Khamis, 29 Oktober 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SIAPA TUJUH AKAN DIGANTUNG

Posted: 29 Oct 2015 07:08 PM PDT







BERNAMA - Tujuh Pemimpin UMNO Mungkin Digantung ...

www.bernama.com/.../v8/.../newsgeneral.php...

Translate this page
Bernama
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Tujuh pemimpin UMNO yang kini sedang disiasat berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti

MASALAH DISIPLIN ANGGOTA UMNO

Tujuh pemimpin 'misteri' Umno mungkin digantung



KUALA LUMPUR: Tujuh pemimpin misteri Umno yang dipantau untuk tindakan disiplin mungkin digantung jawatan dan keanggotaan dalam parti itu.
Setiausaha agung parti itu,  Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata langkah itu akan diambil selepas proses berkaitan selesai dibuat.
- See more at: http://beritaharian.sg/dunia/tujuh-pemimpin-misteri-umno-mungkin-digantung#sthash.EhSEONeW.dpuf

KAH KAH KAH
woit
siapa dia 7 samurai?
siapa mangnificent 7?
kah kah kah
siap? siapa? siapa?

TUJUH LAGi




----------

JERAT LAMA DIPASANG

Posted: 29 Oct 2015 06:39 PM PDT





LAMA JERAT

DiPASANG

NAJiB LUPA

AKAN JERAT















Najib fail saman fitnah terhadap Liong Sik


 Najib Razak akhirnya memfailkan saman fitnah terhadap bekas presiden MCA  Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataan beliau mengenai cara perdana menteri mengendalikan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-fail-saman-fitnah-atas-liong-sik#sthash.AOPHjYLm.dpuf

JERAT SUDAH

BiNGKAS

SUDAH KENA

KAH KAH KAH





---------------

LAGI KES RASUAH

Posted: 29 Oct 2015 06:00 PM PDT







DEDAHKAN TERMA-TERMA
 PERJANJIAN KONSESI HOSPITAL UITM PUNCAK ALAM

Pendedahan saya di dalam Dewan Rakyat pada hari Selasa mengenai cadangan menganugerahkan pembinaan dan operasi Hospital UiTM Puncak Alam telah mendapat beberapa reaksi semalam.

Saya sedia maklum kenyataan rasmi UiTM yang tidak menafikan pendedahan saya tetapi sekadar menyebut maklumat itu tidak tepat dan menyeluruh. Saya menghargai kenyataan rasmi UiTM itu kerana secara tidak langsung ia mengiyakan pendedahan yang saya buat.

Semakan saya menunjukkan bahawa Lembaga Pengarah UiTM akan bermesyuarat pada hari ini dan salah satu agenda utama ialah menilai cadangan penswastaan Hospital UiTM Puncak Alam melalui sistem konsesi seperti yang saya dedahkan. Hari ini, Lembaga Pengarah UiTM akan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh syarikat milik  Rozalli Ismail iaitu TRIplc Berhad bagi penswastaan tersebut.

Saya menggesa supaya setiap Ahli Lembaga Pengarah UiTM mengambil pendirian bebas dengan menolak sebarang campur tangan Putrajaya dalam projek ini seterusnya membuat keputusan untuk menolak cadangan penswastaan melalui sistem konsesi. Ahli-ahli Lembaga Pengarah UiTM sedia maklum bahawa kos membina dan menguruskan sendiri oleh UiTM adalah jauh lebih murah daripada apa yang terpaksa ditanggung UiTM dan rakyat melalui sistem konsesi.

Saya juga dimaklumkan bahawa Ahli Parlimen Kuala Selangor semalam menyebut bahawa kos keseluruhan pembinaan dan operasi Hospital UiTM Puncak Alam melalui sistem konsesi yang dicadangkan hanyalah RM800 juta, bukannya bernilai RM8.2 bilion seperti yang saya dedahkan.

Saya menasihati beliau supaya menyemak dan meneliti sendiri dokumen mengenai penswastaan ini seperti mana yang telah saya lakukan agar beliau tidak malu nanti apabila maklumat-maklumat ini keluar.

Jika benar kos keseluruhan konsesi hanyalah RM800 juta seperti yang beliau dakwa, saya cabar beliau mendapatkan kebenaran Najib Razak untuk mendedahkan kertas-kertas cadangan dan perincian konsesi ini yang telah dikemukakan kepada UiTM setakat ini kepada orang ramai supaya kos sebenar konsesi dapat dinilai.

Saya akan menunggu maklumbalas dari kerajaan sebelum mula menghuraikan butiran-butiran mengenai cadangan konsesi ini.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN






----------

TANYA JANGAN TAK TANYA

Posted: 29 Oct 2015 09:27 AM PDT





Kenyataan Media: Siarkan Jawapan Menteri tentang 1MDB dan dana RM2.6b secara langsung.

Mesyuarat Parlimen kali ini yang bermula pada 19 Oktober memperlihatkan satu fenomena yang sangat berminat. Dalam tempoh dua minggu persidangan (8 hari) yang telah berlalu, perdebatan tentang isu 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri tidak pernah muncul dalam tempoh soal-jawab menteri, iaitu satu setengah jam pertama setiap hari persidangan berlangsung, di mana perdebatan disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen kebangsaan.

Jika kita meneliti dengan betul-betul, pertanyaan tentang isu 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri tidak pernah dimasukkan dalam 15 soalan yang pertama pada setiap hari persidangan, walaupun terdapat banyak soalan yang telah dilontarkan tentang dua isu tersebut. 15 soalan pertama biasanya sempat dijawab oleh para menteri.

Mengikut kajian saya, sebanyak 41 soalan telah ditanya oleh ahli-ahli Parlimen sepanjang 8 hari yang lepas. Secara purata lebih 5 soalan telah ditanya setiap hari, atau bersamaan dengan lebih kurang 10% soalan yang ditanya, tetapi, secara ajaibnya, ia tidak pernah masuk soalan top 15. Hanya 1 soalan berkenaan 1MDB yang berjaya masuk soalan ke-26, yang selainnya 30 dan ke atas. Adakah ia cuma satu kebetulan?

Isu 1MDB dan RM2.6 bilion ini adalah dua skandal terbesar dalam sejarah Malaysia. Ahli-ahli parlimen bergiat ingin membawa soalan-soalan dari rakyat ke dewan yang mulia. Maka timbul kemusykilan adakah menteri-menteri tidak bersedia menjawab isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion secara "live" di kaca TV kepada rakyat?

Ingin kita mengingatkan Perdana Menteri bahawa semua Ahli Parlimen dan seluruh rakyat Malaysia masih menunggu Perdana Menteri untuk menjawab siapa penderma RM2.6 bilion, sebab-sebab 'derma' dan ke mana pergi duit sekarang.

Menteri JPM YB Pengerang juga memaklum kepada kami bahawa pertanyaan-pertanyaan ini akan dijawab secara serentak bersama pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian dalam persidangan kali ini juga.

Saya ingin menyeru Menteri menyiarkan sesi tersebut secare Langsung atau "Live" melalui kaca TV untuk sekali gus menyelesaikan kemusykilan rakyat terhadap isu-isu ini.

Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru





--------

ZIKIR DAN ROCK ON

Posted: 29 Oct 2015 07:00 AM PDT




BARU BERANI
Ini org2 tua tahap umur dah melangkau setengah abad, yg dah tak tertahan2 rasa nak menari berjoget. Asal2 dulu cuma menyanyi pelan2 kat rumah sendiri samada dlm bilik tidur atau bilik mandi. Itu masa masih muda sikit lah.

 Lepas dah naik sikit lagi umur, di expose kan pulak pada mesin karaoke oleh budak2 muda dlm majlis2 kenduri kawin sekitar kg.

Ada jugak la 1-2 pokchik ni yg berani ke depan, tapi nyanyi lagu zapin atau berpantun seloka je. Dah tu terexposed pulak ke rancangan reality tv dok lawan berdansa bila cucu2 balik kg beraya. 

Haisss tak boleh jadi ni, terasa gatal di anak tekak nak menyanyi berkaraoke selantang gajah bertempik di hujung kg, terasa gatal di jari2 kaki nak menari berdansa seligat ikan patin berenang bebas di hulu sg. Agaknye la kihkihkih... on ZIKIR DAN ROCK ON
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/29/15


KEEP COOL

ROCK ON BRO

CHiLL OUT




Zikir menari, ISMA beza pandangan dengan mufti

WANITA OH WANITA

Posted: 29 Oct 2015 06:39 AM PDT






Mensejahtera Wanita?
 Bagai Melepas Batuk di Tangga

            Belanjawan Negara 2016 hanya menyebut dalam Keutamaan Ketiga - Dalam Mempersiaga Modal Insan:
"Kerajaan terus komited dengan hasrat untuk mencapai sekurang-kurangnya 30% penglibatan wanita di peringkat membuat keputusan dalam sektor awam dan swasta. Ini termasuklah di peringkat Lembaga Pengarah; dan Kerajaan akan sentiasa memantau pencapaian dasar ini."

Tidak dinyatakan peruntukan belanjawan untuk perkara itu.

            Kerajaan yang memerintah dan yang bakal memerintah di masa depan perlulah mempamerkan segala keseriusan dalam mensejahterakan wanita Malaysia.   Usah risau, kerana wanita Malaysia dengan mudah boleh menilainya.

Di antara perkara-perkara yang boleh dilaksanakan bagi memperlihatkan keseriusan itu ialah dengan mengambil cadangan-cadangan dari laporan UNWomen, Progress of the World's Women 2015-2016, iaitu pertama mencipta lebih pekerjaan untuk wanita bagi meningkatkan status ekonomi mereka terutamanya bagi wanita ibu tunggal dan wanita-wanita yang memerlukannya.   Ia perlu dikhususi dalam belanjawan. 

 Kedua, jaminan keselamatan kewangan sepanjang hayat wanita juga mesti diutamakan dan jelas mekanisme.

Ketiga, kerajaan yang prihatin wajar melabur dalam perkhidmatan sosial yang gender responsif. 

Keempat, memaksimumkan sumber untuk mencapai kesaksamaan substantif. 

 Kelima, memberi sokongan padu kepada organisasi wanita dalam menuntut keadilan dan membentuk agenda polisi di semua peringkat penbuatan dasar. 

 Keenam, mengurangkan pengasingan pekerjaan (occupational seggregation) dan jurang pendapatan gender(gender pay gap). 

 Ketujuh, mengiktiraf, mengurangkan dan mengagih semula kerja penjagaan yang tidak berganjaran(unpaid care) dan tugasan rumahtangga(domestik work),

 Kelapan, menyediakan environmen yang sesuai utuk merealisasikan hak-hak wanita.  

 Kesembilan, menggunakan standard yang diperakui, hak keinsanan atau maqasid syariah untuk mengolah polisi dan sebagai pemangkin atau pendorong perubahan. 

  Kesepuluh, menjana data dan maklumat sebagai bukti untuk membuat penilaian tentang kemajuan status dan hak ekonomi dan sosial wanita.

            Dengan hampir 70% ibu tunggal masih tidak terbela, kesukaran wanita mendapat keadilan dengan mudah di mahkamah-mahkamah syariah dan sivil, keadaan kos rawatan yang tinggi untuk mencapai tahap kesihatan yang terbaik, perhambaan wanita dalam politik yang masih berlaku, serta sistem sokongan yang masih lemah bagi ibu-ibu yang bekerja yang mempunyai anak, kes-kes keganasan terhadap wanita yang masih tidak reda, diskriminasi terhadap wanita pekerja yang mengandung yang masih berlaku, hak wanita orang Asal yang belum terpenuhi dan suara-suara wanita yang masih tidak diketengahkan secara sedar dan wujud keyakinan ia boleh dibudayakan – kesemua itu dan yang lainnya - belanjawan negara 2016 telah gagal merujukinya secara spesifik dan mengolah usaha-usaha mengatasinya secara khusus dan memberi peruntukan-peruntukan yang munasabah.

YB Rodziah Ismail
Pengasas-Pemimpin
Pertubuhan Inisiatif Pemberdayaan Wanita
(WE Initiative)






------------

RINGGIT JATUH LAGI

Posted: 29 Oct 2015 05:30 AM PDT






JAM EMPAT

US Dollar equals
4.33 Malaysian Ringgit
Chart of exchange rate values over time





JAM DUA

US Dollar equals
4.29 Malaysian Ringgit
Chart of exchange rate values over time




--------------

PETANG INI

Posted: 29 Oct 2015 05:00 AM PDT






GOMBAK

JAM SATU 






SEPUTEH

JAM TiGA






--------------

NILAI RINGGIT JATUH LAGI

Posted: 28 Oct 2015 11:18 PM PDT









NiLAI RINGGiT

HARI iNI




US Dollar equals
4.29 Malaysian Ringgit
Chart of exchange rate values over time






NiLAI RINGGiT

KELMARiN



US Dollar equals
4.27 Malaysian Ringgit
Chart of exchange rate values over time





-----------------

FARTI BARU INDEPENDEN

Posted: 28 Oct 2015 11:09 PM PDT









JENG JENG JENG

PERANG 

MEREBAK

MUNCUL

PARTi BARU

FARTI BARU

INDEPENDEN

'Biar Perhimpunan Agung Umno penentu nasib TSMY

SHAH ALAM - Veteran Umno menegaskan bahawa sebarang usaha menyingkir atau menggugurkan  Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno adalah satu perbuatan yang  tidak mengikut Perlembagaan Umno.
 
Setiausahanya,  Mustapha Yaakub berkata, mengikut Fasal 9.12 Perlembagaan Umno jelas menyatakan: jawatan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada 2/3 daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.
 
" Justeru itu, sebarang cara selain Perhimpunan Agung Khas untuk menjatuh atau menggugurkan Muhyiddin adalah tidak sah," katanya kepada Sinar Online.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar,  Jamal Mohd Yunus yang mendakwa terdapat lebih 100 Ketua Bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup bagi menyingkirkan Muhyiddin daripada jawatannya kini.



KAH KAH KAH
woit
ada 100 bahagian
tak suka muhyiddin
kah kah kah
100? ini sudah ramai
total bahagian berapa?
yang tak sokong berapa?
kah kah kah
akan muncul parti baru
parti rakyat johor
dari tangga mana pulak?
kah kah kah

PARTi BARU


-------------

MUDAH MUDAHAN

Posted: 28 Oct 2015 10:30 PM PDT








MiNGGU LALU




PAGi INI


--------------

NAJIB KELENTONG LAGI

Posted: 28 Oct 2015 09:50 PM PDT






FACE BOOK




Satu lagi percubaan PERBODOHKAN RAKYAT !!

TAHUKAH ANDA..!!!
Semasa Ketua Pesuruhjaya SPRM sedang bercuti.. dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM berada di luar negara atas tugas rasmi...

TIBA-TIBA NAJIB KATA SPRM sahkan derma saya peroleh bukan rasuah..

Wahai Najib Razak, kami rakyat nak tahu.. Siapa nama 'PEGAWAI' #SPRM yang berkata begitu..

NAMPAK TAK !!!








------------

SUARA SAEKOR KANG KONG

Posted: 28 Oct 2015 09:18 PM PDT









SUARA

SAeKOR

KANG KONG



Singkir nombor dua, Umno akan berpecah

SHAH ALAM - Tindakan untuk menyingkirkan Timbalan Presiden Umno,  Muhyiddin Yassin akan membawa kepada perpecahan parti itu.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsu Adabi Mamat berkata, Muhyiddin mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti.

"Ketua bahagian Umno harus menangani dengan baik sekiranya berhasrat untuk singkirkan Muhyiddin. Ini kerana Muhyiddin bukan sahaja mempunyai pengaruh dalam Umno malah turut membawa sentimen Johor.

"Ini akan menyebabkan perpecahan dalaman yang teruk dalam Umno selain akan merumitkan lagi keadaan Umno yang dilihat semakin parah," katanya, semalam.

Usaha untuk menyingkirkan Muhyiddin semakin rancak diperkatakan ekoran Timbalan Presiden Umno itu semakin lantang bersuara membidas tindakan Najib.

KAH KAH KAH
woit
ini berat
ini sudah berat
kalau kang kong 
dah mula bersuara
ini tanda berat 
ini tanda amat berat
kah kah kah
tapi suara kang kong
ini beri amaran
jangan gaduh gaduh
kes rasuah besar
kang kong senyap
duit derma 2.6 bilion 
kang kong senyap
saksi bank negara ilang
kang kong tak bersuara
kah kah kah
ini tabiat kang kong
kong kong kong

KANG KONG



--------------

PARTI POLITIK BARU

Posted: 28 Oct 2015 08:48 PM PDT









MUHYiDiN

AKAN TUBUH

PARTI POLiTIK

PARAJ BARU



Ada usaha singkir Muhyiddin, 'gunting dalam lipatan' Umno, kata ketua bahagian


Pemimpin Umno bahagian  Jamal Mohd Yunus dilaporkan Sinar Harian hari ini mendakwa, wujud "gerakan senyap" untuk menyingkirkan Timbalan Presiden  Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan beberapa ketua bahagian yang sebaliknya mendakwa terdapat kelompok "gunting dalam lipatan" dalam parti itu ketika ini.
Ketua Umno Sungai Besar itu dilaporkan akhbar itu berkata, lebih 100 ketua bahagian parti seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup sebagai usaha menyingkirkan Muhyiddin dan yang seangkatan dengannya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ada-usaha-singkir-muhyiddin-gunting-dalam-lipatan-umno-kata-ketua-bahagian#sthash.PeC322CA.dpuf



PARTi PARAJ

iALAH:


PARTi RAKYAT

JOHOR

KAH KAH KAH









--------

Tiada ulasan: