Isnin, 16 November 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Penjualan loji janakuasa : 1MDB main wayang rupanya.....

Posted: 16 Nov 2015 01:48 PM PST

Bantahan PKR dan Rafizi memang ada asasnya, tetapi dalam masa yang sama memang itulah yang dimahukan oleh 1MDB dan kerajaan.

 Dengan itu, jika TNB yang dipilih untuk membeli Edra, ia tidak lagi dilihat sebagai penyelamat hutang-hutang 1MDB semata-mata, bahkan juga kononnya untuk menjaga kepentingan ekuiti negara tidak terlepas ke tangan asing dan untuk memastikan kadar tarif letrik tidak ditentukan oleh pihak luar.

 Namun, jangan lupa, apabila TNB yang dipilih membeli loji-loji janakuasa itu, ia bukan saja menambahkan beban syarikat utiliti negara itu, tetapi juga menjadikan rakyat menanggung sekali lagi beban 1MDB.

 1MDB adalah milik kerajaan dan TNB juga milik kerajaan. Jika kali pertama 1MDB meminjam wang melalui penjualan bon yang dijamin kerajaan untuk membeli loji-loji itu, melalui pembelian oleh TNB kali ini, ia sudah tentu perlu meminjam wang juga untuk membelinya.

 Sebagai syarikat kerajaan, saham-saham TNB hanya kira-kira 15 peratus saja yang diapungkan di pasaran terbuka dan selebihnya adalah milik kerajaan melalui pelbagai agensi pelaburan dan pemegang amanahnya.

 Bermakna, jika TNB meminjam wang untuk membeli loji-loji Edra itu, ia sebenarnya turut saja melibatkan kepentingan rakyat sama.

 Kali pertama ketika 1MDB membuat pembelian, kerajaan menjadi penjamin yang bermakna hak-hak rakyat dijadikan cagaran, kali kedua untuk menyelamatkan hutang-hutangnya, sekali lagi hak rakyat dipertaruhkan.

TNB bukan tidak sedar dan tidak bimbang dengan keadaan ini. Tetapi apa pilihan yang mereka ada?

 Lantaran itu, kakitangan TNB telah mengadakan solat hajat pada Jumaat lalu memohon perlindungan dan petunjuk Tuhan berhubung kemelut ini. 

Dengan ini, dalam isu 1MDB ini saja, dua agensi kerajaan sudah mengadakan solat hajat memohon perlindungan dan agar terus diberkan kekuatan iaitu TNB dan SPRM. Tidak pernah ada syarikat lain selain 1MDB yang menimbulkan masalah sebegini rupa kepada mana-mana agensi kerajaan sebelum ini.

 Secara mudahnya, penjualan loji-loji janakuasa itu ialah sebahagian pelan rasionalisasi hutang 1MDB, tapi adakah ia rasional kepada rakyat? Sila baca sepenuhnya  ~ di sini

Yapeim anjur kursus kahwin di Paris belanja RM290,000

Posted: 16 Nov 2015 01:30 AM PST

Selepas beberapa siri pendedahan skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) kali ini mendedahkan satu lagi program yayasan di bawah Jabatan Perdana Menteri itu yang menelan belanja RM290,000 di Paris.

 Pengarahnya, Akmal Nasir mempersoalkan program dinamakan "Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan" itu tidak langsung melibatkan anak yatim memandangkan ia menggunakan dana Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin).

 "Apakah kewajaran menggunakan wang Yapeim bagi penganjuran kursus perkahwinan dengan kos RM290,000 yang berlangsung 14 hari di Paris, Perancis?

 "Mengapa dana Yapeim digunakan untuk menganjurkan kursus ini dan dibayar melalui Pemangkin?9 "Tidak adakah anak yatim atau miskin di Malaysia ini yang lebih layak dan memerlukan untuk Yapeim bantu?," soal Akmal pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

 NOW mendakwa 2 program diadakan secara berturut di Paris pada hujung 2014 dan awal 2015.9 Aktiviti pertama dibiayai menggunakan wang Yapeim dikenali sebagai Kursus dan Kembara Santun 2014 sepanjang 20 Disember hingga 28 Disember, 2014 dengan kos RM176,500.

 Manakala pembiayaan kedua dibuat Program Transformasi Warga Santun (Tamrim) Kelab Santun Eropah pada 29 Disember 2014 hingga 3 Januari 2015 dengan kos RM113,500.

 Akmal pada sidang media itu turut melampirkan dokumen perakuan Unit Amal Jariah daripada Yayasan Islam itu yang mengatakan program di bawah Kursus dan Kembara Santun 2014 Kelab Santun Eropah dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

 "Benarkah kedua-kedua program ini dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom?," soalnya.

 Akmal juga menggesa Jamil Khir menjawab segala persoalan yang dilontarkan kepadanya memandangkan Yapeim ialah yayasan di bawah seliaan beliau.

 "Nasihat saya kepada beliau selaku menteri hal ehwal Islam, jawablah persoalan ini dengan rakyat di luar sana dan bukan dengan saya di mahkamah," katanya sambil menyifatkan tindakan saman Jamil Khir terhadapnya hanya untuk mengalihkan perhatian masyarakat. – 16 November, 20159. ~ sumber

USUL TERGEMPAR PARLIMEN BAHAS PEMBUKAAN SEKTOR PENJANAAN ELEKTRIK KEPADA PELABUR ASING

Posted: 16 Nov 2015 12:15 AM PST

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, telah memfailkan tergempar di bawah Peraturan 18 untuk menangguhkan Mesyuarat Majlis pada hari Rabu, 18 November 2015 untuk membahaskan satu usul tergempar yang berbunyi seperti berikut:
"Bahawa Dewan ini menggesa supaya YAB Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Tun Razak membatalkan hasrat dan cadangan Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan 1MDB melupuskan pegangannya di dalam Edra Global Energy Berhad sehingga 100% kepada pelabur asing seperti yang dirujuk di dalam surat kebenaran bagi perkara yang sama dari Suruhanjaya Tenaga kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan bertarikh 11 September 2015. Hasrat dan cadangan Kerajaan Persekutuan itu bertentangan dengan peraturan sedia ada yang menghadkan pegangan ekuiti oleh pelabur asing di dalam sektor penjanaan tenaga kepada maksimum 49% demi kepentingan negara."

Bersama-sama ini saya sertakan surat pemberitahu usul dan juga surat dari Suruhanjaya Tenaga yang menjadi bukti bahawa Kerajaan Persekutuan telah pun memutuskan untuk menghapuskan had pegangan ekuiti dalam sektor tenaga seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Baca lagi di sini

Kenapa Hj Hadi tidak Saman Husam Musa yang tuduh Hj Hadi khianat pada parti?

Posted: 15 Nov 2015 08:53 PM PST

Susulan dakwaan mengejut terdapat usaha penyatuan PAS dengan Umno melalui Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas naib presiden Datuk Husam Musa menegaskan sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan kenyataannya itu, lapor akhbar Sinar Harian.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata demikian ketika menjawab soalan di majlis "Demo Tanya, Ambo Jawab" di Kota Baru, Kelantan, malam kelmarin.

 Menurut Husam, usaha membentuk kerajaan di antara PAS dan Umno sudah berlaku sejak sekian lama.

 Bekas exco kerajaan Kelantan itu berkata, setiap kali pilihan raya akan terdapat ramai pemimpin dan kenamaan berkunjung ke rumah bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memujuknya supaya berbaik dengan Umno.

 Katanya, usaha itu diteruskan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 apabila presiden PAS dan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengadakan pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

 Bagaimanapun menurut Husam, usaha itu gagal kerana kerusi yang diperoleh PAS pada ketika itu tidak mencukupi untuk menubuhkan kerajaan dengan Umno.

 Menurut Sinar Harian, Husam menceritakan, ketika perundingan itu berlangsung selama 15 minit, beliau menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada bekas setiausaha agung Datuk Mustafa Ali dan bekas timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa untuk bertanyakan tentang pertemuan itu.

 Katanya, beliau menerima maklumat mengenai perundingan itu daripada pekerja hotel yang tidak mahu kedua-dua parti itu bergabung.

 "Saya sebut nama Datuk Mustafa supaya dia boleh jadi saksi, mungkin selepas ini dia nafi, saya tanya mereka perundingan apa yang dibuat?

 "Tetapi adakah PAS dan Umno tidak boleh berbaik? Boleh, dengan dasar terbuka (tetapi), bukan kerana fulus (duit), tapi saya peringatkan dari situ sehingga mesyuarat PAS Pusat dalam isu menteri besar Selangor.

 "Saksi saya adalah AJK PAS ketika itu termasuk presiden dan timbalan (ketika itu Mohamad Sabu), mungkin Mat Sabu tidak boleh jadi saksi sebab sudah keluar parti tetapi saya masih ahli PAS. Selain itu, bekas ketua Muslimat PAS Siti Zailah. Soalnya berani atau tidak sahaja.

 "Ulama kena cari formula kalau suruh saya sumpah talak isteri, saya sanggup," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian. ~ sumber 

Komen al-Husseyn : 

Bagi sesetengah pihak, mereka tetap menganggap segala kenyataan Husam mengenai komplot UG ini sebagai perkara yang mengarut; hanya semata-mata kerana ianya tidak pernah diakui sendiri oleh Hj Hadi yang sering berdolak dalih dengan penafian.

 Waima bukti-bukti telah menunjukkan kepada kita bahawa penafian Hj Hadi selama ini merupakan seperti  orang yang berak dijalanan , mana dia akan berani untuk mengaku bila ditanya orang!

Hinggakan Ketua Penerangan PAS ketika itu, Mahfuz Omar yang cukup mempercayainya telah berkata, "Tentunya PAS tidak sama sekali terfikir untuk mengkhianati mandat dan menghakiskan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat,"

Tetapi malang bagi Hj Hadi, dia telah terkantoi dengan penafiannya, apabila mantan PM Abdullah Ahmad Badawi dengan tidak semena-mena telah mengakui adanya pertemuan sebanyak tiga kali untuk berUG.

 Ternyata telahan Mahfuz Omar itu meleset jauh. Hj Hadi telah membawa PAS mengkhianati dan menghakis kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

Bukti apa lagi, bila bekas naib presiden Nasarudin Mat Isa sendiri telah mengakuinya?

 Menurut Nasarudin, ianya bermula daripada pilihanraya 2008, atas keputusan Majlis Syura Ulama PAS Pusat yang bermesyuarat pada 28b April 2008. Sila baca di sini 

Ust. Ahmad Awang ketika ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-55 pada 2009 di Shah Alam pernah mendedahkan bahawa ada pimpinan parti tertinggi yang telah memintanya untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan di Perak.

Penafian demi penafian oleh Hj Hadi dan kuncu-kuncunya disetiap kali isu ini ditimbulkan tanpa kesudahan.

Terkini, Husam telah mencabar Hj Hadi supaya sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan siapa yang bercakap benar, sebagaimana dilapor akhbar Sinar Harian.

Nampaknya Hj Hadi seorang yang penakut. Dia hanya menafikan dan menafikan. Itulah sahaja yang mampu dia buat. Dia takut nak bersumpah....tetapi kenapa dia berani saman Husam yang tuduh dia buat kelaku khianat begitu?

Kerjabuat penyatuan PAS dengan Umno adalah kerja khianat kerana ianya tidak pernah diputuskan daklam mana-mana muktamar. Sejak dulu lagi lawan kita adalah Umno! 

Husam ada beberapa orang saksi untuk menyokong kenyataannya itu kerana kenyataan  Hj Hadi itu berlaku dihadapan ramai ketika mesyuarat JKPP bersidang.

Sekali lagi saya tanyakan Hj Hadi : Kenapa tak saman Husam Musa?

Tiada ulasan: