Ahad, 8 November 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hj Hadi tidak berani sanggah Husam

Posted: 08 Nov 2015 08:00 AM PST

Kesian dengan Azmin.... Dia terpaksa menafikan cerita Khalid Samad demi untuk menjaga kedudukannya sebagai MB Selangor.

Azmin cuba nak mengawal bau kentut Hj Hadi yang busuk itu dari dihidu oleh walaun-walaun yang tentunya akan bertempiaran lari meninggalkan Hj Hadi bila dapat tahu cerita yang sebenarnya.

Tapi adakah orang boleh mempercayai sekadar membuat penafian begitu sahaja seperti yang pernah dibuat oleh setpol Haji Hadi mengenai perkara yang sama?

 "Apa yang (Datuk) Husam sebut malam semalam sebenarnya bukan baru," kata MP Shah Alam itu dalam rakaman ceramah Parti Amanah Rakyat (AMANAH) pada 6 November yang dimuatnaik di Youtube.

Khalid yang kini anggota jawatankuasa AMANAH berkata rancangan untuk membentuk kerajaan perpaduan Umno-PAS di Selangor, bermula pada 2008 sewaktu beliau menjadi timbalan pesuruhjaya PAS negeri itu. (Baca lagi di sini)

Pengesahan Khalid Samad itu bukan cerita baru.Cerita Hj Hadi jadi 'broker' ini telah turut didedahkan oleh TMI.

Laporan itu menceritakan Hj Hadi sendiri telah mengesahkan perkara tersebut setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin ketika dalam mesyuarat JKPP 25 Ogos 2014.

Hanipa Maidin bertanya kepada presiden, adakah benar perkhabaran beliau dan Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin. Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.

"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut laporan di sini. Mujurlah Azmin tidak mudah tergoda dengan umpan tersebut.


Ramai yang telah menjadi saksi mengenai pegakuan Hj Hadi tersebut.Sebab itu Hj Hadi sendiri tidak berani untuk menafikannya hingga ke hari ini. 

 Dr Samsuri, Setpol Hj Hadi, hanya mampu sekadar membuat kenyataan menafikan pendedahan tersebut.

"Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka," tegasnya lagi.


TMI tetap terus bertegas mempertahankan laporannya itu dan tidak pernah meminta maaf seperti mana yang dituntut oleh Dr Samsuri.


Kenapa PAS tidak berani mengambil tindakan undang-undang kalau benar artikel mengenai pendedahan tawaran Hj Hadi kepada Azmin itu sebagai fitnah dan bertujuan jahat?

Saya percaya pendedahan Husam mengenai tawaran Hj Hadi kepada Azmin itu adalah kerana mahukan respon dari Haji Hadi dan Azmin sendiri.

Azmin sudah memberikan responnya dengan penafian. Kenapa Hj Hadi terus membisu tidak berani menafikannya sendiri? Kita mahu dengar pengakuan / penafian sendiri dari naib ulama sedunia ini.

Apakah PAS rasa rakyat jelata akan  menuduh Husam, Khalid Samad, Hanipa Maidin, Suhaizan Kaiat dan TMI semua tu 'memfitnah dan berniat jahat terhadap Hj Hadi?

Tanda-tanda kerajaan tidak akan bertahan lama ...

Posted: 07 Nov 2015 11:04 PM PST

Prof Mohd Dr Nazari (kiri) Prof Madya Dr Fakhruldin dan Dr Dzulkefly Ahmad
 Ipoh : Sewaktu bercakap di Forum Ekonomi malam tadi yang menyentuh mengenai pembentangan bajet 2016, Prof Dr Mohd Nazari mendedahkan bahawa kerajaan Malaysia adalah dalam keadaan yang sangat tertekan.

"Kerajaan sekarang ini dalam keadaan tertekan kerana pendapatan dari sumber tradisional iaitu minyak telah jatuh secara mendadak. Pada tahun 2009, ianya ialah 41%, sekarang ini hanya 19.7% sahaja.

 "Kebergantungan keatas minyak sudah tidak dapat dilakukan lagi . Oleh kerana itulah kerajaan sangat terpaksa bergantung kepada sumber lain iaitu GST!" jelasnya lagi.

 Mereka juga tahu bahawa GST ini merupakan satu espek yang sangat-sangat tidak popular di kalangan rakyat. Lantaran itulah kerajaan adalah dalam keadaan tertekan."

 Menurutnya lagi, mungkin 90% lebih di kalangan rakyat tidak berpuas hati dengan aspek percukaian GST ini, dan ini akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan.

 Beliau juga menyatakan bahawa satu perkara lagi yang sangat memberi tekanan terhadap kerajaan ialah tuntutan rakyat terhadap kerajaan yang sangat membazir dan tiris.


Hadirin yg mengikuti Forum Ekonomi malam tadi
 "Banyak sangat cerita-cerita yang tidak dapat dijawab oleh kerajaan; termasuklah cerita apabila kapal terbang kerajaan dari Malaysia telah pergi ke Amerika Syarikat , tetapi Najib telah balik dengan kapal terbang lain, kapal terbang tentera, waima kapal terbang kerajaan itu terus berada di Amerika Syarikat ketika itu.

 "Orang bertanya benarkah isteri Najib telah turut serta dalam penerbangan ke Amerika itu; dan apa urusan isteri Najib untuk terus tinggal disana sewaktu Najib bergegas pulang ke Malaysia? Ini antara persoalan yang masih belum lagi dijawab hingga ke hari ini.

 Ini adalah antara perlakuan pembaziran dan ktirisan di pihak kerajaan."

 Menurutnya , satu lagi tekanan yang dihadapi kerajaan ialah isu 1MDB yang sampai sekarang juga tidak dapat dijawab dengan hutang yang begitu tinggi, RM42 billion yang kadar bunganya sahaja adalah RM2.6 billion setahun.

 Beliau berkata, andaikan seorang pelajar memerlukan PTPTN sebanyak RM8,000.00 setahun, maka duit interes ini sahaja boleh membayar kos PTPTN seramai 325,000 pelajar!

 Isu 1MDB ini bukan sahaja telah dikritik oleh mantan TPM sendiri yang telah menyebabkan ia telah kehilangan jawatannya, malah oleh pihak Bank Negara sendiri. Ini menunjukan betapa seriusnya isu 1MDB ini.

 Kerajaan seperti ini kalau di Eropah, tentunya tidak akan dapat bertahan lama dan biasanya ia akan tumbang pada pilihanraya. 

 Oleh kerana itulah maka kerajaan terpaksa memberikan beberapa 'goodies' dalam bajet yang dibentangkan baru-baru ini. Antaranya ialah highway di Sarawak yang jaraknya lebih 1,000 kilometer secara percuma tanpa toll…sementara kita di sini, dari Ipoh ke Gopeng pun kena bayar!

 Pada masa yang sama, oleh kerana sumber kewangan yang terhad, banyak pemotongan yang telah dilakukan dan memberi kesan kepada rakyat.

 Pemotongan sebanyak 2.4 bilion kepada pendidikan tinggi termasuk Universiti Malaya dimana hampir 30% peruntukan Universiti Malaya telah dipotong menyebabkan untuk membayar gaji kakitangannya sendiri ia terpaksa mencari dari sumber-sumber lain!

 Walaupun peruntukan kementerian-kementerian telah dipotong, satu perkara yang amat pelik ialah peningkatan peruntukan 1.1 bilion kepada Jabatan Perdana Menteri. Menteri-menteri tidak berani bersuara mengenainya mungkin kerana takut melihatkan suasana hari ini di mana timbalan perdana menteri pun boleh dipecat…

 Selama 18 tahun kerajaan telah mengalami defisit secara berturut-turut. Defisit yang akan dialami tahun ini adalah hampir 40 bilion dan ini akan menjadikan hutang kerajaan meningkat lagi kepada RM627 bilion.

 Mengikut ramalan International Monetary Fund (IMF), hutang kerajaan Malaysia dijangka akan meningkat kepada 1 trillion menjelang 2020! dimana negara diistilahkan sebagai 'kerajaan maju'

 Seterusnya beliau berpendapat, sekiranya mana-mana kerajaan tidak dapat menyelesaikan masalah hutangnya yang telah selama 18 tahun, bermakna ia sebenarnya telah 'lost of control'.

  Kerajaan yang akan datang, yang akan mentadbir negara akan menghadapi banyak masalah untuk mengatasi hutang kerajaan yang sangat tinggi ini.   

SAYA BERUBAH ATAU PAS BERUBAH? (Saya melihat - Pas yang berubah.)

Posted: 07 Nov 2015 06:00 PM PST


Kalau berkait dengan parti - saya tetap berpendirian - dalam politik Malaysia Pas perlu berusaha menjadi 'kepala' dan bukan 'ekor' membawa Islam sebagai teraju pentadbiran, polisi, pendekatan dan dasar negara.

 Di Terengganu, negeri Presiden PAS, satu masa dulu berslogankan PGU - Pas Ganti Umno. (Di Kelantan, Tok Guru tak pernah bawa slogan ini tetapi PAS Alhamdulillah kekal mentadbir Kelantan hingga saat ini). Hari ini, Presiden PAS dijemput oleh MB Terengganu untuk menjadi 'Penasihat' ekoran kenyataan beliau : 

'Kerjasama politik kita tak masuk kerajaan...' (Sinar Harian, 1 November 2015). 'Parti sedia bantu BN beri nasihat licinkan pentadbiran: Hadi' ( Sinar Harian, tarikh sama)

 'Kita mahu jadi pembangkang yang menasihat sekiranya kerajaan sanggup menukar dasar dengan konsep Islam kita bukan pelahap untuk rebut jawatan', katanya. (sumber sama)

 'Hadi: Ada orang cemburu hubungan PAS-UMNO' - Sinar Harian, 6 Jun 2015.

Sebagai ahli Pas berjawatan YDP Kawasan, saya sememangnya keliru dengan semua kenyataan Presiden saya kebelakangan ini.

 Saya tidak berhajat untuk memetik semua laporan berita kenyataan yang telah dibuat oleh Presiden saya. Cukup saya balikkan pertanyaan Ahmad Amzad Hashim, Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat: Saya berubah atau Pas berubah?

 Semua kenyataan ini menggambarkan seakan Presiden bebas sebebasnya membuat apa jua kenyataan yang bersifat dasar dan pendirian Pas tanpa melalui proses mesyuarat yang sewajarnya atau mengambil kira pandangan dan perasaan ahli peringkat akar umbi.

 Saya dalilkan berdasarkan respon Pas Selangor menerusi kenyataan Pesuruhjayanya yang menolak hubungan dengan Perkasa, hampir sebaik sahaja foto Presiden Perkasa memeluk Presiden Pas menjadi viral.

 Jika tindakan Presiden menjalin hubungan dengan Perkasa telah diputuskan dalam mesyuarat Pas Pusat, tentulah PJ Selangor tidak akan mengeluarkan komen menentang arus itu.

 Ini semua menunjukkan kelainan Pas kini berbanding dulu. Saya berubah atau Pas berubah? Pas dulu menentang perjuangan berbentuk assabiyyah atau perkauman melampau. Kini?

UG adalah contoh lain

Sekian lama, satu-satunya pemimpin Pas yang mendendangkan lagu UG adalah Presiden PAS sendiri.

Pertama, adakah gagasan ini pernah diluluskan dalam mana-mana muktamar PAS? Jika tidak, kenapa?

 Menjelang muktamar 2011, Presiden telah menarik balik gagasan ini secara terbuka. Menjelang muktamar baru lalu pula, dalam ucapannya di Singapura, Presiden mengulangi cadangan pembentukan Kerajaan UG.

 Adakah beliau memasukkan gagasan yang beliau kemukakan semula itu dalam ucapan dasar bagi Muktamar baru lalu?

 Kenapa gagasan yang begitu besar itu tidak dibawa kepada mesyuarat parti/Muktamar? 

Saya berubah atau Pas berubah?

 Kedua, selepas bertahun-tahun gagasan itu dijual, adakah ia berjaya dan menjadi kenyataan?

 Parti mana yang telah menyambutnya? Jika tidak, bukankah lebih baik jika rundingan belakang tabir dilakukan terlebih dahulu sebelum dijual terbuka tetapi tiada langganan. Bukankah itu menjatuhkan reputasi Pas?

 Jika rundingan belakang tabir hendak dilakukan, tidak cukup hanya Majlis Syura diberitahu mengenainya, tetapi mesti juga dimaklum dan diluluskan oleh Pas Pusat.

Seingat saya, rundingan sulit belakang tabir tidak pernah mendapat persetujuan Pas Pusat.

 Termasuk apa yang diberitahu oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa bahawa seawal April 2008, Majlis Syura telah bersetuju melantik wakil untuk berunding dengan parti-parti termasuk UMNO.

 Keputusan itu tidak pernah dimaklum dan mendapat persetujuan Pas Pusat, pada hal isu seperti itu wajib mendapat persetujuan Pas Pusat selaku kuasa eksekutif parti.

 Saya berubah atau Pas berubah?

 Kalau konsep UG pun gagal tetapi telah menimbulkan pertelingkahan di kalangan ahli, apalah kaitannya secara salah cuba memalukan saya dengan isu lebuhraya, pembinaan stadium dan pengembangan ekonomi mikro menerusi penternakan kambing yang kesemuanya diluluskan oleh parti dan kerajaan secara sah?

 Sesetengah pemerhati bahkan berpendapat, itu antara faktor penyumbang kemenangan Pas di Kelantan. Apa penyelewengan saya dalam isu-isu itu, jika ada?

 Adakah Jabatan Penerangan Pas penyambung fitnah dan adu domba UMNO?

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah Jabatan Penerangan
PAS Pusat
Ketiga, apakah cadangan menjadi penasihat kerajaan adalah sambungan dari konsep UG yang tidak berjaya? 

Saya tidak menuduh, tetapi parti perlu menguruskan isu ini. Inilah tugas Jabatan Penerangan. 

 Menjelaskan kepada semua ahli dan kawasan-kawasan di seluruh negara bagi mengelakkan kekeliruan dan menjadi persendaan.

 Bukan menyerang saya. Secara serangan peribadi pula. Kecuali Jabatan Penerangan pun ikut keliru. Saya mungkin tersasar bila menyebut kemungkinan kedudukan sebagai penasihat itu bergaji penuh bertaraf menteri. Ia hasil dari ketiadaan penjelasan selepas sesuatu pendirian parti diumumkan.

 Saya akui, itu adalah agak saya sahaja. Nampaknya cadangan menjadi penasihat juga belum dirundingkan secara muktamad namun telah dihebohkan sedemikian rupa. Kalau ikut laporan media, rundingan dengan PM baru hendak dimulakan.

 Andaikata ia sekali lagi gagal, jentera parti di peringkat akar umbi sudah bercakaran. Adakah ini akan menguatkan Pas dalam PRU akan datang, khususnya di Kelantan?

 Adakah awal-awal lagi kekalahan yang mungkin akan dialami oleh PAS di Kelantan kerana masalah yang dihadapi oleh PAS sekarang hendak dilonggokkan kepada saya?

 Berbalik kepada beberapa isu pentadbiran Kerajaan Kelantan yang saya bangkitkan.Isu pengurusan hutan yang pruden bukan isu baru yang saya bangkitkan. 

Jika Jabatan Penerangan Pas cekap dan adil, mereka tentunya ingat ucapan-ucapan saya di Parlimen mengenai pembalakan, pemanasan global dan isu alam sekitar yang lain.

 Ia sudah sebati dengan saya dan satu dari komitmen peribadi saya.

 Sebagai organ penerangan parti, sudahkah Jabatan Penerangan Pas membelek apa janji Pas selama ini dalam setiap manifesto nasional dan negeri?

 Sudahkan mereka mengkaji angka-angka yang terlibat, seperti keluasan tebangan habis hutan simpan? 

Jika tidak, saya berubah atau Pas berubah?

III. MARI MAJLIS DIALOG SAYA 13 NOVEMBER 

Dalam artikel yang sama oleh Pengarah Jabatan Penerangan Pas, saya ditanya 'Apa Husam mahu?' Bagi mengetahui jawapannya, saya mempersilakan beliau hadhir dalam majlis dialog terbuka saya di Pasir Tumbuh pada 13 November ini. Saya yakin, Jabatan Penerangan sudi membayar perbelanjaan perjalanan beliau ke Kelantan.

IV. PAS BENTUK KERAJAAN BERSAMA UMNO DI SELANGOR

 Saya membaca kenyataan TITM di Malaysiakini bahawa tiada alasan untuk PAS bergabung dengan UMNO membentuk kerajaan di Selangor.

 Sebagai seorang muslim yang wara' dan alim, semua pimpinan Pas tahu bahawa berbohong adalah amat ditegah oleh Islam.

 Fakta bahawa Presiden PAS mengakui beliau mengusahakan kerjasama politik itu ketika krisis MB Selangor tahun lalu tidak boleh diketepikan dengan alasan-alasan.

 Antara 'ya' dan 'tidak' sahaja yang diperlukan. Adakah 'ya' atau 'tidak' Presiden Pas mengaku seperti itu bila dipersoalkan?

 Saya tahu, pendedahan ini akan mengundang risiko kepada saya. Saya sanggup menerima semua risiko berdasarkan:

- Apa yang saya sebutkan adalah benar. 
- Saya mahu sandiwara yang telah menghancurkan parti selama ini dihentikan.
- Saya ingin melaksanakan kewajipan saya memaklumkan kepada ahli dan masyarakat umum sandiwara belakang tabir yang telah berjalan sekian lama.

 Sehubungan itu, siaran di laman web rasmi Pas dengan tajuk  'Jawapan Fitnah Terhadap Presiden PAS' - saya harap dapat ditarik balik serta merta. Saya tegaskan di sini, saya tidak memfitnah sesiapa.

 Kenyataan saya adalah benar dan saya bertanggungjawab dunia akhirat. Saya sanggup mempertahankan kenyataan saya. Allah adalah saksi Maha Agung.

HUSAM MUSA
25 Muharram 1437 
7 November 2015

ANDAI SAYA JADI PEGAWAI AKHBAR MB

Posted: 07 Nov 2015 03:40 PM PST

Kerajaan Kelantan yakin akan dapat menyelesaikan semua tunggakan dan isu-isu seperti berikut sebelum akhir tahun ini:

1. RM 14.6 juta tunggakan caruman guru YIK 

2. RM 6.3 juta tunggakan bayaran kematian peserta skim Kifalah 

3. Bayaran dividen peserta Ladang Rakyat bagi tahun 2015.

 Kerajaan juga sedang merangka pelan dan menyediakan dana yang mencukupi bagi menyiapkan semua baki rumah yang dihanyutkan oleh banjir pada akhir tahun lalu yang masih belum siap.

 Menjelang bayaran pertama kenaikan elaun Adun pada Januari 2016, InsyaAllah semua isu-isu lebih mendesak yang disenaraikan di atas telah dapat diselesaikan, kecuali pembinaan semula rumah untuk mangsa banjir memerlukan tempoh lebih lama kerana pembinaan sedikit terhalang semasa musim tengkujuh. Pada masa yang sama, keperluan semasa yang menasabah bagi setiap wakil rakyat juga perlu diambil kira bagi membolehkan mereka dapat berkhidmat dengan jayanya.

 Apa yang dibangkitlan oleh YB Adun Salor sememangnya telah pun dalam pertimbangan Kerajaan. Oleh itu, isu kenaikan elaun Adun yang boleh menjejaskan tanggung jawab kerajaan yang lain yang lebih mendesak tidak berbangkit sama sekali dan tidak perlu diperdebatkan lagi.

 Di Bawah pentadbiran YAB Ustaz Datok Ahmad bin Ya'kub sebagai Menteri Besar, Kerajaan Kelantan tetap sensitif terhadap semua permasalahan rakyat sesuai dengan dasar Membangun Bersama Islam. 

Sekian. Terima kasih.

Pegawai Media 
Menteri Besar Kelantan
4 November 2015

 Di atas adalah contoh kenyataan media yang saya akan tuliskan berkait isu kenaikan elaun Adun Kelantan, jika saya adalah Pegawai Akhbar MB - Husam Musa

Tiada ulasan: