Rabu, 18 November 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Sama ada Husam bercakap benar atau Hj Hadi berbohong

Posted: 18 Nov 2015 08:32 AM PST

"Husam & DAP Berpakat Serang Presiden PAS" - Mustafa Ali

 Dalam satu sidang Media yang di buat oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat hari ini, Datuk Mustapa Ali mendakwa ada pakatan antara Husam & DAP untuk serang Presiden PAS.

 Ini adalah susulan daripada Kenyataan yang di buat oleh Husam pada beberapa hari yang lepas memohon agar Dato' Seri Haji Hadi Awang agar meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden PAS.

 Dalam masa yang sama juga kenyataan Husam mendapat beberapa sokongan daripada kepimpinan DAP dan kepimpinan PKR di dalam Pakatan Harapan.

 -Harapan Terengganu TV- di sini 

Komen al-Husseyn : 

Perangai PAS dah betul-betul macam Umno. Kenyataan Mustafa Ali diatas ini yang cuba mengaitkan Husam dengan DAP  adalah bukti bagaimana beliau cuba mengaitkan apa yang Husam dedahkan mengenai pengakuan Hj Hadi yang mahu bersama Umno untuk menubuhkan Kerajaan di Selangor itu hanyalah komplot bersama DAP untuk menyerang Hj Hadi.

Husam juga telah mendedahkan kebobrokan kerajaan Kelantan di bawah pimpinan yang ada ini cukup dengan bukti-bukti dan angka.

Tanpa menjawap segala tuduhan atau dakwaan Husam tersebut, Mustafa terikut-ikut cara Umno dengan menggunakan jalan pintas iaitu isu perkauman yang merupakan permainan yang ampuh bagi umno untuk lari dari realiti yang didedahkan Husam.

Mustafa seolah-olah nak beritahu kita, tak mengapalah, apa yang Hj Hadi buat untuk bersama Umno itu semata-mata bertujuan untuk penyatuan orang kita Melayu.Kita bukan macam Husam yang berpakat dengan DAP .... lebih kurang gitulah tujuan dia kaitkan DAP dan Husam, seolah-olah Husam menjadi alat kepada DAP.

Husam pertanyakan kembali kepada Mustafa : Adakah Cikgu kini sedang menjadi alat Umno sekali lagi?

Apa salahnya kalau DAP serang PAS? Sedangkan PAS siang malam serang DAP! Apa yang penting adalah, Mustafa Ali suruh Hj Hadi jawab kenyataan Husam itu sama ada Husam bercakap benar atau Hj Hadi berbohong. 

Jkkk PAS Pulau Pinang kena pecat

Posted: 18 Nov 2015 12:08 AM PST

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang YB Dato' Haji Mohd Rashid Hasnon berkata hari ini menjelaskan bahawa ahli PAS yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) yang baru-baru ini melepaskan jawatan mereka sebenarnya dipecat.

 Katanya, JKKK dari kawasan pilihan raya yang ditandingi oleh PAS ditamatkan perkhidmatan mereka bulan lalu dan diminta mengosongkan jawatan masing-masing.

 Beliau berkata hanya pengerusi dan setiausaha JKKK yang dipegang oleh ahli PAS diminta supaya berundur.

 "Jawatan mereka akan digantikan dengan ahli Parti Amanah Negara (AMANAH)," kata Rashid.

Rashid berkata langkah itu dibuat selepas kerajaan negeri mengumumkan ia kini diterajui oleh kerajaan Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan AMANAH.

 PAS diketepikan daripada gabungan baru yang dilancarkan pada 23 September lalu selepas parti itu menerima cadangan oleh perwakilannya pada muktamar tahunan supaya memutuskan hubungan dengan DAP.

 "Kami telah mulakan proses menamatkan perkhidmatan kerana mereka tidak lagi dapat melaksanakan dasar-dasar kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang," kata Rashid pada sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.

 "Mereka bukan meletakkan jawatan tetapi kita tamatkan (perkhidmatan) mereka," katanya yang juga adalah ADUN Pantai Jerejak.

 Rashid berkata keputusan berkenaan akan membabitkan ahli-ahli PAS di 293 JKKK, di mana setiap jawatankuasa mempunyai kira-kira 15 ahli.

Bakpe jadi gitu Ustaz? – Ahmad Firdaus Mohd

Posted: 17 Nov 2015 11:08 PM PST

Duk teringat tahun 2013. Teruja boh pertama kali buleh ngundi pilihan raya. Daripada skoloh lagi dok sabor nok ngundi.

 Waktu tu hangat dengan isu lembu duduk kondo. Memang penuh harapanlah harap-harap dengan ngundi boleh uboh Malaysia tercinta ni.

 Waktu tu tiga orang tanding rebut kerusi P39 Parlimen Dungun, Wan Hassan (PAS), Datuk Rosli Mat Hassan (Umno) dan Mazlan Harun (Bebas). Memang soheh doh ngundi Wan Hassan. Sebabnya Umno teruk ngat duk bahang pitih rakyat sokmo.

 Pasti doh dengan ngundi Wan Hassan kalau dokleh uboh Malaysia pn, paling kurang boleh lawan Umno kat parlimen.

 Tahun 2015, Umno-BN masih memerintoh. Penyelewengan koho parok.

 Isu 1MDB, RM2.6 billion, duit Mara, skandal dana anok yatim dan orang miskin (isu YaPIEM) dan banyok lagi.

 Duit-duit yang puok Umno curi ni dok terkate banyoknye, orang kampung macam saya dokleh nok bayang banyok mane duit RM2.6 billion tu.9 Nasib baik ngundi Wan Hassan bukan Rosli. Mesti dia lawan Umno.

 Hidup rakyat koho susoh. Harga minyok takdop subsidi doh.

 Kalau harga minyok naik, harga barang lain beng kabo lah, confirm naik lake. Tu dok cerite pasal harga tol naik lagi tu. Susoh boh.

 Tengoh-tengoh susoh gini, kerajaan laksana pulok cukai GST.

 Konon menteri bijok panda kabo ni untuk kebaikan rakyat. Tapi setakat beberape bulan hidup dalam rejim GST ni, rakyat koho sengsara bukan bahagia! Parok boh!

 Nasib baik ngundi Wan Hassan bukan Rosli. Mesti dia lawan Umno.

 Pembentangan bajet 2016 Datuk Seri Najib buat rakyat koho sakit hati. Peruntukan untuk universiti kene potong tapi peruntukan untuk Pejabat Perdana Menteri naik?!

 Subsidi banyok kene potong termasuk minyok masok dan dana Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kene potong 95%. Parok boh!

 Nasib baik ngundi Wan Hassan bukan Rosli. Mesti dia lawan Umno kat Parlimen.

 Menjelang pengundian bajet kat Parlimen, dengor ure-ure kabo sek-sek pemimpin PAS nok sokong bajet 2016 Najib. Eh dok saboh rasenye, bajet nyusoh ke rakyat gitu dokkan PAS sokong.

 Dok logik boh, Kabor angin tu. PAS sek baik, Umno sek penyamun.

 Nasib baik ngundi Wan Hassan bukan Rosli. Wat nape ngundi sek penyamun.

 Hari pengundian Bajet 2016 kat Parlimen. Parok, tiga orang je ahli Parlimen PAS undi dok setuju dengan bajet 2016 Najib.

 Yang lain ponteng ataupun undi berkecuali. Ponteng dan berkecuali tu maknanya sokong Najib tapi malu-malu kucing.

 Dakpe itu ahli parlimen lain, dok mungkin Wan Hassan. Wan Hassan lawan Umno. Dokkan dia setuju dengan Umno. Cek hansard tengok, oloh parok Ustaz Wan Hassan sokong sek penyamun! Bakpe jadi gitu Ustaz? – 17 November, 2015. ~ sumber

Tiada ulasan: