu, Nur Afirah memuji tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia membuat serbuan terhadap premis yang menjual perisa vape bernikotin.

"Satu tindakan serius yang harus dilaksanakan dengan lebih kerap dari masa ke semasa.

"Saya juga mendesak agar meneliti semula dan menguatkuasakan pengharaman rokok, vape dan e-cigarette serta menjalankan penguatkuasaan    merampas bahan yang mengandungi nikotin," katanya lagi.


Anak Najib sokong vape tidak diharamkan

Posted: 07 Nov 2015 03:33 AM PST


vape
Vape - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Anak lelaki Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Najib dalam satu kenyataan memberi sokongan terhadap industri vape dan berharap ia tidak diharamkan  dinegara ini.

Mohd Nazifuddin Menerusi kenyataannya di Facebook pada Rabu lalu berkata, beliau secara peribadi menganggap industri vape memberi impak yang baik untuk negara.

Pada 30 Oktober lalu kabinet mengambil keputusan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape walaupun Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam mencadangkan agar pengharaman penggunaan vape.

"Saya berharap industri ini (vape) akan terus berkembang di Malaysia. Saya tidak setuju sekiranya penggunaan vape diharamkan.

"Banyak produk vape yang terbaik datang daripada usahawan muda tempatan yang ada kreativiti dan inovasi,jadi saya akan beri galakan kepada mereka," katanya menerusi entri di Facebooknya.


Selcat nak siasat DEIG, siasatlah, kata MB

Posted: 07 Nov 2015 03:28 AM PST

SINAR HARIAN


 Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali
 
 
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini berkata, tiada halangan sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) mahu menyiasat penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Ini kerana katanya, entiti berkenaan masih belum beroperasi seperti mana yang didakwa pelbagai pihak malah ia sedang melalui proses penstrukturan tadbir urus yang baik.

Beliau berkata, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu juga akan dibentuk supaya menjadi satu syarikat yang bertanggungjawab mengikut  tatacara yang dibenarkan Jabatan Audit Negara.

"DEIG masih belum beroperasi jadi apa yang mahu disiasat? Jika masih mahu siasat, bolehlah.

"Kita mahu DEIG mengamalkan prinsip ketelusan dan itu adalah jaminan yang boleh diberikan oleh kerajaan negeri," katanya ketika ditemui selepas  upacara pembukaan Persidangan Usahawan Malaysia-China Kelima, di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Selcat perlu siasat bersih imej DEIG]     

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang mahu Selcat menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu DEIG terutama melibatkan dakwaan tawaran pinjaman bank RM500 juta kepada salah sebuah anak syarikat  kumpulan itu.

Abdul Khalid menyatakan dalam siasatan itu, Selcat mesti mengesahkan tiada sebarang unsur salah guna kuasa atau pelanggaran tatacara serta etika  pengurusan dan pentadbiran, meskipun DEIG mengaku kewujudan tawaran pinjaman itu yang kemudiannya ditolak.

DEIG merupakan entiti yang ditubuhkan pada Disember lepas di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bagi menguruskan sektor pelaburan, aset    dan perniagaan anak-anak syarikat kerajaan negeri itu. - Bernama


Lepas jawatan MB, Mukhriz masih berteka-teki

Posted: 07 Nov 2015 03:26 AM PST


Lepas jawatan MB, Mukhriz masih berteka-teki
(Dari kiri) Mukhriz, Ahmad Zahid dan Hishammuddin ketika hadir pada perjumpaan tertutup bersama pimpinan Umno Kedah, hari ini.
 
 
ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih berteka-teki mengenai kesediaannya melepaskan jawatan yang disandang sejak 2013.

Perkara itu mula menjadi viral di laman Facebook selepas beliau menghadiri perjumpaan tertutup bersama pimpinan Umno Kedah dan Umno Pusat di Dewan Seri Mentalon, di sini, hari ini.

Mukhriz bagaimanapun masih menutup mulut dengan tidak mengiakan atau menafikan viral itu dengan menyifatkan bahawa sokongan rakyat perlu diutamakan.

"Apa sekalipun keputusan pucuk kepimpinan, saya sendiri termasuk semua kepimpinan juga lebih mengutamakan apa kehendak rakyat.

"Ini kerana kita tahu rakyat yang menentukan menang atau tidak dalam PRU14 nanti," katanya kepada media, hari ini.

Turut hadir ialah Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Viral yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Edisi Siasat menyebut "Alhamdulillah YAB DS MM sedia berundur sebagai MB Kedah demi kelangsungan Umno".

Mengulas mengenai perjumpaan itu, Mukhriz menyatakan sokongan penuh terhadap apa sekali pun keputusan yang dibuat oleh kepimpinan peringkat   pusat.

"Dalam Bajet 2016 pun ada beberapa perkara yang disebut dan Kedah sangat terhutang budi atas kesungguhan kerajaan membantu kita untuk meyakinkan rakyat.

"Inilah manfaat yang rakyat boleh rasai apabila ada kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang datang dari parti yang sama," katanya.

Pada masa sama, beliau mengakui bahawa Kedah amat menagih perhatian kerajaan pusat kerana ia merupakan sebuah negeri yang kecil dan kurang dari segi pendapatan. 

"Saya seronok apabila Timbalan Perdana Menteri datang ke Kedah dan menunjukkan komitmen serta memberi aspirasi untuk kami mempertahankan Kedah," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin turut mengambil kesempatan memperjelaskan situasi yang berlaku terhadap Mukhriz seperti yang diviralkan di laman Facebook.

"Kita yang memikul amanah dan tanggungjawab mesti bersedia pada bila-bila masa untuk mengundur diri apabila amanah dan tanggungjawab itu tidak dapat dilaksanakan.

"Tetapi seandainya apa yang kita buat ini mesti berkisar kepada keputusan parti dan tidak bercanggah dengan apa yang diuar-uarkan di media sosial," katanya.

Menurutnya, Umno mempunyai cara sendiri untuk menentukan arah tuju parti dan disiplin ahli.

"Sebab itu saya menyokong penuh apa yang dinyatakan Mukhriz. Itu pandangan saya secara peribadi.

"Itu adalah amanah yang kita pikul. Jika perlu untuk kepentingan parti, maka kita undur. Tiada apa yang pelik dalam kenyataan Mukhriz itu," katanya.


Tiada ulasan: