Selasa, 6 Oktober 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PERNIAGAAN KECIL-KECILAN ALAMI KEMEROSOTAN TERUK

Posted: 06 Oct 2015 01:48 AM PDT

Permintaan Anwar cukup mudah, cuma mahu rawatan – Azizah

Posted: 06 Oct 2015 01:37 AM PDT




(Oleh: Ermizi Muhamad)

PETALING JAYA, 6 okt  - Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail menegaskan suaminya hanya mahu menjalani rawatan fisioterapi di hospital akibat kecederaaan bahu dan bukan mahu melarikan diri daripada penjara.
Bercakap dalam sidang media hari ini, Wan Azizah menyatakan rasa kesal kerana sehingga kini hak Anwar Ibrahim untuk menerima rawatan dinafikan oleh kerajaan.
Azizah"Permintaan rawatan Anwar paling mudah untuk diluluskan dan rawatan bukan berkos tinggi. Lebih baik Anwar dibawa ke hospital akan memudahkan.
"Sejam boleh buat (rawatan) Anwar dan selepas itu pesakit yang lain. Bukan kita menafikan rawatan pesakit lain. Takkan dia (Anwar) hendak lari," katanya kepada media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Tambah beliau, Anwar perlu dimasukkan ke hospital pada kadar segera ke hsopital untuk menjalani  rawatan fisioterapi secara intensif kerana kemudahan itu sangat terbatas di Penjara Sungai Buloh.
"Rawaran fisioterapi dan rejim perubatan konservatif diperlukan bagi mengurangkan kesakitan dan mengelakkan kesan yang lebih teruk pada jangka panjang, sambil beliau menunggu rawatan pembedahan yang sesuai," tegasnya.
Tambahnya, Doktor Jeyaindran Sinnadurai yang ditugas mengetuai panel perubatan Anwar di penjara tidak bersikap profesional bagi memenuhi keperluan rawatan Ketua Umum KEADILAN itu.
"Kalau kita minta sebarang pendapat pun, hanya selepas dua bulan daripada tempoh itu kami terima.
"Persepsi kami sekarang, penglibatan Dr Jeyanindran ini langsung tidak membantu dan tidak memudahkan Saudara Anwar untuk mendapatkan sebarang rawatan yang sepatutnya menjadi hak beliau dan mana-mana tahanan lain," tegasnya.
Sebelum ini, keluarga dan peguam Anwar menuntut supaya Dr S Jeyaindran digugurkan sebagai ketua panel perubatan yang merawat Anwar.
Mereka menyuarakan kebimbangan kerana Jeyaindran pernah menjadi saksi dalam kes Fitnah membabitkan Anwar dan pernah bertugas sebagai doktor peribadi Datuk Seri Najib Razak.


Usai Rundingan TPPA – Masa Bertindak – Pastikan Janji PM Dato Sri Najib Razak Untuk Pertahan Kepentingan Negara Dikotakan

Posted: 06 Oct 2015 01:32 AM PDT



Usai Rundingan TPPA – Masa Bertindak – Pastikan Janji PM Dato Sri Najib Razak Untuk Pertahan Kepentingan Negara Dikotakan
Kira-kira jam 9:00 pagi waktu Atlanta semalam, 12 negara yang menyertai rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) telah mengumumkan pengakhiran kepada rundingan perjanjian yang digelar 'terbesar dalam sejarah, sesuai dengan abad ke 21'.
Rundingan perjanjian tersebut telah dimuktamadkan walau tanpa ketiadaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Malaysia sekadar diwakili Ketua Perunding, Encik Jayasiri.
Sewajibnya Menteri MITI Datuk Seri Mustapa Muhamad hadir hingga akhir pengumuman – cara sambil lewa menangani perjanjian sebesar TPPA menimbulkan keraguan besar berkenaan tatakelola MITI dan kerajaan dalam mempertahan kepentingan Malaysia dalam rundingan.
Perlu diingat jua janji Perdana Menteri YAB Dato' Seri Najib Razak pada Sidang Kemuncak APEC pada Oktober 2013 – bahawa TPPA akan dibentangkan di Parlimen.
Janji MITI di dalam Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan menjamin kepentingan negara dan rakyat tidak akan digadaikan oleh perjanjian TPPA wajib dituntut.
Perjanjian TPP sudah tentu akan merangkumi pelbagai aspek – tidak terhad kepada perdagangan sahaja. Meminjam terma abad ke 21 – sudah tentu perjanjian semoden ini wajib dirundingkan secara telus, di mana semua pihak berkepentingan diberikan akses kepada teks rasminya. Perjanjian yang dikatakan ala abad ke 21 juga perlu membudayakan keterbukaan sejajar dengan budaya abad terkini – bukan diselubungi kerahsiaan seperti perjalanan rundingan TPPA selama ini.
Sepanjang dua tahun lamanya, rakan-rakan ahli parlimen dan saya sendiri mengikuti perkembangan serta memberikan maklumbalas yang penting dalam mendepani risiko perjanjian TPPA sekiranya tidak mempertahan kedudukan serta kepentingan Malaysia.
Pada 25 September 2013, saya telah mendesak kerajaan untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih TPPA melalui soalan parlimen saya. Kerajaan kemudiannya menubuhkan Kokus TPPA yang turut melibatkan saya sendiri.*
Walau diakui wujudnya pertemuan dari masa ke semasa dengan Menteri MITI dan juga wakil perdagangan Amerika Syarikat, Michael Froman, seluruh ahli pembangang kokus TPPA tidak diberi akses kepada kandungan dan terma perjanjian. Hal ini berlainan di AS – di mana wakil Kongres mereka diberi layanan lumayan termasuk peluang membaca teks TPPA.
Bagaimanakah kita mampu menerima janji kebolehpercayaan kerajaan sedang prestasi corot selama ini?
Menurut peraturan "Fast Track" AS, teks penuh TPPA akan diterbitkan 30 hari selepas perjanjian itu dipersetujui. Presiden Obama akan memberikan 90 hari kepada Kongress untuk membahaskan butiran-butiran perjanjian tersebut sebelum menandatanganinya. Rundingan telahpun tamat dan tidak ada sebuah negara pun yang mampu merubah kandungan kepada teks perjanjian tersebut.
Saya seru semua pihak berkepentingan; badan-badan bukan kerajaan, Ahli-ahli parlimen, badan-badan persatuan sekerja dan orang ramai untuk bersiap siaga meneliti kandungan dengan hasrat memastikan kepentingan negara diutamakan. Kita juga harus berani menolak sekiranya kandungan teks menunjukkan sebaliknya.
Sehubungan itu, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak perlu dipertanggungjawabkan untuk memenuhi segala janji beliau berkait TPPA.
Teks bukan sahaja mesti didedahkan; tetapi setiap ahli parlimen wajib diberikan masa yang secukupnya untuk meneliti kandungan perjanjian tersebut – yang dikhabarkan mencecah hampir 1,000 muka surat.
Sekiranya kongres Amerika Syarikat diberikan 90 hari untuk membahaskan perjanjian ini, Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam usaha memperkasakan kedaulatan negara menerusi demokrasi berparlimen. Lebih-lebih lagi apabila nasib negara terikat dengan perjanjian yang melibatkan 12 negara dan penguatkuasaan undang-undang yang merangkumi semua bidang bukan sahaja perdagangan.
Malaysia mestilah mendapat manfaat daripada perjanjian ini. Rakyat harus dilindungi daripada terkesan daripada penguatkuasaan perjanjian ini.
Isu-isu yang timbul seperti kenaikan harga ubat-ubatan, perlindungan yang ketat ke atas harta intelek; status Syarikat Berkait Kerajaan Malaysia (Khazanah, Petronas dan TNB sebagai contoh); isu mekanisma perundangan baru ISDS yang mengutamakan golongan korporat – serta kesannya ke atas badan kehakiman negara; dan juga nasib IKS antara lainnya wajib dipantau dengan efektif.
Perjuangan untuk memastikan TPPA dimeterai bersyarat kepentingan serta kedaulatan negara dipertahan akan diteruskan. Kami terus berjuang hingga ke saat yang terakhir.
NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHANRAYA KEADILAN
AHLI KAUKUS TPPA 

SURAT HUSAM KEPADA KELANTAN DARUL BALAK

Posted: 06 Oct 2015 01:26 AM PDT


sumber  MSO

urat-surat Husam bukan surat layang atau poison letter kerana beliau bertanggungjawab dan menyatakan dengan fakta yang lengkap dan kemas terhadap apa yang diungkitkan. Dalam pada itu ada yang kurang senang dengan kehadiran surat-surat Husam dan menganggap ia sebagai satu pengkhiatan. Kenapa? Jawabanya mudah sahaja, sebab apa yang dibangkit dan diangkatkan dalam surat itu boleh menjejaskan kepentingan dan tembolok mereka.

Bagi Husam ada tanggungjawab sosialnya kepada rakyat Kelantan menerusi bantahan itu. Kawasan yang hendak diluluskan itu adalah kawasan tadahan hujan dan menjadi jantung kepada negeri Kelantan. Hutan itu dipelihara sejak berpuluh dekad lalu menjadi khazanah tidak ternilai kepada Kelantan tiba-tiba hendak dipungar begitu sahaja. Di zaman Mohd Asri Muda jadi MB, Sultan Kelantan pada masa itu ada memohon kawasan itu tetapi ditolak.







Berikut adalah surat Husam kepada Mohd Amar Nik Abdullah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

YB Dato' Mohd Amar bin Abdullah,
Pemangku Menteri Besar Kelantan,
KOTA DARULNAIM
15503 KOTA BHARU, KELANTAN,

HUTAN SIMPAN BERANGKAT - SEKALI LAGI DI BAWAH HARGA PASARAN

Saya pernah menulis surat rasmi (tertutup dan tidak disiarkan di mana-mana) kepada YAB Menteri Besar setahun lebih yang lalu membantah tindakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) meluluskan kawasan Hutan Simpan Kekal ( HSK ) Berangkat untuk perladangan seluas 5 ribu ekar tanpa tender dan di bawah harga pasaran kepada LPSB.

Alhamdulillah YAB MB segera bertindak membatalkan kelulusan itu.

Saya ingat ia berakhir di situ.

Maklumat terkini yang saya ada menunjukkan PMBK meluluskan semula kawasan itu kepada syarikat berkenaan sekali lagi, April lalu.

Harga yang ditawarkan adalah RM 3 ribu se ekar termasuk semua perbelanjaan seperti kos ukur sempadan, cukai tanah dan lain-lain.

Saya difahamkan, setelah ditolak kos cukai tanah dll, pendapatan bersih untuk PMBK hanya sebanyak RM 7 atau RM 8 juta sahaja.

Dengan ini, pendapatan bersih se ekar hanya sebanyak antara RM 1,400 hingga RM 1,600 se ekar.

Sedangkan nilai pasaran adalah tidak kurang dari RM 5,000 se ekar bersih.

Ini akan menjanakan pendapatan kepada PMBK sebanyak RM 25 juta bersih berbanding RM 8 juta!

Perbezaan antara RM 16 juta hingga RM 17 Juta !!!

Bahkan jika dilakukan tender terbuka, saya yakin dengan kedudukan tanah Berangkat yang amat baik, PMBK akan mendapat tawaran yang lebih tinggi.

Saya hairan mengapa Jawatankuasa Penasihat PMBK di mana YB adalah salah seorang anggotanya, nampak begitu terikat dengan syarikat berkenaan.

Saya difahamkan oleh syarikat-syarikat lain yang turut membuat tawaran bahawa tawaran mereka adalah lebih baik tetapi ditolak.

Suka juga saya mengingatkan tujuan asal kawasan Berangkat diluluskan kepada PMBK oleh YAB Tok Guru di masa itu adalah untuk dimajukan sendiri khususnya melalui PMBK Sawit.

Saya berharap tujuan asal ini tidak dikorbankan dan pihak lain pula mengaut keuntungan darinya.

LPSB nampaknya terus menjadi pilihan sungguh pun tujuan asalnya adalah lain dan terdapat tawaran lebih baik oleh syarikat-syarikat lain.

Mengapa?

Saya pohon kelulusan berkenaan dibatalkan. Apa lagi surat pembebasan hutan difahamkan belum dikeluarkan oleh Jabatan Hutan.

Jika kelulusan ini diteruskan, mungkin saya akan memfailkan perintah injunksi di mahkamah ke atas PMBK dengan tujuan menjaga khazanah rakyat negeri Kelantan.

Tujuan saya juga adalah untuk menghentikan amalan meluluskan khazanah rakyat Negeri Kelantan di bawah nilai pasaran yang menyebabkan kerugian pendapatan kepada negeri Kelantan.

Saya suka mengingatkan YB Dato bahawa antara fungsi utama PMBK pada masa lalu ialah menyelamatkan hartanah prima. Ia bukan pintu belakang untuk mana-mana pihak melepaskan harta dan khazanah negeri ini sesuka hati.

Saya mohon respon segera YB.

Sekian terima kasih.

Husam Musa
Adun Salor

7 Zulhijjah 1436/21 September 2015

Nota:
Surat rasmi pertama saya mengenai isu ini telah saya sampaikan kepada YAB MB Kelantan kurang lebih dua tahun yang lalu.

Saya tidak menyiarkannya di mana-mana kerana YAB MB telah memberikan respon tiga hari selepas surat saya.
Surat rasmi kedua ini saya sampaikan kepada YB Dato TMB pada 21hb September kerana kelulusan yang dibatalkan dahulu diperbaharui.

Saya tidak menerima sebarang maklum balas sehingga ini.

Saya memutuskan untuk dikongsi dengan rakyat Kelantan yang prihatin dan sensitif terhadap kepentingan negeri Kelantan, moga ada kesannya.

Yb. Husam Musa
ADUN Salor,
Petang 3 Oktober 2015

[wm.kl.8:20 am 06/10/15]

Lagi pengiktirafan buat Zunar: Dipilih dalam kempen ‘Write for Rights’

Posted: 06 Oct 2015 01:25 AM PDT


(Oleh Ermizi Muhamad)
PETALING JAYA 6 OKT: Kartunis politik Malaysia, Zulkflee Anwar Ulhaque atau Zunar terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dipilih sebagai individu pertama negara ini oleh Amnesty International melalui kempen antarabangsanya – 'Write for Rights 2015′.
Menurut Amnesty, pemilihan Zunar selepas merujuk penglibatan beliau dalam konteks tuntutan demokrasi bersuara melalui medium kartun.
Beliau antara 12 individu yang dipilih dari seluruh dunia meliputi Congo, Mexico, El Salvador, Burkina Faso, Myanmar, Uzbekistan, Greece, Saudi Arabia, Syria dan Iran.
Zunar 2Zunar dalam sidang media pengumuman itu berkata, pemilihan dalam kempen ini merangsang beliau untuk terus memperjuangkan hak kebebasan di negara ini.
Katanya, walaupun ditekan pemerintah, beliau tetap komited untuk mengetengahkan penafian kerajaan dalam memberi ruang kepada pihak tertentu yang tidak sehaluan dengan mereka.
"Saya akan mengambil perhatian secara positif untuk mengetengahkan betapa buruknya situasi kebebasan media di Malaysia.
"Saya akan terus berkempen dan memperjuangkan hak kebebasan bersuara di Malaysia, dan saya juga mahu masyarakat antarabangsa melihat betapa buruknya ruang kebebasan di Malaysia dengan merujuk beberapa kes yang dikenakan terhadap saya," ujarnya.
Kempen julung kali itu turut mengajak seluruh anggota masyarakat antarabangsa menyokong prinsip demokrasi yang lebih bebas tanpa sebarang tekanan pihak-pihak tertentu.
Sebagai tanda sokongan berkenaan, masyarakat di Malaysia juga boleh menghantar karya lukisan atau gambar yang memaparkan tuntutan rakyat terhadap perjuangan ke arah kebebasan bersuara.
Mereka boleh memuat naik karya berkenaan di media sosial – Twitter dan Instagram menggunakan #Zunar #W4R #lakarMYbebas.
Zunar 1Zunar yang merupakan pemegang anugerah "Keberanian dalam Melukis Kartun Editorial" oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI) dan anugerah Hellman Hammett sebagai pembela hak asasi dari dari Human Rights Watch pada 2011 pernah disiasat di bawah Akta Mesin Cetak dan Akta Penerbitan, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan November tahun lepas dan turut dipenjarakan susulan penerbitan buku "Cartoon-O-Phobia.
Beliau juga kini didakwa di bawah 9 pertuduhan Akta Hasutan, dan boleh dipenjara sehingga 43 tahun jika sabit kesalahan.
Ekoran itu, pemilihan Zunar dalam kempen ini jelas Amnesty lagi, disebabkan Zunar merupakan rakyat Malaysia yang pertama didakwa paling banyak di bawah Akta Hasutan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=67984

Tiada ulasan: