Jumaat, 30 Oktober 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TERUSKAN LAGI

Posted: 30 Oct 2015 07:30 PM PDT








BARU

TERK
iNI

TERHEBAT



G25: Bank Negara boleh bertindak ke atas 1MDB tanpa AG

Kumpulan moderat Melayu G25 berkata Bank Negara boleh bertindak terhadap 1MDB mengikut Seksyen 239 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 kerana kegagalan mematuhi arahan membawa pulang US$1.83 bilion ke Malaysia tanpa melalui peguam negara.
"Benar, kuasa mendakwa, mengikut undang-undang, sentiasa dipegang oleh Peguam Negara.
"Tetapi apabila BNM bertindak mengikut Seksyen 239, BNM tidak mendakwa. Jadi persoalan BNM menjalankan kuasa Peguam Negara tidak timbul.

"Apabila Bank Negara mengambil tindakan mengikut di bawah Seksyen 239, ia mengambil tindakan sivil, bukan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB.
"Keputusan mengenai tindakan jenayah hanya boleh dibuat oleh Peguam Negara," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

KAH KAH KAH
woit
mana nak lari 
selagi najib piem
selagi bik mama wujud
selagi itulah kes 1MDB ada
tak akan mati mati
tak akan padam madam
tak akan selesai mesai
tak akan tepi sepi
berterusan sepanjan jalan
kah kah kah

KOREK LAGi




-------------

SEMPORNA BANGUN MELAWAN

Posted: 30 Oct 2015 06:00 PM PDT








SEMPORNA

EMPiRE

STRiKES BACK

KOMENTAR
jelas banyak bahagian
parti ketuanan melayu
telah mula bangun melawan
dari tampin ke langkawi
dari paguh ke telok kemang
kini dari sabah 
telah mula bangu melawan
kita tunngu dan lihat





Masa depan parti lebih penting daripada 1MDB, kata Umno Semporna 

Umno Semporna membidas langkah untuk mengambil tindakan disiplin ke atas pemimpin parti hanya kerana membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menegaskan hari ini, masa depan parti adalah lebih penting.
Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Semporna melahirkan kekecewaan mereka berhubung khabar angin mengatakan ketua bahagian mereka,  Shafie Apdal, merupakan salah seorang daripada 7 pemimpin yang bakal berdepan tindakan tersebut, selain Timbalan Presiden  Muhyiddin Yassin dan beberapa yang lain.
"Adakah bersuara demi kepentingan rakyat bukan lagi menjadi keutamaan kepada Umno?

"Adakah syarikat 1MDB ini sudah menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding parti Umno sehinggakan mana-mana pemimpin yang mengkritik cara pentadbiran dan pengurusan syarikat ini bakal berdepan dengan ancaman digantung, dilucut atau dipecat keahlian mereka.
"Adakah 1MDB ini milik Umno? Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti?" kata Umno bahagian itu dalam satu kenyataan.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/masa-depan-parti-lebih-penting-daripada-1mdb-kata-umno-semporna#sthash.BVlRKPNW.dpuf

SEMPORNA

BUKAN 

ROKOK KRETEK

KAH KAH KAH


-------------

PAGI INI

Posted: 30 Oct 2015 04:35 PM PDT







PAGI iNI

POTONG BUJET PELAJARAN

Posted: 30 Oct 2015 10:16 AM PDT






BAJET 2016:
BIASISWA, DERMASISWA DAN BANTUAN PELAJARAN DIPOTONG 23%

Bajet 2016 telah mengundang kontroversi apabila Najib Razak memotong peruntukan kepada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebanyak RM1.4 bilion dengan Universiti Malaya mengalami potongan terbesar iaitu 27% berbanding peruntukan tahun 2015.

Walau bagaimana pun, potongan peruntukan kepada IPTA bukanlah satu-satunya potongan terhadap sektor pendidikan. Analisa lanjut belanja mengurus bagi tahun 2016 berbanding 2015 menunjukkan Najib Razak juga telah memotong peruntukan untuk biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran sebanyak RM812 juta (atau 23% berbanding 2015) seperti berikut:


2015
2016
Potongan (%)
Perkara 41000
Biasiswa, Dermasiswa dan Bantuan Pelajaran

3,458,877,600

2,647,375,900

811,501,700
(23%)

Ini bermakna, potongan kepada pengajian tinggi iaitu peruntukan kepada IPTA dan biasiswa/dermasiswa serta bantuan pelajaran sebenarnya mencecah RM3.2 bilion dalam Bajet 2016. Ini adalah potongan mendadak yang akan membawa kesan kepada ratusan ribu keluarga di Malaysia.

Malangnya, pada masa yang sama perbelanjaan mengurus yang lain yang merugikan rakyat terus naik. Dua perkara perbelanjaan yang naik adalah "Perkara 44000: Tuntutan Insuran dan Pampasan" serta "Perkara 45000: Faedah, Dividen dan Bayaran Hutang Negara" dengan kenaikan seperti berikut;





2015
2016
Kenaikan (%)
Perkara 44000
Tuntutan Insuran dan Pampasan

1,112,931,700

1,186,773,500

73,841,800
(7%)
Perkara 45000
Faedah, Dividen dan Bayaran Hutang Negara

27,073,231,400

32,465,115,900

5,391,884,500 (20%)

Kedua-dua kenaikan ini sebenarnya dalam kawalan kerajaan dan tidak akan meningkat begini sekiranya kewangan negara diuruskan dengan baik. Malah, sekiranya peningkatan belanja mendadak kos mengurus hutang dan tuntutan insuran/pampasan sebanyak RM5.5 bilion ini tidak berlaku, jumlah ini jauh lebih besar dari potongan kepada IPTA dan biasiswa sebanyak RM3.2 bilion seperti di atas.

Pengurusan kewangan negara di bawah Najib Razak sudah sampai ke peringkat kritikal sehinggakan sektor pendidikan dan biasiswa (dua perkara yang dijamin di dalam Perlembagaan untuk orang Melayu dan Bumiputra) turut dikorbankan untuk menampung hutang dan pampasan, sedangkan perbelanjaan hutang dan pampasan itu ialah akibat kelemahan kerajaan Barisan Nasional sendiri.

RAFIZI RAMLI, AHLI PARLIMEN PANDAN
WONG CHEN, AHLI PARLIMEN KELANA JAYA
KHALID SAMAD, AHLI PARLIMEN SHAH ALAM
LIEW CHIN TONG, AHLI PARLIMEN KLUANG

Bagi pihak
JK EKONOMI PAKATAN HARAPAN






-------------------

TPPA GADAI NEGARA

Posted: 30 Oct 2015 06:30 AM PDT









BERiTA PELiK

TETAPi

BENAR

ada kumpulan
ada parti politik
ada individu
yang menyokong
perjanjian TPPA
kerana perjanjian ini
akan melupuskan
hak istemewa melayu
memansuhkan melupuskan
dan memadamkan
kedaulatan negara ini
kedaulatan raja raja melayu


untuk orang orang ini
mereka mahu lantai
perebutan yang sama
tidak mahu ada yang lebih
walau pun  hakikatnya
melayu masih corot
melayu masih tertinggal


APA YANG PELIK

ialah sikap
united malays 
national organisation
parti  ketuanan melayu
yang enggan menerangkan
TPPA pada orang melayu
enggan dengan jujur
beri penerangan 
tentang TPPA
tidak mahu berterus terang
tentang apa itu TPPA

kalau ini sikap DAP
kalau ini sikap MCA
kalau dap pro TPPA
kalau mca pro TPPA
orang ramai akan faham
tapi ini sikap UMNO
sikap sebuah parti 
politik melayu
parti politik yang 
mendabik dada
berjuang untuk 
ketuanan  melayu

BILA TPPA DITANDA TANGAN
orang melayu tidak
diberi tahu bahawa
tanah melayu akan dijual
dengan perjanjian TPPA

kita bertuankan  
kaum pemodal   dunia
kita bertuankan 
kaum kapitalis international
kita bertuankan kaum zionis

ketuanan melayu lingkup!


ini pelik tetapi benar






------------

FRAUD SUDAH LETIH

Posted: 30 Oct 2015 06:00 AM PDT







TENGKU

FRAUD



Ku Nan: Kita sudah letih!
KUALA LUMPUR - "Kita sudah letih dan penat dengan (tujuh) ahli Umno yang keluarkan kenyataan (yang) bukan untuk orang ramai," demikian ujar Setiausaha Agung Umno,  Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menegaskan bahawa perbuatan ahli-ahli Umno itu adalah satu isu serius dalam parti, beliau yang juga dikenali sebagai Ku Nan menegaskan, pihaknya telah melakukan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan hasil siasatan tersebut.


KAH KAH KAH

i rest my case

mi lord

kah kah kah

Siapa Tengku Adnan Tengku Mansor - Perjuangan adalah ...

chegubard.blogspot.com/.../siapa-tengku-adnan-tengk...
Translate this page
Jul 17, 2006 - Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Pelancongan dalam kerajaan Abdullah ... Siapa lagi yang hendak diharapkan membela nasib ..... Apa sebenarberlaku di Rembau · Berbelanja sambil tolong perjuangan / sahabat  ...
You've visited this page 2 times. Last visit: 10/15/15

Malaysians Must Know the TRUTH: Raja "celup" - (in Malay)

malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/.../raja-cel...
Translate this page
Sep 25, 2012 - Akhbar Harakah Daily bertarikh 17 Julai 2006 (boleh baca salinan artikel disini) pernah mendedahkan siapa Tengku Adnan Bin Tengku  ...

-----------

JENG JENG JENG

Posted: 30 Oct 2015 05:30 AM PDT






PERANG

PERANG

PERANG BESAR

YOU SEE


'Berani buat beranilah tanggung'

SEREMBAN - Nasib tujuh pemimpin Umno yang akan dikenakan tindakan sesuai dengan kata bidalan 'berani buat berani tanggung'.

Setiausaha Umno Negeri Sembilan,   Hasim Rusdi berkata, tindakan itu dilihat satu keputusan tepat demi maruah Umno.

"Saya yakin dan percaya Lembaga Disiplin Umno telah buat keputusan tepat. Keputusan itu juga akan merujuk kepada laporan Majlis Tertinggi Umno. Laporan dibuat pastinya teliti, tidak bias dan tepat terhadap apa yang telah dibuat tujuh pemimpin Umno ini," katanya


KAH KAH KAH
woit
suara kakak tua 
suara kaki bodek
suara kami ampoo
makin kuat didengar
kah kah kah
perang makin luas
perang makin merebak
kah kah kah

PERANG LAGi


-------------

NAJIB KELENTONG LAGI

Posted: 29 Oct 2015 11:30 PM PDT





FACE BOOK


Satu lagi percubaan PERBODOHKAN RAKYAT !!
TAHUKAH ANDA..!!!
Semasa Ketua Pesuruhjaya SPRM sedang bercuti.. dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM berada di luar negara atas tugas rasmi...
TIBA-TIBA NAJIB KATA SPRM sahkan derma saya peroleh bukan rasuah..
Wahai Najib Razak, kami rakyat nak tahu.. Siapa nama 'PEGAWAI'‪#‎SPRM‬ yang berkata begitu..
NAMPAK TAK !!!





--------------

TERGADAINYA BUMI MELAYU

Posted: 29 Oct 2015 09:18 PM PDT








TERGADiNYA

BUM
i MELAYU





BIDADARI
nabi dah cakap benda ni... tapi bani meLayu stim kat bidadari jer... jadi puak2 ustart dan ostart pun start mengampu~bodek onLy start ceritat bidadari onLy tak cerita apa yg nabi cerita.. betapa banyak mayat yang akan bertaboran di atas muka bumi on PASAK KEPONG DAN KAWAL
Nazrio Dond DoLLa
on 10/29/15
PEMIKIR BERJIWA RAKYAT
Pemikir sekular yg berjiwa rakyat lebih baik dr pemikir islam yg berjiwa jumud.oleh sbb itu ada pihak ingin mewujudkan pemikir islam yg berjiwa rakyat.sekular tdk kisahkan islam.islam hanya utk menarik sokongan.namun org islam yg sebenar tetap berpegang pada tali kebenaran walaupun tdk disukai oleh org lain. on PASAK KEPONG DAN KAWAL
Anonymous
on 10/29/15


GENETIK TAK KUAT
Bani melayu ni mmg spesis bodoh. Genetik pun tak kuat. Kalau melayu kawin cina, muka lebih mcm cina. Kalau kawin dgn keling, muka hitam mcm keling. Kawin dgn org putih, tentu la lebih ke org putih.

Bangsa paling bangsat ni mmg lemah serba serbi. Ada pemimpin, tapi pemimpin lembab, ishhh pendekata, melayu mmg lemah serba serbi. Ntah laa, dah laa malas membaca, berfikir pun malas. on PASAK KEPONG DAN KAWAL
Anonymous
on 10/28/15

SEDANG DIBUNGKUS
Saya jadi gerun dengan ayat tt "orang melayu sedang diikat dan dibungkus untuk dijual .." Pada kurun yang ke 12 dan 13 .. saya tertarik membaca bagaimana perang diantara islam dan kristian itu melibatkan ratusan ribu askar kedua belah pihak.

 Tapi pada 1511 peringgi hanya hantar 1500 tentera untuk berlawan dengan satu negeri melayu yang besar ketika itu. Sekarang ini kita akan dikalahkan tanpa berlawan walaupun dengan saekor tentera musuh .. malah melayu sedang diikat dan dibungkus until dijual macam "kunta-kinte". on PASAK KEPONG DAN KAWAL
panglimo potaseh
on 10/28/15


SULIT
Bani Melayu memang sulit nak sedar, pemimpin2nya sangat korap dan rakyat jelatanya rata2 berfikiran sangat feudal dan agama yg sempit, yakni mereka asyik nak beriman dan beribadah mengikut ajaran aswj, tak mahu ambil kisah isu2 besar seperti yg disentuh pada artikel TT tu.

 Mereka lebih rela bergantung pada kupasan agama bagi menentukan masa depan mereka, dan memang agama tak boleh analisis isu seperti program jahat AS. Bani Melayu terpasung dengan mentaliti feudal dan agama yg tak mungkin boleh membebaskan mereka boleh melihat perspektif sekular dan berpengetahuan bagi melihat daya2 yg membentuk dan mempengaruhi masa depan mereka. on PASAK KEPONG DAN KAWAL
UNCLE RAMLI
on 10/28/15







---------------

SIAPA YANG TAHU

Posted: 29 Oct 2015 08:39 PM PDT









SiAPA TAHU!

Muhyiddin tidak tahu 7 pemimpin Umno berdepan tindakan disiplin

Timbalan Presiden Umno  Muhyiddin Yassin tidak mengetahui langsung mengenai 7 pemimpin parti yang berdepan tindakan disiplin walaupun khabar angin mengatakan beliau antara salah seorang yang bakal digantung kerana lantang mengkritik pimpinan atasan. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-tidak-tahu-7-pemimpin-umno-berdepan-tindakan-disiplin#sthash.xkMFjXsL.dpuf

MUHYiDDIN

TAK TAHU?

SiAPA TAHU

KAH KAH KAH






-------------

SIAPA YANG LEMAH?

Posted: 29 Oct 2015 07:55 PM PDT







SiAPA DiA

YANG LEMAH?



Hanya pemimpin lemah mahu kawal orang lain, kata Ku Li

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau sedia menghadapi sebarang tindakan disiplin daripada partinya, sambil menyifatkan pemimpin yang lemah sentiasa memberi tekanan supaya orang lain mengikut telunjuk mereka.
Ahli Parlimen Umno Gua Musang itu mengakui, dalam mana-mana organisasi terdapat peraturan yang ditetapkan, tetapi pemimpin yang lemah sentiasa mahu setiap gerak-geri ahlinya dipantau dan dikawal.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hanya-pemimpin-lemah-mahu-orang-ikut-telunjuk-mereka-kata-ku-li#sthash.8XLV4V7H.dpuf


KAH KAH KAH
woit
dua tiga hari ini
ku li makin banyak cakap
kah kah kah
adakah ini tanda
ku li juga anggota 
7 samurai

TUJUH LAGi

-------------

Tiada ulasan: