Isnin, 5 Oktober 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Tuduhan komplot terhadap Wan Azizah berniat jahat, kata Azmin

Posted: 05 Oct 2015 07:06 PM PDT


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengatakan dakwaan yang wujudnya komplot menggulingkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah berniat jahat dan disebarkan individu yang bankrap. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Oktober, 2015.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengatakan dakwaan yang wujudnya komplot menggulingkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah berniat jahat dan disebarkan individu yang bankrap. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Oktober, 2015
Tuduhan wujudnya komplot untuk menggulingkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, jelas berniat jahat, kata timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata dakwaan tersebut juga merupakan fitnah semata-mata yang cuba disebarkan individu yang bankrap.
"Apa sahaja perkara yang kita bincang dalam parti tidak perlu kita dedahkan pada media dan tuduhan ini berniat jahat serta merupakan fitnah individu yang bankrap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Kreatif Digital Selangor di i-City hari ini.
Menteri besar Selangor itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, yang mendakwa wujud kumpulan pemimpin kanan PKR bertujuan menggulingkan Dr Wan Azizah.
Badrul Hisham, menerusi laman blognya, semalam turut mendakwa kumpulan terbabit dipercayai didalangi beberapa pemimpin kanan parti yang kurang senang dengan tindakan Dr Wan Azizah mengumumkan penyertaan PKR dalam pakatan baharu pembangkang pada 22 September lepas. – Bernama, 5 Oktober, 2015.

PKR bentang usul undi tidak percaya Najib seawal minggu pertama Parlimen

Posted: 05 Oct 2015 07:00 PM PDT



PKR akan meneruskan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seawal minggu pertama sidang Dewan Rakyat walaupun tidak mendapat persetujuan daripada rakan dalam Pakatan Harapan.
Perkara itu sudah dibincangkan pada mesyuarat biro politik PKR baru-baru ini, walaupun ia masih belum dibawa untuk perbincangan lanjut dengan sekutu Pakatan Harapan, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Dengan kurang daripada 2 minggu sebelum Parlimen bersidang semula pada 19 Oktober ini, PKR menimbang beberapa pilihan tentang bagaimana untuk mendesak diadakan usul undi tidak percaya.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, ia mungkin dalam bentuk usul tergempar yang boleh difailkan mana-mana ahli Parlimen dalam tempoh 24 jam.

"Speaker kemungkinan besar akan menolaknya dan tidak membenarkan ia dibahaskan tetapi kita boleh cuba memujuk speaker untuk sekurang-kurangnya membenarkan mana-mana ahli dewan membaca kandungan usul itu supaya menjadi rekod dalam Parlimen," kata ahli Parlimen Pandan itu kepada The Malaysian Insider.

Pilihan lain adalah untuk memastikan Bajet 2016 yang dijadual akan dibentangkan Najib pada 23 Oktober dinafikan menerusi undi ahli Dewan Rakyat.

Rafizi berkata, tindakan itu secara simboliknya serupa dengan undi tidak percaya terhadap perdana menteri. Najib juga merupakan menteri kewangan.

Permainan angka

Parti pembangkang, bagaimanapun, tidak mempunyai jumlah majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk mendesak usul undi tidak percaya kerana hanya mempunyai 88 ahli daripada 222 kerusi Dewan Rakyat.

Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan hanya mempunyai 72 Ahli Parlimen. PAS bukan sebahagian daripada pakatan itu berikutan pergaduhan dengan DAP yang membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat sebelum ini.

PAS juga sudah berikrar untuk tidak bekerjasama dengan Amanah kerana pemimpinnya adalah "pengkhianat" dan merupakan bekas pemimpin parti itu yang tewas dalam muktamar sebelum ini.

Selain itu, belum dapat dipastikan sama ada PAS akan menyokong langkah itu, selepas Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Julai memberi amaran kepada ahli Parlimen parti Islam itu supaya tidak menyokong mana-mana usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri jika ia dibentangkan bagi memaksa beliau meletakkan jawatan, dengan alasan parti Islam hanya akan membuat perubahan melalui persaingan "sihat".

Sekutu PKR, DAP dan Amanah pula bersikap pesimis terhadap kejayaan undi tidak percaya terhadap Najib itu kerana jumlah ahli Parlimen pembangkang yang tidak mencukupi dalam Dewan Rakyat.

"Persoalan bila (ia dibentangkan) adalah perkara kedua, persoalannya sama ada jumlah ahli cukup atau tidak. Walaupun termasuk PAS, ia masih tidak mencukupi.

"Ia satu persoalan jika ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) boleh dipujuk untuk memberikan sokongan kepada usul itu," kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

PAS kini mempunyai 16 ahli Parlimen, selepas 4 keluar dan menubuhkan Amanah manakala seorang lagi menyertai PKR.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang juga sebahagian daripada ahli Parlimen Amanah berkata penyokong BN perlu mencadangkan usul.

"Tiada gunanya kita membawa usul itu kerana kita tidak mempunyai ahli Parlimen yang mencukupi. Saya berpendapat adalah lebih baik membiarkan penyokong kerajaan BN untuk melakukannya, dan kita akan menyokongnya," katanya.

Simbolik tetapi perlu

Bagaimanapun, Rafizi tetap berkeras dengan keputusannya, di mana pembentangan undi tidak percaya adalah apa yang orang ramai mahukan.

"Mengikut pertimbangan, kita masih boleh melakukannya kerana orang ramai mengharapkannya. Apa-apa bentuk tekanan kepada PM bagus dan itu apa yang sepatutnya pembangkang lakukan.

"Orang ramai sudah cukup realistik kita tidak mempunyai angka itu," katanya.

Rafizi berkata, beberapa percubaan boleh dibuat ahli Parlimen bagi supaya usul undi tidak percaya diadakan, tanpa mengira apa hasilnya.

"Bayangkan seorang PM melalui 4 hingga 5 percubaan berturut-turut usul undi tidak percaya dalam tempoh sebulan. Ini seterusnya akan menghakis kredibiliti beliau," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui mempunyai kebimbangan terhadap rakan daripada DAP dan Amanah dengan mengatakan keputusan bersama mengenai perkara itu akan dibuat di peringkat Pakatan Harapan tidak lama lagi.

Pengkritik Najib mencadangkan usul undi tidak percaya dibentangkan. Najib kini terpalit dengan sandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta "derma" RM2.6 bilion daripada dermawan Timur Tengah yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi menjelang pilihan raya umum 2013.

PKR sebelum ini berkata pembangkang hanya memerlukan undi daripada 25 ahli Parlimen BN untuk menyokong usul undi tidak percaya bagi mendesak Najib berundur.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mendesak ahli Parlimen BN untuk memberi sokongan mereka terhadap usul undi tidak percaya itu. –  TMI

Kesian..Inilah Punca Sebenar Si ISTERI di Tetak Oleh Suami Dan Rakannya.

Posted: 05 Oct 2015 04:11 PM PDT

 

 MEDIA ORANG KAMPUNG

 



PORT DICKSON - Susulan tersebarnya kes seorang wanita ditetak oleh suami dan rakannya, ramai yang membuat andaian bahawa mangsa yang menjadi punca masalah menyebabkan suaminya tergamak bertindak demikian.

Tampil seorang saksi, Jay Alagan, yang mengakui mengenali mangsa dan keluarga menafikan dakwaan itu dan mendedahkan perkara yang sebenarnya. 

"Saya kenal perempuan ini. Baru semalam saya pergi melawat dia di hospital. Keadaan dia masih kritikal. Kedua-dua belah tangannya patah dan beberapa urat serta satu jari putus. Mangsa cedera parah di bahagian badan, tangan dan kepala," katanya.

Menurut Jay, suami kepada mangsa tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang menuntut cerai darinya. 

"Suami dia tidak puas hati apabila dia meminta untuk diceraikan. Lelaki ini juga pernah cuba membakar rumah dan mengugut mahu membunuh isterinya sendiri. Ibu bapa mangsa siap bagi video rakaman CCTV yang menunjukkan menantu mereka membaling botol petrol di rumah anak mereka. Sehinggakan jiran-jiran terpaksa keluar membantu memadamkan api kebakaran. 

Terancam dengan tindakan lelaki itu, bapa mangsa membuat laporan polis dan difahamkan sudah sebanyak 5 laporan polis dibuat ke atas lelaki ini. Namun, polis tidak pernah mengambil apa-apa ke atas lelaki itu dengan alasan bukti tidak mencukupi. 

"Sekarang, bila mangsa sudah cedera parah, baru polis mahu bertindak?" kata Jay yang kecewa pada polis yang didakwanya gagal bertindak cepat.

Bagaimanapun, dia tidak berniat mahu menyalahkan polis. Dalam pada masa yang sama, Jay turut meminta rakan-rakannya agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang mengatakan mangsa yang mencetuskan masalah sehingga lelaki itu berani mencederakannya.

"Ada segelintir pengguna di media sosial yang membuat tuduhan liar yang cuba memburukkan mangsa. Tetapi, tolonglah semua, jangan buat cerita yang bukan-bukan. Saya sudah mengenali wanita ini semenjak dia berumur 5 tahun," katanya yang turut meminta agar rakyat Malaysia mendoakan mangsa yang akan menjalani pembedahan hari ini cepat sembuh dan selamat. - THEHYPEMEDIA.COM

Terlupakah Razman Bahawa Dia Memfitnah DS Nizar?

Posted: 05 Oct 2015 04:06 PM PDT

 

 

 OLEH: GREENBOC

 

Mahkamah Benarkan Kes Tuntutan Fitnah PJ PAS Perak.

IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan tuntutan fitnah Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria terhadap pemilik blog alhusseyn51, Mohamed Ali Hussin hari ini.

Keputusan dibacakan Hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali atas fitnah blog tersebut bertajuk "Pesuruhjaya PAS Perak cuma mahu balas budi Menatu Tuang Presideng jer!".



Razman menerusi peguamnya yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Perak, Mohd Zamri Ibrahim telah mengemukakan tuntutan sebanyak RM1 juta dari penulis tersebut.

Menurut mahkamah, taksiran ganti rugi ke atas penulis yang juga telah membuat sebaran terbabit ke media sosial Facebook itu akan dilakukan dihadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh kelak.

Sementara itu Razman ketika diminta mengulas perkara tersebut berkata, budaya fitnah bukan dari Islam dan ia mampu meruntuhkan persaudaraan Islam sekaligus memecahbelahkan masyarakat.

"Keputusan ini di atas berkat doa dan kerjasama semua pihak untuk melindungi sesiapa sahaja yang dizalimi, serta tidak memberi ruang fitnah berleluasa dalam minda masyarakat," tegasnya. – HD

ULASAN GB

Menarik.

Blogger Al-Husseyn dituduh memfitnahnya. Sedangkan Razman sendiri kini berhadapan dengan saman RM3 juta oleh Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin kerana kenyataan fitnahnya terhadap bekas Menteri besar Perak itu.


DS Nizar Saman Pesuruhjaya PAS Perak

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM3juta terhadap Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria kerana kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Writ saman dan pernyataan tuntutan melalui Tetuan Awi & Co bertarikh 14 Ogos 2015 di Mahkamah Tinggi Ipoh. Pihak defendan dikehendaki hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada 12 Oktober 2015 jam 9.00 pagi untuk pengurusan kes. Sekiranya defendan engkar hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, penghakiman boleh dimasukan terhadap defendan.

Kenyataan berunsur fitnah tersebut telah disiarkan melalui akhbar Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk : Pendekatan Nizar mirip DAP. Laporan tersebut mengandungi kenyataan berikut :

"PAS mendokong Melayu Islam dan sultan tetapi Nizar seolah-olah memandang enteng dan kekal komited dengan perjuangan DAP sebagai parti yang menyokong pendekatan Negara secular."

"Daripada mencemarkan imej parti adalah lebih baik beliau menyertai DAP, kita tak mahu dalam PAS ini dipenuhi dengan individu-individu yang bersifat oportunis dan membelakangkan perjuangan parti"

Mohammad Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang pemimpin Melayu yang telah mengkhianati bangsa Melayu dan tidak peka dengan kepentingan dan sensitiviti bangsa Melayu.



Nizar juga mendakwa pernyataan tersebut menuduh beliau sebagai pengkhianat agama Islam demi kepentingan politik beliau dan cuba menyebarkan fahaman secular di dalam Negara ini dan di dalam PAS. Nizar menafikan kenyataan berunsur fitnah tersebut dan menegaskan bahawa kenyataan Defendan itu sebagai tidak berasas dan fitnah yang serius.

Nizar menegaskan kenyataan berunsur fitnah tersebut telah mengundang beberapa reaksi negative dari rakan-rakan politiknya khususnya PAS dan pembaca akhbar tersebut.

Malah menurutnya lagi, telah menyebabkan musuh politiknya menggunakan kenyataan berunsur fitnah tersebut untuk memburukan dan menjatuhkan kerjaya politiknya.

Sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Perak, wajarkah Razman menunjukkan akhlaq yang sedemikian rupa, memfitnah orang lain untuk paparan di sebuah akhbar yang mempunyai pembaca yang begitu ramai semata-mata untuk menjatuhkan kredibiliti DS Nizar?

Sedangkan apa yang dilakukan oleh DS Nizar selama ini di Perak ialah untuk menjaga keutuhan Pakatan Rakyat mematuhi resolusi-resolusi muktamar sebelum muktamar 2015 yang memutuskan bahawa Pakatan Rakyat perlu diperkukuhkan.

Jadi tidak timbul soal "komited dengan perjuangan DAP" sepertimana yang difitnahkan oleh Raman terhadap DS Nizar.

Kemudian tahu pula meminta Badan Perhubungan Negeri mengeluarkan semacam satu arahan kepada DS Nizar supaya hadir ke pejabat mereka untuk bertemu.

GB difahamkan DS Nizar tidak melayan "arahan" tersebut dan sewajarnya "arahan" itu tidak perlu dilayan.

Biar kita pulangkan semula perkataan Razman itu kepada dirinya sendiri:

budaya fitnah bukan dari Islam dan ia mampu meruntuhkan persaudaraan Islam sekaligus memecahbelahkan masyarakat

ps: jangan nanti ditempelak orang: mengata dulang paku serpih, mengata orang kamu yang lebih!

Tiada ulasan: