Isnin, 23 November 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mahathir : Apakah kerana salah yang takut sangat 1MDB dan 2.6 billion ringgit dibincang ?

Posted: 23 Nov 2015 08:00 AM PST

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kewajaran untuk mengadakan perhimpunan agung Umno akan datang sekiranya ahli parti tidak dimaklumkan mengenai perkembangan terkini.

 "Kenapa usaha sedang dibuat oleh Umno supaya perbahasan berkenaan perkara tertentu, khususnya 1MDB dan wang sebanyak RM2.6 billion yang disalurkan ke akaun peribadi (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) tidak boleh dibangkit.

 "Persidangan pula akan tertutup kepada orang ramai. Tidak semua dari ucapan perwakilan akan disiar. Hanya ucapan presiden sahaja akan disiar," katanya dalam blog beliau.

 Mengikut kelazimannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku timbalan presiden akan merasmikan persidangan sayap – Pemuda, Wanita dan Puteri dan ucapannya juga disiarkan secara langsung.

 Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, amaran sudah diberikan supaya ahli Umno tidak akan bercakap berkenaan perkara ini.

 "Apakah jenis Mesyuarat Agong Umno ini?" soalnya.

​Kata pepatah berani kerana benar; takut kerana salah. Apakah kerana salah yang takut sangat 1MDB dan 2.6 billion ringgit dibincang. ~ sumber

Pulau Pinang hanya iktiraf Adun PKR bawah Rashid, kata ketua menteri

Posted: 23 Nov 2015 05:32 AM PST

Pulau Pinang hanya mengiktiraf Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PKR di bawah pimpinan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

 "Selepas pengundian dijalankan di Dewan ada 2 kumpulan dalam PKR. Satu dipimpin Datuk Mohd Rashid Hasnon bersama 2 anggota Exco, Dr Afif Bahardin dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim serta timbalan speaker Datuk Maktar Shapee. Lima Adun lain dipimpin Ong Chin Wen.

 "Hari ini saya rasa, ketua cabang PKR Bagan dan Pengarah Komunikasi PKR negeri Farid Arshad menyatakan sokongan kepada Rashid. Saya rasa itu penting kerana kami nak tahu (Adun) PKR mana berada di bawah pimpinan Rashid dan Ong Chin Wen.

 "Kerajaan negeri hanya mengiktiraf pimpinan di bawah Rashid kerana beliau dipilih Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

 Isu berhubung Adun PKR itu timbul berikutan 5 wakil rakyat parti itu memilih berkecuali sewaktu undian dijalankan terhadap usul Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang mencadangkan semua projek penambakan tanah di laut bagi pembangunan tertakluk kepada perdebatan umum, semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Jumaat lepas (20 November).

 Lima Adun PKR yang berkecuali itu ialah Ong Chin Wen (Bukit Tengah); Dr Norlela Ariffin (Penanti); Lee Khai Loon (Machang Bubuk); Cheah Kah Peng (Kebun Bunga) dan Dr T.Jayabalan (Batu Uban).

 PKR mempunyai 10 kerusi DUN. Dua lagi Adun PKR, Datuk Law Choo Kiang (Bukit Tambun) dan Datuk Maktar Shapee (Sungai Bakap) tidak boleh mengundi kerana mereka adalah speaker dan timbalan speaker Dewan.

 Lim, bagaimanapun menyerahkan kepada pucuk pimpinan PKR untuk menyelesaikan isu itu.

 Ditanya mengenai desakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang yang mahu beliau menarik balik dan memohon maaf secara terbuka atas keterlanjurannya melabel 5 Adun berkenaan memihak kepada Umno, Lim enggan mengulas isu itu. 

Sementara itu, Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata Pulau Pinang menerima dengan hati terbuka perletakan jawatan 1,083 anggota PAS sebagai ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini.

 "Kami ucapkan terima kasih atas perkhidmatan yang mereka berikan sebelum ini. Kami akan bincang perkara lain sehingga kita terima surat. Saya rasa ahli PAS yang menjadi ahli Parti Amanah Negara boleh meneruskan perkhidmatan mereka," katanya.

 Semalam, Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang mengarahkan kesemua 1,083 ahli JKKK daripada parti itu di negeri ini, meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta. – Bernama, 23 November, 2015. ~ themalaysianinsider

Ustaz mulut longkang mengajar di Masjid Lama Taiping ?

Posted: 22 Nov 2015 11:00 PM PST

Wan Tarmizi (paling kiri) bersama dua lagi panelis sewaktu
Forum politik di Masjid Lama Bandar Taiping 15 Okt, 2015
Amanah Parlimen Taiping membantah terhadap kenyataan seorang panelis forum anjuran Masjid Melayu Lama Bandar Taiping pada 15 Oktober 2015. 

 Ustaz Wan Termizi Wan Aziz, Ketua Penerangan PAS Tambun dilaporkan telah menggunakan bahasa kesat yang tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang guru agama terutamanya ketika dalam majlis yang diadakan dalam masjid.

Surat bantahan AMANAH kepada pengerusi
Jawatankuasa Masjid Melayu Lama, Taiping
 Wan Tarmizi telah merujuk ahli Pas yang berhijrah ke Amanah Negara sebagai 'Haram jadah' 

 Menurut Kamus Dewan Bahasa Pustaka 'Haram Jadah' bermaksud :

 a) anak yg lahir drpd ibu dan bapa yg tidak berkahwin, anak haram, anak luar nikah; 

b) kata makian.

 Pihak Amanah Parlimen Taiping amat memandang berat perkara tersebut dan memohon agar pihak masjid mengambil tindakan menggantung kuliah pengajian bulanan beliau di masjid tersebut.

 Ketua Amanah Parlimen Taiping Mohd Saad Ismail berkata, "Ucapan ini tidak sepatutnya berlaku dan mencemar kesucian rumah Allah dan imej Islam itu sendiri."

Beliau berharap perkara saperti ini tidak berulang lagi demi kesejahteraan masjid.

Rani Kulup lebih bijak dari pak menteri ...

Posted: 22 Nov 2015 07:18 PM PST

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar kini sedang diserang dan dilabel sebagai penderhaka hanya kerana bertemu dengan anak perempuan sultan Sulu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan pihak polis akan mengambil tindakan seterusnya terhadap Nurul Izzah sebab ia adalah satu jenayah besar yang tidak boleh dibiar!

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perbuatan Nurul Izzah itu adalah satu bentuk penderhakaan.

"Bagi saya bertemu dengan salah seorang anggota yang mengisytiharkan perang ke atas Malaysia ini sebagai satu tindakan penderhakaan kepada negara yang boleh diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan Kanun Keseksaan kerana mengisytihar perang terhadap Yang di-Pertuan Agong." Katanya  di sini  

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Nurul Izzah  akan dipanggil untuk memberi kenyataan minggu depan berikutan tindakannnya yang boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara.

Menurut laporan itu lagi, Nurul boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan berhubung tindakannya bertemu Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III. ~ 

Menurut Nurul, Jacel merupakan salah seorang daripada 15 tetamu yang dijemput penganjur program, iaitu Majlis Hal Ehwal Filipina dan Institut Asia Untuk Demokrasi, Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filipina.

Tapi, apa salahnya untuk Nurul Izzah berbaik-baik dengannya? Jacel tidak pernah melakukan tuntutan ke atas Sabah sebagaimana yang pernah dilakukan oleh ayahnya sebelum meninggal dunia.Nurul telah pun membuat penjelasan mengenai pertemuannya itu di sini

Komen al-Husseyn :


Perdana Menteri Malaysia bergambar dengan Ketua negara haram Israel seorang Yahudi dan seorang Zionis yang ganas. Tetapi Najib tidak pula dilabel sebagai penderhaka atau pengkhianat agama Islam.

 Rani Kulup lebih bijak dari KPN dan dua pak menteri kita tu....Rani tidak pun membuat laporan polis mengenai isu ini sebab program tersebut adalah anjuran Majlis Hal Ehwal Filipina dan Institut Asia Untuk Demokrasi, Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filipina.Program ini diadakan khas untuk menyokong laporan UN Working Group on Arbitrary Detention yang menggesa pembebasan Anwar Ibrahim.

Rani menyedari hanya yang bangang sahaja yang akan melakukannya! Kipidap bagero!

'Kenapa S'gor tak iktiraf Pakatan Harapan?'

Posted: 22 Nov 2015 04:56 PM PST

Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong meluahkan rasa kesal bahawa kerajaan Selangor tidak mengiktiraf secara rasmi gabungan pembangkang yang baru, Pakatan Harapan.

 Beliau yang tidak mempertahankan jawatan itu berkata keadaan itu seolah-olah tindakan bekas anggota PAS yang berjuang mempertahankan Pakatan Rakyat, tidak dihargai.

 "Mereka (bekas ahli PAS, anggota AMANAH) meninggalkan PAS kerana prisip yang kuat dan jelas. Jadi ia menjadi tanggungjawab PKR dan DAP untuk mempertahan dan memantau mereka," kata Teo dalam ucapan dasar Konvensyen Pemuda DAP Kebangsaan (Dapsy) di Serdang hari ini.

 PKR, DAP dan PAS adalah anggota gabungan pembangkang Pakatan Rakyat tetapi gabungan itu berpecag selepas DAP dan PAS bertelingkah berhubung isu hudud.

 PKR dan DAP kemudiannya membentuk Pakatan Harapan bersama Parti Amanah Negara yang dilancarkan pada September dan ia termasuk bekas pemimpin PAS yang tidak berpuas hati dengan pemilihan parti yang menyaksikan kumpulan konsevatif menyapu bersih kepimpinan tertinggi.

 Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata Pakatan Harapan tiada kena mengena dengan pentadbiran negeri dan ia rancangan untuk pilihan raya umum ke-14 ~ malaysiakini 

Tiada ulasan: