Selasa, 10 November 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Empat hari Hj Hadi terkancing gigi?

Posted: 10 Nov 2015 05:59 AM PST

Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

 "Kalau presiden kata tidak, sila nafi. Kalau presiden tanya, kenapa beritahu, saya tanya balik, kenapa buat?," katanya di sini

Empat hari telah pun berlalu, namun Hj Hadi masih tidak memberikan sebarang responnya. Husam mahu presiden sendiri yang menafikannya kalau perkara tersebut tidak benar.

Azmin Ali cepat-cepat menafikannya."Perkara itu tidak pernah dibincangkan sebelum ini." katanya di sini . Tapi Husam mahu Hj Hadi yang menafikannya, bukan Azmin.... Kang Dr Hatta cabar ko buat sumpah murbahalah dengannya tercirit ko nanti !

 Begitu juga Noh Udang....


Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini menafikan dakwaan bahawa partinya dan PAS cuba membentuk kerajaan perpaduan di negeri itu. Malah, beliau turut mempersoalkan logik mengenai dakwaan yang dibuat bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa. 

"PAS mempunyai 15 ADUN manakala Umno hanya ada 12. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 29 kerusi (daripada 56) untuk membentuk kerajaan di Selangor," katanya di sini . Mangkuk ni sengaja melupakan Azmin dan co? Hahaha!

 Husam mahukan Hj Hadi sendiri yang menafikannya. Susahkah Hj Hadi nak jawab 'TIDAK' ? Susah sangatkah?

Apakah Hj Hadi masih terkancing gigi kerana tersentap dengan pendedahan Husam?

Tiada ulasan: