WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Bahana GST: Sentimen perniagaan runcit jatuh ke paras negatif
- HAAAA......BARU ADA AKAI...LETAK LAGI KAT LUTUT.....
- RENCANA ANALISIS USUL UNDI TAK PERCAYA AKAN DIBENTANG UNTUK TEKAN NAJIB – RAFIZI
- Undi tak percaya atas Najib: Pas tarik ‘hand brake’
Bahana GST: Sentimen perniagaan runcit jatuh ke paras negatif Posted: 10 Oct 2015 05:19 AM PDT Oleh:Amiruddin Ahmad Berikutan dengan laporan sebuah akhbar harian Bahasa Inggeris bertarikh 3 Oktober 2015 bahawa sentimen perniagaan telah jatuh ke paras negatif, wartawan Suara Pakatan Daily telah mewawancara beberapa orang yang terlibat dalam sektor peruncitan. Seorang pemilik kedai pakaian, seorang lagi pemilik kedai kasut dan pemilik salon mendandan rambut untuk mengetahui pendapat mereka. Semua premis perniagaan tersebut bertempat di kawasan Kepong, kira-kira lima kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur. Kedua-dua pemilik kedai barang runcit memberitahu bahawa pada keseluruhannya, angka jualan telah jatuh sebanyak 3 peratus. Menurut mereka produk makanan dalam tin, minuman dalam kotak serta aiskrim adalah di antara beberapa barang makanan yang mengalami penurunan dalam jualan selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan dilaksanakan mulai 1 April lalu. "Penurunan jualan kedai runcit kami pada tahun ini adalah yang paling teruk sekali sejak kedai ini dibuka beberapa dekad yang lalu. Semasa Krisis Kewangan Asia 1997-1998. Dulu perniagaan okay tetapi kali ini amat teruk," kata Chee Meng yang berusia 40 tahun yang mengambil-alih urusniaga kedai runcit daripada ayah beliau sejak bulan Januari lalu. Pemilik kedai runcit yang lain, seorang warga emas berusia 80 tahun, memberitahu bahawa beliau mungkin akan menutup perniagaannya pada hujung tahun kerana lanjut usia dan kedua-dua anaknya tidak berhasrat untuk mengambil-alih perniagaan tersebut. "Lagipun, kerugian makin bertambah setiap hari," ulasnya muram. Pemilik kedai pakaian, pemilik kedai kasut dan pemilik salon mendandan rambut pula memberitahu kemungkinan mereka akan menutup perniagaan selewat-lewatnya selepas Tahun Baru Cina Februari 2016 akibat kerugian sejak bulan April lalu. Mereka merungut jumlah pelanggan telah susut sebanyak 70 peratus hingga 80 peratus. "Tak berbaloi menjalankan perniagaan. Kebanyakan waktu tiada pelanggan, kalau ada pun, satu atau dua orang sahaja yang datang. "Tak boleh 'survive' macam ini. Lebih baik tutup sebelum kerugian bertambah banyak," kata Robert Lee, pemilik kedai kasut yang berusia dalam lingkungan 40an. |
HAAAA......BARU ADA AKAI...LETAK LAGI KAT LUTUT..... Posted: 10 Oct 2015 05:19 AM PDT Dah kena maki kaw kaw dengan orang ramai...perangai serupa orang tak ada pelajaran..Duduk saja di Bandaraya, tapi otak tak ada...ha..ha.haa...rasakan....tahu pulk tutup muka??? GEORGETOWN - Dua remaja yang disyaki terlibat dengan kejadian memaki hamun tiga anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ditahan polis di sebuah kedai makanan segera di Bandar Baru Farlim, Ayer Itam di sini sebentar tadi. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kedua-dua remaja berusia 19 dan 25 ditahan kira-kira jam 4 petang. Menurutnya, kedua-dua suspek berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. Sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga bulan dan denda RM1,000. "Kita akan mengambil keterangan daripada kedua-dua suspek ini dan melengkapkan siasatan sebelum merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,"katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini. [ARTIKEL BERKAITAN: MBPP gesa polis ambil tindakan] Semalam, video dua lelaki berkenaan yang memaki hamun tiga anggota penguatkuasa MBPP selepas tayar kenderaan mereka dikunci menjadi viral di laman sosial. Tindakan mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menggelar anggota penguatkuasa itu sebagai anjing turut dikecam orang ramai. Lebih membangkitkan kemarahan apabila salah seorang daripada lelaki berkenaan bertindak melemparkan wang kepada anggota penguatkuasa selepas mereka diarahkan membayar denda sebelum kunci di buka |
RENCANA ANALISIS USUL UNDI TAK PERCAYA AKAN DIBENTANG UNTUK TEKAN NAJIB – RAFIZI Posted: 10 Oct 2015 05:18 AM PDT Usul undi tak percaya akan dibentang untuk tekan Najib – RafiziPKR akan meneruskan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seawal minggu pertama sidang Dewan Rakyat walaupun tidak mendapat persetujuan daripada rakan dalam Pakatan Harapan. Perkara itu sudah dibincangkan pada mesyuarat biro politik PKR baru-baru ini, walaupun ia masih belum dibawa untuk perbincangan lanjut dengan sekutu Pakatan Harapan, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah). Dengan kurang daripada 2 minggu sebelum Parlimen bersidang semula pada 19 Oktober ini, PKR menimbang beberapa pilihan tentang bagaimana untuk mendesak diadakan usul undi tidak percaya. Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, ia mungkin dalam bentuk usul tergempar yang boleh difailkan mana-mana ahli Parlimen dalam tempoh 24 jam. "Speaker kemungkinan besar akan menolaknya dan tidak membenarkan ia dibahaskan tetapi kita boleh cuba memujuk speaker untuk sekurang-kurangnya membenarkan mana-mana ahli dewan membaca kandungan usul itu supaya menjadi rekod dalam Parlimen," kata ahli Parlimen Pandan itu dipetik The Malaysian Insider. Pilihan lain adalah untuk memastikan Bajet 2016 yang dijadual akan dibentangkan Najib pada 23 Oktober dinafikan menerusi undi ahli Dewan Rakyat. Rafizi berkata, tindakan itu secara simboliknya serupa dengan undi tidak percaya terhadap perdana menteri. Najib juga merupakan menteri kewangan. Parti pembangkang, bagaimanapun, tidak mempunyai jumlah majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk mendesak usul undi tidak percaya kerana hanya mempunyai 88 ahli daripada 222 kerusi Dewan Rakyat. Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan hanya mempunyai 72 Ahli Parlimen. Pas bukan sebahagian daripada pakatan itu berikutan pergaduhan dengan DAP yang membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat sebelum ini. PAS berkemungkinan besar tidak menyokong langkah itu. Presiden Hadi Awang Julai lalu memberi amaran kepada ahli Parlimen parti Islam itu supaya tidak menyokong mana-mana usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri jika ia dibentangkan bagi memaksa beliau meletakkan jawatan, dengan alasan parti Islam hanya akan membuat perubahan melalui persaingan "sihat". Sekutu PKR, DAP dan Amanah pula bersikap pesimis terhadap kejayaan undi tidak percaya terhadap Najib kerana jumlah ahli Parlimen pembangkang yang tidak mencukupi. "Persoalan bila (ia dibentangkan) adalah perkara kedua, persoalannya sama ada jumlah ahli cukup atau tidak. Walaupun termasuk Pas, ia masih tidak mencukupi. "Ia satu persoalan jika ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) boleh dipujuk untuk memberikan sokongan kepada usul itu," kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. Pas kini mempunyai 16 ahli Parlimen, selepas 4 keluar dan menubuhkan Amanah manakala seorang lagi menyertai PKR. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang juga sebahagian daripada ahli Parlimen Amanah berkata penyokong BN perlu mencadangkan usul. "Tiada gunanya kita membawa usul itu kerana kita tidak mempunyai ahli Parlimen yang mencukupi. Saya berpendapat adalah lebih baik membiarkan penyokong kerajaan BN untuk melakukannya, dan kita akan menyokongnya," katanya. Bagaimanapun, Rafizi tetap berkeras dengan keputusannya, di mana pembentangan undi tidak percaya adalah apa yang orang ramai mahukan. "Mengikut pertimbangan, kita masih boleh melakukannya kerana orang ramai mengharapkannya. Apa-apa bentuk tekanan kepada PM bagus dan itu apa yang sepatutnya pembangkang lakukan. "Orang ramai sudah cukup realistik kita tidak mempunyai angka itu," katanya. Rafizi berkata, beberapa percubaan boleh dibuat ahli Parlimen bagi supaya usul undi tidak percaya diadakan, tanpa mengira apa hasilnya. "Bayangkan seorang PM melalui 4 hingga 5 percubaan berturut-turut usul undi tidak percaya dalam tempoh sebulan. Ini seterusnya akan menghakis kredibiliti beliau," katanya. Beliau bagaimanapun mengakui mempunyai kebimbangan terhadap rakan daripada DAP dan Amanah dengan mengatakan keputusan bersama mengenai perkara itu akan dibuat di peringkat Pakatan Harapan tidak lama lagi. Pengkritik Najib, terutama Dr Mahathir mencadangkan usul undi tidak percaya dibentangkan. Najib kini terpalit dengan sandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta "derma" RM2.6 bilion daripada dermawan Timur Tengah yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi menjelang pilihan raya umum 2013. Pembangkang memerlukan sekurang-kurangnya 40 ahli parlimen BN untuk bekerjasama selepas ditolak ahli parlimen Pas yang dijangkakan berkecuali sekiranya usul dibentangkan. |
Undi tak percaya atas Najib: Pas tarik ‘hand brake’ Posted: 10 Oct 2015 05:03 AM PDT OLEH: AMIRUDDIN AHMAD Kenyataan Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hasan baru-baru ini bahawa parti Islam itu mungkin bekerjasama dengan Pakatan Harapan melaksanakan usul undi tak percaya ke atas PM Najib sekiranya dipelawa Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail mengejutkan pemerhati politik. Sebelum ini, Pas melalui Presiden Hadi, Mursyidul Am Dr Haron Din dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mahfodz Mohamed membayangkan parti itu telah 'berpatah arang, berkerat rotan' dengan Pakatan Harapan. Mereka rela menjadi 'penyokong BN' berbanding menyokong PH dan bekerjasama dengan DAP atau Amanah. Ternyata perjuangan bersendirian 'siku dan lutut' yang berdegar-degar diucapkan oleh bekas Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Tantawi pada Jun lalu tak ke mana. Belum 6 bulan Pas sudah pun menarik hand brake. Tidak percaya Najib kumpul wang Meski pun PM Najib melawat Haron Din di hospital sebulan lalu namun itu tidak cukup untuk memujuk hati pemimpin tahap 2, 3 dan 4 dalam Pas menerima politik Najib. Pemimpin tahap 1 seperti Hadi dan Haron mungkin kekal menyokong Najib kerana mereka tidak pernah mengecam PM dalam isu skandal pengumpulan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi ketua kerajaan itu. Haron pernah mengeluarkan pendapat tidak percaya Najib mengumpulkan RM2.6 bilion dalam akaun persendirian. Hadi pula berkata untuk menuduh Najib melakukannya perlukan saksi yang adil sebagaimana menuduh Anwar melakukan liwat memerlukan empat saksi. Apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan Najib memiliki wang 'derma' RM2.6 bilion hanya Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man – pemimpin tahap 2 – yang mengecam Najib. Adakah Haron dan Hadi masih kekal dengan kenyataan mereka sebelumnya? Mungkin bagi pemimpin Pas tahap 1, mereka melihat Najib amat perlukan parti Islam itu demi survival politik Umno. Maka Pas akan sangat berguna menjelang usul undi tak percaya yang diura-ura akan dilaksanakan pembangkang bersama beberapa MP BN pada sesi Parlimen Oktober. Pas mungkin akan menawarkan khidmat 16 ahli parlimennya yang berbaki untuk mengekalkan Najib di kerusi PM. Banyak perkara boleh dituntut dari PM sekiranya pertolongan itu diberi. Najib berpaut pada Yahudi Malangnya, belum pun sesi Oktober bermula Najib telah menunjukkan beliau tidak memerlukan Pas dan doa para ulama bagi mempertahankan pemerintahan. Awal Oktober, Najib telah berucap di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan nada lunak terhadap Israel. Menganggap Israel sebagai 'teman bicara sah'. Beliau mengutip pula 'Aturan Emas' dalam kitab Torah (Taurat) Yahudi sebagai sebahagian ucapan. Tidak cukup dengan itu, Najib bersalaman dan beramah mesra bersama PM Israel Benjamin Netanyahu di bangunan PBB ketika mana tentera rejim Zionis merempuh Masjid al Aqsa di Palestin dan membunuh rakyat Palestin yang mempertahankan kesucian masjid itu. Dua hari kemudian, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamed bersetuju dengan butir-butir rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Persetujuan itu memberi gambaran jelas Malaysia akan mengikut telunjuk Amerika Syarikat dalam urusan perdagangan, meski pun terpaksa melupakan agenda bumiputera yang di dalam negara sanggup dipertahankan dengan darah dan nyawa menghadapi DAP. Jelaslah Pas tidak boleh bergantung sama sekali dengan pengamal sekularisme-pragmatik. Dalam tempoh 6 bulan sahaja setiap apa yang diperingatkan oleh dua bekas pemimpin agung Pas Nik Aziz Nik Mat dan Fadzil Noor menjadi kenyataan. Kedua-dua mereka melarang sama sekali Pas berkawan dengan Umno BN kerana dasar pragmatik menjual negara dan maruah rakyat perikatan politik itu. Nik Aziz paling keras menentang Umno kerana pengkhianatan parti itu terhadap Pas di Kelantan pada era 1970an lalu. Pas terima balasan Tiga bulan selepas kematian Nik Aziz ulama Pas membuang saudara mereka dalam kalangan profesional yang menentang Umno dan rapat dengan Pakatan Rakyat. Pas tiba-tiba menganggap Pakatan sebagai musuh yang lebih merbahaya berbanding BN. Sekarang Pas menerima balasan. Sukar untuk menerangkan kepada ahli akan kerjasama mereka dengan BN bagi merealisasikan Hudud di Kelantan. Dua kali persidangan parlimen, Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan pindaan Akta 335 (mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah 1965) ke arah perlaksanaan hudud didahulukan. Umno hanya berjanji akan menyokong Hudud tanpa tarikh pasti. Pas menerajang DAP dan menghancurkan Pakatan hanya untuk mendapatkan kelulusan Hudud. Kini, Adakah berbaloi sokongan kepada Umno dengan tergadainya maruah Islam dan negara? Adakah berbaloi Pas mengekalkan sokongan kepada Najib yang berbaik-baik dengan Yahudi Israel? Adakah berbaloi menyokong BN yang merelakan ekonomi Malaysia dijajah Amerika? Ternyata Pas telah tersalah langkah dan masuk perangkap. Pemimpin tahap 2 bertindak Membayangkan menyokong undi tak percaya oleh pemimpin tahap 2 seperti Takiyudin boleh dibaca sebagai tindak balas kepada pimpinan atasan Pas yang masih mengelak mengecam Najib. Sekiranya Pas menerima cadangan undi tak percaya dan melaksanakannya maka kerjasama dengan BN demi meluluskan Hudud akan berakhir. Bermakna pada sesi Oktober dan selama-lamanya Hudud tidak akan disokong oleh BN, sama ada Najib masih berkuasa atau pun tidak. Jika bukan Najib yang berkuasa maka Umno tidak lagi terikat dengan agenda Hudud yang dipersetujui antara Najib dan pemimpin Pas. Selepas ini apakah yang perlu ditentang oleh Pas? Jika mereka menolak Najib maka tidak ada beza perjuangan Pas pada Oktober 2015 berbanding perjuangan pada Oktober 2012. Iaitu menentang penyelewengan dan Hudud masih jauh daripada dilaksanakan. Ketika itu Pas sedia bekerjasama dengan DAP dan PKR. Maka tidak perlulah Pas bertegas untuk bersendirian kerana perjuangan mereka juga sama dengan Pakatan Harapan. Gantikan pemimpin muda, progresif Kesediaan mengundi tak percaya juga memberi impak besar kepada kepimpinan ulama. Mereka memperlihatkan kepada ahli Pas bahawa strategi mereka salah. Ulama telah menyokong orang yang mempermainkan agama dan kemudian bersetuju untuk terpaksa menjatuhkannya. Ungkapan ulama sentiasa betul dan cermat jalan fikir ketika mempengaruhi perwakilan Pas bagi menyingkirkan golongan 'profesional pada Muktamar ke 61 lalu ternyata keliru. Ternyata ulama silap menyokong Najib yang menjadi barua Yahudi dan Amerika. Ulama yang sama juga menyebabkan Pas berpecah dua dan menyaksikan parti yang mempunyai masa depan dan hanya memerlukan tambahan 5 peratus undi bersama Pakatan Rakyat untuk menakluk Putrajaya kini kembali ke era 1980an, berkecamuk dan tiada harapan. Bagi ahli Pas, peristiwa yang melanda dalam 6 bulan kebelakangan ini sepatutnya menyedarkan mereka. Pas pernah melalui zaman sama ketika era Presiden Asri Muda menyokong BN. Pemimpin muda Pas ketika itu menjatuhkan Asri dan memulakan era kepimpinan ulama. Kini, pimpinan ulama sedia ada hilang arah tuju. Tibalah masanya ulama tahap 1 ini direhatkan demi masa depan parti. Tiada salah dengan kepimpinan ulama. Tetapi biarlah berstrategi dan nampak cerdik. Jika Hadi, Haron, Mahfoz dan Nik Amar direhatkan mereka boleh diganti dengan barisan muda seperti Tuan Ibrahim, ustaz Idris Ahmad dan sebagainya yang lebih jelas kebijaksanaan strategi politik mereka berbanding pemimpin veteran Pas hari ini. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan