ALHUSSEYN |
Tiga Ulama PAS Perak Kebal :Jawatankuasa Disiplin Parti tak berani bertindak! Posted: 22 Nov 2015 06:05 AM PST Tiga Ulama PAS Perak yang pernah disabitkan dengan fitnah yang sengaja direka untuk memburukan individu tertentu telah dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Parti, tetapi sehingga kini berita mengenainya terus menyepi tanpa siapa yang mengetahui apa keputusan yang telah diambil terhadap mereka. Lantaran itu, sebahagian dari ahli badan perhubungan Pas Perak sesi 2015 hingga 2016 yang menamakan kumpulan mereka GERAKAN PAS PERAK BANGKIT DARI DALAM (GERAM) telah mengeluarkan kenyataan menuntut pimpinan PAS Perak melaporkan kedudukan kes tiga pimpinan Dewan Ulama PAS Perak tersebut dengan segera. Mereka bertiga yang dimaksudkan itu ialah : - Ustaz Mat Saleh bin Said. ( YDP Tambun @ Naib ketua Ulama) - Ustaz Wan Tarmizi Abd Aziz (Ketua Penerangan PAS Tambun) - Ust Arman Yusof (AJK Ulama) Menurut kenyataan tersebut, Pas Perak sewaktu YB Ustaz Abu Bakar bin Husin sebagai Pesuruhjaya, kes tersebut telah dirujuk kepada jawatankuasa disiplin Pas Pusat setelah jawatankuasa siasatan peringkat negeri Perak berpuashati bahawa berlakunya perkara yang boleh disabitkan dengan fitnah yang sengaja direka untuk memburukan individu tertentu pada waktu tersebut. Kenyataan penuh GERAKAN PAS PERAK BANGKIT DARI DALAM (GERAM): YB USTAZ IDRIS AHMAD PENASIHAT PAS PERAK. HAJI RAZMAN ZAKARIA PESURUHJAYA PAS PERAK USTAZ ISMI MAT TAIB TIMBALAN PESURUHJAYA HJ NOH AHMAD TIMBALAN PESURUHJAYA USTAZ MISBAHUL MUNIR MASDUKI TIMBALAN PESURUHJAYA YB USTAZ ZAWAWI SETIAUSAHA PERHUBUNGAN PER: KEDUDUKAN KES PIMPINAN PAS PERAK YANG DIRUJUK KE JAWATANKUASA DISIPLIN Kami mewakili GERAM secara terbuka mengakui kami adalah sebahagian dari ahli badan perhubungan Pas Perak bagi sesi 2015 hingga 2016. 2. GERAM menuntut semua yang bernama diatas melaporkan kedudukan kes tiga pimpinan Dewan Ulama Pas Perak yang telah dirujuk ke Jawatankuasa Disiplin Parti. 3. Mereka ialah : - Ustaz Mat Saleh bin Said. 4. Mereka ini telah diputuskan Pas Perak sewaktu YB Ustaz Abu Bakar bin Husin sebagai Pesuruhjaya untuk dirujuk kepada jawatankuasa disiplin Pas Pusat apabila jawatankuasa siasatan peringkat negeri Perak berpuashati bahawa berlakunya perkara yang boleh disabitkan dengan fitnah yang sengaja direka untuk memburukan individu tertentu pada waktu tersebut. 5. Hingga ke tarikh surat ini dikeluarkan, GERAM yang diwakili ahli badan perhubungan Pas Perak dari kalangan muka lama dan baru mendapati laporan kes ini telah dilenyapkan begitu sahaja. Dimana integriti dan sifat amanah anda ?. 6. Ustaz Ismi, Ustaz Misbah dan Ustaz Haji Dahlan antara yang menganggotai jawatankuasa siasatan. Mengapa anda diam? 8. GERAM mencabar Pas Perak menyatakan kedudukan kes mereka. Mengapa mendiamkan diri?. 9. Dalam minit mesyuarat juga sudah tiada perkembangan isu ini, siapa yang menyingkirkannya?. 10. Khalilur Rahman dan Ismad Shahrir mesti ada jawapan kerana mereka 'orang lama' dalam pentadbiran pejabat. 11. Apakah punca perkara ini senyap seribu bahasa?. Di Pas Pusat juga tiada khabar berita. 12. YB Ustaz Zawawi selaku Setiausaha sila semak jika anda jujur. 13. Ustaz Misbahul Munir dan YB Ustaz Abu Bakar pasti memiliki jawapan tetapi semacam takut berkata benar. Oleh itu GERAM mendesak khususnya Pesuruhjaya kemukakan fakta. GERAM mulai bertindak kerana Pas sudah tersasar perjuangan. Sekian. GERAKAN PAS PERAK BANGKIT DARI DALAM (GERAM) |
You are subscribed to email updates from AMANAH PROGRESIF PEDULI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan