Jumaat, 20 November 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


CARI MAKAN", "TAK CUKUP MAKAN" ATAU "MAHU LEBIH MAKAN"?

Posted: 20 Nov 2015 06:32 AM PST

shahbudindotcom

 
 
 
Siapa pun yang mengikuti rentetan kemelut berkaitan1MDB, pasti tidak dapat mengelak daripada bersetuju tentang perlunya ahli perniagaan Jho Low dipanggil untuk memberi keterangan untuk merungkai pelbagai isu berkaitan syarikat pelaburan bermasalah dan sarat hutang itu.

Ini kerana meskipun namanya tidak tertulis secara rasmi dalam 1MDB, tetapi seperti mana pernah dilafazkan oleh Khairy Jamaluddin, "cop jarinya tetap ada di seluruh tempat" melibatkan syarikat itu.

Lantaran itu, KJ pada 20 Mei 2015 lagi menegaskan perlunya Jho Low dipanggil untuk memberikan keterangan kerana beranggapan, penglibatannya terlalu besar untuk diabaikan.

Kenyaaan KJ itu kemudian disambut oleh Pengerusi PAC ketika itu, Nur Jazlan Mohamed pada 10 Julai 2015 yang mengatakan Jho Low akan dipanggil mengadap jawatankuasa bagi memberi keterangannya.

Menurut Nur Jazlan yang barangkali kerana ketegasannya itu telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 28 Julai 2015, meskipun nama Jho Low tiada dalam 1MDB tetapi kedudukanya tertulis dalam lembaga penasihat Terengganu Invesment Authority atau TIA berdasarkan laporan interim Ketua Audit Negara.

TIA adalah syarikat asal sebelum ia ditukar nama kepada 1MDB.

Namun apabila Hasan Ariffin dilantik mengetuai PAC, lenggok nadanya jelas berbeza dengan mengatakan tiada keperluan pula memanggil Jho Low memberi keterangannnya.

Selain mengatakan Najib Razak tidak perlu dipanggil untuk memberi keterangann kepada PAC, Hasan juga berkata, Jho Low turut tidak akan dipanggil kerana ia tiada dalam skop siasatan jawatankuasa itu.

Tentu menghairankan mengapa pendirian PAC boleh berbeza-beza hanya dalam tempoh tidak begitu lama sedangkan perkara yang disiasat adalah isu yang sama?

Apakah ini memperlihatkan seolah-olah Jho Low mahu dilindungi?

Beberapa hari yang lalu pula, Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulisnya di Parlimen turut menyatakan Interpol Malaysia tidak dapat mengesan di mana beradanya Jho Low ketika ini.

Jawapan kementerian yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi itu juga menjelaskan, tiada siasatan sedang dijalankan oleh polis terhadap jutawan itu serta tiada permohonan daripada mana-mana pihak untuk mengesannya.

Sekali lagi, jawapan ini juga seolah-olah mahu melindungi Jho Low dan mengajak rakyat untuk bersetuju bahawa tiada keperluan untuk mencari dan memanggil ahli perniagaan tersebut.

Bagaimanapun, jawapan bertulis itu dinafikan oleh jurucakap Jho Low yang mengatakan spekulasi sebarang bantuan diperlukan untuk menghubungi ahli perniagaan itu adalah tidak berasas kerana pada Ogos 2015, SPRM pernah menghubunginya  untuk mendapatkan bantuan daripadanya.

Berikutan itu, kata jurucakap itu, wakil Jho Low dengan segera menghubungi SPRM dan terus sentiasa berhubung.

Bermakna, sama sekali tidak tepat jawapan bertulis Kementerian Dalam Negeri di Parlimen bahawa Jho Low tidak dapat dikesan di mana beradanya dan perlu sebarang bantuan Interpol Malaysia untuk menghubunginya disebabkan SPRM sudah sedia berhubung terus dengannya.

Jho Low nampaknya bukan saja meneliti semua perkara yang berlaku di Malaysia yang melibatkan dirinya dan pantas memberi reaksi jika ada keperluan, malah mengesahkan dirinya bukanlah sukar untuk dicari atau dihubungi.

Tetapi, kenapa PAC yang diketuai Hasan Ariffin dan Kementerian Dalam Negeri  yang diterajui Zahid Hamidi bagaikan berebut-rebut menunjukkan mahu melindungi Jho Low?

Seorang mengatakan tidak perlu dipanggil untuk memberi keterangan, seorang lagi pula menyatakan tidak dapat dikesan dan tiada permohonan untuk mencarinya.

Apa tujuan dan kemahuan di sebalik kenyataan yang berbeza-beza ini?

Adakah ini yang dinamakan kenyataan "cari makan" atau isyarat "tak cukup makan" atau barangkali mahu "lebih makan"?
 
 
 

Bantahan TPPA sambut Obama

Posted: 20 Nov 2015 06:28 AM PST

 
Malaysia seharusnya tidak berkrompomi dengan menandatangani perjanjian TPPA itu kerana ia akan menunjukkan negara ini menjadi lemah


bantah_obama_600


KUALA LUMPUR: Kehadiran Presiden Amerika Syarikat Baracak Obama ke Malaysia disambut dengan bantahan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Lebih 20 orang yang terdiri daripada ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengadakan bantahan itu di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat.
Mereka turut membawa plakad yang bertulis 'war disney' dan 'killer'.

Empat orang daripada wakil kumpulan yang datang untuk membuat bantahan itu meletakkan memorandum berkenaan di luar bangunan kedutaan.

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, Malaysia seharusnya tidak berkrompomi dengan menandatangani perjanjian TPPA itu kerana ia akan menunjukkan negara ini menjadi lemah.

"Malaysia ada maruahnya. Apabila perjanjian TPPA ini ditandatangani, ia akan menunjukkan kita lemah. Ia akan memalukan, menghina dan menghakis kedaulatan negara," katanya kepada pemberita di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat.

Badrul Hisham yang dikenali dengan panggilan Chegubard berkata, sebab utama memorandum itu tidak diserahkan kepada wakil kedutaan berkenaan secara formal adalah ekoran mereka tidak mahu menghormati negara kuasa besar itu.

Dalam pada itu Setiausaha Agung PSM, A. Sivarajan mendakwa, kehadiran Obama pada Sidang Kemuncak ASEAN itu adalah untuk memujuk Malaysia supaya menandatangani TPPA.

"Itu sahaja tujuan dia datang ke sini. Ini kali kedua Obama datang ke Malaysia dan ia menunjukkan betapa terdesaknya untuk menjamin kepentingan korporat besar AS di rantau Asia Pasifik," jelasnya.

Bantahan tersebut turut akan diadakan esok jam 2 petang yang akan bermula dari Kuala Lumpur City Center (KLCC) dan berakhir di Jalan Ampang.

Obama datang Malaysia untuk desak Najib

Posted: 20 Nov 2015 06:26 AM PST

 
Dr Mahathir Mohamad yakin kedatangan Obama bagi mendesak Perdana Menteri menandatangani TTPA.


mahathir_tppa_obama_600


KUALA LUMPUR: Kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia hanya mempunyai satu tujuan iaitu mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangami Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TTPA).

Perkara itu ditegaskan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya tidak fikir dia (Obama) akan mengubah atau mahukan apa-apa dari dia (Najib Razak).

"Pada Barack Obama adalah mahu Najib menandatangani TPPA," ujarnya dalam sidang media selepas melancarkan buku hasil tulisan Datuk Zaid Ibrahim pada Jumaat.

Obama berada di Malaysia selama tiga bermula 20 November hingga 22 November bagi menghadiri sidang kemuncak AS-Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

Ketibaan Obama itu bagaimanapun disambut dengan demonstrasi yang dilakukan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang tidak setuju mengenai perjanjian yang dianggap merugikan negara.

TPPA telah dimuktamadkan pada 5 Oktober lalu di Atlanta, Amerika Syarikat. Malaysia perlu membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian itu selewat-lewatnya pada dua minggu pertama 2016.

Rundingan TPPA yang julung kali dilancar pada 2005, membabitkan 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam.

Muhyiddin, Shafie dipecat 27 November?

Posted: 20 Nov 2015 06:23 AM PST

 
Perubahan tarikh itu menimbulkan tanda tanya tentang nasib Muhyiddin dan Shafie 


Shahbudin-Husin-Muhyiddin-Yassin-Shafie-Apdal


PETALING JAYA : Desas desus yang menyatakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO diawalkan pada 24 November dari tarikh asalnya iaitu pada 27 November menimbulkan tanda tanya.

Bekas Naib Ketua Pemuda Setiawangsa, Shahbudin Husin berkata, sekiranya benar tarikh mesyuarat itu diawalkan pada 24 November ia membawa nasib buruk kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal.

Walaubagaimanapun, katanya sekiranya mesyuarat tersebut kekal pada 27 November, adakah ia merupakan petanda baik bahawa mereka akan terlepas daripada sebarang hukuman.

"Muhyiddin difahamkan akan kembali ke tanahair pada 25 November manakala Shafie yang menunaikan umrah juga dijangka akan pulang sehari dua sebelum jadual asal mesyuarat MT pada 27 November itu.

"Persoalannya, apakah Muhyiddin dan Shafie akan dipecat dalam mesyuarat MT UMNO kali ini," soalnya dalam entri terbaru di shahbudindotcom.blogspot.my.

Shahbudin menambah, mesyuarat MT UMNO kali ini akan lebih menjadi perhatian kerana Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 8 hingga 12 Disember depan.

Katanya, ini kerana sebarang tindakan sama ada pemecatan atau penggantungan keahlian khususnya kepada Muhyiddin akan dilihat sebagai percubaan secara 'terang lagi bersuluh' untuk menghalangnya daripada merasmikan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri yang dijadual pada 8 Disember.

Namun demikian, katanya sekiranya kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa isu pemecatan Muhyiddin daripada parti itu hanya khabar angin boleh dipercayai dan diterima pakai, bermakna kedudukan Muhyiddin tidak akan tergugat.

"Jika peranan Muhyiddin mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin parti tidak juga dikembalikan sebelum mesyuarat MT akan datang ini atau memang benar tarikh mesyuarat dipercepatkan kepada 24 November, maka kemungkinan besarnya ialah Muhyiddin bakal dipecat atau digantung keahlian UMNOnya.

"Begitu juga dengan Shafie dan lain-lain yang termasuk dalam Kumpulan tujuh itu, mereka juga akan menerima nasib yang tidak jauh berbeza dengan Muhyiddin," jelasnya.

Jadi tempat lampias nafsu

Posted: 20 Nov 2015 06:17 AM PST


Jadi tempat lampias nafsu
Ada pasangan yang masih berpakaian lengkap seragam sekolah tanpa segan silu duduk berdua-duaan.


TAMPIN – Apa nak jadi? Itu luah orang awam sebaik melalui Taman Tasik Tampin dan melihat tempat riadah berkenaan dicemari sikap segelintir individu yang menjadikannya kawasan melampiaskan nafsu.

Malah tinjauan Sinar Harian di lokasi berkenaan kelmarin dalam tempoh setengah jam mendapati, terdapat sepasang remaja duduk berdua-duaan malah seorang daripadanya masih berbaju seragam sekolah.

Ada juga kereta yang datang singgah, namun tiada pula pemandu atau penumpang yang turun walaupun selepas lebih lima minit berada di lokasi berkenaan.

Orang awam yang ingin dikenal sebagai Abdulah Hamid berkata, senario berkenaan biasa dilihat hampir setiap hari termasuk pada waktu tengah hari.

"Ada yang datang dan duduk terlalu rapat di tempat duduk disediakan. Tempat ini terbuka, pasangan ini perlulah jaga tingkah laku lebih-lebih lagi yang beragama Islam.

Kita pula malu lihat mereka, lebih-lebih lagi bila lihat anak muda yang masih jauh perjalanan hidup bertindak tak sopan seperti ini," katanya semalam.

Pengunjung yang ingin dikenali sebagai Haikal berharap, pihak bertanggungjawab dapat memantau lokasi ini dan menahan mereka yang berkelakuan tidak bermoral jika perlu.

"Bagi pengajaran pada mereka ini, kalau boleh bina papan tanda dilarang buat maksiat di sini. Dari rasa malu, saya jadi marah bila lihat mereka tak ada perasaan segan dengan orang sekeliling.

"Kalau boleh, mahu saja saya yang bagi peringatan pada mereka, namun saya bimbang keselamatan saya kalau mereka tak puas hati dengan saya," katanya.


Dasarnya baik, pelaksana dan pemimpin yang tidak jujur

Posted: 20 Nov 2015 06:00 AM PST

Ketika negara sedang melalui zaman muram politik dan ekonomi tentulah usaha wajar dilakukan untuk melalui nya dengan tabah sambil mencari jalan bagi penyelesaiannya. Untuk mencari penyelesaiannya, semua pihak wajar mencari jalan penyelesaiannya dan mengetahui sebab kenapa kita sampai menjadi begitu buruk dalam politik dan ekonomi sekarang ini. Dalam ilmu pengurusan ada disebut, 'we must understand the real problems up to specific even before we think how to solve it'.  Lain-lain perkataan tidak akan terjumpa penyelesaiannya jika kita tidak memahami masalah sebenar yang membawa kita ke situasi yang sangat mencabar ini.

Selalunya bagi sesebuah negara masalah besar yang kita hadapi itu tentu lah ia bermula lama sebelum kita merasakan kesan buruknya. Ia bermakna kita telah berulang-ulang dan terus melakukan kesilapan dan kesalahan terhadap negara kita begitu lama sebelum kita sedari yang situasi itu sudah menjadi barah kepada negara dan rakyatnya.

Salah satu dari penyebab kenapa kita menghadapi masalah perpaduan negara adalah dasar-dasar 'economic and social re-engineering' negara telah di perkosa dan tidak diperkayakan. Jika dasar yang gubal dahulu ialah untuk menjadikan rakyat di antara kaum berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah sekarang ini diantara orang Melayu sendiri telah terdampar di kalangan orang Melayu sendiri sedang menghadapi masalah yang tinggi bertambah tinggi dan yang rendah bertambah rendah. Belum lagi kita ukur kedudukan orang Melayu berbanding dengan bangsa-bangsa lain dalam negara ini.

Kita tidak akur kepada kenyataan jika bangsa yang dominan dimana-mana negara sekali pun jika kedudukan mereka ketinggalan dalam bidang ekonomi dan industri ia akan menggagalkan apa-apa sahaja dasar yang digubal, walau secantik mana pun dasar itu digubal. Sesebuah dasar itu wajar dilaksanakan dengan teliti dan tidak menyimpang dari asas dasar itu digubal. Lemah kedudukan kaum dominan sesebuah negara itu maka lemahlah negara dengan ketidakstabilan politik nya dan kadangkala membawa negara itu ke satu huru hara yang tidak terkawal.

Dinegara ini sememangnya ada dasar-dasar untuk memperimbanagi kedudukan social dan ekonominya tetapi sejak tiga dekad yang lalu dasar-dasar itu diabaikan dimana peruntukan dan kemudahan untuk orang Melayu dan Bumiputranya telah di 'hijacked' oleh kumpulan Melayu yang hampir dengan yang berkuasa. Kesempatan dan projek-projek mega diwujudkan secara runding terus dan di berikan projek-projek tersebut kepada kumpulan elit ini diatas nama Bumiputra dalam anggaran yang berbillion-berbillion ringgit dan dalam masa yang sama elemen dan budaya rasuah telah berkembang tanpa dikawal. Tiada siapa yang mahu mengawalnya kerana yang sepatut mengawalnya sendiri terlibat dengan kegiatan rasuah yang hina itu.

Bumiputra hanyalah diberikan projek-projek 'class F' di peringkat daerah dan disitulah tumpuan kerajaan untuk mendapatkan sokongan dari rakyat biasa bawahan. Itu sebabnya kita melihat UMNO Bahagian-Bahagian di banyak daerah dikuasai oleh kontraktor-kontrak kelas F yang tidak mempunyai agenda lain selain dari monopoli kerja-kerja kontrak kelas F kesemuanya. Rasuah di peringkat daerah begitu menular sehinggakan ramai ketua-ketua jabatan di daerah sendiri mempunyai syarikat-syarikat kontraktor mereka sendiri tanpa kawalan.

Oleh yang demikian kita terbukti bahawa dasar yang baik sekali pun tidak akan membawa apa-apa makna jika ia tidak dilaksanakan oleh 'implementers' dengan baik. Dasar yang baik wajar dituruti dengan pelaksana yang jujur dan bertanggungjawab. Tetapi masalahnya pelaksana boleh melaksanakan dasar dengan tidak jujur kerana pembuat dasar yang sepatutnya membuat pemantauan itu sendiri terlibat dalam melakukan rasuah dan kerja-kerja tidak bermoral itu.

Speaker: Tunggu surat rasmi Pas pusat

Posted: 20 Nov 2015 05:56 AM PST


Law Choo Kiang
Law Choo Kiang


GEORGETOWN - Status Adun Pas, Datuk Salleh Man Mat Aji dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan ditentukan selepas surat rasmi dari Pas pusat diserahkan kepada Speaker Dun nanti.

Speaker Dun, Datuk Law Choo Kiang berkata, sehingga kini, tiada pengesahan rasmi dari parti Islam itu berhubung kedudukan Salleh Man sama ada dia di pihak pembangkang atau sebaliknya.

"Isu ini saya hanya baca di suratkhabar sahaja. Sehingga kini, tiada pengesahan rasmi daripada Pas (pusat) lagi. Oleh demikian, saya rasa perlu tunggu surat atau dokumen rasmi untuk saya menjalankan tugas seterusnya.

"Selagi saya tidak terima (surat rasmi), saya tidak akan ambil sebarang tindakan ke atas Salleh Man.
Walaubagaimanapun, sekiranya selepas ini surat pengesahan dari Pas sampai ke pejabat saya, maka saya akan urus apa yang termaktub dalam peraturan mesyuarat Dun Pulau Pinang," katanya ketika ditemui di luar persidangan Dun Pulau Pinang tadi.

Choo Kiang berkata, sekiranya selepas ini Pas menyerahkan surat rasmi kepadanya, pihaknya akan menyusun semula tempat duduk tanpa melibatkan persidangan dewan.

"Sekiranya selepas ini Pas serahkan dokumen rasmi, persidangan dewan tidak perlu diadakan. Ia tidak melibatkan panggilan sidang Dun. Jika ada pun, ia hanya melibatkan susunan tempat duduk sahaja.

"Itu bukan perkara besar dalam dewan. Walaubagaimanapun, semuanya bergantung kepada dokumen atau surat rasmi dari Pas. Apa-apa pun kena ada pengesahan secara rasmi dari Pas," katanya.

Menjawab soalan media sama ada Salleh Man masih berstatus Adun Pas, Choo Kiang berkata, sehingga kini, Salleh Man tidak memaklumkan sebarang perubahan kepadanya.

"Dia sendiri tidak memaklumkan kepada saya bahawa dia bukan Pas. Dia masih ahli Pas dan setahu saya dia tetap ahli Pas. Itu sahaja yang dia (Salleh Man) beritahu saya," katanya.

Sementara itu, Salleh Man yang ditemui media enggan mengulas lanjut isu berkenaan.

Kelmarin, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan Pas kini sebagai pembangkang di Pulau Pinang selepas Kerajaan Pulau Pinang memecat 300 ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Komuniti (JKKK) di kalangan ahli parti itu di Parlimen Kepala Batas.

Takiyuddin berkata, tindakan tersebut sudah dijangka selepas melihat hubungan yang semakin tegang di antara Pas dan DAP.

Menurutnya, buat masa ini, Pas tidak ada pilihan selain bertindak menjadi pembangkang dalam kerajaan DAP

Empat pelajar maut, lemas jatuh dalam tasik

Posted: 20 Nov 2015 05:52 AM PST


Mangsa banjir di Perak kekal 286 orang
Anggota bomba ketika melakukan operasi mencari mangsa lemas.


PETALING JAYA - Empat pelajar ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tasik ketika kejadian di Tasik Ara Damansara, dekat sini, petang tadi.

Mangsa yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang itu dikenali, Mohd Fikry Mohamad Ady, 14; Norasyikin Jamil, 12; Hafiz Hakimi, 14; dan Raja Islandar Shah, 13.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zaini Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.45 petang dari bilik gerakan  Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Menurutnya, gerakan mencari dan menyelamat dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pada jam 5.30 petang menemui mayat pertama kira-kira jam 6.06 petang, mayat kedua ditemui sebelum beberapa minit kemudian menemui dua lagi mayat mangsa.

"Kesemua mayat telah dikenalpasti oleh ahli keluarga yang datang ke tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, maklumat awal yang diperolehi menunjukkan kejadian ini berpunca dari salah sorang mangsa lemas ketika cuba mengambil seliparnya yang terjatuh ke dalam tasik.

Katanya lagi, rakan yang lain cuba  menyelamatkan namun tidak berjaya sebelum kesemua mereka turut lemas.

Memetik laporan The Rakyat Post, Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, Petaling Jaya berbegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, ketika bomba sampai di tempat kejadian, seorang mangsa yang berusia 14 tahun ditemui orang ramai dan usaha mencari tiga lagi mangsa yang dipercayai lemas.

Mohd Sani berkata, kes tersebut diserahkan kepada polis untuk siasatan selanjutnya.


Satu Lorong KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Ditutup

Posted: 20 Nov 2015 05:40 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUANTAN: Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Anih Berhad memaklumkan penutupan satu lorong di Kilometer (Km) 52.4 bagi kerja pembaikan dan pencegahan susulan kejadian banjir lumpur yang berlaku 11 November lalu.

Dalam satu kenyataan di sini, Jumaat, Anih Berhad berkata penutupan lorong perlahan menghala ke Kuala Lumpur itu telah bermula 16 Nov lalu dan hanya akan dibuka semula selepas semua kerja-kerja itu selesai.
"Pada masa sekarang, hanya satu lorong sahaja yang boleh dilalui trafik.

Sempena dengan cuti sekolah pada 21 November ini, pengguna ke Kuala Lumpur dinasihatkan berhati-hati melalui kawasan berkenaan dan mematuhi arahan yang disediakan," kata kenyataan itu.

Anih Berhad juga menasihatkan pengguna merancang perjalanan dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu.

Anih Berhad turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna.

Kejadian banjir lumpur di Km52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang 11 November itu menyebabkan kedua-dua arah tidak boleh dilalui dan hanya dibuka semula sepenuhnya pada Ahad lepas.

Kejadian itu turut menjejaskan 14 keluarga membabitkan 73 orang di kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang terpaksa dipindahkan ke Masjid Lentang.

Delegasi Yapeim ke Australia guna tiket kelas bisnes, kata NOW

Posted: 20 Nov 2015 05:29 AM PST



Pengarah Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini mendedahkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (Yapeim) guna dananya menganjurkan program agama di Australia, menaiki penerbangan tiket 'business class' ke Sydney. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 20 November, 2015.Pengarah Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini mendedahkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (Yapeim) guna dananya menganjurkan program agama di Australia, menaiki penerbangan tiket 'business class' ke Sydney. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini mendedahkan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (Yapeim) menggunakan dananya untuk menganjurkan satu program agama di Australia, menaiki penerbangan dengan tiket "business class" ke Sydney. 
 
 Dalam pendedahan terkini kumpulan pemberi maklumat itu, Pengarah NOW Akmal Nasir berkata, agensi itu bersama cabang penyelidikannya Ar-Rahnu dan Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin), membelanjakan sejumlah RM218,505 untuk program 9 hari itu yang berlangsung pada April 2014.

Program itu diadakan untuk kira-kira 50 hingga 70 pelajar Malaysia yang menuntut di Australia.

"Apa perlunya buat rombongan 'business class' dan siapa mereka yang pergi ikut rombongan ini?" soal Akmal, merujuk kepada penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sydney itu, yang menelan belanja RM70,000. 
 
Akmal membuat dakwaan terkini beliau itu berdasarkan satu dokumen yang baru diperoleh daripada "sumber", yang memperincikan kos program itu pada peringkat kelulusan.

Pendedahan hari ini susulan pengumuman pihaknya minggu lepas mendakwa Yapeim membelanjakan RM290,000 untuk membiayai kursus perkahwinan di Paris, Perancis.

Akmal juga sebelum ini mendakwa, Yapeim turut membiayai rombongan yang termasuk seorang menteri dan isterinya ke Amerika Syarikat pada Mei tahun lepas.

Beliau berkata, dana itu digunakan untuk aktiviti yang termasuk bermain golf dan kunjungan ke pusat membeli-belah barangan berjenama di Washington.

Akmal membuat laporan polis berhubung dakwaan salah guna dana Yapeim dan menggesa menteri yang bertanggungjawab serta yayasan itu disiasat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut membuat laporan polis, mengatakan Akmal merosakkan kredibiliti beliau dengan membuat tuduhan palsu.

Akmal hari ini berkata, program di Australia itu, bertajuk "Menggalakkan Nilai-Nilai Islam dalam Kepelbagaian Budaya dan Agama: Masa Depan & Cabaran", diadakan di Dewan Malaysia di Sydney, dan termasuk lawatan ke Melbourne dan Adelaide.

"Yapeim adalah yayasan yang berasaskan kebajikan, bukan sebuah entiti perniagaan bertujuan mengaut keuntungan," kata Akmal.

Beliau berkata, rakyat yang membuat caruman kepada Yapeim berhak mengetahui bagaimana yayasan itu membelanjakan wang mereka.

Beliau juga berkata, beliau sedang menunggu saman yang hendak disampaikan Jamil kepadanya sebelum melantik peguam.

"Bagi saya, kes (saman) itu perkara kedua. Keutamaannya ialah mendapatkan satu penjelasan demi kepentingan pencarum Yapeim," katanya.
 
 

Peguam negara gugur dakwaan atas video satira Teresa Kok

Posted: 20 Nov 2015 05:26 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Ahli Parlimen DAP Teresa Kok berkata, sedari awal, dia tidak sepatutnya didakwa sama sekali kerana tidak ada asas yang wajar berbuat demikian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 November, 2015.Ahli Parlimen DAP Teresa Kok berkata, sedari awal, dia tidak sepatutnya didakwa sama sekali kerana tidak ada asas yang wajar berbuat demikian. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Jabatan Peguam Negara hari ini menarik balik dakwaan atas kesalahan menghasut yang dikenakan terhadap ahli Parlimen DAP Teresa Kok sebelum ini kerana sindiran yang dibuatnya dalam video satira 'Onederful Malaysia CNY 2014' tahun lepas. 
 
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Kok bagaimanapun berkata, sedari awal, dia tidak sepatutnya didakwa sama sekali kerana tidak ada asas yang wajar berbuat demikian.

Kok berkata, hak kebebasan bersuaranya dicabuli apabila dia didakwa pada Mei tahun lepas.

"Ia juga jelas yang 'gig' (lakonan) dalam klip video itu semata-mata satu sindiran, tidak berbahaya dan tidak menganiaya sesiapa atau mana-mana bahagian masyarakat kita di Malaysia, dan oleh itu ia tidak menghasut," katanya dalam satu kenyataan. 
 
Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider minggu lalu, Apandi berkata beliau sedang dalam proses mengkaji semula tuduhan dan penyiasatan berkaitan hasutan secara kes demi kes, dan besar kemungkinan akan menarik balik satu kes terhadap seorang anggota pembangkang "tidak lama lagi".

Tetapi beliau tidak menamakan ahli Parlimen pembangkang itu.

Kok berkata, banyak kumpulan masyarakat sivil termasuk Human Rights Watch melahirkan kebimbangan serius dan menuntut pertuduhan terhadapnya digugurkan beberapa kali sebelum ini, tetapi mereka tidak diendahkan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Kok, ahli Parlimen Seputeh, kini menggesa Apandi menggugurkan serta-merta semua tuduhan hasutan terhadap, antara lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima dari DAP RSN Rayer, pensyarah undang-undang Prof Madya Azmi Sharom, kartunis Zunar, aktivis Hishamuddin Rais dan Ahli Parlimen Tanjong dari DAP Ng Wei Aik.

"Ketika negara sedang mengalami ketidaktentuan kewangan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya menumpukan dan menyalurkan sumbernya kepada menangani kejatuhan teruk Ringgit dan asas ekonomi negara, bukannya terlibat dalam tindakan remeh sebegini terhadap mereka yang berbeza pendapat dan pembangkang," katanya.

Kok didakwa mengikut Akta Hasutan kerana video klip satiranya yang sepanjang 11 minit, dikeluarkan semasa Tahun Baru Cina tahun lepas, yang mengundang kontroversi.

Ia menimbulkan kekecohan di kalangan penyokong kerajaan yang menganggapnya satu penghinaan kepada Malaysia dan pemimpinnya, mengakibatkan beliau kemudiannya menerima ugutan dan ancaman.


PAS kekal dalam kerajaan Selangor

Posted: 20 Nov 2015 05:24 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata ahli exco PAS akan meneruskan tugas seperti biasa dalam pentadbiran Selangor bersama PKR dan DAP seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sebelum ini. – Gambar dari Facebook, 20 November, 2015.Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata ahli exco PAS akan meneruskan tugas seperti biasa dalam pentadbiran Selangor bersama PKR dan DAP seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sebelum ini. – Gambar dari Facebook.
 
 
PAS Selangor kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, meskipun PAS pusat semalam mengisytiharkan parti Islam itu menjadi pembangkang di Pulau Pinang. Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata ahli exco PAS akan meneruskan tugas seperti biasa dalam pentadbiran Selangor bersama PKR dan DAP seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

"Ahli Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor tetap bersama Pakatan (Rakyat) dan tetap dalam kerajaan Selangor. MB Selangor juga sudah putuskan perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Khairuddin diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan semalam yang mengisytiharkan parti itu menjadi pembangkang di Pulau Pinang. 
 
Ini berikutan tindakan kerajaan negeri itu memecat 300 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daripada kalangan ahli PAS di negeri berkenaan.

Tiga ahli exco PAS Selangor ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor (exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar); Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor (exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi); serta Zaidy Abdul Talib (exco Infrastruktur Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Shuhaimi Shafie menegaskan tidak berlaku sebarang perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri buat masa ini.

Beliau berkata menteri besar dan semua ahli Exco daripada PKR-PAS-DAP akan terus bekerjasama dalam memikul mandat yang diberikan rakyat Selangor.

Azmin tidak dapat dihubungi kerana kini berada di luar negeri.

Pada 2 November lepas, Azmin dilaporkan berkata kerajaan negeri Selangor masih berpegang pada pendirian Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa parti itu akan terus bersama PAS dan PKR untuk berkhidmat kepada rakyat di negeri ini. – Bernama


Dr Mahathir anggap Jakim paksa Islam versi mereka pada orang lain

Posted: 20 Nov 2015 05:15 AM PST



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada paksaan dalam Islam. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan buku baru Datuk Zaid Ibrahim 'Assalamualaikum'. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 20 November, 2015.Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada paksaan dalam Islam. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan buku baru Datuk Zaid Ibrahim 'Assalamualaikum'. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal.
 
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) cuba memaksa versi Islam mereka ke atas orang lain, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. "Dalam Islam tiada paksaan," katanya sewaktu ditanya jika Jakim kelihatan cuba mengawasi kehidupan peribadi rakyat.

"Tetapi, Jakim cuba memaksa semua orang mematuhi versi Islam mereka."

Baru-baru ini, beberapa personaliti terkemuka menyifatkan Jakim "bertentangan dengan Perlembagaan" memandangkan setiap negeri sudah mempunyai ketua agama mereka dan Putrajaya sebaiknya tidak mencampuri urusan agama. 
 
Bekas perdana menteri turut mengulas mengenai isu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) apabila beliau berkata Putrajaya mungkin menganjurkan kursus perkahwinan di Paris untuk belajar tentang komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Yapeim baru-baru ini dilaporkan membelanjakan RM290,000 untuk dua kursus perkahwinan di Paris, yang didakwa bagi membendung ancaman LGBT.

"Jika anda pergi ke Paris, anda akan melihat ramai golongan LGBT. Mungkin mereka mahu belajar tentang LGBT," kata Dr Mahathir pada satu sidang media selepas melancarkan buku baru Datuk Zaid Ibrahim "Assalamualaikum".

Dr Mahathir juga berkata dalam ucapannya, Islamisasi di Malaysia bermakna rakyat tidak perlu berfikir apabila menyentuh hal ehwal agama.

"Mereka (pihak berkuasa agama) tidak mahu orang ramai berfikir. Terima sahaja apa yang diajarkan dan beriman dengannya," katanya.

Beliau berkata, tidak ada sebarang ayat dalam Al-Quran yang menyatakan pembayaran zakat mesti dibuat melalui kerajaan dan tidak boleh terus kepada penerima.

"Saya baca Al-Quran, dan ini tidak pernah disebut. Tetapi saya bayar zakat saya melalui kerajaan kerana itu lebih mudah," katanya.

Pada Rabu, pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Che Mat Che Ali berkata, berdosa jika seorang Islam membayar zakat secara terus kepada penerima dan tidak melalui pihak berkuasa. 
 
 

ADUN PKR menangis kerajaan negeri gagal jawab masalah

Posted: 20 Nov 2015 12:36 AM PST

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic



GEORGE TOWN: Seorang ADUN PKR Pulau Pinang hari menangis selepas gagal mendapatkan jawapan daripada kerajaan pimpinan DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) terhadap masalah dihadapi rakyat di DUN Penanti yang beliau bangkitkan.

Norlela Ariffin telah bertanya dengan Exco bagi Pembangunan Pelancongan Law Heng Kiang (Batu Lanchang-DAP) mengenai infrastruktur untuk projek inap desa di Penanti ketika ahli Exco itu menyampaikan ucapan penggulungannya.

"DAP dikatakan sebuah parti demokratik sosial yang prihatin... Saya bercakap selama sejam dan hanya Padang Kota mendengar masalah saya," katanya merujuk kepada Ahli Exco bagi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Kawalan Banjir, Chow Kon Yeow.

Law berkata, kerajaan negeri sudah melaksanakan beberapa inisiatif untuk mengalakkan program inap desa seperti mengadakan bengkel, pertandingan dan karnival tetapi Norlela kelihatan tidak berpuas hati dengan jawapan itu.

Beliau mengadu, beliau menunggu ucapan penggulungan bagi jawapan terhadap masalah beliau bangkitkan dihadapi DUN Penanti yang termasuk kekurangan infrastruktur untuk jalan, kilang haram, kekurangan jeti sesuai untuk nelayan serta infrastruktur untuk program inap desa.

"Saya tidak mendapat jawapan untuk isu-isu yang membabitkan penduduk luar bandar. Saya tidak faham mengapa kerajaan negeri enggan faham atau mendengar," tambah beliau sebelum menangis.

Beliau juga mengingatkan Penanti terletak di dalam Permatang Pauh, kawasan yang dipertahankan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang hidupnya.

ADUN Barisan Nasional, Datuk Roslan Saidin kemudian mencelah dengan berkata, DUN-nya di Pinang Tunggal juga menghadapi masalah yang sama.

"Kami kasihan dengan beliau kerana kami juga menghadapi masalah sama kerana isu kami bangkitkan tidak mendapat perhatian dan kini pihak di sebelah sana juga menyuarakan perkara sama," tambahnya.

Pembabitan beliau mencetuskan keadaan panas di antara beliau dan beberapa penyokong kerajaan dari Pakatan Harapan.

Timbalan Speaker Datuk Maktar Shapee gagal untuk mengawal keadaan selama lima minit.

Mereka akhir duduk apabila Law bangkit untuk meneruskan ucapannya.

Mana ada orang peduli dengan DAPSY

Posted: 20 Nov 2015 12:27 AM PST



OLEH: Izmil Amri


Sayap politik anak muda, tidak kira lah parti mana pun, sepatutnya dibubarkan.Mudahnya kerana tidak ada sesiapa yang peduli, kecuali mereka yang terlibat dalam gerakan politik di kalangan orang muda.

Barangkali dengan pengecualian terhadap si Khairy Jamaluddin yang menjadi kegilaan ramai wanita, ketua sayap pemuda parti lain hampir sahaja tidak dikenali langsung

Cuba kalau saya tanyakan kepada anda yang tidak berparti, siapa ketua pemuda Parti Amanah Negara?

Jawab anda mungkin, 'Entah, bukannya aku peduli'. Bukan sahaja anda, saya pun tak kenal siapa orangnya si Sany Hamzan ini.

Jawapan ini benar serta terpakai bukan sahaja terhadap sayap pemuda Amanah, ia turut terpakai terhadap kesemua parti politik; terutamanya Partai Tindakan Demokratik, DAP.

Ya. Mana ada orang peduli dengan DAPSY. Malah, DAPSY itu singkatan kepada apa pun orang tak tahu.
Democratic Action Party Socialist Youth (DAPSY) adalah barangkali sayap pemuda tunggal sebelum muncul Angkata Muda Keadilan (AMK) yang memadam garis pemisah gender dalam gerakan politik anak muda.

Tapi ini kita tidak tahu, sebab ya lah; kita bukannya peduli.

Frasa "Socialist Youth" itu pula bersumber daripada gerakan pemuda sosialis antarabangsa, singkatnya IUSY (InternationalUnion of Socialist Youth), sayap pemuda Socialist International, jaringan 152 parti kiri seluruh dunia.

Ini pun kita tak tahu, sebab kita tak peduli.

Pada tahun ini, DAPSY akan mengadakan pemilihan jawatankuasa kerja nasionalnya. Dua calon bakal merebut jawatan ketua DAPSY. Calon pertama ialah Adun Canning, Saduara Wong Kah Woh, manakala calon ke-2 pula ialah Adun Damansara Utama, Saudari Yeo Bee Yin.

Perempuan? Calon ketua DAPSY?

'Eh macam tu pun boleh?' Ya lah, kenapa tidak?

Meminjam kata-kata Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, 'Sekarang kan tahun 2015'.

Perempuan boleh mengepalai gerakan pemuda, sepertimana seorang pemuda boleh menjadi seorang feminis. Ini hal yang tidak perlu dirumitkan.

Sekiranya mahu dirumitkan, itu mungkin kerana merasa terganggu dan tergugat dengan kebolehan orang. Takkanlah kerana punya genitalia berbeza maka daya faham isu juga berbeza.

Barangkali itulah yang diperlukan untuk melawan kejayaan Khairy Jamaluddin dalam menampilkan imej belia batik jawa berseluar jeans yang "cool" dan layak menghiasi kulit majalah.

Mungkin itulah juga sebabnya kenapa ketua pemuda parti pembangkang selalu tewas apabila cuba berentap dengan Khairy sejak beliau mengepalai gerakan Pemuda Umno.

Bandingkan sahaja semua ketua pemuda DAP, PKR dan PAS sebelum ini dengan sosok Khairy Jamaluddin.

Hampir semuanya boroi, tidak kelihatan "cool" dan hampir langsung tidak kelihatan muda.

Shamsul Iskandar, Anthony Loke, Nasruddin Tantawi, Nik Nazmi, Nik Abduh dan Teok Kok Siong, semuanya tewas dengan pembawakan Khairy.

Politik anak muda ialah politik persona. Politik jenis ini melibatkan permainan gaya dan trend yang mesti boleh ngam dengan semangat zaman. Dalam gerakan Islam, sains politik "ngam dengan semangat zaman" ini disebut sebagai fiqh tawaqqu', atau fiqh masa depan.

Kebetulan, persoalan fiqh masa depan yang mempertimbangkan zeitgeist semasa dan akan datang ini, menjadi inti slogan yang dibawa Saudari Yeo Bee Yin dalam "hashtag" #YouthsOccupyFuture nya.

Bee Yin barangkali tidak sedar, atau barangkali bekerja di bawah sedar tentang kebetulan ini.

Kalau saya boleh memilih ketua DAPSY, saya akan memilih bertentangan dengan norma; dan memilih seorang calon wanita.

Khairy mungkin selama ini selesa dengan kedudukannya di persada politik anak muda dengan imej batik jawa dan seluar jeans-nya kerana semua pesaingnya akan kelihatan hodoh memakai batik jawa ketat.
Cuba kalau keselesaannya ini digugat seorang pemimpin wanita, lulusan Cambridge pula.

Jangan salah faham, saya bukan sedang berkempen untuk Bee Yin. Perwakilan yang bakal mengundi bukannya baca pun tulisan ini. Saya boleh sahaja berkongsi apa intipati kempen Kah Woh, cumanya saya tak faham bahasa Mandarin.

Bagi saya kalau tidak ada perlawanan yang real antara ketua pemuda parti pembangkang dengan ketua pemuda Umno yang satu itu, baik bubar sajalah sayap pemuda semuanya.

Dan bagi saya mungkin Bee Yin lah jawapannya. Seperti babak Eowyn membunuh si Nazgul, Witch King of Angmar dalam filem Lord of The Rings: The Return of the King.

Si Nazgul tegas berkata, "Fool, no man can kill me!"

Eowyn kemudiannya membuka topi zirahnya, melepaskan rambutnya yang panjang mengurai lalu berkata, "I am no man!" dan membunuh si Nazgul jahanam.

Yeo Bee Yin lah Eowyn itu. Mungkin selepas itu baru orang akan peduli dengan DAPSY

PAS kutuk pembunuhan kejam rakyat Sarawak

Posted: 20 Nov 2015 12:24 AM PST



Oleh Jofri Jaraiee


Satu kepala terpenggal dipercayai milik Bernard Then Ted Fen tebusan dari Malaysia dijumpai berhampiran bangunan majlis perbandaran di Pulau Jolo pada petang Selasa, menurut pegawai polis selatan Filipina.

Menurut The Star, Ketua Polis Jolo Major Junpikar Sitin diberitahu penyapu jalan menjumpai kepala di dalam sebuah karung dengan perkataan "Bernard Then Ted Fen" di Marina Street di Barangay Chat City di Jolo jam 8.30 malam Selasa lalu. Kepala tersebut dipercayai milik Then, 39, seorang jurutera elektrik rakyat Sarawak, yang dipercayai dibunuh kumpulan penculik dari Selatan Filipina.

Laporan perisikan dari Jolo menunjukkan Then dipancung puak Abu Sayyaf yang diketuai Idang Susukan di Indanan berikutan tarikh akhir diberikan selama seminggu untuk memenuhi permintaan mendapatkan wang tebusan lebih tinggi dibuat semasa pembebasan pemilik restoran Sabah, Thien Nyuk Fun pada 9 November.


Laporan juga menyatakan pemotongan kepala itu berlaku apabila tentera Filipina mempergiatkan operasinya terhadap Abu Sayyaf di kawasan Indanan itu. Brigadier-Jeneral Alan Arrojado, komander Pasukan Petugas Bersama Kumpulan Sulu, yang mengesahkan Then dipancung, juga menyatakan badan itu segera dikebumikan di persekitaran di mana pemotongan kepala itu berlaku.

Beliau juga berkata pemotongan kepala itu berlaku ketika tentera melancarkan serangan meriam pada kedudukan tahanan tebusan di Jolo. Arrojado berkata usaha kini sedang dibuat untuk mencari mayat Then.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar polis masih cuba mengesahkan maklumat tersebut dengan sumber rasmi. Pembunuhan kejam yang dilakukan pengganas terhadap para tebusan di Selatan Filipina baru-baru ini ke atas rakyat Sarawak amat dikesali. Islam melarang umatnya membunuh sesama insan tanpa mengira bangsa dan agama.

Perbuatan mereka yang melakukan keganasan dan kekejaman terhadap orang awam ini sebenarnya bukan ajaran Islam. Mereka yang mengaku sebagai seorang Islam dilarang melakukan perkara tersebut dan ini bukannya sikap mereka yang mengikut ajaran Islam sebenar dibawa dan diajar Rasulullah.

Sebarang kegiatan keganasan dilakukan puak pelampau yang berlaku sekarang, jangan dikaitkan dengan ajaran Islam kerana Islam adalah agama pendamaian bukan seperti digambarkan media anti Islam.

Kita mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan ke atas orang awam dan kita juga ingin mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa. Pasukan keselamatan harus meningkatkan lagi kawalan dan keselamatan di kawasan sering menjadi sasaran penculikan.

Kita mahu hubungan harmoni sesama bangsa dan agama di Malaysia dan khususnya di Sarawak akan terus dikekalkan dan kita menentang sebarang bentuk keganasan terhadap sesama insan.

AMANAH 'lamar' Husam

Posted: 20 Nov 2015 12:18 AM PST

Shakira Buang

  



Parti Amanah Negara (AMANAH) hari secara terbuka mengalu-alukan penyertaan bekas orang kanan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Husam Musa menyertai parti itu.

Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir berkata, jika Husam - yang kini dilihat semakin berani bersuara mengkritik sesetengah pemimpin PAS - mengambil keputusan untuk meninggalkan PAS, pihaknya pasti menerima dengan tangan terbuka.

Malah, kata Mohd Anuar, Husam boleh dianggap sebagai aset dalam politik dan boleh memberi sumbangan kepada mana-mana parti yang disertainya.

"Husam aset terbesar kepada mana-mana parti dan kami di AMANAH berdoa beliau menyertai kami. AMANAH sedia menerima," katanya di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Mohd Anuar membayangkan kesediaan mereka menerima Husam itu seperti "kecil kereta Kancil, lori besar" mereka sanggup sediakan.

Bagaimanapun, Mohd Anuar berkata AMANAH tidak dapat menjanjikan sebarang jawatan untuk Husam.

Namun, katanya, Husam akan diberikan tugas penting seperti mana pemimpin PAS lain yang menyertai mereka.

"Walaupun tiada jawatan di dalam parti, Husam berhak mengkritik dan memberikan pandangan.
Malahan pihak pimpinan tertinggi sedia menerima teguran beliau.

"Kita akan beri tugas yang besar kepada mana-mana pemimpin yang bakal sertai kami pada masa akan datang," kata Anuar.

Husam pernah berkhidmat sebagai exco kanan di Kelantan ketika negeri itu ditadbir oleh Nik Aziz.

Mulai pudar

Bagaimanapun bintangnya mulai pudar selepas jawatan menteri besar bertukar tangan.

Husam kini adalah ADUN Salor dan pernah terpilih sebagai salah seorang Naib Presiden PAS sebelum beliau bersama kumpulan sederhana dalam parti itu disingkirkan beramai-ramai pada Jun lalu.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed menyarankan Husam meninggalkan parti itu berikutan kelantangannya mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, Anuar juga menyarankan PAS supaya membenarkan debat antara antara Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali dan Husam diteruskan.

"Sepatutnya sebagai pencinta demokrasi, debat seperti itu perlu digalakkan, jangan tuduh menuduh di laman sosial saja lebih baik berdepan.

"Kita sentiasa mengharapkan pemimpin negara berdepan organisasi bukan kerajaan (NGO) dan parti politik dalam semua isu," kata Anuar ketika mengulas pendirian PAS yang tidak membenarkan mana-mana pihak menganjurkan perdebatan atau perbincangan secara terbuka membabitkan isu dalaman parti.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan semalam menasihatkan pihak, terutama yang membuat dakwaan terhadap parti dan pimpinan, agar membincangkan perbalahan mereka di peringkat parti.

Sebelum ini, Mustafa dan Husam sudah bersetuju bersemuka dan membincangkan secara terbuka isu berhubung dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah membuat rancangan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor pada tahun lalu.


Paris diserang, cui bono?

Posted: 20 Nov 2015 12:16 AM PST

Hishamuddin Rais


 


Hujung minggu ini tetiba dunia heboh dengan ledakan dan serangan yang telah berlaku dalam kota Paris. Dunia tetiba terpaksa menjadi sedih. Presiden, perdana menteri, pemimpin negara dari pelbagai bentuk dan warna menyatakan simpati kepada Perancis.

Eropah berkabung. Bangunan Sydney Opera bertukar warna menjadi warna bendera Perancis. Malah portal Malaysiakini dan The Malaysian Insider juga telah menjadikan serangan di Paris sebagai induk berita.

Begitulah kuatnya 'besi berani' media milik pemodal Anglo-Amerika menabur naratif untuk dunia bersimpati sehingga kita lupa apa cerita yang sebenarnya. Dan apa sebenarnya di belakang cerita.

Jangan silap faham ini bukan bermakna saya tidak bersimpati kepada yang gugur dan tewas. Ini bukan bermakna saya bersimpati dengan keganasan.

Apa yang ingin saya huraikan di sini adalah lebih dari tanda-tanda simpati. Lebih dari slogan #KitaSemuaPeranchis. Lebih dari meletakkan bunga untuk mereka yang gugur.

Kematian adalah kematian. Bila ada yang mati kaum keluarga akan bersedih. Air mata akan berguguran. Kita mengucapkan Al-Fatihah kepada kepada yang gugur tanpa mengira kulit, agama dan warna.

Tetapi pada ketika ini, dari pemerhatian saya, amat jelas kematian mereka Yang Berkulit Putih lebih bernilai dari kematian mereka Yang Berkulit Tidak Putih.

Saya cukup yakin dengan kenyataan saya ini. Bukti saya cukup senang: Dua malam sebelum Paris diserang, dua bom meledak di wilayah Burj al-Barajneh di kota Beirut. Seramai 42 orang tewas dan puluhan cedera. Bom yang meledak di Beirut ini juga dikatakan hasil kerja ISIS.

Berita bom meledak di Beirut muncul dan terus padam. Tidak ada siaran terus menerus dari CNN atau BBC. Malaysiakini dan The Malaysian Insider tidak menjadikan berita ini sebagai induk berita.

Media Internet tidak membuat laporan terus menerus seperti yang dilakukan oleh The Guardian.

Wartawan dunia tidak berbondong-bondong terbang ke Beirut. Tidak ada slogan #wearealllebanese.
Hakikatnya tidak seheboh yang sedang berlaku di kota Paris. Media tidak ambil pot apabila yang tewas dan gugur tidak berkulit putih. Justeru persoalan timbul – kenapa ini berlaku?

Persoalan ini wajib mendapat jawapan. Memahami jawapan ini bermakna kita semua memahami apa yang sedang berlaku di hadapan mata kita. Di sini saya menjawab dan cuba memberi pencerahan.

Awal wahid – saya berani berkata: Apa yang kamu tanam maka itulah yang kamu tuai. Kalau kamu tanam padi maka kamu akan mendapat beras. Kalau kamu tanam pasir mustahil gandum yang akan kamu tuai.
Hukum ini tidak berubah-ubah – untuk yang berkulit putih atau yang berkulit hitam.

Justeru saya menyatakan di sini bahawa kematian di kota Paris ini tidak boleh dipisah dari apa yang sedang berlaku di Timur Tengah. Serangan gerila ISIS ini tidak boleh dipisah dari apa yang sedang berlaku di Syria. Tidak boleh dipisahkan dari apa yang sedang belaku di Libya, di Iraq, di Afghanistan, di Yaman atau di Iran.

Membuat laporan berita tanpa mengaitkan dengan apa yang sedang berlaku di Timur Tengah pada ketika ini adalah laporan yang tidak jujur. Bukan sahaja berita tidak jujur malah berita ini bertujuan jahat.

Meminggirkan politik Timur Tengah dalam naratif berita ledakan di Paris akan dilihat sebagai usaha untuk memandulkan kesedaran pembaca dari memahami kerja jahat yang sedang dirancang dan sedang dijalankan oleh gerakan Zionis-Anglo-Amerikan.

Untuk saya, ledakan di Paris hujung minggu ini bukan hanya berpunca dari perang di Syria atau di Iraq atau di Afghanistan. Saya melihat lebih jauh dari itu. Saya melihat semuanya berpunca dari kewujudan negara zionis Israel yang telah dipacakkan di bumi Arab semenjak tahun 1948.

Pada hemat saya kewujudan negara zionis Israel inilah punca utama yang sedang memporak perandakan dunia Arab. Gerakan zionis antarabangsa ini juga yang sedang mengharu-birukan bukan sahaja warga Arab, warga Islam malah sedang memporak-peranda umat manusia.

Gerakan zionis ini sedang bersekongkol dengan kuasa imperial Anglo-Amerika untuk menjadi satu gerakan Zionis-Anglo-Amerika yang ampuh untuk menawan dunia.

Pada awalnya, sesudah perang dunia kedua, Israel adalah projek Anglo-Zionis. Kini Israel telah menjadi projek utama untuk kuasa imperial Zionis-Anglo-Amerika. Persekongkolan tiga kuasa telah dan sedang mengkemudikan politik dan ekonomi dunia.

Keterlibatan Perancis dalam dunia Arab bukan satu yang baru. Harus kita sedari bahawa peta dan wilayah Negara Sham – Palestin, Lubnan, Syria, Jordan dan Iraq – adalah hasil kerja kuasa kolonial British dan Perancis.

Perjanjian Sykes-Picot 1916 telah memecah-belahkan bumi Arab dalam usaha untuk meruntuhkan Empayar Ottoman.

Perjanjian Sykes-Picot ini sama saperti Anglo-Dutch Treaty 1924 yang memisahkan Bumi Melayu – untuk menjadi Tanah Melayu dan Indonesia. Perjanjian Anglo Thai 1906 memisahkan empat wilayah Melayu di Selatan Siam. Jelas sempadan yang wujud hari ini adalah hasil projek kuasa kolonial.

Sebagai ingatan bersama: Perkara pertama yang dilakukan oleh ISIS ialah memusnahkan sempadan yang didirikan Perjanjian Sykes-Picot ini. Gerakan Khalifah di bawah ISIS menolak semua bentuk sempadan yang didirikan oleh penjajah. Justeru langkah ISIS ini mendapat sambutan hangat warga Arab.

Pada ketika ini dunia telah diberitahu bahawa ledakan dan serangan di Paris minggu lalu ialah kerja gerila ISIS. Pada ketika ini dunia difahamkan bahawa lapan gerila ini telah ditembak mati. Pada ketika ini dunia telah diberitahu bahawa gerila ISIS ini ada memiliki jaringan di Perancis, Belgium dan Eropah. Pada ketika ini media dunia telah memainkan berapa gambar muka dan nama mereka yang dikatakan gerila ISIS.

Untuk saya hampir semua cerita dan berita yang dilaporkan telah pernah saya dengar. Yang berbeza hanya pelakonnya bertukar ganti. Isi dan teknik naratifnya sama.

Ketika WTC meledak di New York, Presiden Bush tmuncul di kaca TV. Bush telah membuat kenyataan yang sama seperti yang dilafazkan oleh Presiden Francois Hollande – "We are at war (kita sedang berperang)."

Presiden Perancis ini tidak melafazkan apa-apa yang baru.

Malah berita-berita biasa ini sekali lagi menjadi berita lawak apabila pasport salah seorang yang ditembak mati di Gedung Musik Batclan ditemui. Apabila pasport ditemui maka saya tidak dapat tidak telah ketawa terbahak-bahak.

Minta maaf bukan kerana saya bersikap kurang ajar kepada kaum keluarga yang gugur. Ini bukan niat saya. Saya ketawa terbahak-bahak kerana "penemuan paspot" ini membawa ingatan saya pulang ke zaman Ghazali Shafie menjadi Menteri Dalam Negeri.

Pada 26 Ogos 1975, Tugu Kebangsaan yang terletak berhampiran Parlimen telah diledakkan oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya. Pada malamnya, Ghazali Shafie muncul di TV.

Dia membuat kenyataan mengatakan bahawa kad pengenalan gerila ini telah tercicir dan ditemui di sebelah tugu yang telah musnah. Mengikut labon menteri ini, pihak polis sedang mencari si polan dan si polan yang tercicir kad pengenalan. Ini berlaku 40 tahun dahulu.

Apabila WTC meledak pada 11 September 2001, perkara yang sama telah juga terjadi. Para pembaca mungkin ketawa sama seperti saya kerana dalam muntahan kebakaran bangunan WTC ini, tiba-tiba ditemui pasport Satam al-Sugami, warga Saudi yang dikatakan salah seorang perampas kapal terbang yang melanggar WTC.

Bagaimana pasport milik al-Sugami ini boleh selamat dalam muntahan api ini wallah hu alam bissawab.

Kisah pasport ini belum selesai. Saya ingin mengembalikan ingatan para pembaca kepada apa yang berlaku di Paris pada bulan Januari lalu di mana pejabat majalah kartun Charlie Hebdo diserang. Kisahnya sama seperti kes Tugu Negara kita 40 tahun dahulu. Si Penyerang Charlie Hebdo ini juga tertinggal kad pengenalan dalam kereta. Ini bukan lawak ini fakta.

Tertinggal pasport dan kad pengenalan ini kini kelihatan telah mejadi SOP kepada para gerila dan perampas kapal terbang. Atau adakah ini hanya SOP lama dari kitab kuning tentang teknik dan cara perang saraf?

Mungkin ada yang percaya tetapi saya yakin ramai yang membaca tulisan saya akan tertanya-tanya apakah fakta yang saya tulis ini betul, atau saya hanya menabur fitnah?

Untuk ledakan Tugu Negara sila pergi ke Arkib Negara untuk mencari fakta. Untuk kes pasport WTC 9/11 dan Charlie Hebdo sila tanya Lebai Google. Jawapan akan terpampang jelas.

Mari kita kembali ke Paris dan bertanya apa sebenarnya yang telah berlaku. Untuk saya, saya tidak akan membuat rumusan serta merta ke atas apa sahaja berita serangan, ledakan seperti yang berlaku di Paris.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa lapan gerila ISIS telah menyerang kota Paris. Mereka telah menembak secara rambang sesiapa sahaja di hadapan mereka. Seramai 150 orang telah gugur dan jumlah mungkin bertambah. Yang mereka bunuh bukan tentera, bukan soldadu tetapi orang biasa. Semua ini adalah berita benar.

Di belakang "berita benar" ini ada lagi "berita yang lagi benar". Kini telah mula tersebar bahawa beberapa orang gerila ini telah lama dikenal baik oleh badan risikan Perancis. Ini sama seperti para perampas kapal terbang yang melanggar WTC. Mereka juga dikenali baik oleh FBI dan CIA.

Justeru ini sebelum kita membuat apa-apa rumusan, kita wajib bertanya satu soalan hakiki – Cui bono? Soalan dalam bahasa Latin ini bermakna, siapa dapat untung?

HISHAMUDDIN RAIS seorang manusia baru dengan roh yang bebas. Pendukung dan pengembang asal mazhab NGI (non-governmental individual). Dipengaruhi oleh fahaman Marxis jenis Groucho.
Lulusan dari sekolah pemulihan pemikiran politik seperti Melbourne Tellamarine Center, Bombay Arthur Road, Ayer Molek dan Dang Wangi.


PDRM tingkatkan keselamatan untuk sidang kemuncak ASEAN di KL

Posted: 20 Nov 2015 12:02 AM PST

Bernama 





Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meningkatkan tahap keselamatan sedia ada secara menyeluruh untuk sidang kemuncak ASEAN dan sidang kemuncak berkaitan di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata keputusan itu dibuat berikutan beberapa serangan pengganas di Perancis, Mesir, Lubnan dan Filipina.

"Pemeriksaan keselamatan di semua pintu masuk dan keluar Malaysia telah ditingkatkan.

"Selain itu, seperti yang diumumkan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, anggota tentera turut serta dalam operasi bersama bagi memastikan tahap keselamatan maksimum ketika sidang kemuncak ASEAN dan sidang kemuncak Berkaitan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata terdapat laporan terhadap ancaman pengganas di Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan.

"Pihak keselamatan mengambil semua langkah berjaga-jaga dan tiada ruang untuk mengambil mudah. Tiada keutamaan lain selain keselamatan rakyat Malaysia dan tetamu kita," katanya.

Khalid berkata keganasan dan tindakan melampau tiada tempat di negara ini.

"Kami tidak akan berhenti memburu dan menangani sesiapa sahaja yang mahu menggugat keamanan dan kestabilan negara ini," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan maklumat yang terkandung dalam satu surat pekeliling PDRM mengenai kehadiran pengebom berani mati di negara ini, adalah berdasarkan maklumat risikan dalaman polis supaya semua anggotanya sentiasa mengambil tindakan proaktif.

Pengarah Cawangan Khas PDRM Bukit Aman Datuk Seri Fuzi Harun ketika mengulas mengenai surat pekeliling itu yang tersebar di media sosial, beliau berkata ia bertujuan supaya pasukannya sentiasa berhati-hati.

"Itu sebenarnya adalah arahan dalaman, untuk kita sentiasa berhati-hati. Ia adalah maklumat yang kita terima tetapi kita tidak dapat yang nyata... Ia mungkin betul, mungkin tidak tetapi tindakan tetap diambil," katanya kepada Bernama dihubungi semalam.

Menurutnya PDRM sentiasa mengambil tindakan proaktif terhadap sebarang maklumat walaupun ia 'sekecil-kecil maklumat'.

"Maklumat-maklumat ini kita akan maklumkan kepada anggota kita untuk sebarang tindakan," katanya.

Sebuah portal berita tempatan semalam melaporkan mengenai surat pekeliling dalaman polis yang mendedahkan mengenai kehadiran pengebom berani mati di Sabah dan Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara dilaporkan mengesahkan kesahihan surat pekeliling itu, namun kesal dengan kebocoran maklumat yang dianggapnya sensitif.

Beliau berkata polis sedang memantau semua potensi ancaman dan tindakan sedang diambil untuk mengagalkan atau meneutralkan mereka selain polis tidak akan bertolak ansur dalam menangani unsur-unsur keganasan.

Pekeliling bertarikh 16 November dari Ibu Pejabat Polis Sabah adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh berhubung satu "mesyuarat dan perancangan" antara Kumpulan Abu Sayyaf (ASG), militan IS dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Pekeliling berkenaan turut meminta anggota polis supaya meningkatkan rondaan dan risikan manakala pos-pos dan unit hadapan diminta sentiasa dalam keadaan siap siaga serta saling berkomunikasi..
- Bernama


VK Lingam dibatal dari daftar peguambela, peguamcara

Posted: 19 Nov 2015 11:57 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Peguam kanan Datuk VK Lingam, yang didakwa dirakam dalam pita rakaman dakwaan skandal penetapan hakim lapan tahun lalu, telah dibatalkan daripada daftar peguambela dan peguamcara awal bulan ini.

Ini berikutan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Displin Peguambela dan Peguamcara pada 6 November.

Presiden Majlis Peguam Malaysia Steven Thiru telah mengesahkan keputusan itu dalam emelnya kepada Malaysiakini.

Lingam telah dikaitkan dengan satu skandal penetapan hakim apabila klip video yang dikatakan beliau berunding mengenai pelantikan hakim-hakim, didedahkan pada tahun 2007.

Sebuah suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan pada 2008 untuk menyiasat perkara itu.

Suruhanjaya lima anggota itu mengesyorkan tindakan yang diambil terhadap individu penting yang didakwa terlibat dalam skandal itu - Lingam, bekas Ketua Hakim Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin, pemimpin Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan.

Dalam laporan 191 muka surat, suruhanjaya itu mengesyorkan mereka disiasat mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan, Akta Pencegahan Rasuah dan Akta Profesion Undang-undang.

DAP: Tiada sebab Hasan ‘cari makan’ jadi ketua PAC

Posted: 19 Nov 2015 11:55 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Keputusan ahli parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin untuk tidak lagi mengadakan sidang akhbar selepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bermesyuarat meletakkan keupayaannya sebagai pengerusi baru dalam keraguan yang serius, kata DAP.

Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata Hasan telah mempamerkan ketakutannya terhadap media dengan mengisytiharkan tiada lagi sidang akhbar.

"Di seluruh dunia, jawatankuasa kira-kira wang negara mengadakan mesyuarat secara terbuka, tetapi di Malaysia, PAC masih mengadakan mesyuarat tertutup dengan penuh rahsia.

"Sekarang kita mempunyai kita mempunyai pengerusi PAC yang begitu tidak suka kepada media sehingga beliau mengharamkan semua sidang akhbar PAC, "kata Lim dalam satu kenyataan.

Menurut Lim, Hasan juga memberikan konotasi yang agak curang dengan berkata PAC tidak akan menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu 1MDB.

Menurut Lim, keputusan Hasan itu dibuat tanapa merujuk atau berunding dengan anggota PAC yang lain.
"Ini hanya menimbulkan soalan sama ada ini adalah bagaimana cara beliau 'cari makan' sebagai pengerusi baru PAC, apabila semua orang tahu bahawa sebarang siasatan ke atas 1MDB tanpa memanggil Najib adalah sandiwara dan membuang masa," katanya.

Hasan, kecewa dengan laporan media yang melaporkan gurauannya mengenai 'cari makan' mengumumkan semalam bahawa PAC tidak lagi akan mengadakan sidang akhbar bermula mesyuaratnya akan datang pada 23 November.

New York Post: Besan didakwa jaja nama Najib kes beg tangan RM400,000

Posted: 19 Nov 2015 11:44 PM PST

MALAYSIAKINI

 


Besan Datuk Seri Najib Razak, Maira Nazarbayeva dikatakan cuba mengugut untuk mencederakan seorang ahli perniagaan dengan memetik hubungan anaknya dengan Perdana Menteri Malaysia, lapor akhbar The New York Post.

Memetik kenyataan saman Mahkamah Persekutuan Manhattan, laporan itu menyebut Maira dituduh mengambil dua belas beg tangan jenama Hermes yang bernilai RM400,000 tanpa membayar.

Wanita Kazakhstan itu dilaporkan memesan beg-beg berkenaan daripada daerah perniagaan Samilor pada 2014 dan 2015.

Apabila Presiden Samilor Bella Belkin mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang, Maria didakwa mengugut untuk mencederakan ahli korporat dan keluarganya.

"Kamu kenal anak saya! Beliau adalah menantu Perdana Menteri Malaysia. Saya akan cederakan awak dan keluarga awak jika awak saman saya," beliau didakwa berkata.

Menurut The New York Post, peguam yang mewakili Maria tidak mahu mengulas ketika dihubungi.

Maira, adalah bekas isteri hartawan baja Bolat Nazarbayev, yang adalah adik kepada presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

Anak mereka, Daniyar Kessikbayev, berkahwin dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa.

Bolat juga telah menyaman Maira dan anaknya di mahkamah Manhattan dengan mendakwa kedua-dua mereka adalah "penipu bersiri yang mencuri kondo bernilai $20 juta di Plaza Hotel" daripadanya.

Malaysiakini sedang menunggu penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri berhubung penggunaan nama Najib itu.


Program Rumah Ngaji tarik jemaah ke masjid

Posted: 19 Nov 2015 11:38 PM PST


Program Rumah Ngaji tarik jemaah ke masjid
Marhaini (berdiri) ketika berkongsi perkembangan terkini mengenai Rumah Ngaji bersama imam dan penggerak Rumah Ngaji di negeri ini, semalam.


KOTA BHARU - Rumah Ngaji yang digerakkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) sejak setahun lalu bukan sahaja menggalakkan orang ramai membaca al-Quran malah membentuk sahsiah terpuji.

Imam Tua Masjid Lundang, Shamsuddin Abdul Rahman memberitahu, sejak diaktifkan Rumah Ngaji di masjid berkenaan April lalu, bilangan jemaah semakin meningkat.

"Dari sudut penerimaan, secara keseluruhan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah masjid dan masyarakat setempat.

"Sehingga kini Rumah Ngaji Masjid Lundang ini mempunyai hampir 200 termasuk 98 peserta kanak- kanak dan lebih 80 peserta dewasa," katanya kepada Sinar Harian ketika menghadiri Program Perkongsian Sinergy di Pejabat Sinar Harian, semalam.

Shamsuddin berkata, sambutan menggalakkan daripada orang ramai mendorong pihaknya mengaktifkan lagi Rumah Ngaji yang dijalankan dengan beberapa pengisian lain termasuk mewujudkan program Pengajian Pintar.

"Ahli jawatankuasa masjid kini sedang menyiapkan tempat khas untuk menjayakan program Pengajian Pintar, di mana mereka yang bekerja sendiri, berniaga dan sebagainya boleh singgah untuk mengikuti kelas pengajian al-Quran hanya untuk 10 minit sebelum meneruskan rutin harian mereka," katanya.

Menurutnya, seorang guru akan ditempatkan bagi menjayakan program selama tiga jam dari 9 pagi hingga 12 tengah hari bermula Ahad hingga Selasa itu.

Sementara itu, Imam Tua Masjid Sultan Muhammad II Telipot, Ahmad Yunuh turut mengakui keberkesanan program Rumah Ngaji yang disifatkan cukup membantu dalam menggarap kehidupan berteraskan al- Quran.

"Sehingga kini kira-kira 200 peserta terdiri daripada semua peringkat umur mengikuti kelas pengajian al-Quran yang diadakan hampir setiap hari di masjid berkenaan," katanya.

Setiausaha Masjid Mukim Kuala Nal, Ahmad Zainali Ab Rahman mengakui, berlaku perubahan ketara  termasuklah peningkatan bilangan jemaah sejak Rmah Ngaji diwujudkan di masjid itu Februari lalu.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 50 peserta Rumah Ngaji di masjid berkenaan yang turut terlibat  kelas fardhu ain semua peringkat umur.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya YWUI, Marhaini Yusof berkata, pihaknya menyasarkan sekurang- kurangnya 1 juta umat Islam  boleh menguasai al-Quran dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menurutnya, program akan diperkasakan lagi melalui pelaksanaan program Keluarga Ngaji, diikuti Sekolah Ngaji, Organisasi Ngaji, Komuniti Ngaji, Malaysia Ngaji dan Dunia Ngaji.

"Setakat ini terdapat 850 Rumah Ngaji di seluruh negara,  30 di Thailand dan satu di Indonesia. Kita sasarkan 1,000 Rumah Ngaji menjelang akhir 2016," katanya.


Guan Eng: Salleh Man tak akan dipecat

Posted: 19 Nov 2015 11:34 PM PST


Lim Guan Eng
Lim Guan Eng


GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang tidak akan memecat Adun Pasnya, Datuk Salleh Man Mat Aji berikutan keterbukaannya menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Pulau Pinang tidak pernah memutuskan hubungan dengan Pas sebaliknya hanya memutuskan hubungan dengan Presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Dalam hal ini, tidak timbul isu pilih kasih. Ini kerana, Adun Permatang Pasir (Salleh Man) membuat pengakuan secara terbuka bahawa dia setia dengan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan. Walaupun dia masih ahli Pas, tetapi dia sentiasa bersedia membela kepimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan.

"Dalam Pakatan Harapan, kita mengamalkan semangat kekeluargaan. Sehubungan dengan itu, kita tidak akan memecat Salleh Man kerana kesetiaannya terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Harapan," katanya di sidang Dun, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Serah nasib kepada kerajaan negeri]

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas kini pembangkang di Dun P.Pinang]

Guan Eng yang juga Adun Air Putih berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Zain Ahmad (BN-Penaga) berhubung kedudukan Salleh Man dalam Kerajaan Negeri Pakatan Harapan berikutan Pas pusat memutuskan parti itu adalah pembangkang di negeri ini.

Mohd Zain turut mempersoalkan sikap Kerajaan Negeri Pakatan Harapan yang memecat 300 ahli Pas di Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Komuniti (JKKK) Parlimen Kepala Batas kerana tidak menyokong kepimpinan kerajaan negeri.

Guan Eng berkata, 300 ahli Pas di JKKK itu dihentikan perkhidmatannya kerana tidak bersedia untuk bersama-sama Kerajaan Negeri Pakatan Harapan sedangkan Salleh Man dengan tegas menyatakan kesetiaannya terhadap kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu JKKK: Kerajaan Pakatan Harapan berbohong]


Akmal dedah lagi 'pembaziran' Yapeim

Posted: 19 Nov 2015 11:32 PM PST


Akmal Nasir
Akmal Nasir. - Foto Sinar Harian


SUNGAI BESI -  Tidak gentar dengan tindakan saman ke atasnya, Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (Now), Akmal Nasir hari ini mendakwa wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) turut dibelanjakan untuk satu program di Australia.

Melalui satu sidang media yang diadakan di Pejabat Now pagi ini, Akmal mendakwa pihaknya telah menerima satu lagi dokumen yang menunjukkan bahawa dana Yapeim telah digunakan untuk program di Brisbane, Sydney dan Melbourne, Australia.

Akmal berkata, program yang berlangsung pada 16 April hingga 26 April 2014 itu diberi nama 'Promoting Islamic Values In Multi Culture: Future & Challenges' yang melibatkan jumlah peserta seramai 50 hingga 70 orang.

Dakwa Akmal, terdapat empat agensi Yapeim terlibat untuk menjayakan program berkenaan termasuk Yayaaan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin);  Yapeim; Institut Penyelidikan dan Perundingan Yapeim ( Input) serta Ar-Rahnu.

"Berdasarkan dokumen 'Anggaran Perbelanjaan dan Agihan Mengikut Agensi Program Kembara Santun 2014'  pembiayaan melalui Pemangkin adalah sejumlah RM73, 000; Yapeim RM106, 840; Input RM25, 215 dan Ar-Rahnu RM12, 650 iaitu melibatkan anggaran keseluruhan perbelanjaan sebanuak RM218, 505," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu Yapeim: Jamil Khir fail saman Akmal]

[ARTIKEL BERKAITAN: Yapiem tiada masalah pengurusan, hanya persepsi]

Dalam sidang media berkenaan, Akmal turut melampirkan satu salinan surat  tuntutan kos bagi menjayakan program berkenaan yang dialamatkan atas nama Ketua Pengarah Yapeim bertarikh 10 April 2014 dan dicop dibayar pada 27 November 2014.

Sementara itu ketika ditanya adakah beliau telah melantik peguam selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memfailkan saman terhadapnya berhubung pendedahan sebelum ini,  Akmal berkata beliau belum melantik peguam secara rasmi.

"Isu saman adalah perkara lain. Menjadi hak Datuk Seri Jamil untuk membersihkan namanya.

"Dalam pendedahan ini, saya hanyalah pemberi maklumat dan persoalan-persoalan yang dikemukakan adalah demi kepentingan orang ramai," katanya.

Dalam beberapa siri pendedahan sebelum ini, Akmal mendakwa dana Yapeim digunakan untuk program di Amerika Syarikat dan Perancis.

Berikutan dakwaannya itu,  Jamil Khir bertindak memfailkan saman terhadapya semalam.


Tiada ulasan: