Ahad, 4 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Kadir: Beri 'laluan selamat' untuk Najib berundur

Posted: 04 Oct 2015 10:42 PM PDT



Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin mencadangkan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak diberi "laluan selamat" untuk berundur demi untuk menyelamatkan negara daripada musnah.

"Mari kita beri laluan selamat kepadanya. Mari kita buat ia lebih mudah bagi beliau untuk berundur," kata Kadir dalam blognya malam tadi.

"Kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri, yang lebih penting - membicarakan beliau atas dakwaan rasuah atau menyelamatkan negara ini"

Kadir berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyatakan apa-apa yang baru apabila menyebut Najib tidak akan berundur kerana beliau takut ditangkap dan didakwa.

Beliau memberi contoh di Zimbabwe, yang presiden Robert Mugabe berkuasa selama 35 tahun – tetapi memyebabkan ekonominya runtuh dan dolar Zimbabwe menjadi mata wang sampah.

Kadir bertanya adakah kita mahu Najib melakukan seperti apa yang dibuat Mugabe dengan terus kekal berkuasa tanpa mengira akibatnya dan membiarkan ekonomi merudum.

"Atau kita berikan beliau laluan yang selamat?" tanya Kadir sambil berkata semakin lama keadaan semasa berterusan, ia akan menjadi lebih teruk.

Kadir berkata, semua orang tahu bahawa Najib akan melakukan apa saja yang beliau mampu untuk terus kekal sebagai perdana menteri.

Imelda pergi kerana laluan selamat AS

Ini termasuk memaparkan wajah berani dalam dan luar negara.

"Tetapi jauh di dalam hatinya beliau tahu sebaik sahaja beliau meletakkan jawatan atau hilang kawalan ke atas Jabatan Peguam Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara, beliau akan ditangkap dan didakwa.

"Kita semua akan terkutuk oleh generasi akan datang jika kita tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan perkara buruk ini. Kita harus bersungguh-sungguh mengambil berat tentang masa kita dan tentang masa depan anak cucu kita," tegas Kadir.

Sambil merujuk kepada Filipina, Kadir berkata negara jiran itu pernah menjadi lebih baik daripada Malaysia.

"Hanya dengan seorang pemimpin yang tidak baik dan isterinya yang merosakkannya. (Ferdinand) Marcos telah lama pergi tetapi Filipina tidak pernah benar-benar pulih daripada apa yang dia dan isterinya lakukan. Mereka musnahkan Filipina.

"Marcos (gambar) dan isterinya yang boros berbelanja, Imelda (gambar) tidak akan berlalu pergi pada malam 25 Februari 1986 sekiranya Amerika Syarikat tidak menjamin keselamatan mereka dan Presiden Corazon Aquino tidak memberikan mereka laluan selamat," kata Kadir lagi.

Najib kini berdepan dengan tekanan yang semakin meningkat untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, terutamanya selepas perhimpunan BERSIH pada Ogos lalu.

Ia menyaksikan ratusan ribu orang turut ke jalanan untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan pentadbiran semasa.

Namun begitu, Najib dilihat mahu terus kekal sebagai perdana menteri.

- mkini


Pertemuan Zahid-Umno PP bukan untuk peralihan kuasa?

Posted: 04 Oct 2015 07:30 PM PDT


 
Perjumpaan tertutup antara pemimpin tertinggi Umno antaranya Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang tiada kaitan dengan peralihan kuasa dalam parti itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata perjumpaan pada Jumaat lepas itu adalah untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa dan strategi mengukuhkan parti itu."Dalam perjumpaan dengan Ahmad Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, itu, kami langsung tidak membincangkan mengenai peralihan kuasa dalam Umno.

"Perjumpaan tertutup itu bukan sahaja diadakan di Pulau Pinang sebaliknya di seluruh negara kerana pemimpin tertinggi parti mahu memberi penjelasan mengenai perkara-perkara berbangkit dan isu semasa kepada pemimpin peringkat negeri agar dapat diperjelaskan kepada rakyat," katanya kepada pemberita di Nibong Tebal hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program MyRezekiFest 2015 peringkat Pulau Pinang di Dataran Dewan Perda, Sungai Acheh, di Nibong Tebal hari ini.Perjumpaan yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai itu turut dihadiri Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Zainal Abidin berkata sekarang ini bukan masanya untuk membincangkan mengenai peralihan kuasa kerana Umno sedang menghadapi waktu sukar dan banyak perkara terutama isu-isu semasa perlu dijawab serta dijelaskan kepada rakyat.Selain itu, katanya mereka turut membincangkan hala tuju parti dan strategi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

"Program gerak kerja untuk PRU14 perlu bermula dari sekarang dan kita perlu fokus serta memperhalusi teknik dan strategi yang digunakan bagi meningkatkan kepercayaan pengundi," katanya.

Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata Umno negeri yakin angka pengundi berdaftar di Pulau Pinang akan bertambah sebelum PRU14 yang dijangka diadakan dalam tempoh dua tahun lagi.

Ketika ini, ada 880,000 pengundi berdaftar di Pulau Pinang dan kami yakin dengan beberapa strategi yang telah dirangka jumlah itu akan bertambah dari masa ke semasa," katanya.-Bernama


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

DAJJAL DI SEGITIGA BERMUDA, SEJARAH AMERIKA By canang

Posted: 04 Oct 2015 07:00 PM PDT


 
DAJJAL DI SEGITIGA BERMUDA, SEJARAH AMERIKA

Dajjal adalah raja di kerajaan rahsia di Segitiga Bermuda. Si laknat itu sedang berkonspirasi bersama Illuminati diketuai oleh Rothschild di sebalik kejadian-kejadian pelik yang berlaku di dunia ini. 
 
Contoh kejadian pelik yang menimpa baru-baru ini seperti kehilangan pesawat MH370, MH17 ditembak jatuh. Mereka juga mencipta peperangan seperti di Gaza dan Syria yang tidak berkesudahan.
 
Dajjal keluar atau muncul di tengah-tengah masyarakat secara berfasa-fasa. Adakalanya ia muncul mengaku sebagai Nabi dan ada kalanya ia muncul dengan memimpin sebuah organisasi. Anggapan bahawa Dajjal keluar hanya sekali di tengah-tengah masyarakat adalah tidak benar.

Dalam buku Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda, perihal Dajjal atau Samirah telah dikemukakan dengan hujah yang begitu dramatik sekali. Antara fakta yang paling besar hikmahnya ialah cerita Samiri membina patung anak lembu dan menyesatkan Bani Israel.

Tetapi kini, rahsia penonjolan nama Samiri dalam Al-Quran sudah TERBONGKAR, Samiri adalah ad-Dajjal dan Dajjal adalah Samiri. Cuma nama Dajjal adalah sebagai gelaran dan Samiri adalah nama sebenar.

keluarga Dajjal berasal dari kampung bernama Samirah di Palestin. Kampung ini kemudian harinya menjadi pusat pemerintahan empayar Islam pada zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.

Kelahiran Dajjal bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Ibu bapa Dajjal adalah dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram.

Mereka berdua juga penyembah patung lembu yang ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Musa. Ibu bapa Dajjal telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untuk mendapatkan anak.

Setelah 30 tahun maka lahirlah seorang anak yang diberi nama Samiri. Nama itu diberi sempena nama kota Samirah tempat tinggal mereka.

Setelah sampai beberapa ketika, Allah menurunkan bala ke atas penduduk kampung itu. Semua penduduknya yang engkar ajaran Nabi Ibrahim telah dimusnahkan oleh para malaikat.

Namun demikian, Allah mengarahkan Jibril a.s. menyelamatkan anak kecil bernama Samiri dan diletakkannya di sebuah pulau terpencil di laut Syam. Di pulau itu, seekor binatang besar bernama Al-Jasasah bersama Jibril memelihara Samiri atas arahan Allah SWT. Samiri tinggal di pulau itu dan belajar ilmu-ilmu Tauhid dari AL-Jasasah. Kisah binatang itu ada dijelaskan dalam sebuah hadith yang mengisahkan Tamim Ad-Dhari terdampar di sebuah pulau dan berjumpa binatang berbulu.

Sehingga suatu waktu, Samiri keluar merantau ke luar dari pulau dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan berlabuh di pulau itu. Maka sejak itu, Samiri mula mengenal masyarakat dunia.

============================================================================================================================================
DAJJAL MERANTAU KE MESIR

Seratus tahun selepas itu, maka lahirlah Nabi Musa di Mesir. Samiri berangkat ke Mesir kerana terdengar kehebatan Firaun dan dakwah Nabi Musa. Samiri yang buta sebelah itu bekerja sebagai khadam di sana. Dia melihat segala perkara yang berlaku di Mesir.

Hatta dia juga mengikut bersama pengikut-pengikut Nabi Musa lari ke Laut Merah untuk menyelamatkan diri dari kejaran tentera Firaun. Nabi Musa juga tidak tahu bahawa salah seorang pengikut yang menyertai rombongan mereka itu ialah Samiri.

Semasa Nabi Musa meninggalkan Bani Israel bersama Nabi Harun, maka disitulah terjadinya suatu peristiwa berpaling tadah kaum Bani Israel. Samiri telah mempengaruhi Bani Israel agar kembali menyembah berhala dengan membina patung lembu betina. Kisah ini telah pun dicatatkan dalam al-Quran surah Ibrahim.

Dajjal melewati pelbagai negeri yang mempunyai sempadan pantai dan laut. Perjalanan Dajjal merentasi pelbagai negeri ini adalah untuk mencari penduduk-penduduk yang dirasakan boleh menerimanya sebagai Tuhan atau setidak-tidaknya Anak Tuhan. Itulah nafsu tertinggi bagi dirinya dalam mencari kepuasan di dunia yang telah ia kembarai sejak sekian lama.

Dajjal telah menemui suatu kaum yang dirasakan nya mampu bagi ia menyamar diri sebagai tuhan mereka. Kaum ini ditemui olehnya di sebuah daerah di AMERIKA Selatan.

Namun begitu, ia masih tidak puas. Dajjal mahu kekuasaannya dianggap sebagai tuhan lebih hebat dari Firaun yang pernah dilihatnya. Maka Dajjal meneruskan perlajanan ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai tuhan disebar seluas-luasnya. Penduduk amat percaya kerana kebijaksanaan dan ilmu yang dimilikinya.

Salah satu perkara penting dalam bab ini ialah ia menjelaskan tentang berlakunya penemuan Dajjal terhadap kawasan Segitiga Bermuda yang didiami oleh Iblis. 

Di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia.

mengapa Dajjal memilih Segitiga Bermuda? Dajjal memilih menetap di air kerana Dajjal sudah mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya. Tambahan pula, si laknat itu memang tinggal dan membesar di pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar.

Dajjal dilihat berjaya membina satu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilih itu sudah pun dipelopori oleh Iblis laknatullah. Dajjal membina penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. 
 
Proses pembinaan itu menurutnya telah dibantu oleh jin dan syaitan sendiri.
Menurut beberapa manuskrip kuno Yahudi, yang masih disimpan terun-temurun oleh beberapa buah keluarga Yahudi, ketika berlakunya kejaran Firaun dan tenteranya keatas pengikut-pengikut Nabi Musa as, Samiri yang turut sama berada dalam kumpulan itu telah terlihat 'lukisan-lukisan aneh' yang berada didalam Laut Merah. 
 
Lukisan-lukisan aneh itu dipercayai sebagai lukisan peninggalan bangsa-bangsa jin yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini. 
 
Bermula dari situlah, Dajjal sudah mengenali suatu bangsa yang mampu memberinya bantuan yang tidak mampu diberi oleh manusia biasa.

Namun ada sesuatu yang menarik mengenai proses bantuan dari jin dan syaitan ini. Sejauh mana pun pertolongan yang diberi oleh syaitan dan jin, 'pertolongan' itu tidak mungkin 'melampaui' permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu?

Permohonan baginda dinyatakan secara jelas dalam al-Quran surah as-Shod, ayat 35.

"Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku …" 

Antara Bukti Dajjal Meminta Pertolongan Syaitan

Rasulullah bersabda, "Diantara fitnah Dajjal adalah ia akan berkata kepada seorang Badui, 'Bagaimana pendapatmu jika saya membangkitkan kembali ayah dan ibumu yang telah mati, apakah engkau akan bersaksi bahawa saya adalah tuhanmu?'

Badui itu berkata, 'Ya'.

Lalu dua orang syaitan berubah wujud menyerupai ayah dan ibunya, keduanya kemudian berkata, 'Wahai anakku, ikutilah dia, kerana dia adalah tuhanmu'.

(Maka ikutlah Badui itu kepadanya (kepada Dajjal))". – HR. Ibnu Majah dan Al-Hakim, Al-Albani, Shahih Al-Jami', 7875. 

============================================================================================================================================
BUKTI DAJJAL SUKAR DIKENALI 

Manusia hanya boleh mengenali Dajjal apabila seseorang itu meneliti dan mengkaji secara menyeluruh fakta-fakta dalam al-Quran, hadith, sirah dan lain-lain.

Penegasan tentang penyataan bahawa Dajjal itu sukar dikenali adalah berdasarkan kajian dalam hadith di bawah:

Sabda Rasulullah SAW;

"Barangsiapa yang mendengar nama Dajjal hendaklah ia berpaling darinya kerana demi Allah, sesungguhnya apabila ia menemuinya dan dia menganggap bahawa dirinya adalah seorang mukmin maka ia akan mengikutinya (Dajjal tersebut) dengan segala syubhat (kebatilan) yang dia bawa."

HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Hakim dari Imran bin Hussain dan disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam kitabnya Al-Misykat, hadith no:5488.

Bermakna Dajjal adalah ahli Hujjah. Pandai bermain kata-kata sehingga orang yang mendengar akan terpaku dan terpesona, dan mempunyai aura yang sangat hebat.Contoh, kemungkinan Dajjal akan merubah wajahnya dgn kuasa sihir yang dimiliki, dan berpakaian seperti seorang mukmin.

Hadith di atas tidak menggunakan langsung kalimah tersirat untuk menunjukkan bahawa Dajjal itu sukar dikenali. Cukup bagi kita mengambil kalimah berikut sebagai menegaskan teori kita.

Perhatikan kalimah "dia menganggap bahawa dirinya adalah seorang mukmin…"

Maksud bagi potongan kalimah ini ialah seorang muslim tersalah sangka tentang seorang yang ia jumpa dan menyangka orang yang dijumpainya itu adalah seoang mukmin sepertinya lalu muslim itu menurut orang tersebut (Dajjal).

Jelaslah akan potongan hadith itu bahawa Dajjal itu sukar dikenali sehinggakan orang Islam sendiri boleh menganggap bahawa Dajjal itu seorang mukmin.

Apabila Rasulullah mengatakan demikian, apakah Dajjal itu nanti akan berperwatakan seperti seorang muslim?

============================================================================================================================================
DAJJAL MENYAMAR SEBAGAI MUSLIM

Ia adalah suatu kemungkinan besar dan ia bukan suatu kemungkinan tetapi suatu perkara yang pasti. Setiap apa yang dinyatakan oleh Rasulullah pasti akan berlaku kerana ia adalah ilham maklumat yang dicetuskan oleh Allah SWT.

Maka bolehlah kita meyakini bahawa Dajjal suatu hari nanti akan menyamar seperti seorang mukmin sejati. Jika ia bukan menjadi mukmin sejati masakan mana mungkin Nabi berpesan bahawa ramai orang Islam yang akan mengikutinya.

Manakala orang Islam yang mengikuti Dajjal itu sudah pastilah orang Islam yang tidak mengkaji (atau mahu mengkaji) langsung tentang hadith-hadith Rasulullah. Mereka hanya menjadi pembaca hadith bukannya menghayati serta meneroka maksud hadith.

============================================================================================================================================
KEPENTINGAN ILMU HADITH DALAM KAJIAN HAL EHWAL DAJJAL

Semua umat Islam WAJIB mempelajari ilmu hadith sebagaimana wajib mempelajari Bahasa Arab. Ia bukanlah ilmu pilihan seperti yang dibentuk oleh sistem pendidikan sekular kita. Yakni jika bukan dari sekolah agama tidak perlu belajar.

Ilmu hadith adalah pelengkap kepada ilmu al-Quran, dalam erti kata lain, hadith adalah penjelasan tentang fakta-fakta dalam al-Quran. Jika kita hanya mempelajari al-Quran maka mana mungkin kita tahu cara solat, mengenali ulama-ulama hadith, perawi hadith dan cara ia disanadkan.

Ringkasnya, jika tiada ilmu hadith maka sukar bagi kita untuk menepis dakyah-dakyah Dajjal yang dibawa melalui mazhab Wahabi.

Dan selain itu, tanpa hadith kita tidak akan mengetahui bahawa menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi adalah digalakkan untuk menghindari dari fitnah Dajjal.

Syeikh Sayid Sabiq dalam kitabnya Anasirul Quwwah Fil Islam, menegaskan bahawa ilmu hadith adalah salah satu cabang ilmu syariah yang wajib dituntut sebagai unsur-unsur kekuatan dalam Islam. 

Ya! Benar ada yang mengatakan "Buat apa susah-susah nak fikir, biarlah semua tu terjadi, Dajjal memang akan muncul, Allah dah tetapkan, kita tak boleh buat apa. Kalau kita tahu rahsia Dajjal sekali pun Dajjal tetap akan menjadi orang jahat dan menentang Nabi Isa dan Imam Mahdi." Ya benar, ianya semua takdir Allah. Jika itulah hujah yang kita guna untuk tidak mahu berfikir dalam hal ehwal Dajjal maka hujah di bawah ini adalah lawannya.

Menaiki motosikal dalam keadaan tidak bertopi keledar adalah amat bahaya dan semua orang mengetahuinya. Jika jadikan 'takdir' sebagai alasan untuk tidak mahu berfikir mengapa kita memakai topi keledar semasa menunggang motosikal, polis bukannya ada selalu di jalanraya, bukankah jika Allah berkehendak untuk ia mati, di mana pun ia boleh mati. 
 
Oleh sebab itu, jika orang bertanya kepada kita "Ali mengapa tidak memakai topi keledar, bahaya nanti boleh mati? Kita sepatutnya menjawab "Takpelah Mat, mati adalah takdir tuhan". Tetapi realitinya kita tidak menjawab begitu malah kita sendiri memakai topi kerana takut mati atau cedera. Tindakan memakai topi adalah tindakan berjaga-jaga agar kita "tidak ditakdirkan dalam golongan yang tercedera".

Samalah juga dalam hal ehwal Dajjal, berfikirlah untuk tidak tergolong dalam kelompok yang termakan fitnah Dajjal.

Wallahualam

VIDEO - Mahathir: Najib pencuri, ahli Umno Pekan, jangan undi dia

Posted: 04 Oct 2015 06:30 PM PDT



Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak pengundi Umno di Pekan supaya tidak mengundi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk siri pilihanraya akan datang.

Katanya, tindakan berkenaan demi mengembalikan maruah Umno.

Bekas no 2 SB mahu Gani muncul, nyatakan pendirian MALAYSIAKINI

Posted: 04 Oct 2015 06:00 PM PDT


  
Bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail digesa tampil ke khalayak untuk menjelaskan skandal berhubung hutang yang ditanggung 1MDB, bahawa beliau didakwa berkata ia "sangat jelas" sebelum dipecat.

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador dalam surat terbukanya kepada kerajaan yang diedarkan kepada media semalam mempersoalkan mengapa Gani kini "diam membisu seribu bahasa".

Berhubung pertemuan terakhirnya dengan Gani sebelum beliau ditukar, Hamid berkata bekas peguam negera itu tegas mengenai kes tersebut.

Menurut Hamid lagi, Gani berkata bahawa kes itu "sangat jelas".

"Tetapi sesudah "dipecat" Tan Sri diam membisu seribu bahasa," kata Hamid dalam surat terbuka itu
"Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri? Ada pihak menyatakan bahawa Tan Sri diugut agar tidak melawan.

"Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salah laku yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum.

"Come on, Tan Sri, apalah sangat dengan skandal peribadi yang kecil walaupun ia benar jika dibandingkan dengan impak yang teruk oleh kemelut 1MDB terhadap negara.

"Rakyat dengan mudah akan memaafkan anda. Keluarlah dan buat pendirian. Semua ini buat anda dipuji sebagai pejuang yang kental di kalangan kakitangan awam," katanya.

Gani - bekas peguam negara paling lama, ditamatkan khidmatnya ketika kemuncak siasatan pasukan petugas khas mengenai skandal 1MDB dan wang RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia merupakan sebahagian siri tindakan pentadbiran Najib termasuk melantik beberapa angota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke dalam kementerian.

Malah, Najib juga memecat bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri kabinet Datuk Seri Shafie Apdal.

Beberapa anggota pasukan petugas khas yang lain turut dipindahkan dan ia termasuk Abdul Hamid.
Abdul Hamid sebelum ini mendakwa, selama 37 tahun adalah kerana kelantangannya dalam isu skandal 1MDB.


KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN !

Posted: 04 Oct 2015 05:45 PM PDT


 
Zar Ali's photo.

VIDEO - Fokus Ke Putrajaya, Pakatan Harapan Tidak Perlu Hiraukan Masalah PAS

Posted: 04 Oct 2015 05:00 PM PDT


PRU-14: Siapa akan korbankan kerusi demi AMANAH?

"Khianat dan terburu-buru!" kata seorang pemimpin PAS mengulas pelancaran Parti Amanah Negara pada Hari Malaysia.

"Tidak realistik!" katanya merujuk kepada pengumuman Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 23 September bahawa Pulau Pinang sekarang adalah kerajaan Pakatan Harapan yang meliputi DAP, PKR dan Amanah.

Setiausaha PAS negeri itu Fadzil Mohd Kemi berkata ia tidak realistik kerana Pakatan Harapan mengisytiharkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika gabungan baru pembangkang itu menang pilihan raya umum ke-14.
 


 
Bekas ketua pembangkang itu menjalani hukuman penjara lima tahun berhubung kesalahan meliwat dan tidak boleh memasuki gelanggang poltik sehingga 2015.

Tetapi, ia dilihat gabungan pembangkang itu, tanpa PAS, bersedia berdepan pilihan raya umum, selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pertukaran nama Parti Pekerja-pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara.

Namun, persoalannya yang tinggal sama ada Amanah dan Pakatan Harapan boleh menjadi alternatif yang berdaya maju kepada PAS dan BN, kata Fadzil.

Pembangkang perlukan PAS

Fadzil berkata, tanpa PAS, atau kemampuan mereka mendapat sokongan orang Melayu di kawasan itu, Pakatan Harapan akan gagal dalam usaha mereka untuk menawan Putrajaya.

Sesebuah parti itu dilihat tidak berguna jika tidak boleh bertanding dan menang (sekurang-kurangnya satu kerusi) dalam pilihan raya tetapi persoalan lebih utama sama pada AMANAH sekarang bukan mengenai kemenangan, tetapi kerusi mana yang boleh mereka tandingi.

Satu-satunya parti yang tidak bertentangan dengan AMANAH adalah DAP, walaupun orang yang tidak selesa dengan pihak yang muncul sebagai perkauman atau cauvinis, dan yang lebih suka kepada lebih 'solekan' Melayu/Islam, akan memilih menyertai AMANAH dan bukannya PKR atau DAP.

Tanpa syak lagi, terdapat ramai yang berada di atas pagar, dan lebih berminat untuk tidak memilih parti politik yang mana mereka merasakan amalan mengagumi tokoh seperti PAS lakukan kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan PKR untuk Anwar selaku bekas timbalan perdana menteri.

Maka undi akan berkurangan dengan Umno masih kuat dalam permainan ini, sekalipun kritikan mendakwa parti itu parti itu sudah lama dan hanya boleh membuat kemajuan di kawasan tengah Melayu luar bandar dengan rasuah dan mengancam masyarakat jika pembangkang berkuasa.

PAS dan PKR mempunyai kerusi mereka pada pilihan raya umum lalu walaupun kedua-dua parti bertembung pada tujuh kerusi, mendorong pelbagai persoalan oleh masyarakat umum.

AMANAH, sebuah parti baru, perlu bekerja daripada kosong. Tetapi dengan siapa mereka akan berunding?

Hadi membuat kenyataan jelas, bahawa AMANAH adalah pengkhianat parti, "lebih teruk daripada musuh" seperti yang beliau anggap kepada pemimpin yang disingkirkan dan menubuhkan parti baru itu.

Ini bermakna AMANAH hanya boleh berunding dengan PKR. Adakah PKR sedia berkongsi kerusi dengan AMANAH?"-mk



Muhasabah diri, jangan salahkan orang lain, Amanah beritahu PAS

Menyalahkan penubuhan Pakatan Harapan sebagai punca pergolakan dan perpecahan tanpa melakukan muhasabah dan penambaikan serta nilai tambah merupakan sikap terbelakang yang jauh sekali gagal untuk memimpin perubahan masa yang semakin kritikal, kata Parti Amanah Negara (Amanah).

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang dilihat merujuk kepada PAS berkata, parti Islam itu sepatutnya menumpukan isu politik negara yang lebih besar dan bukannya sibuk menunding jari menyalahkan pihak lain menjadi punca perpecahan parti mereka.

"Semua parti-parti pembangkang tidak terkecuali, Amanah hendaklah sentiasa melakukan koreksi diri dan fokus kepada agenda besar yang menjadi harapan rakyat sekarang ini.

"Ini adalah keperluan yang mendesak ketika ini daripada sibuk menuding jari kononnya orang lainlah yang membawa angkara perpecahan dan masalah kepada parti sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan memberikan amaran kepada PKR dengan menyatakan tidak mustahil bakal menerima nasib sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah (PR) , menyaksikan penubuhan parti serpihan, Amanah.‎

Pada masa sama Salahuddin berkata, Amanah berpandangan pintu rundingan dan meja perbincangan sentiasa terbuka luas kepada semua parti pembangkang di negara ini untuk berbincang tentang kepentingan rakyat dan negara.

"Amanah sebagai pemain baharu di persada politik tanah air akan sentiasa melakukan koreksi diri untuk memperkukuhkan peranan kami dalam Pakatan Harapan.

"Janganlah kita leka menyalahkan orang lain dan tidak mekakukan apa-apa sumbangan untuk sama-sama melaksanakan agenda besar Pakatan Harapan yang menjadi aspirasi rakyat ini," katanya. -TMI

ULASAN GB

Penubuhan Pakatan Harapan tidak terburu-buru sepertimana didakwa sesetengah pihak. Ini kerana PAS dari awal lagi SUDAH menyatakan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan AMANAH. Justeru itu mengapa perlu Pakatan Harapan hiraukan PAS lagi

Kedua, AMANAH tidak perlu mengharap atau menagih sebarang kerusi daripada mana-mana pihak. Dengan terbentuknya Pakatan Harapan, tentulah PKR, DAP dan AMANAH akan meneruskan perundingan mengenai kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh parti-parti komponen Pakatan Harapan. PAS tidak termasuk sebagai komponen, oleh itu PAS yang sebenarnya bermasalah. 
PAS boleh bertanding di mana-mana kerusi yang mereka mahu. Pertandingan 3 penjuru berkemungkinan berlaku. Apatah lagi sejarah PRU 2013 membuktikan PAS jugalah yang memulakan pertandingan 3 penjuru dengan pengkhianatan terhadap PR apabila meletakkan calon-calonnya di dalam 8 kawasan.  
PAS akan dihukum oleh rakyat dan akan mendapat semula balasan ke atas pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap PR sebelum ini.

Ketiga, PAS tidak boleh menganggap kerusi yang mereka tandingi semasa Pakatan Rakyat terbentuk pada tahun 2013 sebagai milik mereka sampai kiamat. Tiada sebarang peruntukan undang-undang atau nas-nas yang menyebut demikian.

Keempat, yang jelas, untuk menentang BN kita perlukan gabungan parti-parti politik kerana tiada sebuah parti pun boleh memerintah secara sendirian di dalam negara ini. Itu realiti.

Kelima, sebagai parti politik yang sah dan berdaftar, kini AMANAH boleh bertanding dimana-mana pun kerusi parlimen atau DUN. Itu hak AMANAH di sisi Perlembagaan. Tetapi dengan persepakatan diantara komponen-komponen di dalam Pakatan Harapan, AMANAH tidak akan bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh DAP dan PKR.

Keenam, kini, PAS memilih untuk bersendirian. Pakatan Harapan tidak, BN pun tidak. PAS yang menjadi kera sumbang. Nak bertanding di semua kerusi pun tiada siapa yang menghalang. Soal PAS bukan soal Pakatan Harapan lagi. Kita akan kecundang jika terus melayani karenah si kera sumbang.

Ketujuh, hubungan PAS dengan PKR itu adalah hal yang berasingan dan di atas pundak PKR samada untuk menerima atau tidak. PKR tidak sepatutnya curang dan khianat kepada rakan-rakan lain di dalam Pakatan Harapan seperti yang dilakukan PAS sebelum ini. 
Jika berlaku demikian sewajarnya PKR tidak lagi menjadi "anchor party" di dalam Pakatan Harapan.

Kelapan, semua pihak di dalam Pakatan Harapan perlu jujur dan ikhlas. Kita perlu fokus kepada matlamat kita. Walaupun dengan ketiadaan PAS, Pakatan Harapan mampu dan boleh ke Putrajaya.

Kesembilan, kita berjuang bukan dengan nafsu dan emopsi, tetapi dengan ilmu dan strategi. Pakatan Harapan telah cukup terbuka selama ini.  
Kita tak perlu terhegeh-hegeh untuk memberi ruang kepada yang terhegeh-hegeh di luar dari Pakatan Harapan.

Kesepuluh, kita peringatkan. lagi.. jangan diulangi kesilapan yang lepas-lepas. Mereka yang tidak bersama kita tidak perlu kita fikirkan atau kita hiraukan. Tinggalkan yang angkuh yang sombong dan yang celupar itu. 
Jika dengan adanya mereka bersama kita menyebabkan kita sentiasa ditikam dari belakang, apa pasal lagi untuk membiarkan mereka menyertai kita? 
Hanya orang tidak siuman akan berbuat demikian. Jangan buang masa melayani karenah yang melecehkan perjuangan kita. Jangan hiraukan salakan anjing itu, kabilah ke Putrajaya mesti terus berjalan....

Najib mahu "fajar baru" dalam hubungan diantara umat Islam dan Yahudi.??

Posted: 04 Oct 2015 01:26 PM PDT

Akhbar puji Najib kerana 'mesra' Israel, agama Yahudi


Datuk Seri Najib Razak bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu (kiri) di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York. Sebuah akhbar memuji Najib apabila beliau mengiktiraf Israel sebagai 'teman bicara sah'. – Gambar flickr, 4 Oktober, 2015.

Akhbar The Times of Israel memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana dikatakan bercakap positif tentang agama Yahudi dan mengiktiraf negara itu sebagai "teman bicara sah" semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Menurut akhbar tersebut, sebelum ini pendahulu-pendahulu Najib tidak mesra terhadap negara Israel dan agama Yahudi.

"Walaupun Najib melemparkan kritikan, agak ketara pemimpin Malaysia itu bercakap positif mengenai agama Yahudi dan mengiktiraf Israel sebagai 'teman bicara sah'.

"Malaysia secara formalnya merupakan negara Islam dan beberapa pendahulu Najib tidak mesra kepada Israel dan Yahudi," tulis akhbar itu dalam artikel bertajuk "Malaysian PM calls for 'new dawn' in Muslim-Jewish relations".



Bekas perdana menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad di antara pemimpin Malaysia yang sebelum ini lantang mengkritik Israel kerana penjajahannya terhadap negara Palestin.

Dr Mahathir juga digambarkan media barat sebagai seorang yang "anti Yahudi" kerana kelantangannya membela rakyat Palestin.

Menurut The Times Of Israel, Najib mahu "fajar baru" dalam hubungan di antara umat Islam dan Yahudi.


"Sehubungan itu, mengambil kira pertempuran yang berlaku di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis pada sambutan Rosh Hashanah atau Tahun Baharu Yahudi dan serangan ke atas penganutnya tiga minggu lalu, saya meminta kerajaan Israel mematuhi prinsip etika tertinggi agama Yahudi, dan mesej utama kitab Taurat seperti rumusan pendeta abad pertama Sebelum Masihi (SM), Hillel," kata Najib di New York, Khamis lepas.

"Ketika diminta menjelaskan kandungan Taurat, beliau dirakam sebagai berkata: 'Bahawa apa yang menjadi kebencian bagimu, jangan lakukan terhadap sesamamu'.

"Pernyataan ini, yang dikenali secara sejagat dalam kalangan semua agama sebagai Aturan Emas, boleh menjadi pemangkin terhadap permulaan hubungan baharu antara umat Islam dan Yahudi," kata Najib.

The Times of Israel turut melaporkan, Jumaat lepas aktivis di Malaysia berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah kekejaman terbaharu Israel tergadap penduduk Palestin.

Jumaat lalu, lebih 1,000 orang daripada 47 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menyertai "Himpunan Hari Kemarahan" dengan berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum bagi membantah keganasan terbaharu Israel di Masjid Al Aqsa.

Tup2 Allah nak tunjukkan sekali keluar gambar tersengih-sengih mereka berdua jumpa..


 

Pum pang pum pang.. agenda Yahudi nak jatuhkan kepimpinan Najib melalui WSJ & pembangkang bagai..

KENAPA pertemuan bersejarah ini TIDAK DISIARKAN di media2 massa M'sia !!!

Tiada ulasan: