Isnin, 19 Oktober 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TANDA DAN MAKNA

Posted: 19 Oct 2015 07:18 PM PDT








TANDA DAN

MAKNA

KOMENTAR
kes ini belum selesai
masih dalam siasatan
tak tahu sapa salah
siapa benar

tapi ada satu pekara
yang wajib diketahui disini
pekara ini ialah tentang
kecekapan PDRM 
menjalankan tugas

PDRM dengan pantas menahan
lelaki yang terlibat
PDRM wajib diberi salut
kerana menjalankan tugas
dengan profesional

yang dipukul seorang bangla
pemilik kereta  mahal
range rover anak tempatan
PDRM tidak ada diskriminasi
menjadi profesional
salut sekali lagi!





Bangla tu memang kurang ajar- pemilik Range Rover

 | October 19, 2015
Dia mendakwa telah menegur pekerja Bangladesh itu secara elok tetapi tidak diendahkan sebaliknya pekerja itu mengelap bahagian dalam bumbung kereta menggunakan kain kotor.






PETALING JAYA: Pemilik kenderaan Range Rover yang memukul pencuci kereta mendakwa pekerja warga Bangladesh kurang ajar dan sengaja mengotorkan keretanya untuk tunjuk tidak puas hati.
Risamuddin Abd Wahab mendakwa, dia telah menegur pekerja Bangladesh secara elok tetapi tidak diendahkan malah pekerja itu mengelap bahagian dalam bumbung keretanya menggunakan kain kotor.



-----------

BANK NEGARA ADA KUASA

Posted: 19 Oct 2015 06:38 PM PDT








BANK NEGARA

ADA KUASA

BiLA NAK 

GUNAKAN?


BNM ada kuasa bawah Akta Perkhidmatan Kewangan untuk ambil tindakan

Bank Negara Malaysia akan mengambil tindakan penguatkuasaan, atau dikenali sebagai tindakan pentadbiran, terhadap pihak yang didapati melanggar atau tidak mematuhi peraturan dan undang-undang di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan.
"Tindakan ini boleh diambil secara serentak, atau secara berasingan dan berbeza daripada, prosiding jenayah yang di bawah kuasa Peguam Negara sepenuhnya."
Bank pusat berkata demikian dalam satu kenyataan untuk menjelaskan mengenai kuasanya untuk menguatkuasa pematuhan terhadap undang-undang pengawalseliaan yang ditadbir BNM.
Oleh itu, berasingan daripada sebarang keputusan mengenai prosiding jenayah, bank pusat itu dibenarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mengambil tindakan entadbiran.
"Ini akan termasuk mengenakan penalti monetari, mengeluarkan arahan pematuhan, memberi bayaran balik (restitution) kepada mana-mana individu yang tidak berpuas hati disebabkan pelanggaran terhadap akta, memberi amaran awam dan persendirian serta arahan, supaya langkah-langkah diambil untuk mengurangkan atau menyelesaikan sesuatu pelanggaran terhadap akta.
"Ini bagi memastikan integriti, dan keyakinan terhadap sistem kewangan negara," menurut bank itu.

KAH KAH KAH
woit
orang ramai dah lama tunggu
orang ramai lama diseksa
orang ramai dah tak tahan
orang ramai nak lihat hasil
aksen mahu lihat
tok veli ezi

BiLA LAGi


--------------

APA DIA RAHSIA TIGA TEE

Posted: 19 Oct 2015 06:00 PM PDT













RAHSIA TIGA TEE


Pada bulan May 2010 yang lalu tanah Keretapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar  termasuk semua tanah laluan KTM di Singapura diberikan  oleh Najib Razak kepada Lee Kuan Yew. 

Bani Melayu terpinga pinga bila membaca berita tanah KTM di Singapura kena rembat. Bani Melayu dilihat amat-amat bodoh.
Dilihat bodoh kerana - parti United Malays National Organisation a.k.a Parti Ketuanan Melayu  yang wujudiah parti ini ialah  berjuang mempertahankan kepentingan Melayu telah bersekongkol dengan Lee Kuan Yew - yang amat jelas Lee ini bukan dari  Bani Melayu. Terbukti dengan licik penuh tipu helah  Lee Kuan Yew telah menggunakan  parti  Ketuanan Melayu  untuk menjadi orang tengah menipu Bani Melayu.

Ketika tulisan ini digarap - sejarah  sedang berulang. Kali ini bukan tanah KTM atau tanah kebun getah di Senaling  yang tergadai tetapi Tanah Melayu... saya ulangi ... Tanah Melayu kita ini sedang dalam proses untuk digadaikan. 

Dalam tulisan saya ini saya menggunakan Tanah Melayu untuk memastikan Bani Melayu ini faham betul-betul apa yang saya cuba sampaikan. Mungkin jika saya menggunakan  perkataan  Malaysia  para Bani Melayu ini  tidak ada rasa sayang dan cinta kepada negara yang dipanggil Malaysia. 

Para pakar kaji masyarakat sering mengatakan bahawa Bani Melayu ini amat rapat, amat sayang dan amat cinta  dengan tanah tempat kelahiran mereka. Kerana itu mereka memanggil tempat tinggal mereka  'tanah dan air'. Tempat itu pula dikaitkan dengan tumpahan darah dimana uri dan tembuni ibu mereka pecah berdarah kekita melahirkan mereka.

Pada ketika saya menggarap tulisan ini  - Tanah Melayu -  tempat pecah uri dan tembuni Bani Melayu sedang dalam perjalanan untuk dijualkan.

Betul kah Tanah Melayu ini hendak dijual?  Atau ini hanya tulisan Hishamuddin Rais yang sentiasa anti kerajaan? Atau tulisan anti China DAP kerana ada nama Lee Kuan Yew disebut? Atau ini hanya tulisan untuk memburukan nama Najib Razak suami kepada Rosmah Mansor? Atau ini tulisan propaganda dari Pakatan Harapan Baru. Atau semua ini hanyalah fitnah dan tohmah.

Ini bukan fitnah. Saya akan buktikan satu persatu untuk memperlihatkan bagaiman Tanah Melayu ini akan dijual. Lima tahun dahulu tanah KTM di Tanjung Pagar terjual. Kini sejarah berulang lagi. 
Sejarah apa yang berulang? 

Untuk memahami apa yang berulang saya akan menyelongkar Tiga Tee. Saya akan cuba membuka Tiga Tee. Apa dia Rahsia Tiga Tee?

Tiga Tee ini ialah:
1- TPPA- Trans-Pacific Partnership Agreement
2- TISA - Trade in Services Agreement
3- TTIP-Translantic Trade Investmnet Partnership

TPPA - ini perjanjian perniagaan 12 buah negara di Lautan Pasifik - saperti Berunai, Singapura, Australia, New Zealand, Chile dan Vietnam - termasuk Tanah Melayu.

TISA -ini perjanjian khidmat perniagaan 23 buah negara-negara Eropah dengan Amerika Syarikat.

TTIP - ini perjanjian perniagaan Negara Kesatuan Eropah dengan Amerika Syarikat.

Tiga Tee ini semuanya ikat berikat dengan kuasa imperial Amerika Syarikat. Semuaya kait berkait. Semuanya sambung bersambung.

Orang ramai - warga Malaysia pasti ada terdengar samar-samar atau terbaca tentang TTPA.  Terdengar tapi tidak tahu buah butir. Tidak jelas dan tidak tuntas.

Saya juga yakin majoriti  warga Malaysia  tidak pernah  terdengar tentang TTIP  dan TISA. Ini boleh difahamkan kerana dua perjanjian ini bukan antara Tanah Melayu dengan Amerika Syarikat. 

Tidak mengetahui  mendalam tentang TTPA ini bukan tanda semua warga Malaysia bebal. Dalam kes TTPA dan Dua  Tee  yang lain memang ada rancangan tersusun agar warga dijadikan bebal dan bangang.
Warga Eropah  - yang dikatakan celik ilmu telah juga gagal mengetahui apa itu TTIP dan TISA. Warga German yang dikatakan bijak dan teliti itu pun gagal mengetahui apa sebenarnya dua perjanjian ini. 

Manakala Bani Melayu yang menjadi kunci arah tujuan negara Malaysia ini semangnya telah  lama dibodoh dan dibangangkan. Bani Melayu disimpan dalam gelap. Projek pembodohan Bani Melayu ini telah berjalan semenjak Hari Malapetaka 31 Ogos 1957 - apabila British meninggalkan Tanah Melayu. 

Jika Bani  Melayu terang, bijak dan berjaya menerima pencerahan maka Bani Melayu  akan berbondong-bondong meninggalka parti United Malays National Organisation. Untuk kesejahteraan Parti Ketuanan Melayu - Bani Melayau wajib terus dibodohkan. Lagi bangang Bani Melayu lagi lama United Malays National Organisation berkuasa. Ini fakta. Ini bukan fitnah.

Untuk menyelongkar Tiga Tee maka mari kita kembali melihat sejarah dunia. Kita wajib mengetahui dari mana asal usul TTPA, TISA dan TTIP. 

Semuanya bermula sesudah  Perang Dunia Kedua. Amerika Syarikat mencampuri Perang Dunia Kedua hanya beberapa tahun sebelum tamat perang - sesudah Pelabuhan Pearl dibom Jepun pada Disember 1941. Perang tamat 1945. Ini bermakna yang rahai dan koyak rabak dalam Perang Dunia Kedua ialah Great Britain - kuasa kolonial ulung sebelum pecah perang.

Selesai Perang Dunia Kedua - kuasa imperial dunia hanya tinggal Amerika  Syarikat - yang juga telah meledakkan Bom Atom. Pax Britannia diganti oleh Pax Americana. Semua rakyat dunia tunduk dibawah kuasa imperial Amerika.

Pada tahun 1947 kuasa  Amerika  tidak ada pencabar. Ketika ini Amerika telah menubuhkan GATT - General Agreement on Tariffs and Trade. Amerika membuat  Perjanjian Bretton Woods untuk mata wang. Amerika  menubuhkan Bank Dunia dan juga IMF - International Monetary Fund untuk menyelia dan mengawal sistem kapitalis dunia.

Semua lembaga-lembaga ini dilakar dan dibentuk dengan tujuan  untuk memastikan kaum pemodal Amerika akan mendapat keuntungan  berganda-ganda dari pelaburan mereka. Lembaga-lembaga ini ialah senjata ampoh untuk menundukkan saingan Amerika - pada ketika  itu Soviet Union.

Selama lebih dari  50 tahun melalui lembaga-lembaga ini imperialis Amerika telah menjajah dunia.  Pada hari ini kita boleh melihat hampir dikesemua  negara dalam dunia ini ada pelaburan Amerika. Jelas, dunia dimiliki oleh syarikat dan kaum pemodal Amerika.

Pada tahun 1995 -  satu lagi lembaga telah ditubuhkan. Kali ini namanya ialah Worlds Trade Organisation - WTO. Satu demi satu negara masuk menjadi ahli. Tanah Melayu menjadi ahli GATT semenjak 1957 dan menjadi ahli WTO semenjak 1995. 

Rusia , China dan banyak negara Dunia Ketiga  yang telah bebas dari kuasa penjajah telah menjadi anggota WTO. Setiap negara ini menjaga kepentingan negara mereka. Dalam masa yang sama politik dunia berubah.  Pembangunan ekonomi telah membawa kepada kesedaran politik dan keyakinan diri.

Negara-negara Dunia Ketiga saperti Afrika Selatan, India , China, dan Brazil - semakin berpengaruh kerana negara ini memiliki ekonomi yang besar.

Datang tahun 2001 - kuasa imperial Amerika melalui WTO telah mengadakan Persidangan Doha. Ini percubaan Amerika untuk memastikan sistem dunia kapitalis dibawah hegemoni Amerika akan terus selamat. Persidangan Doha ini untuk memastikan kaum pemodal antarabangsa yang bekerja sama dengan kaum Zionis International akan terus mendominasi dunia.

Dalam perundingan Persidangan Doha negara Dunia  Ketiga saperti India, Afrika Selatan, Irtan,  Brazil dan China  telah enggan tunduk kepada kepentingan kaum pemodal Amerika.  Dalam masa yang sama negara Kesatuan Eropah juga tidak bersetuju dengan tarif dan subsidi  bahan pertanian.  Hakikatnya Persidagan Doha gagal. Kuasa hegemoni Amerika kini telah ada tentangan.

Amerika mula menyedari bahawa  Amerika sebagai kuasa dunia sedang dilawan oleh negara saperti China, India dan Rusia. Tiga negara ini memiliki potensi kekuatan ekonomi dan militer untuk menundukan kuasa hegemoni Amerika.

Penentang kuasa ekonomi imperialis  Amerika ini dikenali sebagai BRIC - Brazil, Rusia, India dan China. Negara BRIC ini semakin berani dan semakin lantang tuntutan ekonomi mereka.

Pada 2007 China telah menubuhkan SCO - Shanghai Cooperation Agreement.  Dalam tahun 2007  juga Rusia pula menubuhkan Eurasian Economic Union. Persidangan pertama dihadari oleh Belarus dan Kazakhtan. Kini Iran , India dan China juga telah dijemput menjadi pemerhati.

China kini menjadi ekonomi kedua terbesar didunia dan berjaya menggantikan Jepun. Maka pada tahun 2014 China telah menubuhkan AIIB - Asia Infrastructure Investment Bank.  Dengan simpanan dolar yang berbilion-bilon   dengan pantas 53 buah negara telah memasuki AIIB. Penubuhan AIIB ini jelas untuk menandingi  IMF, BANK DUNIA  dan ADB - Asian Developemnt Bank.

Semua yang sedang berlaku  diperhatikan oleh  kaum kapitalis Amerika. Kuasa imperial Amerika sedar bahawa China dan Rusia sedang merancang untuk meninggalkan dolar sebagai mata wang perniagaan dunia. Sadikit demi sadikit perniagaan China dengan  Iran telah  menggunakan Yuan. Manakala  perniagan dua  hala dengan Rusia matawang  Yuan dan Rubel boleh digunakan.

Dolar - kertas hijau - yang menandakan kuasa hegemomi Amerika semakin diketepikan.  Kekuatan dolar terus dipertikaikan. Keyakian kaum pemodal terhadap dolar mula berganjak. Amerika yang berselirat dengan  hutang semakin disangsikan ekonominya.

Justeru secara senyap-senyap Amerika merancang. Secara berahsia Amerika telah mewujudkan Tiga Tee - TPPA untuk Asia, TTIP dan TISA untuk Eropah.

Kenapa saya mengatakan senyap senyap dan berahsia? Ini kerana saya amat  yakin  Tok Pa wakil Malaysia ke persidangan TTPA sendiri TIDAK tahu apa isi butir perjanjian TPPA. Saya juga cukup yakin Najib Razak, Zahid Hamidi ,  Khairy Jamaluddin dan Sharizat Jalil - tidak tahu apa isi kandungan TTPA ini. Tidak ada sesiapa di Tanah Melayu ini tahu bahawa  Tanah milik Melayu ini akan dijual dengan penuh rahsia.

Kalau semua rahsia - siapa yang tahu? Tunggu minggu hadapan.(TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
 




--------------

MAMPOS BADAN!

Posted: 19 Oct 2015 06:18 AM PDT




MAMPOOOOS

BANDA


Masalah jerebu hingga awal 2016, kata pakar


Asap jerebu yang sedang melanda di seluruh Asia Tenggara, berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia, tidak mungkin berakhir tahun ini malah dijangka berterusan hingga tahun depan, menurut pakar Pusat Penyelidikan Perhutanan Antarabangsa. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/masalah-jerebu-hingga-awal-tahun-depan-kata-pakar#sthash.J05G1C34.dpuf


MAMPOOOOS

MANA NAK 

PERGi



----------------

PUPUS BANI MELAYU

Posted: 19 Oct 2015 05:30 AM PDT








OH OH OH!

BANi MELAYU



PERKASA dakwa bank buang 90 peratus pekerja Melayu
PERKASA hari ini mendakwa sebuah bank telah membuang sebahagian besar pekerja bahagian teknologi maklumatnya yang berbangsa Melayu sejak tahun 2008.
Presidennya  Ibrahim Ali berkata, PERKASA mendapat aduan bahawa 298 pekerja sudah dibuang kerja atas alasan prestasi rendah walaupun telah 10 tahun berkhidmat serta ditawarkan skim pencen awal (ERS).

KAH KAH KAH
woiot
ini TPPA belum mula
bila TPPA mula
habis  melayu kena buang
mi spik no inglis
kah kah kah
akan datang pekerja
dari london dan new york
bukan saje mi spik inglis
me also cun bergetah
dan boleh jadi mak entot
anytime kah kah kah

BERGETAH



------------

RINGGIT JATUH LAGI

Posted: 19 Oct 2015 12:45 AM PDT








PETANG iNI

RINGG
iT

JATUH LAG
i



US Dollar equals

4.22 Malaysian Ringgit
Chart of exchange rate values over time






--------------

APA SUDAH JADI?

Posted: 18 Oct 2015 10:49 PM PDT








FACE BOOK

Kurang 200 orang peserta baju merah berdemo di Ampang hari ini. Agak-agak anda apa sebabnya?







-----------------

AYAM SIAM MAKIN MAHAL

Posted: 18 Oct 2015 10:08 PM PDT








LAPORAN 

LEBAi GOOGLE

AYAM SiAM

MAKiN MAHAL






US Dollar equals
4.21 Malaysian Ringgit
Chart of exchange rate values over time





Malaysian Ringgit equals
8.37 Thai Baht
Chart of exchange rate values over time



Ringgit rendah pada awal dagangan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini, diseret oleh sentimen kuat mata wang Amerika, kata seorang peniaga.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/89971

---------------

BANI MELAYU KENA TIPU

Posted: 18 Oct 2015 09:19 PM PDT






BUKAN CiNA

TiPU MELAYU

Rakyat tolak kenyataan menteri
 | October 18, 2015
Ramai yang mendakwa kenyataan Mustapa itu sebagai satu penipuan dan hanya mahu meredakan kemarahan rakyat





PETALING JAYA: Masyarakat didakwa sudah hilang keyakinan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Ia susulan kenyataan Mustapa yang memaklumkan bahawa TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas yang pertama mengiktiraf agenda Bumiputera negara.
Portal Ismaweb melaporkan, di laman sosial Faceboook, ramai yang mendakwa kenyataan Mustapa itu sebagai satu penipuan dan hanya mahu meredakan kemarahan rakyat sedangkan bukti kukuh mengenai perkara itu masih belum ditunjukkan oleh kerajaan

KAH KAH KAH
woit
parti ketuanan melayu
sedang tipu bani melayu
sedang ikat bani melayu
masuk dalam guni
jual bani melayu hidup2
pada peniaga zionis israel

BANMELAYU



--------------

PRODUK BANGI

Posted: 18 Oct 2015 08:39 PM PDT





BERiTA BARU

POiNTER 3.85

DARi UKM



October 18, 2015
Ahmad-Maslan_gst_600
Mereka tidak lagi marah kerana kerajaan manfaatkan cukai tersebut bagi membantu meningkatkan pendapatan More ››


KAH KAH KAH
woit
pointer 3.85 
bukan dari new zealand
kah kah kah
semua kena kelentong
dari UKM 
malaon ni buat master
di UKM
kah kah kah
patutlah ngok
produk bangi 
kah kah kah

MED iN BANGi


--------------

SUDAH KERING AIR

Posted: 18 Oct 2015 07:56 PM PDT







APA KATA

MOHAMAD

AZLiNA?





Jangan politikkan usul undi tidak percaya

KUALA LUMPUR -  Usul undi tidak percaya terhadap Najib Razak yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS), Hee Loy Sian  tidak perlu dipolitikkan khususnya oleh pihak-pihak berkepentingan untuk mengelirukan rakyat

Azalina Othman berkata, dalam persidangan Dewan Rakyat esok, terdapat lima Rang Undang-Undang Kerajaan yang akan melalui bacaan pertama dan harus didahulukan.


KAH KAH KAH
woit
purtan ini cakap apa?
tak mahu dipolitikkan
kah kah kah
purtan ni dah mental ke?
air dah kering ke?
cakap meraban
kah kah kah
woit
semua ini politik
undi tak percaya politik
nak terajang najib politik
hebohkan kes 1MDB politik
parlimen politik 

BiNCAT LAGi

------------

JELMAAN SOTONG KATAK

Posted: 18 Oct 2015 07:23 PM PDT







FACE BOOK




Marang kata wakil rakyat lompat parti macam monyet.Wakakakakakaka....yang kau berpeluk sakan dengan Ibrahim Ali tu apa kejadahnya?Bukan ke dia tu bapak segala katak @ monyet.Memang sah Marang ni dah mereng.



BILA SOTONG 
BERJUMPA KATAK
AKAN MENJELMA
SOTONG KATAK
--------------

Tiada ulasan: