Isnin, 26 Oktober 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BAJET PANCET - AYAM PENYEK

Posted: 26 Oct 2015 07:00 PM PDT



BAJET 2016: KERAJAAN KUTIP GST RM19 SEHARI SETIAP KELUARGA BERBANDING KENAIKAN BR1M 14 SEN SEHARI

JK Ekonomi Pakatan Harapan telah meneliti secara keseluruhan Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Najib Razak pada 23 Oktober 2015 yang lalu. Sementara pimpinan Pakatan Harapan dan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan akan terus memberi maklumbalas mengenai bajet ini, JK Ekonomi Pakatan Harapan yang bertanggungjawab merangka Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan menyifatkan Bajet 2016 ini adalah yang paling teruk pernah dibentangkan oleh Najib Razak.

Kepincangan paling utama Bajet 2016 ini ialah apabila beban membayar hasil kepada kerajaan telah dialihkan kepada rakyat kebiasaan.

Keborosan kerajaan Barisan Nasional mula menjadi-jadi sejak harga minyak mentah naik mendadak sekitar tahun 2005. Peningkatan tersebut menaikkan hasil kerajaan melalui kutipan-kutipan cukai syarikat minyak, cukai petroleum, royalti minyak, cukai tidak langsung ke atas hasil petroleum dan dividen dari PETRONAS. Oleh itu, sejak tahun 2005 wujud pergantungan kepada industry minyak dan gas di negara ini untuk menampung perbelanjaan kerajaan.

Dengan kejatuhan harga minyak mentah, tiba-tiba hasil yang lumayan itu turun mendadak. Kerajaan sendiri menjangkakan bahawa hasil dari sumber petroleum menurun sekitar RM30 bilion dalam tahun 2015 dan telah ditampung oleh kutipan GST. Malangnya, operasi dan kos menguruskan kerajaan telah terbiasa dengan sumber hasil dari petroleum hingga menyebabkan pembaziran dan ketirisan sukar dibendung.

Dalam Bajet 2016, pentadbiran Najib Razak mengalihkan beban membayar hasil ini daripada syarikat-syarikat gergasi minyak kepada rakyat kebiasaan. Lompong hasil sebanyak RM30 bilion ini dijangka akan terus ditampung oleh rakyat kebiasaan yang akan membayar cukai yang lebih tinggi seperti berikut:

Cukai Dibayar Rakyat
Kutipan 2015 (RM Bilion)
Kutipan 2016 (RM Bilion)
Peningkatan
(RM Bilion/%)
GST (dan Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan)

34.5

39.0

4.5 (13%)
Duti eksais (kereta, rokok dan lain-lain)

12.2

12.4

0.2 (2%)
Cukai individu
28.1
30.3
2.2 (8%)
Cukai syarikat
68.3
74.4
6.1 (9%)
Jumlah pertambahan kutipan


156 Bilion

13 Bilion

Ini bermakna, rakyat Malaysia akan membayar sebanyak RM13 bilion cukai tambahan dalam tahun 2016. Jika ini diaggregatkan mengikut isirumah (dengan anggaran 1 keluarga pada puratanya mempunyai 5 orang ahli, bersamaan 6 juta isirumah), setiap keluarga Malaysia pada puratanya membayar cukai sebanyak RM27,857 setahun kepada kerajaan dalam bentuk-bentuk seperti di atas.

Peralihan beban cukai kepada rakyat ini lebih ketara apabila analisa kutipan GST setiap isirumah dibandingkan dengan pengumuman kenaikan BR1M sebanyak RM50.

Sementara kerajaan akan mengutip GST pada puratanya RM19 sehari dari setiap keluarga di negara ini dalam tahun 2016, jumlah kenaikan BR1M sebenarnya hanya 14 sen sehari. 

JK Ekonomi Pakatan Harapan akan terus memberikan analisa perbandingan sebegini setiap hari sepanjang minggu ini. Kupasan pada hari-hari berikutnya bakal menyentuh soal tata kelola ekonomi (governance) dan pemotongan subsidi yang akan menyebabkan kenaikan harga barang mendadak dalam tahun 2016.

Analisa-analisa ini akan dibentangkan dengan lebih panjang lebar di dalam forum belanjawan Pakatan Harapan yang bertajuk "Bajet 2016: Mencetus Atau Mengurus Krisis" pada malam ini (Isnin, 26 Oktober 2015) jam 830 malam di Dewan Himpunan Cina KL Selangor.


RAFIZI RAMLI, AHLI PARLIMEN PANDAN
WONG CHEN, AHLI PARLIMEN KELANA JAYA
KHALID SAMAD, AHLI PARLIMEN SHAH ALAM
LIEW CHIN TONG, AHLI PARLIMEN KLUANG

Bagi pihak
JK EKONOMI PAKATAN HARAPAN






---------------

TERBANG TERBANG TERBANG

Posted: 26 Oct 2015 06:00 PM PDT




ANGGARAN KOS 42 PERJALANAN MENGGUNAKAN JET PERIBADI BARU ACJ320 SEBANYAK RM40.8 JUTA BAGI 6 BULAN

Soalan saya mengenai jumlah perjalanan dan kos yang ditanggung rakyat melibatkan jet peribadi baru ACJ320 telah naik dalam senarai soalan lisan pada hari Khamis 22 Oktober 2015 seperti berikut:


Malangnya, jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Azalina Othman langsung tidak menyentuh perkara-perkara yang ditanya secara khusus. Jawapan yang diberikan adalah seperti berikut:


Satu-satunya maklumat yang diberikan adalah jet peribadi ini telah digunakan sebanyak 42 kali sejak memulakan perkhidmatan dalam bulan April 2015. Ini bermakna, purata perjalanan jet ini adalah sebanyak 7 perjalanan setiap bulan di antara April 2015 hingga September 2015.

Ini bukan kali pertama soalan mengenai perbelanjaan melibatkan jet peribadi yang digunakan pimpinan kerajaan dibawa ke Parlimen. Sebelum ini, kerajaan memberi jawapan mengenai kos yang ditanggung apabila ditanya oleh YB Nga Kor Ming dalam sidang Oktober 2013.

Keengganan Perdana Menteri mendedahkan butiran perjalanan (ke mana dan bagi tujuan apa) serta kos setiap perjalanan menunjukkan beliau tahu maklumat ini akan menimbulkan kemarahan rakyat. Apabila kerajaan enggan mendedahkan maklumat berkepentingan awam kerana melibatkan dana rakyat, ia menggambarkan Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa perbelanjaan itu tidak berhemah sehingga perlu disembunyikan dari rakyat.

Walau bagaimana pun, saya telah mendedahkan sebelum ini bahawa kontrak penyenggaraan, operasi dan pengurusan (OMM) jet ACJ320 pula telah ditetapkan pada RM46 juta setahun. Ini tidak termasuk kos minyak jet dan perbelanjaan khusus bersabit setiap perjalanan yang akan dibayar oleh kerajaan.

Maka, sejak mula beroperasi dalam bulan April 2015, saya menjangkakan kos penyenggaraan, operasi dan pengurusan (OMM) adalah berjumlah RM23 juta. Mengikut rekod kos lawatan luar negara  Najib Razak bagi tahun 2008 hingga 2013, beliau membelanjakan pada purata RM9 juta setahun.

Oleh itu, anggaran saya bahawa kos sewaan, operasi dan perjalanan melibatkan jet ACJ320 sejak mula beroperasi adalah seperti berikut:

1.    Kos sewa jet – RM2.217 juta sebulan, jumlah 6 bulan (April 2015 ke September 2015) adalah RM13.3 juta
2.    Kos penyenggaraan, operasi dan pengurusan (OMM) – RM3.833 juta sebulan, jadi kos bagi 6 bulan adalah RM23 juta
3.    Kos perjalanan luar negara Perdana Menteri (berdasarkan purata tahunan) – dianggarkan RM4.5 juta bagi tempoh setengah tahun

Jumlah perbelanjaan melibatkan jet ACJ320 yang cuba disembunyikan oleh Perdana Menteri dianggarkan RM40.8 juta bagi tempoh 6 bulan dari April 2015 hingga September 2015.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN



--------------

MENUNGGU BERSIH LIMA

Posted: 26 Oct 2015 10:18 AM PDT








Acah 'peperangan' ancam demokrasi

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Ali Rustam telah dilaporkan berkata bahawa pertubuhannya sedia 'berperang' sekiranya dicabar. Kenyataan beliau nampaknya telah mendapat restu Najib Razak.

Malah Perdana Menteri sendiri turut mengisytiharkan silat sebagai benteng pertahanan negara ketiga selepas polis dan angkatan tentera. Deklarasi yang sama turut pernah dinyatakan olehnya sebelum perhimpunan Bersih 2 pada 9 Julai 2011.

Setiap kali berlangsungnya perhimpunan aman yang dilihat sebagai menggugat kedudukan parti pemerintah, kita akan turut melihat bunga-bunga ancaman dan ugutan daripada proksi-proksi ultra Melayu untuk cuba mempertahankan kedudukan kuasa parti pemerintah.

Pendekatan sebegini sewajarnya dikecam dan dihentikan, terutamanya apabila ia menggugat amalan demokrasi yang menjamin hak membantah, serta mengganggu keamanan sejagat dan hubungan antara kaum tanpa sebarang tindak balas undang-undang.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menilai kenyataan Ali Rustam sebagai suatu ancaman serius terhadap keamanan dan demokrasi yang diamalkan dalam negara.

Tidak mungkin sebuah sistem pilihanraya yang adil dan bebas dapat dilaksanakan sekiranya wujud kelompok-kelompok yang bebas mengacah dan mengugut menggunakan kekerasan serta perkelahian secara sesuka hati.

Ugutan sedemikian adalah ancaman kepada demokrasi dan sistem pilihanraya yang bersih serta hak membantah, yang menjadi tuntutan perhimpunan Bersih 4 hujung Ogos lalu.

BERSIH 2.0 justeru menggesa pihak polis untuk menyiasat kenyataan Ali Rustam yang berbaur perkauman tersebut supaya tindakan lanjut dapat diambil.

BERSIH 2.0 menegaskan bahawa kami bersama rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan demokrasi akan terus komited terhadap nilai-nilai tersebut. Manakala mereka yang cuba menjejaskan demokrasi dengan ancaman dan ugutan keganasan pastinya akan terhantar ke bakul sampah sejarah.

Dikeluarkan oleh,

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0









----------

MAKIN GEMPAQ

Posted: 26 Oct 2015 06:39 AM PDT









JENG JENG

INi JUGA

HEBAT DAN

GEMPAQ



Muhyiddin ada hak untuk bercakap, kata Ku Li


Muhyiddin Yassin mempunyai hak untuk bercakap mengenai apa sahaja yang beliau suka dan fikirkan, kata  Tengku Razaleigh Hamzah dalam reaksinya berhubung tindakan bekas timbalan perdana menteri itu yang mengkritik Umno secara terbuka pada sebuah seminar, Sabtu lalu .
"Beliau boleh buat apa sahaja yang beliau suka, dan kata mengikut apa yang beliau fikirkan.
"Hak rakyat untuk menghakimi sama ada perbuatannya itu salah atau betul," kata ahli Parlimen Gua Musang itu ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-ada-hak-untuk-bercakap-kata-ku-li#sthash.aQlcfKBx.dpuf

KAH KAH KAH
woit
calon tetap presiden
telah bersuara
calom tetap piem kita
telah bersuara
apa maknanya
apa dibelakang semua ini
apa semiotiknya
apa yang tersurat
apa yang tersirat
apa yang terkangkang
kah kah kah

BAKAL PiEM
------------

JENG JENG JENG - INI HEBAT

Posted: 26 Oct 2015 05:43 AM PDT








JENG JENG

HEBAT BETUL

GEMPAQ





Siasatan 1MDB belum selesai, jangan ganggu, Pemuda Umno beritahu Putrajaya


Putrajaya dan Umno perlu menunggu tanpa mengganggu siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun  Najib Razak, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Ketua Pemuda Umno itu berkata, ini supaya kredibiliti siasatan terhadap syarikat sarat hutang itu terjamin.
"Ia masih dalam siasatan. SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sedang siasat. Jadi apa yang diminta PM adalah masa.
"Kita Pemuda punya pandangan dalam isu 1MDB ataupun isu RM2.6 bilion.
"Kita tak boleh kata isu itu selesai. Kalau kerajaan kata isu ini selesai atau Umno cakap isu ini dah selesai ada keraguan sebab kita sendiri yang kata tak ada sebarang masalah, jadi kita kena tunggu," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini. – 26 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/siasatan-1mdb-belum-selesai-jangan-ganggu-pemuda-umno-beritahu-putrajaya#sthash.7ceZrSCO.dpuf
KAH KAH KAH
woit
siapa di putrajaya 
yang ganggu siasatan?
siapa? cakap siapa?
malaoan mana?
tok bomoh mana?
kah kah kah
hebat kenyataan anak muda
inilah  cara memimpin
bukan pak angguk
bukan pak sanggup
ini menantu abah
kah kah kah

TERUS LAGi




------------

PENCERAHAN SUNNI & SHIAH

Posted: 26 Oct 2015 04:49 AM PDT






SATU PENCERAHAN
menurut ahli parlimen Iraq, Malaysia adalah negara yg mengharamkan syiah (the only country to ban syiah). tiada negara lain yg menfatwakan demikian.

 Syeikh2 al-azhar sebelum kejatuhan shah iran membenarkan fiqh jakfari ini. Risalah Amman adalah sebuah deklarasi yang diterbitkan pada 9 November 2004 (27 Ramadan 1425 H) oleh Raja Abdullah II bin Al-Hussein dari Jordan yang menyerukan toleransi dan persatuan dalam umat Islam.

 Selanjutnya, sebuah fatwa dengan 3 pasal dikeluarkan oleh 200 Ulama dari lebih 50 negara yang mengangkat masalah: siapa seorang Muslim itu; pengasingan dalam Islam (takfir), dan; dasar-dasar yang berkaitan dengan pengeluaran fatwa. 

Dalam Risalah Aman, Malaysia adalah negara yg menandatangani deklarasi tersebut memfokus kepada: 1.Pengakuan 8 mazhab dan berbagai ilmu mengenai Islam lainnya iaitu:
1.Sunni Hanafi
2.Sunni Hambali 
3.Sunni Maliki 
4.Sunni Syafi'i 
5.Syiah Ja`fari 
6.Syiah Zaydi
7.Ibadi 
8.Zahiri 
1. Melarang penyebutan kafir bagi pengikut ajaran: (i).Ash` 

on ISLAM KE TIDAK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 5:15 PM













-------------

BILA NAK SAMAN?

Posted: 26 Oct 2015 02:56 AM PDT







BILA OH

BiLA?

babab.net/artikel/najib-mahu-saman-ling-liong-sik.html
Translate this page
Tindakan itu diambil susulan kenyataan Liong Sik yang mendakwa Najib mengambil wang rakyat untuk diri sendiri yang disiarkan portal MalayMailOnline pada ...

Najib mahu saman Ling Liong Sik | Free Malaysia Today

www.freemalaysiatoday.com/.../n...
Translate this page
Free Malaysia Today
Oct 6, 2015 - PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Presiden MCA, Tan Sri Dr. Ling Liong Sik .

Najib, Rosmah perlu lalui perbicaraan untuk menang saman fitnah, kata peguam

26 Oct — Najib Razak dan Rosmah Mansor mungkin tidak mendapat penghakiman tanpa perlu melalui perbicaraan dalam kes saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, kata peguam sivil. Mereka berkata terdapat banyak…

KAH KAH KAH

WOiT

BiLA NAK 

SAMAN

LiONG SiK

CAKAP BESAR

NO AKSHEN 

Saman Pm Najib Beri Tempoh 7 Hari Pada Ling Liong Sik ...

babab.net/.../saman-pm-najib-beri-tempoh-7-hari-pad...
Translate this page
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kapasiti peribadi hari ini memberikan tempoh selama tujuh hari kepada bekas Presiden MCA Tun Dr Ling ...

Najib Saman Liong Sik Dan Tuntut Tarik Balik Fitnah

babab.net/.../najib-saman-liong-sik-dan-tuntut-tarik-ba...
Translate this page
Najib tuntut Ling Liong Sik mohon maaf Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menuntut bekas presiden MCA Tun Ling Liong Sik menarik balik dan




--------------

ISLAM KE TIDAK

Posted: 25 Oct 2015 11:38 PM PDT








APA JADi

DENGAN

WARGA iRAN

IRAQ BAHRAi

SYRiA LiBAN

PAKiSTAN

MEREKA

iSLAM KE TAK?




Pengikut Syiah di Selangor akan hadapi tindakan tegas- JAIS
 | October 26, 2015
Individu yang didapati mengamalkan ajaran dan fahaman Syiah boleh didenda atau dihukum penjara.






PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi amaran akan bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja di negeri itu yang terlibat dengan fahaman Syiah kerana ia terbukti menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.
Pengarah JAIS, Haris Kasim berkata, ia selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 17 Oktober 2013 bahawa fahaman berkenaan bercanggah dengan ajaran Islam mengikut pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

KAH KAH KAH
woit
apa hukumnya pengikut
ajaran sunnah wal rasuah
apa padangan jais
apa fatwa jawi
apa fatwa rumi
kah kah kah

TIPU LAGi

-----------------

SIAPA DIA MUSTAPHA MUHAMAD INI?

Posted: 25 Oct 2015 09:09 PM PDT



NOTA
siapa dia mustapha muhamad
berapa buah buku ekonomi
yang dia tulis?
apa teori ekonomi dia?

sila tanya lebai google
dalam 70 saat
nama mustapha hanya naik
208,000 kali

sila tanya lebai google
dalam 48 saat
nama profesor joseph stiglitz
naik lebih dari 4.6 juta

About 4,600,000 results (0.48 seconds) 
Showing results for joseph stiglitz
Search instead for joseph stiglith







"Malaysia akan menjadi "net trade loser" setelah menyertai TPP, di mana perbezaan nilai eskort berbanding import, iaitu imbangan perdagangannya, akan merosot US$17 bilion setiap tahun. Dalam erti kata yang lain, berdasarkan perkiraan ekonomi yang jelas dan mudah, Malaysia akan menjadi lebih teruk dengan TPP."


Mustapa Mohamed
25 Oktober 2015
ALOR SETAR - Syarikat Malaysia berpeluang untuk memasarkan produk mereka ke lebih banyak pasaran jika negara memilih untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP).


KAH KAH KAH

BETULKAN

DULU KEDA
i

ROTI MEKSOM

DI JELi 

KAH KAH KAH


-------------

SEKENTUT SEKENTUT

Posted: 25 Oct 2015 07:58 PM PDT




APA ISi

KANDONGAN

PERJANJiAN

TPPA?





Mustapa Mohamed
25 Oktober 2015
ALOR SETAR - Syarikat Malaysia berpeluang untuk memasarkan produk mereka ke lebih banyak pasaran jika negara memilih untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP).

WOiT

TERANGKAN

DENGAN JELAS

BUKAN CAKAP

SEKENTUT

SEKENTUT


-------------

CADANGAN TERBAIK

Posted: 25 Oct 2015 07:15 PM PDT







TERBAiK!





Exco mahu latih ibu tunggal jadi tukang urut

Kerajaan negeri mahu melatih kira-kira 26,000 ibu tunggal di Terengganu sebagai bidan dan tukang urut kepada golongan wanita di bawah Program Mama Care, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof.

KAH KAH KAH

TERRBAiK

JANGAN

TERHAPPY 

END
iNG

KAH KAH KAH



------------

Tiada ulasan: