Selasa, 24 November 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pelajar asing tak tahu berbahasa Malaysia diiktiraf, pelajar tempatan diabai

Posted: 24 Nov 2015 03:18 PM PST

UEC-Exam-recognise

Roketkini.com


JOHOR : Tindakan Kerajaan Johor mengiktiraf pelajar asing walaupun tidak tahu berbahasa Malaysia tetapi nasib sekolah persendirian tempatan diabai, dikecam pembangkang.

" Ini dasar yang tidak adil kepada pelajar yang lahir dan dibesarkan di Malaysia," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pekan Nenas, Yeo Tung Siong pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk jawapan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Negeri Johor, Md Jais Sarday kepada soalan Adun Skudai, Dr Boo Cheng Hau yang bertanya status  Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah-sekolah Menengah Persendirian (UEC).

Dr-Boo-Cheng-Hau-DAP-JohorBr Boo berkata Kerajaan Johor belum mengiktiraf UEC sedangkan Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak sudah mengiktiraf sijil itu, malah Kerajaan Sarawak mengiktiraf sijil berkenaan pada September 2015 sebagai kelayakan untuk jawatan kakitangan awam negeri..

Beliau berkata, Kerajaan Johor perlu mengambil langkah sama demi memastikan pelajar lulusan UEC layak memasuki intitusi pengajian awam (IPTA) dan perkhidmatan awam.

Malah, katanya, universiti di negara asing termasuk Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Singapura sudah mengiktirafi UEC sejak 30 tahun lalu.

"Kerajaan negeri patut mengambil tindakan progresif untuk mencontohi negara maju itu," katanya.


Tangguh projek tebus guna BN boleh akibatkan Pulau Pinang bankrap

Posted: 24 Nov 2015 03:13 PM PST

20141014_limguaneng_bt

Roketkini.com


PULAU PINANG: Penangguhan projek tebus guna tanah Tanjung Pinang boleh menyebabkan Kerajaan Pulau Pinang terpaksa membayar pampasan sehingga RM1 bilion seterusnya mengakibatkan bankrap.

Walaupun BN meluluskan 3,241 ekar tanah untuk tebus guna tanah, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata hanya 744 ekar ditebus guna dan menangguhkannya boleh menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa membayar pampasan.

Beliau tidak mahu dikenang sebagai pemimpin yang membiarkan Kerajaan Pulau Pinang bankrap akibat membayar pampasan besar kerana menghenti projek tebus guna tanah yang diluluskan Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menguntungkan kroni mereka.

"Saya tidak dipilih rakyat untuk membiarkan Pulau Pinang menjadi bankrap. Lebih baik saya dikritik daripada dipuji, asalkan dapat memastikan Pulau Pinang tidak bankrap," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Isu projek itu menimbulkan keributan politik pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berikutan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu dari DAP mengundi usul UMNO manakala lima Adun PKR berkecuali.

Bagaimanapun, Yee Cheu kemudian mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada parti, malah rela dikenakan tindakan displin atas kesilapannya itu.

Guan Eng juga mengingatkan, Kerajaan Pulau Pinang ada pengalaman pahit apabila terpaksa membayar pampasan RM14.7 juta berikutan skandal tanah Tang Hak Ju yang berpunca akibat perbuatan kerajaan lama pimpinan BN.

Selain itu, katanya, pengalaman membayar pampasan RM20 juta kepada Boustead Holdings Bhd kerana mengurangkan ketinggian hotelnya di Georgetown yang diluluskan kerajaan BN, daripada 12 tingkat kepada 5 tingkat.

Guan Eng kesal kerana Adun UMNO, Muhammad Farid Saad yang membawa usul tebus guna tanah itu, tidak menawar ganti rugi kepada Kerajaan Pulau Pinang jika projek itu ditangguh atau dibatal, malah tidak meminta maaf sedangkan beliau antara wakil Kerajaan BN yang meluluskan 3,241 ekar tanah itu, berbanding 60 ekar oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Beliau juga terkejut kerana beberapa aktivis badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong usul itu tidak mempeduli fakta betapa tebus guna tanah itu diluluskan kerajaan BN dan tiada pampasan jika projek berkenaan ditangguh atau dibatal.

"Mereka buat-buat tidak nampak tentang ketiadaan pampasan dan ganti rugi daripada Kerajaan Pusat pimpinan BN jika tebus guna tanah ditangguh atau dibatal," katanya.


Harga Rumah Mahal, Cuepacs Tuntut Bagi Rebat Beli Rumah Pertama Kepada Penjawat Awam!

Posted: 24 Nov 2015 05:50 AM PST

BERITA SEMASA


Harga Rumah Mahal, Cuepacs Tuntut Bagi Rebat Beli Rumah Pertama Kepada Penjawat Awam!

rebat beli rumah


Melihatkan lambungan harga rumah hari ini, ditambah kos sara hodup dan harga barang yang semakin menghimpit, Cuepacs Malaysia melihatkan ia perlu ditangani dan dibantu melibatkan 1.6 juta kakitangan awam yang berada di bawah tanggungjawab Cuepacs untuk dijaga kebajikan mereka.

Dengan harga rumah di Malaysia yang terus melambung tinggi, tidak cukup dengan hanya kemudahan kadar faedah pinjaman perumahan yang Berita Semasa boleh katakan tidak membebankan, kemudahan pinjaman yang lebih mudah berbanding kakitangan swasta ataupun yang menjalan perniagaan. Namun, kemampuan kakitangan awam untuk membeli rumah semakin berkurangan hari ini.
Cuepacs melihatkan situasi di mana masih ramai lagi penjawat awam yang tidak mampu beli rumah pertama, dan mereka ini harus dibantu. Oleh itu Cuepacs berharap melakukan sesuatu daripada sekarang termasuklah cadangan dan usul ini antara lain ialah :

 

Tuntutan Cuepacs : Rebat Beli Rumah?

  • Cuepacs mengatakan untuk harga rumah RM180,000 contohnya sejumlah RM30,000 terpaksa dibelanjakan dalam tempoh pembinaan melibatkan bahan-bahan binaan dalam bentuk cukai GST
  • Oleh itu Cuepacs sarankan RM30,000 yang telah dibelanjakan untuk untuk bayar cukai GST tidak diambil oleh kerajaan Malaysia dengan cara berikan rebet dan diskaun kepada pembeli rumah pertama
  • Ini bakal membolehkan penjawat awam ada lebihan tunai yang boleh dibelanjakan untuk membeli keperluan rumah mereka sendiri kelak
  • Mungkin boleh dipertimbangan "zero interest" kepada pembeli rumah pertama? Mungkin?
Apa kata anda dengan tuntutan terbaru Cuepacs ini yang mahukan rebat beli rumah diberikan pembeli rumah pertama? Atau anda ada cadangan lain?


Malaysia gagal sebagai pengerusi Asean 2015

Posted: 24 Nov 2015 05:47 AM PST



Oleh Lee Boon Heng


Hujung minggu yang lepas, kita menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah kepada kemuncak Persidangan Asean dan juga beberapa persidangan lain.

Kehadiran beberapa pemimpin terkenal dunia termasuk Preseiden US Barrack Obama, Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye, Perdana Menteri China Li KeQiang, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, dan Perdana Menteri India Narendra Modi dikatakan memeriahkan lagi persidangan kali ini.

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kelihatan sibuk melayan tetamu VVIP ini.

Beberapa jalan utama di Kuala Lumpur juga terpaksa ditutup untuk memastikan pergerakan perjalanan VVIP ini adalah lancar dan selamat. Seramai 7000 tentera dan polis dikerah untuk mengawal keselamatan VVIP ini


Tahun ini juga merupakan tahun yang bermasalah kepada Asean.Tetapi atas dasar prinsip tidak campur tangan urusan negara antara Asean seperti termaktub dalam Dekralasi Bangkok, maka beberapa isu yang berlaku pada tahun ini dikalangan negara Asean tidak dapat diselesaikan seterusnya menyebabkan negara jiran terkesan.

Antaranya isu perlarian kaum Rohingya dari Myanmar dan masalah jerebu akibat kebakaran hutan di Indoneasia.

Beribu perlarian kaum Rohingya pada pertengahan tahun ini menimbulkan krisis perlarian di Asean selepas Perang Vietnam pada 1960-an.

Kaum Rohingya terpaksa meninggalkan tempat tinggal mereka di Barat Myanmar yang bersempadan dengan Bangaladesh, kerana kerajaan Myanmar melancarkan tindakan "ethnic cleansing" dengan membunuh dan menghalau mereka keluar dari Myanmar.

Ini adalah polisi kerajaan Myanmar yang tidak mengiktiraf kaum lain di negara tersebut selain 8 kaum majoriti. Mereka terpaksa menjadi perlarian dengan menaiki bot yang serba kekurangan berlayar di Lautan Hindi dan sampai ke Selat Melaka untuk memasuki Malaysia, Indonesia Dan Singapura.

Tetapi 3 negara ini pula menghantar tentera laut untuk halau perlarian ini dari memasuki kawasan perairan mereka.

Ramai antara mereka yang mati kebuluran, kerana tiada makanan dan minuman. Ada di antara mereka yang ditipu sindiket perdaganggan manusia dengan membayar beribu ringgit untuk ke Malaysia bekerja.

Sebagai Pengerusi Asean tindakan kerajaan Malaysia yang menghalau mereka agar tidak memasuki perairan Malaysia adalah sangat mengecewakan.

Malaysia sepatutnya bertindak mengadakan perbincangan dengan negara berkepentingan dan mencari jalan penyelesaian, bukan membiarkan kaum Rohingya ini terapung dan akhirnya "berkerandakan lautan".

Isu jerebu adalah tidak asing untuk Malaysia dan Singapura saban tahun, tetapi tahun ini agar serius dan dalam waktu 2 bulan sekolah di Malaysia terpaksa ditutup beberapa kali akibat indeks pencemaran udara yang terlampau tinggi.

Tahun ini juga, wilayah di Selatan Thailand dan Flipina mencatat indeks pencemaran yang tinggi dan jerebu pada tahun ini dianggap yang terburuk dalam masa 20 tahun.

Seperti isu Rohingya, Malaysia tidak bertindak dan hanya membiarkan ia.

Sekali lagi, Malaysia gagal memainkan peranan utama dalam isu sejagat Asean.

Banyak lagi isu Asean yang perlu ditangani, namun Malaysia tidak mampu memainkan peranan. Janganlah kita berharap isu perebutan pulau di Laut Cina Selatan yang memperlihatkan pertembungan 2 kuasa utama dunia boleh diselesaikan Malaysia.

Dasar tidak campur tangan antara negara Asean tidak seharusnya menjadi alasan utama dalam penyelesaian isu berkaitan dengan negara Asean lain.

Sebagai gabungan Asean, semua negara perlu bekerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk hak asasi, demokrasi, keterbukaan polisi, kebebasan dan kesihatan.

Jangan hanya terhad kepada perdagangan sahaja.

Tiada makna untuk wujudkan Asean jika gagal dalam menyelesaikan masalah yang menjejaskan negara lain.

Salleh Man perlu nyatakan pendirian – Takiyuddin

Posted: 24 Nov 2015 05:44 AM PST

 
Salleh perlu menyatakan pendirian dalam mesyuarat Pas Pulau Pinang yang akan diadakan Khamis ini.


Takiyuddin-Hassan_salleh-man_pas_600


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Salleh Man dipanggil untuk menghadiri mesyuarat Pas Pulau Pinang yang akan diadakan Khamis ini.

Ia bagi mendapatkan penjelasan terhadap kesetiaannya terhadap pimpinan kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia sejajar dengan pendirian pimpinan Pas Pusat yang memutuskan kerjasama dengan DAP dan tidak mengiktiraf PH, sepatutnya semua ahli Pas mamatuhi keputusan itu.

" Pada hari ini kami menjemput Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang (Muhammad Fauzi Yusof) dan Setiausaha untuk memberikan taklimat.

"Keputusan kami ialah Salleh berjumpa dengan Pas Pulau Pinang pada 26 November dan menjelaskan tindakannya kepada mereka. Jadi kami serahkan kepada Pas negeri untuk memutuskan tindakan selanjutnya.

"Apabila Pas putuskan hubungan, Datuk Salleh Man sepatutnya patuh kepada keputusan itu," kata Takiyuddin pada sidang akhbar di ibu pejabat Pas.

Pendirian Salleh mencetuskan kontroversi apabila dia berikrar untuk meneruskan sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Sebelum ini, Pas Pulau Pinang melucutkan semua 873 ahlinya yang dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selepas ia menjadi pembangkang kepada kerajaan PH.

Tindakan itu dibuat selepas kerajaan negeri bertindak memecat 300 ahlinya yang memegang jawatan JKKK di bawah kuota parti itu yang dibuat ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Khamis lalu, parti Islam itu mengumumkan ia tidak lagi sebahagian daripada kerajaan negeri dan memutuskan menjadi pembangkang di negeri itu.

Kerajaan tanggung kos kenaikan ubat

Posted: 24 Nov 2015 05:41 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY


Kementerian Kesihatan dalam jawapannya di Dewan Rakyat menjelaskan pesakit yang datang ke hospital dan klinik kerajaan tidak perlu membayar kos ubatan.


ubat


KUALA LUMPUR: Isu kenaikan harga ubat-ubatan di hospital dan klinik kerajaan tidak timbul kerana ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Kementerian Kesihatan, dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat, menjelaskan pesakit yang datang ke hospital dan klinik kerajaan tidak perlu membayar kos ubatan.

"Dalam sektor kerajaan, peningkatan kos perubatan akan melibatkan kerajaan dan bukan pesakit," petik jawapan itu.

Kementerian itu menjawab soalan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) yang ingin tahu apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan tiada peningkatan bagi kos ubatan di hospital dan klinik kerajaan.

Kebelakangan ini kebimbangan disuarakan oleh banyak pihak bahawa kemungkinan harga ubat-ubatan akan meningkat sekiranya kerajaan mengambil keputusan untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).– BERNAMA

Banjir kilat di Johor, Nur Jazlan minta projek Sungai Segget dikaji semula

Posted: 24 Nov 2015 05:39 AM PST

THE MALAYSIAN INISDER



Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pengurusan projek Sungai Segget disifatkan lemah sehingga menyebabkan banjir kilat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 November, 2015. 
Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pengurusan projek Sungai Segget disifatkan lemah sehingga menyebabkan banjir kilat. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
Kesal dengan kejadian banjir kilat di pusat bandar raya di Johor Baru tengah hari ini, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa pihak berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) mengkaji semula perancangan serta pengurusan projek Sungai Segget. 
 
 Beliau yang juga timbalan menteri dalam negeri berkata, pengurusan projek Sungai Segget disifatkan lemah sehingga menyebabkan banjir kilat.

"Adalah lebih baik Irda mengkaji semula perancangan dan pengurusan projek Sungai Segget yang lemah sehingga menyebabkan banjir kilat berlaki sebelum lebih banyak kerugian terpaksa ditanggung masyarakat di pusat bandar raya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nur Jazlan turut mempersoalkan bagaimana banjir kilat berkenaan berulang semula dalam tempoh tidak sampai 2 minggu sedangkan tidak berlaku hujan atau fenomena pasang di Selat Tebrau. 
 
"Lebih menghairankan walaupun 5 pam air dipasang selepas banjir kilat 2 minggu lalu, banjir terus berlaku dan ia menunjukkan bahawa sesuatu yang tidak kena dengan projek Sungai Segget berkenaan.

"Sebelum projek berkenaan tidak dilaksanakan, tiada kejadian banjir kilat berlaku dengan begitu kerap di pusat bandar raya tetapi kini berlaku sebaliknya, dan ia amat menyusahkan masyarakat," katanya.

Menurut Nur Jazlan, Irda sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap pembangunan Iskandar Malaysia terutama di pusat bandar.

"Irda perlu serius dan bertanggungjawab menjaga nama baik Iskandar Malaysia dan negara,"katanya.


Muhyiddin tidak akan rasmi mesyuarat sayap-sayap UMNO

Posted: 24 Nov 2015 05:25 AM PST

 
Majlis perasmian Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO pada tahun ini akan dilakukan oleh ketua sayap masing-masing. 


muyiddin1


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan merasmikan mesyuarat sayap-sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO pada bulan hadapan.

Sebaliknya, Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak berkata, majlis perasmian mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO kali ini dilakukan oleh ketua sayap masing-masing.

Menjadi amalan Timbalan Presiden merasmikan mesyuarat sayap-sayap parti sempena Perhimpunan Agung UMNO.

"Keputusan ini dibuat atas cadangan sayap masing-masing dan atas kehendak mereka. Majlis Tertinggi (MT) UMNO menghormatinya," katanya pada sidang media ringkas selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Bangunan Parlimen, pada Selasa.

Mengenai Mesyuarat MT kali ini yang diadakan di Bangunan Parlimen, Najib berkata ia bukanlah sesuatu yang luar biasa .

"Kita adakan di perkarangan pejabat Parlimen sebab kita perlu dekat dengan Dewan Parlimen jika ada undi belah bagi.

"Pembangkang juga sering mesyuarat mereka di pejabat Parlimen," ujarnya lagi.

PAS beri pilihan tarikh pada Husam untuk mengadap

Posted: 24 Nov 2015 05:10 AM PST

Shakira Buang


 


Dewan Harian PAS Pusat memberi tempoh 30 November hingga 6 Disember ini kepada Datuk Husam Musa untuk memberi penjelasan antaranya berhubung teguran beliau terhadap kerajaan Kelantan.

Bercakap kepada pemberita petang ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata pindaan tarikh itu dibuat ekoran masalah kesihatan yang dialami ADUN Salor ini.

"Sepatutnya Husam hadir di hadapan Jawatankuasa PAS Pusat untuk beri penjelasan berhubung kenyataan yang dibuat beliau dalam ceramah pada 5 November lalu.

"Pada 17 November, kita telah utus surat tapi tak dapat respon dan kemudian kita dapat dimaklumkan melalui portal berita dan WhatsApp kata tarikh tersebut tak sesuai kerana berada di China.

"Saya telah hantar satu lagi surat pada 21 November dan saya telah email serta mesej melalui Whatsapp dan bagi enam tarikh untuk dipilih dari 30 November hingga 6 Disember depan," kata Takiyuddin dalam sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini

Husam yang juga bekas naib presiden PAS sebelum ini memberitahu sedia bertemu dengan Dewan Harian PAS Pusat bagi menjelaskan teguran yang dibuatnya.

Bagaimanapun, Husam memohon agar pertemuan itu ditangguhkan memandangkan beliau kini di China bagi mendapatkan rawatan kesihatan.

Jelas Husam, beliau berada di luar negara sejak minggu lalu dan tidak menerima sebarang surat tetapi masih boleh dihubungi melalui SMS, Whatsapp dan emel.

Husam dilaporkan mengikut jadual asal akan pulang ke tanah air kelmarin, namun atas nasihat doktor rawatan tersebut akan dilanjutkan kepada beberapa hari lagi.

Sementara itu, mengulas status wakil tunggal PAS Datuk Mohd Salleh Man dalam kerajaan negeri berikutan pengisytiharan parti itu sebagai pembangkang, Takiyuddin berkata beliau mengarahkan ADUN Pasir itu memberi penjelasan kepada PAS Pulau Pinang, Khamis ini.

"Hari ini kita jemput pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan setiausahanya untuk taklimat dan buat beberapa arahan.

"Pertamanya PAS Pusat memperakui tindakan dibuat JKKK PAS di Pulau Pinang untuk letak jawatan kerana tidak ada hubungan dengan Pakatan Harapan di sana.

"Salleh Man akan dipanggil pada 26 November ini bagi memberi penjelasan kepada PAS Pulau Pinang. Jadi kita serahkan kepada PAS Pulau Pinang untuk ambil tindakan," kata Takiyuddin.


Web pro-Umno ketawakan Dr M hingga 'keluar air mata'

Posted: 24 Nov 2015 05:08 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Sebuah laman sesawang pro-Umno mentertawakan Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga "keluar air mata" ekoran rungutan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu sukar mendapat tempat untuk berucap.

Dalam nada penuh sindiran penulis rencana itu berkata, air matanya hampir jatuh membaca kenyataan Dr Mahathir tetapi ia bukanlah kerana terlalu sedih, sebaliknya "terlalu geli hati membawa lawak retorik seorang negarawan ulung" yang kini diandaikan seperti pengemis politik.

Melalui artikel disiarkan laman sesawang MyKMU itu, penulis berkenaan meminta orang ramai mengasihani Dr Mahathir dan tidak takut memanggil beliau untuk berucap.

"Bukalah pintu itu selebar-lebarnya hiasi dengan karpet merah, bunga manggar, kompang dan taburan kelopak mawar menyambut beliau," katanya.

Jika tiada dewan yang sudi, katanya, ada banyak lagi premis yang boleh digunakan Dr Mahathir untuk berucap seperti "Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor (mungkin merujuk kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor - KLSCAH) atau tempat dimiliki Majlis Bandaraya Shah Alam.

Katanya, KLSCAH sering digunakan pembangkang untuk mengadakan majlis mengkritik kerajaan, selain pernah dijadikan tempat Sasterawan Negara Datuk A Samad Said bersajak.

Tempelak 'anak derhaka'

Untuk di kawasan Selangor, kata rencana itu, Dr Mahathir boleh mendapatkan kerjasama daripada Menteri Besar Selangor Azmin Ali.

Satu lagi lokasi dicadangkan ialah mana-mana tempat di Kedah yang kini ditadbir oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Jika 'dia' cuba bantah, maka bekas memanda menteri perdana boleh tempelak 'dia' sebagai 'anak derhaka'. 'Berani tidak beri ruang pada ayahanda?'. Paksa 'dia' suruh beri dewan yang ada penghawa dingin dan lengkap!" katanya.

Semalam Dr Mahathir mengemas kini blognya dengan menyatakan ada pihak gigih mahu menutup mulutnya dan menyekat beliau daripada berjumpa dengan ahli Umno atau orang ramai.

Kata Dr Mahathr, sebelum ini masalah mendapatkan tempat untuk berucap tidak pernah dihadapi sehinggalah beliau mengubah sikap menjadi pengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir kini menjadi antara pengkritik paling lantang Najib dan berkali-kali mendesak - secara terbuka - supaya kepimpinan negara dan Umno diganti.

Kata penulis yang tidak dikenali itu jika Dr Mahathir mahu sangat bercakap kepada ahli Umno beliau boleh pergi ke Pagoh kerana di sana ada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan penyokongnya.

"Mungkin juga boleh rancang sesuatu di situ, bukan?" katanya.

Muhyiddin adalah timbalan perdana menteri sebelum dipecat Najib ekoran lantang mengkritik cara kerajaan menangani pelbagai isu, termasuk 1MDB serta penyaluran dana kontroversi dari luar negara.

Rencana itu diakhiri dengan sedikit apologetik - tapi tetap sinis: "Penulis memohon maaf jika bekas memanda menteri perdana tersinggung atau marah dengan tulisan ini. Penulis menulis bukanlah kerana benci, sebaliknya kerana sayangkan bekas memanda menteri perdana. Takkanlah lepas tidak jadi Presiden Umno tak boleh tegur sikit…"


Bahas 'raba-raba': Menteri kata tangan lebih berkesan

Posted: 24 Nov 2015 05:02 AM PST

Zikri Kamarulzaman


 


Persidangan Dewan Rakyat hari ini hangat apabila ahli parlimen membahaskan mengenai keselamatan di lapangan terbang.

Marcus Mojigoh (BN-Putatan) menyoal mengapa Malaysia tidak hanya menggunakan mesin pengimbas daripada perlunya anggota polis "raba-raba" di lapangan terbang.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi bagaimanapun berkata tindakan itu adalah perlu.

"Bukan semua body scanner (alat pengimbas) boleh kesan contohnya, bahan letupan seramik. Jadi oleh kerana kita mengamalkan standard keselamatan yang tinggi, maka ia perlu dibuat raba raba ini.

"Tapi tak ada la di tempat yang sulit, tempat-tempat yang biasa sahaja," katanya.
Timbalan Speaker Datuk Mohd Ismail Said kemudiannya cuba menghentikan perbahasan mengenai tajuk ini.

"Kalau raba-raba ini sampai malam pun tak habis, lagi tengah malam lagi banyak cakap pasal raba-raba," katanya dengan nada berseloroh.

Mojigoh bagaimanapun tidak menghiraukan lawak itu dan membidas jawapan Aziz.

"Hanya (di) Malaysia sahaja, tangan boleh meraba bahan letupan," katanya.

Perbahasan semakin hangat apabila disertai oleh Tian Chua (PKR-Batu) yang berkata ada sesuatu yang tidak kena jika negara terpaksa bergantung kepada carian secara fizikal.

"Saya tidak takut diraba, menteri kata tangan sensitif boleh kesan bom tanpa sentuh bahagian sulit, saya kagum. Kita patut eksport la orang Malaysia ke seluruh dunia untuk kesan bom

"Kalau menteri anggap tangan lebih berkesan dan mesin tidak boleh kesan ada masalah la negara kita," kata pemimpin PKR itu.

Perbahasan mengenai 'raba-raba' berakhir apabila Aziz berkata beliau akan membangkitkan perkara itu dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), dan berpindah ke topik lain.


Rosmah: Apa saja mengenai saya, periksa dulu

Posted: 24 Nov 2015 05:00 AM PST

Zulaikha Zulkifli  





Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang perkara yang membabitkan dirinya di laman media sosial.

Malah, beliau juga meminta supaya orang ramai tidak mudah percaya tentang sebarang berita yang diviralkan itu.

"Saya harap anda semua jangan percaya berita yang ada di sosial media dan viralkannya. Perkara itu kita tidak tahu kebenarannya. Jika tidak anda juga sama pelakunya (kerana menviralkan).

"Jangan percaya apa di sosial media terutamanya mengenai saya.

"Apa sahaja yang anda dengar tentang saya, periksa dulu," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan klinik perundangan dan kebankrapan Wanita MIC di ibu negara hari ini.

Selain itu, Rosmah meminta supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan perang saraf (psy war) yang berada di media sosial.

Semasa Sidang Kemuncak Asean minggu lalu, katanya, beliau mendapati terdapat pihak yang melakukan perang saraf di media sosial dengan mengatakan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tidak dapat hadir ke negara ini disebabkan hal keselamatan.

"Saya sangat rapat dengan suami saya dan dia sangat ambil berat tentang hal keselamatan terutamanya selepas apa yang terjadi di Paris.

"Kemudian ada yang kata Obama tidak datang kerana hal keselamatan dan semua perang saraf ini berada dalam media sosial.

"Jadi perang saraf yang telah dilakukan individu tertentu ini adalah untuk memalukan Malaysia semasa Sidang Kemuncak Asean.

"Saya harap anda semua tidak terbeli dengan berita sebegini di meida sosial. Apa yang ada baca tolong periksa," katanya lagi.


Mohd Amar: 'Gentleman'lah AMANAH...

Posted: 24 Nov 2015 04:56 AM PST

Shakira Buang





Parti Amanah Negara (AMANAH) disarankan agar bersikap 'gentleman' dan tidak sesuka hati melabel PAS mempunyai ciri-ciri rangkaian pengganas Negara Islam (IS), kata Datuk Mohd Amar Abdullah.

"Dia (AMANAH) tak boleh ambil orang bawah cakap (dan kata) itu IS itu IS. Nanti saya kata dia sekular macam mana? Kalau nak melabel kita jangan begitulah.

"Kena bersikap gentleman... Jangan nak melabel orang dan jangan ambil kira semua orang bercakap.

"Kalau ada pengaruh IS kenapa dulu dia terima bai'ah?" kata naib presiden PAS itu dalam sidang media di ibu pejabat PAS, hari ini.

Naib Presiden AMANAH Datuk Dr Mujahid Yusof hari ini mendakwa anggota parti itu menjadi mangsa kepada 'tindakan melampau' ahli-ahli dan penyokong PAS.

Bercakap pada sidang media di Parlimen, MP Parit Buntar itu menyamakan tindakan mereka sama seperti ciri-ciri rangkaian pengganas IS.

Mujahid turut berkata anggota AMANAH dimaki hamun secara lisan dan juga di laman Facebook pada setiap hari.

Justeru, Mohd Amar yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan mahu perkara itu dibuktikan terlebih dahulu sebelum tuduhan dibuat.

"Kalau kata ada (unsur) IS, sebab apa bukti IS nya? soal timbalan menteri besar Kelantan itu.

Mohd Amar turut mempersoalkan mengapa isu bai'ah talak dibangkitkan kini sedangkan ia adalah hak parti yang dipersetujui bersama oleh kepimpinan PAS.

Bahas bukan senyap

"Kalau dia (Mujahid) kata benda ini tak betul, dia sebahagian daripada perkara yang tak betul.

"Tak patut dia buat macam tu. Sepatutnya masa itu dia kena bahas, bangkang. Bukan senyap.

"Jadi kenapa sekarang bila dah keluar baru hendak bangkitkan? soal Mohd Amar lagi.

Mengulas tindakan PAS dan AMANAH seolah-olah saling berbalas serangan, Nik Amar menegaskan ia adalah tindak balas daripada kenyataan parti serpihan PAS itu dan memberi penjelasan supay rakyat tidak keliru.

"Kita (berpendapat) lebih sekadar tindak balas, kita tak mulakan. Kita menjelaskan keadaan, bukan tujuan kita serang dia. Kena jelas tentang itu.

"Apa-apa kita buat ini tindak balas (kenyataan AMANAH). Penjelasan pada isu yang dibangkitkan.

"Sebab sebahagian dari pimpinan AMANAH ini suka sebarkan benda tak betul, sebarkan maklumat salah pada masyarakat," kata Mohd Amar.

Mengulas mengenai usaha mendamaikan kedua-dua parti ini Nik Amar berkata tidak ada apa lagi yang boleh dibuat.

"Usaha dah dibuat sebelum AMANAH dibentuk supaya tidak berlaku perpecahan, tapi dia tak dapat terima.

"Jadi kita kena terima sahajalah. Nak buat macam mana," kata Nik Amar dalam nada kesal.


Saya ahli Pas yang beramanah, kata Mahfuz

Posted: 24 Nov 2015 04:39 AM PST


Mahfuz Omar
Mahfuz Omar


KUALA LUMPUR - "Saya Pas yang beramanah," demikian respon Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika disoal Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tentang kesetiaannya terhadap Pas.

Mahfuz yang merupakan Ahli Parlimen Pas berkata demikian ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2016 pada sidang Dewan Rakyat, di Parlimen, di sini, hari ini.

"(Ahli Parlimen) Pokok Sena (Mahfuz) ini Pas atau Amanah? Saya selalu keliru sama ada Pokok Sena ini Pas, atau Amanah," soal Speaker sewaktu Mahfuz membahas usul tersebut.

Persoalan itu mengundang keriuhan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pada hari ini.

Tidak melatah, Mahfuz menegaskan bahawa beliau masih berpegang teguh kepada parti Islam itu.

"Hendak jadi ahli politik, ahli Pas perlulah beramanah dalam menjalankan tugas," katanya ketika keriuhan di Dewan beransur reda.

Sementara itu, dalam  perbahasan Mahfuz, beliau mempersoal penggunaan alat berlainan dalam ujian cermin gelap kenderaan di negara ini.

Menurutnya, penggunaan alatan berlainan dalam ujian itu akan menyebabkan penghasilan keputusan  berbeza, sekaligus menyukarkan pengguna untuk mematuhi peraturan penggunaan cermin gelap yang dibenarkan.


Ganjaran dari RM2.6b palsu, SPRM lapor polis

Posted: 24 Nov 2015 04:34 AM PST


SPRM
SPRM


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat palsu berkaitan penawaran ganjaran wang daripada RM2.6 bilion dari akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

SPRM melalui Bahagian Komunikasi Strategiknya menegaskan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang didakwa.

SPRM menyedari penyebaran maklumat palsu menerusi media sosial kononnya SPRM menawarkan ganjaran atau pampasan menggunakan wang RM2.6 bilion, kes yang sedang disiasat oleh SPRM.

"Maklumat yang sedang disebarkan ini adalah palsu, yang dipercayai dikeluarkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. Satu laporan polis telah dibuat oleh SPRM baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut SPRM, kenyataan palsu itu kononnya menyatakan Ketua Pesuruhjaya SPRM mengumumkan RM2.6 bilion dari akaun Perdana Menteri diisytiharkan sebagai sumbangan untuk dibayar kepada rakyat Malaysia yang komited menentang keganasan.

Dalam pada itu, SPRM berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat penyebaran maklumat palsu itu.

"Maklumat palsu ini secara langsung menjejaskan nama dan reputasi SPRM.

"Orang ramai yang menerima maklumat dimaksudkan dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dan pada masa yang sama tidak sebarkan atau menghantar mesej terbabit kepada pihak lain," katanya.


Macam-macam usaha padamkan Pas

Posted: 24 Nov 2015 04:32 AM PST


Idris Ahmad


SHAH ALAM - Pelbagai usaha diambil oleh pihak-pihak tertentu untuk 'membunuh' Pas namun parti Islam itu tetap bertahan.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, perkiraan pihak-pihak itu silap memandangkan parti itu lahir bukan atas dasar kekecewaan.

"Ada orang hendak mematikan Pas dipersada politik tanah air. Sifir mereka silap.

"Kelahiran Pas bukan kerana emosi atau kecewa dalam pertandingan. Tetapi lahir atas kesedaran untuk mendaulatkan Islam.

"Berbagai usaha untuk memadamkan Pas, namun Pas tetap segar seperti rumput yang disiram embun pagi," katanya melalui kemaskini status di Facebook, hari ini.

Pas menerima pelbagai serangan kebelakangan ini termasuk dari bekas Naib Presidennya, Datuk Husam Musa yang melemparkan pelbagai tuduhan kepada parti dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam status berasingan, Idris menyifatkan kerajaan Kelantan hari merupakan kebanggaan ahli Pas yang menjadi mercu tanda perjuangan parti itu.

"Pas Kelantan sarat dengan pengalaman jatuh bangun dalam arena politik di negara ini.

"Bermula dengan keadaan dagang, akhirnya berjaya memerintah negeri Kelantan 1959 hingga 1978.

Kemudian dari tahun 1990 hingga kini," katanya.

Beliau bersyukur Kelantan menjadi guru politik kepada rakyat di negara ini.

Sempat ambil peperiksaan sebelum maut kemalangan

Posted: 24 Nov 2015 04:30 AM PST


Sempat ambil peperiksaan sebelum maut kemalangan
Gambar kenangan Mohammad Alif Haikal (kanan) bersama keluarganya yang dirakam pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu. 
 
 
KOTA TINGGI – Seorang pelajar Sekolah Agama Taman Anggerik Bandar Tenggara di sini sempat menduduki hari pertama peperiksaan darjah enam sebelum menemui ajal selepas terlibat kemalangan di jalan utama taman tersebut petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu mangsa, Mohammad Alif Haikal Yusrizam, 13 yang juga merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pinang maut apabila motorsikal jenis Honda Wave yang dibonceng terbabas sendiri.

Ekoran itu turut menyebabkan penunggang motorsikal terbabit, Muhammad Zulhilmi Faizal, 14 pelajar tingkatan dua di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian mengalami cedera parah.

Difahamkan peperiksaan tersebut berlangsung selama empat hari sehingga Khamis ini dan Mohammad Alif Haikal dikatakan sempat menjawab kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Ibadat dan Akhlak yang dijalankan pada waktu pagi hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang dalam perjalanan dari arah jalan besar menghala kawasan Taman Anggerik, Bandar Tenggara telah terbabas ke kanan jalan dan menyebabkan mereka terjatuh di atas jalan.

"Akibat dari kemalangan itu pembonceng telah meninggal dunia semasa dirawat di Klinik Kesihatan Bandar Tenggara manakala penunggang motorsikal yang cedera parah dihantar ke Hospital Kulai.

"Hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan lurus dan dua hala.

"Siasatan juga mendapati kemalangan berpunca dari penunggang motosikal kerana gagal mengawal kenderaan yang ditunggang dan terbabas ke kanan jalan. Ketika kejadian keadaan cuaca hujan," katanya.

Tambahnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk urusan bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jenazah anak sulung daripada tiga beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sibol kira-kira jam 10 pagi tadi.

Datuk Hamidah dipecat dari Umno

Posted: 24 Nov 2015 04:28 AM PST


Datuk Hamidah Osman
Datuk Hamidah Osman 
 
 
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman diumum dipecat daripada keahlian dan jawatan dari parti Umno.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara oleh barisan ahli mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada hari ini.

"Dalam soal disiplin parti, Majlis Tertinggi sebulat suara memecat (Datuk) Hamidah Osman daripada keahlian kerana pelanggaran disiplin.

"Perkara lain ada dibincang, tetapi tidak ada ambil keputusan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat itu selesai," kata Najib pada sidang media selepas selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Hamidah sebelum ini lantang mengkritik pentadbiran Najib dan mendesak Perdana Menteri meletak jawatan, selain mempersoalkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

[ARTIKEL BERKAITAN: Minta Najib letak jawatan, Hamidah sedia tindakan]

Mengulas lanjut mengenai lokasi mesyuarat, Najib berkata, perkara itu disebabkan Dewan Rakyat masih bersidang.

Sementara itu, Najib berkata, barisan ahli mesyuarat turut membincangkan perjalanan Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung pada 8 Disember hingga 12 Disember depan.

Menurut Najib, Persidangan Wanita Umno, Puteri Umno dan Pemuda Umno pada Perhimpunan Agung Umno nanti akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing.

"Ini adalah cadangan oleh sayap masing-masing dan majlis memutuskan untuk menghormati kehendak mereka," katanya lagi.

Musibah Ekonomi dibawah Pengurusan Menteri Kewangan Koro

Posted: 23 Nov 2015 11:42 PM PST


sakmongkol.blogspot.my



Perkara yang paling bahaya ialah bila rakyat menerima kemungkaran sebagai suatu kebiasaan. Bila ini terjadi, mereka di desensitise-yakni jadi lali dan menerima keburukan kerajaan Najib sebagai kebaikan. Tidak ada yang menjengkilkan hati dan denyutan nadi rakyat daripada menjusfikasikan kejahatan sebagai sesuatu yang diperlukan.
Kita memerlukan sebuah kerajaan yang baik dan bukan nya sebuah kerajaan yang jahat lagi zalim.  
Sesuatu mesti diperkata sebagai seadanya. Kejahatan mesti sebut kejahatan bukan diselaputi dengan gula dan menyatakan ianya kebaikan. Kerajaan Najib telah menjadi kerajaan yang tidak baik. Bila kita menyatakan perkara yang sebenarnya, bukanlah kita cari peluang untuk hanya mahu balun Najib. 
Para pembesar negara, pemimpin kerajaan akan mempertahankan salah laku kerajaan. Pemberita pengampu akan menjawab isiu2 dengan kelentongan mereka. Sudah sampai masa nya para wartawan dan mereka yang bersemangat pablik, menyuarakan kepincangan. 
Perjanjian golongan wartawan misalnya, jika terdapat adalah sumpah seperti sumpah Hipokratik para doktor,  ialah dengan rakyat jelata. Mereka harus bertanya di pihak mana mereka berada. Dipihak rakyat atau dipihak kerajaan yang menindas? 
Dalam ucapan bajet 2016, saya bangkitkan perihal rasuah. Siapakah yang menjaga aliran RM267billion yang lalu kepada kementerian2? Tugas kita ialah memastikan setiap sen sampai kepada tujuan dan target. Dan setiap entity yang  berbelanja mesti dipertanggungjawabkan. 
Belalai rasuah menjalar keserata lapisan. Rasuah yang berlaku dalam industry beras negara kita yakni melalui pencabulan berian sabsidi beras, baja, AP untuk import beras belum diselesaikan. 
Sabsidi baja RM440 million tahun 2016 akan terus di gunakan oleh pembekal dan disetujui oleh kementerian untuk diberi kepada penanam padi. Mereka akan dibekalkan dengan baja kimia yang akan memusnahkan integrity tanah dan megurangkan produktiiti padi. 
Penanam padi akan terus kekal sebagai golongan termiskin dengan pendapatan RM1500 dikawasan bukan jelapang dan kurang dari RM3000 dikawasan jelapang.  Saya harap semua penanam padi di beri BR1M. 
Kerajaan tidak akan berjaya melaksanakan pendanaan projek2 mereka dalam tahun 2016, kerana kerajaan tidak ada duit. Bajet yang dikemukakan disandarkan kepada andaian2 yang tidak boleh bertahan. Bajet 2016, hanya penuturan janji palsu kepada rakyat. 
Sumbangan dari Petronas menjunam turun. Perkara ini sudah dinyatakan oleh beberapa penulis. Jika harga setong minyak mentah jatuh kurang dari USD46/bbl bagaimana? Hasil jualan minyak turun, hasil komoditi turun- harga sawit, getah turun. 
Pendapatan operasi Malaysia jatuh merudum. Profits from business operations menurun. 
Kemana kerajaan Najib menoleh? Ia menoleh kepada kaedah meng-intensify kutipan cukai. GST adalah kaedah kutipan cukai yang sangat berkesan. Ia mengurangi peluang untuk mereka yang lari dari cukai- cukai dikenakan keatas perlakuaan yang semua tidak boleh elak- iaitu penggunaaan. 
Selagi kita guna barangan dan perkhidmatan, kita bayar cukai GST.
Kita mesti ingat- yang menipu dan enggan bayar cukai akan terus melakukan perkara demikian. Peniaga akan terus tidak membayar cukai.
Syarikat NAZA tidak bayar cukai. Demikian juga syarikat2 besar yang lain- semua lari dari bayar cukai. Kerajaan Najib tahu identity mereka, tapi tidak ambil tindakan. 
Cukai GST mengurangkan pendapatan sebenar semua orang- miskin dan kaya walaupun ada zero-rated barangan. Orang yang paling miskin pun, jika tidak makan dan mengguna membayar cukai GST. Tapi GST nya dibayar oleh orang lain.
Jumlah pendududk negara ini 30 juta orang. Jumlah kutipan cukai GST untuk tahun 2016, ialah RM39 billion. Setiap orang, secara purata membayar RM1300 setahun atau RM3.56 sehari atau RM106.80 sebulan.
7.4 juta penerima BR1M akan dapat RM5.9 billion atau RM793/setahun.
Bayar cukai GST RM1300/setahun>dari menerima BR1M RM793/setahun.  Yang bayar GST ialah semua 30 juta manusia di Malaysia, yang menerima BR1m hanya 7.4 juta orang.  Jadi orang miskin jangan ingat mereka tidak bayar GST- bahagian mereka dibayar oleh orang lain. 
Malaysia sebuah ekonomi intermediate- kita beli input dari luar untuk membuat barangan ekspot. bila kos input kita meningkat, ekspot kita perlu dijual pada harga yang lebih tinggi dan menjadikan kita tidak kompetitif.Ada fallacy  atau maklumat palsu diberi kepada rakyat bila kerajaan kata bila Ringgit turun, eksport kita akan lebih laku kerana barangan kita sekarang jadi murah. Ini bergantung semaada penggunaan barangan kita adalah responsif terhadap harga. ia juga bergantung sama ada permintaan untuk barangan kita anjal positif atau tidak.
Apa jadi jika permintaan untuk hasilan kita tidak kuat dan ianya boleh dibekal oleh negara lain?  Pembeli akan beli dari orang lain dan bukan dari Malaysia. Kejatuhan Ringgit tidak semestinya mengembangkan ekonomi kita.
Ia juga bermakna, kita terpaksan menjual lebih banyak untuk mendapat sesuatu barang dari negara lain. Kita kena bayar lebih untuk membeli alatan, mesyin, jentera, barangan capital atau capital goods. 
Bila nilai Ringgit kita jatuh, kita kena bayar seguni ringgit untuk mendapatkan barangan. Bayangkan di Zimbabwe, kita kena bayar wang ikut timbang berat wang-Harga daging- sekilo Ringgit. Harga kereta- 20 guni ringgit.
Jadi janganlah kita menipu rakyat dengan mengatakan bila nilai wang Ringgit kita jatuh, ekonomi kita akan menjadi baik. Sebagai sebuah negara yang mengimport banyak benda- makanan, alatan, jentera, dan lain2 lagi yang kita tidak hasilkan, kita terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan nya. 
Kemudian, apa Najib akan lakukan? Mujur ada GST. GST hanya menyumbang sebanyak RM39 billion setahun. Adakah sumbangan GST menampung lubang yang diujudkan oleh pengurangan pendapatan dari hasil minyak dan komoditi dan eksport kita? 

MUHYIDDIN DISINGKIRKAN, NAJIB UNTUNG ATAU ZAHID MUDAH JADI "CENCARU MAKAN PETANG"?

Posted: 23 Nov 2015 11:39 PM PST

shahbudindotcom


Pemecatan atau penggantungan Muhyiddin Yassin yang tujuan utamanya untuk menghalang Timbalan Presiden UMNO itu berperanan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 8 - 12 Disember ini barangkali sudah terlalu sukar untuk dielakkan.

Berdasarkan kepada "bau yang semakin kuat dapat dihidu", Najib sebenarnya tidak mahu lagi Muhyiddin terus diberikan ruang atas platform UMNO untuk terus mengkritiknya dan kerajaan, khususnya berkaitan 1MDB dan wang derma yang semakin menghenyak imejnya di mata umum.

Mengawalkan tarikh mesyuarat MT dan mengadakannya di pula Parlimen yang ketat kawasan keselamatannya, matlamat besarnya tidak lain ialah agar sebarang tindakan terhadap Muhyiddin dapat diminimakan kesan protesnya.

Lebih-lebih lagi, bersekali dengan Muhyiddin yang digelar anggota Kumpulan Tujuh yang bakal diambil tindakan,  bertebaran juga "baunya" bahawa Tun Mahathir Mohamad dan Shafie Apdal juga akan turut dikenakan tindakan yang sama.

Maklumat yang diperolehi malam tadi turut mengatakan bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Hamidah Osman akan turut dikenakan tindakan kerana kritikan dan serangannya sejak sekian lama terhadap kepimpinan Najib.

Dalam jangka pendek, tindakan terhadap Muhyiddin tidak lain ialah untuk menghalangnya daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta berucap di majlis penggulungan di hari terakhir itu.

Begitu juga dengan Shafie, Najib turut tidak mahu bekas menteri itu turut berucap dalam majlis penggulungan kerana bimbang timbulnya kritikan yang tidak digemarinya.

Dengan ketiadaan Muhyiddin dan Shafie dalam Perhimpunan Agung UMNO nanti, Najib beranggapan selamatlah beliau daripada sebarang kritikan dan serangan yang boleh menyebabkan mukanya bertukar menjadi kemerah-merahan seperti udang kena baru keluar dari ketuhar.

Malah, tidak mustahil perhimpunan kali ini sudah siap mahu diorkestrakan dengan segala macam ucapan pujian dan sanjungan yang kemudian melalui media arus perdana akan digambarkan seolah-olah Najib mendapat sokongan berterusan untuk menerajui negara ini.

Sekali imbas, tidak dinafikan memang Najib nampaknya lebih selamat melalui penyingkiran Muhyiddin berserta Shafie itu. Ini kerana Najib bukanlah pemimpin yang berani berdepan dan petah berhujah dengan musuh-musuhnya.

Beliau adalah elitis bangsawan yang hanya suka dipuji, dipuja dan dicium tangannya. Kalau bercakap pun, kegemarannya ialah sehala saja. Kebelakangan ini, Najib juga tidak mengadakan lagi sidang akhbar terbuka sebagaimana biasa di mana beliau boleh ditanya di mana dan apa saja.

Lihat bagaimana beliau melarikan diri daripada program Nothing2Hide tidak lama dulu semata-mata kerana takut untuk berhadapan dengan Tun Mahathir yang turut hadir untuk bertanyakan soalan kepadanya.

Oleh kerana Tun Mahathir bukan lagi berada dalam hireaki kepimpinan dan beliau mungkin boleh mengelak daripada bertembungnya dengannya, kini musuh utama yang mahu diketepikannya ialah orang nombor duanya sendiri.

Najib barangkali tidak bimbang berdepan dengan Muhyiddin dalam pemilihan, tetapi ketakutannya ialah untuk berhadapan dengan kebenaran. Sebab itu, menyingkirkan Muhyiddin ialah untuk mengelak bekas Timbalan Perdana Menteri itu melontarkan soalan dan memberi ucapan untuk bertanyakan memgenai kebenaran kepadanya.

Tetapi jika Najib fikir hanya dirinya saja yang untung di sebalik tindakan terhadap Muhyiddin, beliau harus berfikir lebih daripada sekali mengenainya. 

Untungnya Najib jika Muhyiddin disingkirkan hanyalah kerana dapat mengelakkan sebarang kritikan dan serangan dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini dan menukarnya sebagai medan puji dan puja terhadaapnya.

Namun, kesan selepas itu mungkin lebih besar lagi. Selepas dipecat atau digantung, Muhyiddin pasti tidak akan duduk diam merintih nasib atau lebih banyak berada di atas tikar sembahyang saja. Muhyiddin pasti akan pergi ke seluruh pelusuk negara untuk bertemu akar umbi menjelaskan mengenai pemecatannya.

Program jelajah ke seluruh negara itu pasti lebih meriah lagi jika Tun Mahathir dan Shafie yang mungkin dipecat atau digantung sama, ikut berbuat perkara yang sama.

Berdasarkan beberapa perkembangan sehari dua ini di mana semakin ramai Ketua UMNO Cawangan berani tampil mendesak pengunduran Najib, tentu saja boleh dibayangkan kedudukan Najib dan UMNO akan semakin getir jadinya jika pemecatan Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua diteruskan juga.

Hakikatnya, untung yang akan diraih Najib tidaklah seberapa  berbanding kerugian yang mungkin datang bertimpa-timpa. 

Tetapi melalui pemecatan Muhyiddin, siapa yang lebih besar untungnya?

Sudah tentu Zahid Hamidi. Beliau bukan saja akan diberi peluang merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri  pada 8 Disember ini, bahkan hireakinya dalam parti akan dilonjakkan dengan diberi tanggungjawab menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO yang secara automatik menjadikannya orang nombor dalam parti.

Apabila tekanan di luar UMNO melalui gerakan Tun Mahathir, Muhyiddin, Shafie dan mereka yang dipecat itu beriringan dengan semakin ramai Ketua-Ketua UMNO cawangan yang berani  tampil mahukan Najib berundur, natijahnya tidak lain ialah UMNO semakin lemah dan harapan menang pilihanraya tertutup sama sekali.

Dalam keadaan seperti itu, apakah Zahid akan terus mempertahankan Najib? Kalau mahu dipertahankan pun, mampukah beliau melakukannya?

Apakah tidak mungkin nanti Zahid melalui gerakan dalaman akan turut sama mendesak pengunduran Najib atas alasan untuk menyelamatkan UMNO dalam pilihanraya?

Jika dilihat ketika itu, dua pemimpin yang ada pengaruh dalam UMNO iaitu Hishammuddin dan Khairy Jamaluddin lebih banyak berdiam diri daripada mempertahankan Najib. Kalau ada pun mereka bersuara, nadanya lebih menampakkan keinginan mempertahankan UMNO berbanding pemimpin.

Tidak mustahilkah, setelah Muhyiddin disingkirkan, Zahid akan menjadi "cencaru makan petang" bersama Hishammuddin, Khairy Jamaluddin yang kemudian berpusu-pusu pemimpin bahagian lain turut menyokongnya? 


Bekas ketua cawangan JPJ Muadzam Shah di dakwa terima rasuah RM12,300

Posted: 23 Nov 2015 11:27 PM PST


THE MALAYSIAN INSIDER


Seorang bekas Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Muadzam mengaku tidak bersalah atas 19 pertuduhan menerima barang berharga tanpa balasan berjumlah RM12,300 sejak 2012 hingga September tahun ini di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di Kuantan hari ini.

Azhar Ahmed, 51, didakwa menerima suapan berkenaan secara bulanan daripada pengusaha lori yang beroperasi di sekitar Muadzam Shah.

Tertuduh menghadapi tujuh pertuduhan menerima barang berharga daripada Mohd Sufian A Majid berjumlah RM5,600 antara Febuari hingga Disember 2012.

Azhar juga didakwa atas 4 pertuduhan lagi iaitu menerima barang berharga daripada Tan Lee Eng@ Tang Gee Yong berjumlah RM1,400 antara Julai dan Oktober 2012. Tertuduh turut didakwa atas 3 pertuduhan lagi iaitu menerima barang berharga daripada Rameli Majid berjumlah RM1,800 antara Julai dan Oktober 2012.

Lima pertuduhan lagi menerima suapan daripada A.Naganah dan Lin Ten Loi berjumlah RM2,400 dan RM1,000 serta RM100 daripada Yap Chia Shiang antara Julai dan September 2015.

Bagi semua pertuduhan tersebut, Azhar didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Habibah Mohamed Yusof menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM21,000 dengan seorang penjamin dan 22 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Shafinaz Shabudin. – Bernama


2 pegawai kanan Yapeim diarah bercuti, kata sumber

Posted: 23 Nov 2015 11:24 PM PST



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dikatakan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yapeim  semalam, membincangkan dakwaan terhadap institut itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 November, 2015.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dikatakan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yapeim semalam, membincangkan dakwaan terhadap institut itu. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Dua pegawai kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) diarah bercuti sementara siasatan terhadap yayasan itu dijalankan, kata sumber. Sumber memberitahu The Malaysian Insider, satu mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yapeim diadakan pada 9.30 pagi di Hotel Putra, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Mesyuarat ini dipercayai membincangkan dakwaan terhadap penyalahgunaan dana Yapeim.

The Malaysian Insider difahamkan, mesyuarat itu dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 
 
Semalam, TV3 melaporkan kedua-dua pegawai tinggi itu sebagai Pengerusi Yapeim Datuk Abdul Malek Awang Kechil dan Timbalan Pengerusi Datuk Siti Zaleha Hussin.

The Malaysian Insider sudah cuba menghubungi kedua-duanya untuk pengesahan namun tidak berjaya.

Pendedahan-pendedahan dilakukan kebelakangan ini menyebabkan Yapeim terpaksa memberi penjelasan kepada hampir 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan.

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim Datuk Abibullah Samsudin berkata pihaknya yakin perkara itu hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai penyelewengan dana dibuktikan tidak benar.

"Saya yakin pemberhentian (sumbangan dana) ini adalah pemberhentian yang bersifat sementara sehingga mereka yakin ini adalah fitnah dan mereka akan (kembali) meneruskan sumbangan kepada Yapeim," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Selepas pendedahan terbaru skandal Yapeim di Perancis minggu lalu, semalam Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW) mendedahkan satu lagi dokumen menunjukkan yayasan itu terlibat dengan lawatan ke New York, Amerika Syarikat (AS).

Pengarah NOW Akmal Nasir berkata, program yang mencecah kos RM100,000 itu didakwa berlangsung pada 17 September, 2014 sehingga 27 September, 2014 dengan sasaran penglibatan 100 peserta di New York.

"Butiran terperinci menunjukkan pecahan perbelanjaan bagi tujuan ke New York mengikut agensi berikut iaitu, Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) sebanyak RM66,960 dan Yapeim RM101,720," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur semalam.


Azalina pertahan saiz ‘besar’ Kabinet

Posted: 23 Nov 2015 11:19 PM PST



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman berkara saiz Kabinet yang besar adalah selaras dengan pertumbuhan pesat negara, supaya dapat menghadapi cabaran baharu tanpa sempadan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 November, 2015.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman berkara saiz Kabinet yang besar adalah selaras dengan pertumbuhan pesat negara, supaya dapat menghadapi cabaran baharu tanpa sempadan. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman hari ini mempertahankan saiz Kabinet yang mempunyai 37 menteri dan 32 timbalan menteri. 
 
Dalam jawapan bertulis kepada Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) yang mempersoalkan jumlah itu, Azalina berkata ia selaras dengan pertumbuhan pesat Malaysia serta bagi menghadapi cabaran baharu dalam dunia tanpa sempadan.

Menurutnya, ramai menteri dan timbalan menteri diperlukan bagi menghadapi cabaran dan tanggungjawab tambahan dunia moden.

"Justeru, menteri dan timbalan menteri dilantik di bawah portfolio masing-masing bagi memastikan segala perancangan dan agenda yang dirangka dapat dilaksanakan dengan berkesan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya," jawapan Azalina dipetik. 
 
 Menjawab soalan Ngeh lagi, Azalina berkata jumlah itu tidak boleh dibandingkan dengan pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Mereka yang desak Najib berundur kumpulan yang kecewa – Ismail Sabri

Posted: 23 Nov 2015 11:09 PM PST

 
Matlamat mereka bukannya untuk mendesak Najib berundur sebaliknya ingin memalukan ketua UMNO bahagian selepas kalah dalam pemilihan.


Ismail-Sabri-Yaakob_umno_600


KUALA LUMPUR: Desakan supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meletak jawatan bukan matlamat sebenar segelintir ketua UMNO cawangan.

Sebaliknya tindakan itu didorong pelbagai faktor termasuk kecewa selepas kalah dalam pemilihan peringkat bahagian.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpandangan tindakan itu dibuat bagi memalukan ketua bahagian mereka.

"Ini kumpulan kecewa dalam bahagian, jadi kadang-kadang tindakan yang dibuat itu bukan menentang Najib selaku presiden, tetapi hanya nak memalukan ketua bahagian dia.

"Kadang-kadang ianya merupakan isu dalaman…kumpulan-kumpulan ini ada yang kalah bertanding dengan Ketua Bahagian mereka, jadi kem yang kalah bertanding dalam bahagian masuk kem lain," katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Graduasi Sijil Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) sesi 2014/2015 di Auditorium Felcra Berhad.

Ismail berkata demikian mengulas lanjut mengenai dakwaan Ketua UMNO Cawangan Kulai Jaya 2, Zainuddin Abdul Hamid bahawa akan ada lebih banyak gerakan besar-besaran akan dibuat di mana tujuh ribu UMNO cawangan di seluruh negara akan berbuat demikian selepas merasakan diri mereka tersisih.

Mengulas lanjut, Ismail yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata ancaman itu tidak menjejaskan parti.

Katanya, penolakan terhadap presiden parti itu memang biasa berlaku dan ia tidak boleh dijadikan ukuran bahawa UMNO semakin lemah.

"Kita ada tiga juta ahli UMNO, tak semuanya puas hati memang ada yang tak puas hati, macam-macam ragamlah dengan tiga juta ahli.

"Saya difahamkan ada 22,000 ketua cawangan, jadi kalau setakat 100 atau 200 yang tak puas hati itu perkara biasa," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menolak dakwaan bahawa wujudnya kem Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Najib di dalam UMNO.

Katanya, penolakan beberapa ketua cawangan itu juga hanyalah diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu.

"Jadi kita tak boleh nak mengambil kes-kes terpencil ini untuk menggambarkan keadaan keseluruhan parti, tidak boleh begitu."ujarnya.

Suami Shahrizat bebas tuduhan pecah amanah NFCorp

Posted: 23 Nov 2015 11:07 PM PST

 
Keputusan itu dibuat Hakim Norsharidah Awang, selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan di bawah Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.


Dr-Mohamad-Salleh-Ismai,nfc


PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail daripada dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta yang dihadapinya.

Keputusan itu dibuat Hakim Norsharidah Awang, selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan di bawah Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.

Mohamad Salleh, 66, suami kepada Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek NFCorp untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di ibu negara.

Beliau yang juga pengarah NFCorp, dituduh melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek, antara 6 Mei dan 16 November 2009, ke dalam akaun syarikat National Meat Livestock Corporation Sdn. Bhd., yang mana beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.

Kedua-dua pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: