Rabu, 28 Oktober 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


GERAKAN SINGKIR MUHYIDDIN

Posted: 28 Oct 2015 07:22 PM PDT







JENG JENG



Sah wujud gerakan singkir Muhyiddin

PETALING JAYA - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Mohd Yunus mengesahkan wujud gerakan menyingkirkan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin dan kelompok gunting dalam lipatan dalam Umno.

Beliau tegas menyatakan lebih 100 ketua bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup sebagai usaha menyingkir Muhyiddin dan kumpulannya dari parti itu.

"Pendapat peribadi saya,  Muhyiddin perlu dipecat dan sekarang kita (Umno) dalam usaha mengumpul senarai nama ketua bahagian untuk menyokong penyingkiran berkenaan.

"Kalau saya di tempat Perdana Menteri dah lama saya pecat beliau (Muhyiddin) bukan setakat sebagai Timbalan Presiden Umno malah ahli Umno," katanya kepada Sinar Harian.

KAH KAH KAH
woit
ini berita baik
ini berita amat baik
kah kah kah
gaduh makin gaduh
luas makin luas
kah kah kah
lagi gaduh lagi baik
lagi tiam lagi mati
gaduh jangan tak gaduh
kah kah kah

GADUH LAGi

------------------

SIAPA AKAN DI GANTUNG?

Posted: 28 Oct 2015 06:45 PM PDT






TAK MASUK

AKAL


Umno akan gantung ahli buat kenyataan 'tidak masuk akal', kata Ku Nan



Umno sudah tidak tahan dengan kenyataan "tidak masuk akal" yang dikeluarkan segelintir ahlinya dan memutuskan akan menggantung keahlian mereka yang didapati bersalah melanggar perlembagaan parti, kata Tengku Adnan Tengku Mansor.
Setiausaha Agung parti itu berkata, Umno kini sudah "letih" dan "penat" dengan 7 ahli mereka yang ketika ini berada dalam perhatian kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bukan untuk orang awam.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-akan-gantung-keahlian-ahli-buat-kenyataan-tidak-masuk-akal-kata-ku-nan#sthash.SpgICAiA.dpuf

KAH KAH KAH
woit
tak masuk akal ini
macam  macam mana?
kalau tanya najib
mana dapat duit 2.6 bilion
masuk akal atau tidak?
kalau tanya najib 
berapa berat bik mama
masuk akal atau tidak?
kah kah kah
kalau tanya najib
siapa upah sirul 
bunuh altantuya 
masuk akal atau tidak?
kah kah kah
kalau tanya siapa 
tengku fraud masuk akal ke?

MAT FARUD
-------------

SEORANG TUN TERKEJUT

Posted: 28 Oct 2015 06:00 PM PDT








SAMPAi

TERKEJUT

MENUNGGU

Saya menunggu penuh sabar saman Najib – Liong Sik ...

www.freemalaysiatoday.com/.../s...
Translate this page
Free Malaysia Today
18 hours ago - PUTRAJAYA: Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik mengakui beliau menunggu penuh sabar saman yang mahu difailkan Perdana ...

'Saya Masih Tunggu Najib Saman Saya' - Ling Liong Sik

www.rakyatnews.my/.../343876-saya-masih-tunggu-n...
Translate this page
16 hours ago - PUTRAJAYA 28 Okt - Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sikmengakui beliau menunggu penuh sabar saman yang mahu difailkan ...


Saya menunggu penuh sabar saman Najib – Liong Sik

 | October 28, 2015
Beliau akan terus mendesak Najib Tun Razak meletak jawatan dan bersedia membela diri di mahkamah.

PUTRAJAYA: Bekas Presiden MCA,  Tun Dr Ling Liong Sik mengakui beliau menunggu penuh sabar saman yang mahu difailkan Perdana Menteri terhadap dirinya.

Najib Razak baru-baru ini menghantar notis meminta Liong Sik menarik balik atau meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

"Saya masih menunggu. Saya seorang penyabar. Tak Perlu kelam kabut, hanya perlu tunggu" katanya selepas menghadiri majlis penyampaian anugerah Kiwanis di Putrajaya, lapor The Star Online.

Bekas Menteri Pengangkutan itu berkata, beliau terkejut mengapa Perdana Menteri mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan itu.

"Saya juga terkejut mengapa mengambil masa lama tetapi saya akan terus bersabar," katanya.

Liong Sik berkata, beliau akan terus mendesak Najib meletak jawatan dan sudah bersedia mempertahankan dirinya di mahkamah.

KAH KAH KAH
woit
ini lawak gila
tun ling liong sik
menunggu sampai terkejut
kah kah kah
najib punya gertak 
nak saman nak saman
tapi satu habuk taraaak
kah kah kah
woit
ini cukong hina najib
hina pemimpin melayu
hina pemimpin islam
mana pejuang melayu
mana tajuddin
mana jamal
mana ali tinju
pemimpin melayu dihina
kah kah kah

CUKUP HiNA

Saman Najib: "Saya masih menunggu. Saya seorang ...

duniacacamarba2.blogspot.com/.../saman-najib-saya-...
Translate this page
15 hours ago - Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menghantar notis memintaLiong Sik menarik balik atau meminta maaf kerana mengeluarkan  ...

Najib saman Ling Liong Sik tuntut mohon maaf - celah gelegar

celahgelegar.blogspot.com/.../najib-saman-ling-liong-s...
Translate this page
Oct 6, 2015 - PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Presiden MCA, Tan Sri Dr. Ling Liong Sik ...

-------------

PASAK KEPONG DAN KAWAL

Posted: 28 Oct 2015 10:30 AM PDT







PASAK KEPONG DAN KAWAL


Pada bulan April 1511 Alfonso de Albuquerque sampai ke Melaka dengan  18 buah kapal perang  dan 1500 orang soldadu. Tujuan kedatangan Benggali Puteh ini ialah untuk  mengepong dan menawan kota Melaka. Dengan tertawannya kota Melaka maka segala perniagaan rempah rampai di Eropah jatuh ke tangan Portugal.

Ini berlaku  500 tahun dahulu ketika Portugal angkuh sebagai kuasa imperialis. Ini sebelum kemuculan kuasa imperial Belanda dan Inggeris.   Ini dizaman ' mencantile capitalism' -  di era permulaan perkembangan sistem ekonomi kapitalis.

Sistem ekonomi kapitalis berubah dan berkembang. Kuasa imperial lama - Portugal dan  Belanda dikalahkan oleh kuasa imperial baru - kuasa British. Kuasa kolonial British berjaya menawan 3/4 wilayah dunia. Britain menjadi Great Britain yang kaya raya dengan harta kekayaaan yang dipunggah dari seluruh pelusuk bumi.

Sejarah kapitalisma berubah. Kuasa kolonial  British digantikan pula  oleh kuasa kolonial Amerika. Ini kuasa imperial baru  yang lahir sesudah Perang Dunia Kedua. Dari Samenjak berakhirnya Perang Duna Kedua hingga ke hari ini  majoriti rakyat dunia dibawah taklok Empire Amerika.

Dari permulaan sejarah manusia - perang bertujuan untuk menawan wilayah, merampas harta kekayaan , mencari pasaran dan buruh. Melaka ditawan Portugis kerana kota ini tempat jual beli rempah ramai tersohor dalam dunia ketika itu.

Perang membuktikan kekuatan dan kuasa. Dalam sistem ekonomi kapitalis perebutan ekonomi ini akan berterusan. Justeru selagi sistem kapitalis ini wujud - perang akan terus ada. Perang bertujuan untuk membuktikan siapa yang lebih berkuasa.

Dalam sistem ekonomi kapitalis bala tentera siapa yang  gagah akan berkuasa. Dengan kuasa boleh memiliki kekayaan. Kuasa ialah memaksa orang lain untuk menerima  atau memakai atau membuat sesuatu yang mereka tidak ada hak memileh atau menolak.

Pada ketika ini Tanah Melayu sedang dipaksa oleh Amerika Syarikat untuk menerima Perjanjain TPPA. Pemaksaan berjaya dilakukan apabila Parti Ketuanan  Melayu yang bernama United Malays National Organisation  telah bersekongkol dan bersubahat dengan kuasa imperial Amerika Syarikat. 

Sama saperti sejarah Melaka 500 tahun dahulu ketika diserang oleh Portugis. Serangan pertama Portugis gagal. Melaka hanya berjaya dikalahkan dengan serangan kedua  apabila ada pembelotan.

Pada ketika ini sekali lagi pembelotan berlaku di Tanah Melayu. Bani Melayu yang menjadi penduduk asal Tanah Melayu  sengaja tidak disedarkan tentang apa butiran  Perjanjian TPPA.  Bani Melayu tidak sedar bahawa Tanah Melayu termasuk Bani Melayu  sendiri sedang diikat dan dibungkus  untuk dijual secara borong kepada  syarikat koprat  antarabangsa. 

Sabelas buah negara - Australia, Brunai, Canada, Chile , Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam - sedang diancam dan dipaksa oleh Amerika untuk bersetuju menanda tangani Perjanjian TPPA.  Saperti yang telah saya katakan - perjanjian ini adalah  satu perjanjian rahsia dimana warga negara di sebelas negara ini TIDAK mengetahui secara terperinci isi kandungan perjanjian ini.

Sebelas negara ini amat penting untuk kaum kapitalis antarabangsa. Mereka menghasilkan 40% pengeluaran GDP ekonomi dunia, 30% ekspot global dan 25% impot global.

Dalam dua tulisan saya yang lalu telah diterangkan latar belakang kemunculkan TPPA ini.  Kali ini saya ingin memberi pencerahan kepada Bani  Melayu apa sebenarnya tujuan  Amerika memaksaa 11 buah negara menandatangai perjanjian rahsia ini.

TPPA ini wajib difahami bersama dengan strateji Pasak Asia/Pivot Asia. Dua pekara ini ikat berikat - macam isi dengan kuku.

Pada tahun 2009 - Bill Clinton telah memperkukuhkan pengkalan tentera udara  dan laut Amerika di Guam, Pilipina dan di Jepun. Clinton juga telah bersekongkol dengan Singapura untuk  mendirikan pelabuhan yang membolehkan  kapal perang Amerika berlabuh di Changi Singapura.

Apabila Obama masuk ke Rumah Puteh  untuk kali kedua pada tahun 2012  - Obama telah mengeluarkan  stratiji yang dipanggil Pivot Asia atau PASAK ASIA

Presiden Obama telah menerangkan dasar Pasak Asia adalah dasar pertahanan Amerika yang baru. Pasak Asia akan memusatkan  3/4 bala tentera Amerika  ke Asia dan Asia Timur. Ini bermakna Amerika akan mengurangkan dan memindahkan  bala tenteranya dari  Timur Tegah dan Eropah. Pasak Asia akan membawa bala tentera laut, darat dan udara Amerika ke Asia dan ke  Asia Tenggara.

Pada ketika ini Amerika mula melihat dan mengintai-intai  kembali pengkalan udara dan laut di Asia Tenggra. Ketika Perang Vietnam   berjalan ( 1961-1975) - Siam dan di Pilipina, dua negara Asean telah menjadi wilayah loncatan Amerika untuk menyerang Vietnam. 

Di Siam Amerika telah menggunakan lapangan terbang Udon dan Korat. Manakala di Pilipina Amerika menggunakan lapangan terbang Clark dan pelabuhan tentera di Subic Bay untuk menyerang VIetnam.

Amerika juga mahu menggunakan kembali pelabuhan tentera laut Cam Ranh di Vietnam.  Amerika dan Vietnam yang  berperang satu ketika dahulu kini telah mula berbaik-baik. Semua ini adalah Pasak Asia.

Tujuan Utama Pasak Asia ini ialah  mengepong  Tanah Besar China.  Amerika menggunakan dua bentuk strateji untuk meminggir dan mengepong China - ekonomi dan tentera. Pertama: dengan ekonomi  melalui Perjanjian TPPA. Kedua: melalui kekuatan tentera melalui Pasak Asia.

China pada ketika ini dilihat oleh Amerika dalam dua kaca mata. Satu segi sebagai rakan niaga yang berpotensi membawa bahaya. Kedua China akan menjadi pesaing dari segi ekonomi dan ketenteraan bukan sahaja di Asia tapi  secara global.

Hakikatnya hari ini China telah menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar sesudah Amerika.  Ekonomi Jepun telah jatuh ke number tiga. China berpotensi untuk menjadi kuasa hegemon yang akan menjadi kuasa imperial menggantikan Amerika.

Dengan pertumbuhan ekonomi dan pasaran yang kuat dan besar China telah mula memperlihatkan keberanian. China sedang memperluaskan pengaruh di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Melalui ekonomi yang kuat China telah  dibaca oleh Amerika  sebagai  mengembangkan sauh mencari tanah jajahan.

Wilayah pertama yang sedang menjadi medan perebutan ialah di Laut China Selatan. Mengikut risikan satelit Amerika , China sedang mendirikan pelabuhan tentera laut yang besar di Pulau Spratly. Wilayah kepuluan ini juga diklim oleh Vietnam, Pilipina dan Malaysia.  Justeru 3 negara ini menjadi penting dalam Pasak Asia dan TPPA.

Dalam persaingan ekonomi antara China dan Amerika ini - dunia sedang melihat munculnya negara-negara BRIC  yang berani bangun untuk menandingi kuasa hegemoni Amerika. BRIC ialah Brazil, Rusia, India,  China dan Afrika Selatan. Negara-negara Bric ini telah menjadi satu kelompok ekonomi yang mendapat sokongan dari  China yang kaya dengan simpanan  dolar.

China juga telah menubuhkan AIIB - Asian Infrastruture Investment Bank dengan pelaburan sebanyak 1 Trilion Yuan. Bank ini berpotensi  untuk menandingi Asian Develppment Bank -  milik Bank Dunia. AIIB ini akan menjadi alternatif  kepada Internatiopnal Monetary Fund.

China juga sedar bahawa Amerika sedang mengepong China melalui TPPA. Justeru untuk memecahkan kepongan itu China telah mewujdukan  RCEP - Regional Comprehensive  Economic Partnership.  Sepuluh negara Asean telah menjadi ahli bersama India,  Korea Selatan,  Jepun, Australia dan New Zealand. Amerika Syarikat TIDAK dijemput.  Sama saperti Amerika tidak menjemput China dalam TPPA.

Jelas - semua ini adalah persaingan yang amat sengit. Grand Finale persaingan ini pastilah perang. Dan Laut China Selatan akan menjadi medan utama. China, Amerika, Malaysia, Pilipina dan Vietnam bukan berebut mencari kerang atau hak memasang lukah. Apa yang direbut di Laut China Selatan bukan ikan pari atau tenggiri tetapi minyak mentah dan gas yang masih tersimpan dalam perut bumi.

TPPA dan Pasak Asia ini adalah strateji berjangka panjang Amerika. Empire Amerika sedang membuat persediaan. Amerika sedar akan potensi BRIC. Amerika juga sedar tentang kerjasama antara Rusia dan China.

Pada satu ketika dahulu - ketika Perang Dingin -  China dan USSR dari blok Sosialis bertelagah tentang idealoji. Mereka bermusuhan dari segi membaca Marx dan Lenin.  Sesudah runtuhnya USSR  kelihatan China dan Rusia menjadi intim. Dua negara ini bukan sahaja membuat perjanjian perniagaan  yang maha besar. Malah China dan Rusia juga membuat perjanjian pertahanan.

PLA - People Liberation Army China telah  memberi kawad hormat di Victory Parade di Red Square Moscow pada May tahun ini. Dalam bulan September  tahun ini  Tentera Merah Rusia telah juga berkawad di Bejing untuk menyambut  ulang tahun ke 70 kemenangan China mengalahkan Jepun.

Di podium ialah Vladimir Putin yang  diapit oleh Presiden China Xi Jinping. Semiotiknya cukup jelas bahawa Rusia dan China kini telah menjadi negara 'abang adik'. Semiotik ini jelas ditujukan kepada Obama dan kuasa imperial Amerika.

Bila Grand Finale ini akan sampai? Mengikut hukum sosial ianya pasti akan sampai.  Tanda-tanda semakin jelas.  Saddam Hussein dibunuh kerana dia meninggalkan dolar. Gadaffy dibunuh kerana dia berniat ingin menggantikan dolar dengan dinar emas. 

Pada hari ini China,  Rusia  dan negara BRIC telah mula meninggal dolar dalam urus beli perniagaan. Tetapi dolar masih diguna pakai lagi. Akan tiba masa apabila Yuan dan Ruble  menjadi ganti dolar maka ketika itu semua akan meledak.

Sayang sekali  Bani Melayu tidak memiliki kesedaran tentang pekara ini. Sayang sekali Tanah Melayu akan dijual kepada koprat Amerika. Sekali lagi Tanah Melayu akan dijajah saperti Portugis datang ke Melaka 500 tahun dahulu. Cuma kali ini penjajah bukan datang dengan kapal perang dan soldadu tapi dengan kertas Perjanjian TPPA. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

----------

PROJEK REMBAT BALAK

Posted: 28 Oct 2015 06:30 AM PDT








PROJEK

REMBAT 

BALAK





Menantu Hadi, anak didik Nik Aziz 'perang' balak

Bekas exco Kelantan  Husam Musa dan menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad menjadikan laman sosial sebagai medan perang terbuka mereka berkenaan isu pembalakan di negeri itu.
Husam yang juga adalah ADUN Salor mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri hari ini yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.
Zaharudin pula melalui posting Facebook menuduh anak didik bekas Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat itu cuba menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan.
"Demi Allah! saya akan lawan Husam selepas ini demi selamatkan Kelantan. Cukup saya melihat Kedah dijatuhkan oleh puak-puak Phahrolrazi dengan fitnahnya.
"Saya menyeru rakyat Kelantan bersama-sama mempertahankan Kelantan," tulisnya.



BiLA

DiN AYAM

REKRUT ALLAH

KAYU BALAK

KELANTAN

HiLANG LESAP


----------------

JATUH LAGI

Posted: 28 Oct 2015 06:00 AM PDT









LAPORAN

LEBAI GOOGLE

HARI INI 

NILAI RINGGIT

JATUH LAGI




US Dollar equals
4.27 Malaysian Ringgit
Chart of exchange rate values over time





Singapore Dollar equals
3.06 Malaysian Ringgit
Chart of exchange rate values over time





----------------

BANI MELAYU KURANG SEDAR

Posted: 28 Oct 2015 05:30 AM PDT








DIBUNGKUS UNTUK DIJUAL
Saya jadi gerun dengan ayat tt "orang melayu sedang diikat dan dibungkus untuk dijual .." Pada kurun yang ke 12 dan 13 .. saya tertarik membaca bagaimana perang diantara islam dan kristian itu melibatkan ratusan ribu askar kedua belah pihak.

Tapi pada 1511 peringgi hanya hantar 1500 tentera untuk berlawan dengan satu negeri melayu yang besar ketika itu. Sekarang ini kita akan dikalahkan tanpa berlawan walaupun dengan saekor tentera musuh .. malah melayu sedang diikat dan dibungkus until dijual macam "kunta-kinte". on PASAK KEPONG DAN KAWAL
panglimo potaseh
at 5:14 PM

BANI MELAYU SULIT
Bani Melayu memang sulit nak sedar, pemimpin2nya sangat korap dan rakyat jelatanya rata2 berfikiran sangat feudal dan agama yg sempit, yakni mereka asyik nak beriman dan beribadah mengikut ajaran aswj, tak mahu ambil kisah isu2 besar seperti yg disentuh pada artikel TT tu.

 Mereka lebih rela bergantung pada kupasan agama bagi menentukan masa depan mereka, dan memang agama tak boleh analisis isu seperti program jahat AS. Bani Melayu terpasung dengan mentaliti feudal dan agama yg tak mungkin boleh membebaskan mereka boleh melihat perspektif sekular dan berpengetahuan bagi melihat daya2 yg membentuk dan mempengaruhi masa depan mereka. on PASAK KEPONG DAN KAWAL
UNCLE RAMLI
at 5:04 PM





------------

LAUT CHINA SELATAN TEGANG

Posted: 28 Oct 2015 12:30 AM PDT






TERKiNI
suasana semakin tegang
di laut china selatan

kepulauan spratly 
yang di klim oleh:
china
pilipina
vietnam
dan malaysia
menjadi wilayah pergolakan

china sedang mendirikan
pengkalan tentera laut
amerika menentang 
perbuatan china ini
amerika membantah
dengan membawa tentera laut

yang direbutkan
ialah minyak dan gas
tersimpan dalam perut laut




US threatens further naval incursions despite furious reaction from China

The US has threatened further naval incursions into waters claimed by China after naval manoeuvres near two artificial islands in the South China Sea prompted an angry rebuke from Beijing.
China summoned the US ambassador to Beijing in protest and accused the US of a "serious provocation" following US naval manoeuvres during which the guided-missile destroyer USS Lassen sailed close to a Chinese artificial island.
But US defense secretary Ash Carter warned on Tuesday that naval operations in the area would continue. "We will fly, sail and operate wherever international law permits," said Carter, during a congressional hearing in which lawmakers claimed the US risked losing credibility with its allies in the region if it did not act.




-----------

HINA PEMIMPIN MELAYU ISLAM LAGI

Posted: 27 Oct 2015 11:18 PM PDT









PROJEK

KAYA RAYA

KOMENTAR
hari ini jumlah
duit rakyat yang di songlap
bukan lagi ratus ribu
bukan lagi juta juta
kini telah masuk
bilion bilion ringgit

semua dilakukan 
atas nama melayu

jika ada batahan
maka china akan disalahkan
jika ada bantahan
siapa membantah 
akan dituduh pengkhianat

NOTA:
saheh masuk peta dunia
sebagai negara paling
paling besar rasuah!




Rafizi dedah skandal hospital UiTM

 | October 27, 2015
Projek itu sepatutnya bernilai RM599 juta tetapi kerajaan dipaksa untuk membayar RM8.2 bilion sekaligus bakal menjadi hospital termahal di Malaysia.





KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan skandal terbaharu kerajaan yang melibatkan pembinaan hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kampus Puncak Alam.
Dia mendakwa kerajaan dalam proses untuk menyerahkan projek itu kepada ahli perniagaan yang ada hubungan rapat dengan UMNO.
Katanya, projek pembinaan hospital itu dijangka menelan belanja RM599 juta tetapi kerajaan menyerahkan projek itu dengan harga RM8.2 bilion.
"Adakah benar kerajaan akan menyerahkan projek pembinaan hosiptal UiTM di Puncak Alam kepada syarikat ini?
"Pembinaan hospital ini berjumlah RM599 juta sahaja tetapi menerusi perjanjian konses itu kerajaan dipaksa untuk membayar RM8.2 bilion," katanya ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada Selasa.
Rafizi mendakwa, syarikat itu terlibat dalam pembinaan UiTM kampus Puncak Alam dan pernah disaman kontraktor.
"Bagaimanapun, saya mendengar desas-desus bahawa Kementerian Kewangan mengarahkan UiTM membayar segala kerosakan kepada kontraktor itu dan bukannya syarikat berkenaan," katanya.
Katanya, jika syarikat itu tidak boleh membina kampus universiti masakan ia diberikan projek membina hospital termahal dan terhebat di Malaysia.
Projek pembinaan hospital UiTM diumumkan oleh Naib Canselor UiTM, Sahol Hamid Abu Bakar pada 2010 yang mampu meletakkan universiti di peta dunia.


KAH KAH KAH
woit
ini fitnah pkr
ini fitnah pembangkang
ini mesti fitnah guan eng
ini mesti fitnah china
ini kerja anwar ibrahim
ini kerja jahat pakatan
ini hina pemimpin melayu 
ini hina raja raja melayu
ini hina islam

RASUAH LAGi


-------------

SOTONG BANYAK KEPALA

Posted: 27 Oct 2015 08:49 PM PDT








LiCIN DARi 

BELUT

KOMENTAR
sejak akhir akhir ini
parti pas makin licin
ada tiga empat kepala
hadi awang satu kepala
tuan ibrahim satu kepala
takiyuddin satu kepala
nik andoh satu kepala
mat serban satu kepala


Adakah Pas mahu tukar kerajaan atau menyokong BN?

 | October 27, 2015
Kenyataan pemimpin- pemimpin tertinggi Pas sering bercanggah dan mengelirukan yang menimbulkan persoalan apakah pendirian sebenar parti itu.






KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) mendesak agar Pas menjelaskan pendirian politik kerana pemimpin parti itu sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan sejak terkuburnya Pakatan Rakyat.
Ahli Jawatankuasa Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin parti Islam itu sering bercanggah antara satu sama lain.
Katanya, kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menyatakan Pas boleh bergerak sendiri bercanggah dengan Timbalan Presidennya,  Tuan Ibrahim Tuan Man yang percaya Pakatan Rakyat masih wujud dan kerjasama itu terjalin diantara Pas dan PKR.
"Itu adalah hak mereka, mereka boleh bersama Barisan Nasional (BN) dan juga boleh bersendiri. Kita minta Pas jelaskan hasrat mereka agar rakyat tidak kecewa.

KAH KAH KAH
woit
memang susang
tak tahung sapang betang
presideng cakang lainyang
timbalang cakang lainyang
setiausang cakang lainyang
canggah satung sama lainyang
kang kang kang

AL - SOTONG
----------------

TOL SAH NAIK

Posted: 27 Oct 2015 08:19 PM PDT






FACE BOOK





-----------------

ENAM PULUH TAHUN DULU

Posted: 27 Oct 2015 07:40 PM PDT






APA YANG


DITULiOLEH


AYN RAND

60 TAHUN 

LAMPAU


MASiH TEPAT


AYN RAND  1905-1982
kelahiran rusis 
  penulis novel
 penulis teater
penulis skrip filem 
dan 
ahli falsafah




-------------

SAEKOR LAGI HASAN MALEK

Posted: 27 Oct 2015 07:12 PM PDT









SEORANG 

LAGi 

HASAN MALiK



Ketua PAC: Ringgit jatuh baik untuk penduduk kampung

Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC)  Hasan Arifin memberitahu Dewan Rakyat bahawa kejatuhan nilai ringgit baik untuk masyarakat luar bandar.
Ini kerana, kata Hasan (BN-Rompin), keadaan itu menyebabkan harga komoditi meningkat.

KAH KAH KAH
woit
kenapa pemakai 
nama hasan semuanya
bebal dan bangang?
apa silapnya dengan hasan?
kenapa semua hasan
mestyi jadi hasan malek
kah kah kah

HASAN MALEK



-------------

Tiada ulasan: