Isnin, 2 November 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kelantan akui tidak bayar caruman, potongan gaji guru YIK RM14.6 juta

Posted: 02 Nov 2015 03:16 AM PST

Kerajaan Kelantan mengakui tidak membayar potongan gaji dan caruman guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) membabitkan tunggakan berjumlah RM14.6 juta.

 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berkata tunggakan tersebut berlaku sejak 2001 kerana beberapa faktor namun semakin meningkat bermula tahun lepas.

 Beliau berkata potongan gaji dan caruman itu sepatutnya dihantar ke beberapa agensi seperti Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Koperasi Majlis Agama Islam Kelantan (Maik).

 "Tunggakan sehingga September tahun ini sahaja adalah sebanyak RM14.6 juta kerana YIK perlu menyusun kembali bayaran selepas berlakunya pelarasan gaji di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) yang bermula pada tahun lepas," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Baru, hari ini. 

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang bertanyakan mengenai masalah guru YIK yang mendakwa berlakunya tunggakan caruman kepada agensi pencarum.

 Fadzli berkata kerajaan negeri mempunyai beberapa pelan bagi mengatasi masalah tunggakan itu, namun setakat ini masih gagal dilaksanakan.

 "Kerajaan negeri masih belum menerima keuntungan pelaburan sebanyak RM10 juta daripada anak syarikat milik kerajaan negeri, namun kami ambil tindakan terhadap pihak yang bekerjsama dengan kita itu.

 "Selain itu, kerajaan negeri membuat bayaran sebanyak RM2 juta kepada pihak berkaitan bagi mengurangkan jumlah tunggakan," katanya.

 Dalam pada itu, Alwi ketika ditemui di luar dewan berkata alasan dikemukakan oleh kerajaan negeri adalah meragukan kerana kerajaan persekutuan sentiasa memberi bantuan terhadap Kelantan terutama dari segi belanja mengurus.

 "Alasan yang diberi itu agak meragukan saya kerana dia kata duit pembangunan tiba-tiba jadi tinggi, kemudian kerana pelaburan tak menjadi.

 "Sudah 10 tahun kerajaan persekutuan beri bantuan kepada Kelantan untuk belanja mengurus. Tahun ini sahaja sebanyak RM85 juta (untuk belanja mengurus)," katanya.

 Beliau turut menyarankan agar kesemua 16 sekolah agama di bawah seliaan YIK didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan bagi mengurangkan beban yang ditanggung kerajaan negeri, sekaligus membela nasib guru di sekolah berkenaan. – Bernama, 2 November, 2015. ~ sumber

Komen al-Husseyn :
Alasan yg diberikan oleh Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan itu bukan sahaja amat meragukan, malah amat jelek!

 Tidak masuk akal langsung kerana gaji dipotong saban bulan, namun caruman tidak dibuat kepada agensi yang terlibat. 

Apa masalahnya kalau ini bukan bukti penyelewengan dan tidak amanah!

Gaji guru dipotong oleh YIK untuk caruman tetapi YIK tidak menjelaskan caruman itu kepada agensi terlibat sehingga menjadi tertunggak.

Gaji dipotong saban bulan, namun caruman tidak dibuat kepada agensi yang terlibat.

Kerajaan negeri sanggup membelanjakan wang yang banyak di waktu pertukaran wang menjunam, dengan lawatan 14 orang anggota kerajaan baru-baru ini ke Jepun. Bukankah lebih baik wang yang sebanyak itu digunakan untuk  menjelaskan tunggakan caruman?

 Tiga  Exco Kelantan sanggup menyumbang sebanyak RM300,000 kepada Pemuda PAS baru-baru ini bagi membiayai Himpunan 10K di Pasir Puteh.Tapi mereka tidak sanggup untuk membayar tunggakan tersebut. Baca lagi  di sini

Adakah kita pilih Amanah atau yang suka tikam belakang?

Posted: 01 Nov 2015 05:17 PM PST

PETALING JAYA, 1 ​​Nov - Tony Pua menyampaikan serangan pedas pada PAS hari ini, dengan mengatakan bahawa DAP akan memilih Parti "kecil" Amanah Negara (Amanah) bila-bila masa atas parti Islam itu yang dia panggil "penikam belakang".

 Pengerusi DAP Selangor berkata beliau percaya dan yakin yang Amanah akan menerima sokongan lebih ramai berbanding dengan PAS dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, terutama di pantai barat dan Johor di Semenanjung.

 "Saya bertanya kepada perwakilan hari ini, adakah kita mahu mempunyai satu gabungan dengan pihak yang berintegriti walaupun ia adalah kecil pada masa ini, atau dengan pihak yang lebih mantap yang boleh menikam belakang kita pada bila-bila?"

 "Tuan-tuan dan puan-puan, adakah kita pilih Amanah atau kita memilih PAS?" Pua meminta perwakilan pada konvensyen biasa hari ini.

 Soalan beliau dijawab dengan serentak "Amanah" dari orang ramai.

 Pua juga menyenaraikan beberapa kejadian di mana beliau berkata PAS menghampakan DAP di Selangor termasuk kurangnya sokongan untuk PKR dan pemecatan exco DAP oleh menteri besar ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa krisis menteri besar tahun lepas.

 Beliau menegaskan bahawa PAS juga telah menolak cadangan Pakatan Rakyat untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor. 

 Amanah diasaskan oleh kumpulan serpihan PAS Harapan Baru, yang terdiri daripada bekas pemimpin PAS yang progresif yang telah disingkirkan daripada jawatan parti mereka semasa muktamar parti awal tahun ini.

 "DAP Selangor dan kebangsaan percaya penuh kepada tokoh-tokoh Melayu yang mengambil keputusan berani untuk membentuk sebuah parti baru berdasarkan prinsip-prinsip yang progresif, sederhana dan inklusif Islam," kata Pua.

 Bekas sekutu PAS dan kini DAP bermusuhan secara terbuka atas perbezaan pendapat mereka mengenai hudud, kanun keseksaan Islam, akhirnya membawa kepada perpecahan Pakatan Rakyat pada bulan Jun.~ sumber

Tiada ulasan: