Rabu, 11 November 2015

.

.


Misteri kesan tapak kaki besar yang belum terjawab

Posted: 11 Nov 2015 02:42 AM PST

CATATAN PERJALANAN (Seri Lanka) (1)

Puncak Adam dari hotel penginapan saya jarak 5 - 6km.
Dua tiga hari saya melarikan diri ke luar negara, destinasi saya kali ini ke "Tanah Bersinar" atau Lankadeepa (dalam bahasa Sanskrit) atau kini dikenali Seri Lanka, sebelumnya Ceylon.

Pengembaran ke negara yang juga dijulang sebagai "Permata Samudra Hindi" ini kerana bentuk muka buminya laksana sebutir batu permata, adalah sebagai menyelesaikan jejak saya ke negera-negara Asia Tenggara. Alahamdulilah perjalanan selamat dan menyenangkan.

Dipuncak itulah terletak bekas atau kesan tapak kaki.
Seorang rakan facebook saya bertanya, kenapa MSO selalu ke l uar negara akhir-akhir ini, apakah mencari ketenangan kerana bosan dengan kerenah politik dalam negara? Saya tidak menjawab pertanyaan itu secara langsung, tetapi pemusafiran lasak saya itu adalah sebahagian dari pelarian (escapism) saya dari keributan politik yang tidak pernah ada titik akhir.

Dalam dunia politik tidak ada sebuah parti yang boleh mengamankan fikiran dan menyakinkan ia akan membawa kehidupan sejahtera kalau pun tidak sampai ke akhirat cukuplah di dunia. Baik parti berdasarkan prinsip atau nilai hidup (agama), atau parti berdasarkan bangsa atau kebendaan (sekular). Semuanya sama sahaja.


Watak-watak dalam politik hampir semua buruk dan ada yang sudah bernanah, mereka penuh dengan retorik kebaikan dan berlagak mulia laksana para Nabi atau anak cucu cicit Nabi. Walhal dari amalan dan praktis mereka semuanya cemar dan meloyakan. Tidak perlu saya menghurai dan menyebut contoh satu persatu di sini kerana kita semua sedia maklum dan dapat menyelaminya sendiri.

Dengan keluar meninggalkan Malaysia, terlepas dari kepungan jerebu, diri berasa aman dan pengetahuan juga bertambah. Jauh berjalan banyak pengalaman. Ada berbagai-bagai maklumat dan input baru menyelinap ke dalam diri. Penemuan-penemuan kata, aksi dan cerita alam serta intraksi baru memberi nafas dan terjemahan baharu sekaligus menambahkan darjat kedewasaan hidup.

Simpang pertama menuju Adams Peak.
Bagi melengkap dan menyempurnakan pengetahuan kehidupan ini saya menuruni ke segenap lembah kehidupan, tapak tamadun, artifak sejarah manusia bagi melihat dan menilai sendiri setiap apa yang wujud. Memang kita diajar mendengar dan patuh tetapi kita wajib melihat dan membuat penilaian adil terhadap apa yang berlaku dengan neraca diri sendiri.

Tidak semua jalan ke puncak Adam seperti ini.
Dan semasa di Seri Lanka saya ke puncak tertinggi di negara itu, yakni pucak yang terletak jajaan tengah di bahagian Seri Lanka di Ratnapuri dalam negeri Sabaragamuwa, yang sangat terkenal dan menjadi tumpuan semua manusia di dunia. Puncak yang dimaksudkan ialah di Puncak Adam, atau pun Adams Peak.

Kewujudan sarang lebah menghiburkan perjalanan.
Di sini ada langeda yang menjadi sebutan dan kebangaan bagi sesetengah manusia dan puak, tetapi itu semua tidak pula tertulis bukti sahih dalam mana-mana kitab agama bagi keabsahan apa yang didakwa. Kewujudan artifak itu masih menjadi misterius dan diselubungi fantasi.

Ianya mengenai kesan tapak kaki besar, berukuran 180 cm, kira-kira tujuh kali ganda berbanding ukuran telapak kaki manusia normal kira-kira 24 cm sahaja. Kesan tapak kaki ini menjadi daya tarikan dan rasa ingin tahu manusia di seluruh dunia, khasnya pencinta alam dan pengupas (pengkaji) sejarah manusia.

Bekas tapak kaki berkenaan didakwa sebagai tapak kaki Nabi Adam a.s. Pasti bagi umat Islam begitu teruja dan kagen untuk menyaksikannya. Cukuplah melihat bekasnya sahaja kalau pun tidak akan pernah berjumpa dengan tuannya.

Sesiapa juga yang mengakui Adam sebagai bapak (baka) nya tentu sekali ingin melihat sendiri sebagai saksi. Sesiapa mendengar kisah ini ia menakjubkan.

Namun tidak dengan indrarasa saya. Kenapa? Sejak mula saya mendengar nama itu dan balada mengenainya, sudah tersekang rasa musykil dalam kepala saya. Apa lagi setelah pertama kali mata saya menjamah puncak itu semakin menawarkan rasa ingin tahu saya untuk menyaksikannya, jauh sekali memujanya sebagai sesuatu yang prudential. Mungkin kerana saya seorang yang negatif minded.

Kononya di puncak itulah Adam yang dilontar dari Syurga jatuh dan buat pertama kali terpacak di dunia ini. Justifikasi kenapa hanya ada satu bekas atau kesan tapak kaki saja, (kalau tidak silap saya sebelah kanan), ialah kerana Adam diarahkan berdiri sebelah kaki sebagai hukuman kerana beliau melanggar larangan agar tidak memakan buah Kuldi.

Hawa seperti mana nukilan sejarah tidak bersama Adam. Hawa yang menjadi pasangan ideal Adam dalam Syurga dilontar atau jatuh di kawasan lain, dan mereka hanya bertemu semula di Arafah, tempat dimana jutaan jemaah haji wukuf pada musim Haji di setiap tahun pada masa dan hari ditetapkan. Tempat penuh berkat itu dinamakan Arafah yang bermaksud pertemuan - jumpa kembali.

Tangan dibina kemas dan rapi untuk pendaki.
Walaupun menurut cerita Puncak Adam menjadi tempat kunjungan umat Islam, tetapi waktu sampai di dataran (Hatton) salah satu tempat memulakan pendakian ke puncak itu, tidak ramai umat Islam, malahan tidak kelihatan langsung. Yang ada ialah bangsa Eropah yang memang terkenal dengan aktiviti lasak mereka.

Ketika itu orang Melayu dan Islam saya bersama empat kawan sahaja. Mungkin pada waktu lain ramai umat Islam hadir untuk mendaki puncak tersebut.

Hotel tempat saya menginap, di Jalan Adam Peak, Hatton.
Ketawaran hati saya kepada bekas telapak kaki itu, ialah apabila bekas telapak kaki itu juga dikatakan milik Gautama Budha. Orang Budha menyakini ia milik nabi mereka itu yang sudah mendiami atau sampai ke situ kira-kira 300 tahun lebih awal.

Menurut bari tapak itu adalah jejak terakhir Gautama dalam tiga kali beliau mengujungi ke Seri Lanka. Mungkin keyakinan penganut Budha lebih tinggi berbanding dengan penganut Islam ataupun agama-agama lain yang turut mempercayainya seperti Kristian dan Yahudi. Tampak sekali bahawa penganut Budha begitu fenatik dengan kesan berkenaan.

Bertambah menjadi celaru dan merobekkan minat saya untuk menerimanaya sebagai telapak kaki Adam, ialah apabila penganut agama Hindu juga turut mendakwa kesan itu adalah telapak kaki salah seornag dewa mereka bernama Dewa Shiva. Kononnya Shiva yang tinggal di puncak itu telah mengadakan satu tarian unit dan sangat kreatif lantas meninggalkan kesan telapak kaki itu sebelum hilang.

Pendakwaan berbagai-bagai itu yang berbentuk mitos menjadikan saya tawar hati untuk menyelidiki secara mendalam apa lagi menerimanya sebagai satu ritual lisan agama, seperti mana menghormati makam Ibrahim di laman Kaabah atau menziarahi makam Nabi Muhammad, Abu Bakar dan Omar di Madinah.

Sebenarnya perkara seperti ini atau kesan-kesan penuh misteri ini juga berlaku bukan sahaja kepada Adam, Gautama Budha atau Dewa Shiva, tetapi kepada tokoh-tokoh besar lain juga termasuk Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Misalnya kesan telapak kaki dikatakan milik Muhammad juga ada tersimpan di sebuah balang cermin dalam masjid di Tanta Mesir. Dan kesan yang didakwa milik Muhammad juga ada di muzium di Turki. Apakah juga ia ada tersimpan di London atau Belanda?

Kesan atau replika itu menjadi perhatian dan lawatan orang ramai. Apa lagi mereka yang ingin menyatakan kasih dan sayangnya kepada Muhammad bukan sahaja mengelus bongkah cermin tempat replika itu disimpan tetapi sanggup mencium dan menjilatnya serta menzahirkan doa-doa untuk kekuatan dan kesihatan diri. Selalu berlaku pemujaan terhadap replika atau pun artifak tersebut.

Justeru apabila merenung ke atas Puncak Adam dari hotel penginapan saya di Hatton kira-kira 40 km dari Nallathanniya, dimana tempat bermulanya pendakaian rasmi ke puncak itu, saya melihatnya tidak lebih sebagai satu kawasan destinasi pelancong sahaja. Ia menjadi puncak menguji kelasakan dan kesabaran untuk menuju ke atas. Sudah tentu untuk menjamah puncak berkenaan memerlu ketabahan dan kegigihan luar biasa kerana ia merupakan puncak tertinggi di Seri Lakna dengan daya tingginya 2,243 meter atau 7,359 kaki dari aras laut.

Dari tempat penginapan saya puncaknya dapat dilihat dengan jelas. Kandatipun jaraknya hanya kira-kira 4 km hingga 5 km, namun masa yang perlu ditempuhi untuk sampai ke atas lebih 4 jam dan ada kalanya mencapai 6 jam kalau hari hujan dan cuaca buruk kerana laluan licin dan becak. Ini kerana laluan untuk sampai ke puncak agak sukar dan memerlukan pendakian yang cermat dan kemas. Pendaki akan melalui jalan yang dibina lereng-lereng gunung. Tangga disiapkan untuk pendakian dan prasarana kecil turut sama disediakan. Bersambung.  [wm.kl.6:16 pm 11/11/15]

Tiada ulasan: