Khamis, 15 Oktober 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TENGKU FRAUD

Posted: 15 Oct 2015 06:47 PM PDT







TENKU FRAUD



Kami tidak mahu sampah macam Saifuddin dalam Umno, kata Ku Nan



Umno tidak akan terjejas dengan tindakan bekas ahli Majlis Tertingginya Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR hari ini kerana beliau sebelum ini tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13, kata  Tengku Adnan Tengku Mansor.
Setiausaha agung Umno itu berkata, PKR dialu-alukan mengambil bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu kerana beliau berpendapat Saifuddin tentunya seseorang yang "bermasalah".
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kami-tidak-mahu-sampah-macam-saifuddin-dalam-umno-kata-ku-nan#sthash.LCw6nuz4.dpuf

dari arkib:


SIAPA TENGKU ADNAN INI 
(harakah daily isnin 17 julai 2006)
Adnan dilahirkan di negeri Melaka (asalnya dari Pahang) pada 20.12.1950 pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502. Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor.
Pada 20.12.1962, ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor juga seperti yang terdapat dalam surat beranak.
Sekali lagi beliau menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada 3.3.1969 ketika beliau berusia 18 tahun, namanya masih lagi kekal dengan nama Adnan bin Mansor.
Tetapi, pada 3.10.1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan binTengku Mansor. Beliau juga telah mengubah nama bapanya dari nama asal Mansor bin Haji Baba kepada Tengku Mansor bin Tengku Haji Baba.
Dengan akuan bersumpahnya, beliau membuat perakuan bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka. Keluarga beliau menurut katanya berasal dari keluarga beraja.Keluarganya adalah keturunan ke 3 daripada golongan Kerabat DiRaja Melaka.
Pada hari yang sama (3.10.1972), Adnan mendapat kad pengenalan yang baru di mana di atas kad pengenalan baru itu tertara nama 'Tengku Adnan bin Tengku Mansor'.
Lebih kurang 2 tahun kemudian, 2.4.1974, bapanya juga mendapatkad pengenalan baru dengan nama baru Tengku Mohammed Mansor bin Tengku Haji Baba dengan identiti kad pengenalan baru bernombor 3983336.
Begitulah dengan mudahnya Adnan menukar identitinya dari orangbiasa berpindah ke identiti baru-seorang berketurunan kesultanan Melaka yang hilang telah takhta akibat kezaliman terhadap rakyat.
Adnan Tengku celup. Bukan Tengku asal dan tulin. Sesiapa sahaja di Malasia ini boleh menukar identiti dengan mudah termasuk untuk mendapatkan kad pengenalan seperti yang diperolehi rakyat asing dengan satu syarat memberi undi kepada UMNO/BN.

-----------

APA DIA RAHSIA TIGA TEE

Posted: 15 Oct 2015 06:00 PM PDT













RAHSIA TIGA TEE


Pada bulan May 2010 yang lalu tanah Keretapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar  termasuk semua tanah laluan KTM di Singapura diberikan  oleh Najib Razak kepada Lee Kuan Yew. 

Bani Melayu terpinga pinga bila membaca berita tanah KTM di Singapura kena rembat. Bani Melayu dilihat amat-amat bodoh.
Dilihat bodoh kerana - parti United Malays National Organisation a.k.a Parti Ketuanan Melayu  yang wujudiah parti ini ialah  berjuang mempertahankan kepentingan Melayu telah bersekongkol dengan Lee Kuan Yew - yang amat jelas Lee ini bukan dari  Bani Melayu. Terbukti dengan licik penuh tipu helah  Lee Kuan Yew telah menggunakan  parti  Ketuanan Melayu  untuk menjadi orang tengah menipu Bani Melayu.

Ketika tulisan ini digarap - sejarah  sedang berulang. Kali ini bukan tanah KTM atau tanah kebun getah di Senaling  yang tergadai tetapi Tanah Melayu... saya ulangi ... Tanah Melayu kita ini sedang dalam proses untuk digadaikan. 

Dalam tulisan saya ini saya menggunakan Tanah Melayu untuk memastikan Bani Melayu ini faham betul-betul apa yang saya cuba sampaikan. Mungkin jika saya menggunakan  perkataan  Malaysia  para Bani Melayu ini  tidak ada rasa sayang dan cinta kepada negara yang dipanggil Malaysia. 

Para pakar kaji masyarakat sering mengatakan bahawa Bani Melayu ini amat rapat, amat sayang dan amat cinta  dengan tanah tempat kelahiran mereka. Kerana itu mereka memanggil tempat tinggal mereka  'tanah dan air'. Tempat itu pula dikaitkan dengan tumpahan darah dimana uri dan tembuni ibu mereka pecah berdarah kekita melahirkan mereka.

Pada ketika saya menggarap tulisan ini  - Tanah Melayu -  tempat pecah uri dan tembuni Bani Melayu sedang dalam perjalanan untuk dijualkan.

Betul kah Tanah Melayu ini hendak dijual?  Atau ini hanya tulisan Hishamuddin Rais yang sentiasa anti kerajaan? Atau tulisan anti China DAP kerana ada nama Lee Kuan Yew disebut? Atau ini hanya tulisan untuk memburukan nama Najib Razak suami kepada Rosmah Mansor? Atau ini tulisan propaganda dari Pakatan Harapan Baru. Atau semua ini hanyalah fitnah dan tohmah.

Ini bukan fitnah. Saya akan buktikan satu persatu untuk memperlihatkan bagaiman Tanah Melayu ini akan dijual. Lima tahun dahulu tanah KTM di Tanjung Pagar terjual. Kini sejarah berulang lagi. 
Sejarah apa yang berulang? 

Untuk memahami apa yang berulang saya akan menyelongkar Tiga Tee. Saya akan cuba membuka Tiga Tee. Apa dia Rahsia Tiga Tee?

Tiga Tee ini ialah:
1- TPPA- Trans-Pacific Partnership Agreement
2- TISA - Trade in Services Agreement
3- TTIP-Translantic Trade Investmnet Partnership

TPPA - ini perjanjian perniagaan 12 buah negara di Lautan Pasifik - saperti Berunai, Singapura, Australia, New Zealand, Chile dan Vietnam - termasuk Tanah Melayu.

TISA -ini perjanjian khidmat perniagaan 23 buah negara-negara Eropah dengan Amerika Syarikat.

TTIP - ini perjanjian perniagaan Negara Kesatuan Eropah dengan Amerika Syarikat.

Tiga Tee ini semuanya ikat berikat dengan kuasa imperial Amerika Syarikat. Semuaya kait berkait. Semuanya sambung bersambung.

Orang ramai - warga Malaysia pasti ada terdengar samar-samar atau terbaca tentang TTPA.  Terdengar tapi tidak tahu buah butir. Tidak jelas dan tidak tuntas.

Saya juga yakin majoriti  warga Malaysia  tidak pernah  terdengar tentang TTIP  dan TISA. Ini boleh difahamkan kerana dua perjanjian ini bukan antara Tanah Melayu dengan Amerika Syarikat. 

Tidak mengetahui  mendalam tentang TTPA ini bukan tanda semua warga Malaysia bebal. Dalam kes TTPA dan Dua  Tee  yang lain memang ada rancangan tersusun agar warga dijadikan bebal dan bangang.
Warga Eropah  - yang dikatakan celik ilmu telah juga gagal mengetahui apa itu TTIP dan TISA. Warga German yang dikatakan bijak dan teliti itu pun gagal mengetahui apa sebenarnya dua perjanjian ini. 

Manakala Bani Melayu yang menjadi kunci arah tujuan negara Malaysia ini semangnya telah  lama dibodoh dan dibangangkan. Bani Melayu disimpan dalam gelap. Projek pembodohan Bani Melayu ini telah berjalan semenjak Hari Malapetaka 31 Ogos 1957 - apabila British meninggalkan Tanah Melayu. 

Jika Bani  Melayu terang, bijak dan berjaya menerima pencerahan maka Bani Melayu  akan berbondong-bondong meninggalka parti United Malays National Organisation. Untuk kesejahteraan Parti Ketuanan Melayu - Bani Melayau wajib terus dibodohkan. Lagi bangang Bani Melayu lagi lama United Malays National Organisation berkuasa. Ini fakta. Ini bukan fitnah.

Untuk menyelongkar Tiga Tee maka mari kita kembali melihat sejarah dunia. Kita wajib mengetahui dari mana asal usul TTPA, TISA dan TTIP. 

Semuanya bermula sesudah  Perang Dunia Kedua. Amerika Syarikat mencampuri Perang Dunia Kedua hanya beberapa tahun sebelum tamat perang - sesudah Pelabuhan Pearl dibom Jepun pada Disember 1941. Perang tamat 1945. Ini bermakna yang rahai dan koyak rabak dalam Perang Dunia Kedua ialah Great Britain - kuasa kolonial ulung sebelum pecah perang.

Selesai Perang Dunia Kedua - kuasa imperial dunia hanya tinggal Amerika  Syarikat - yang juga telah meledakkan Bom Atom. Pax Britannia diganti oleh Pax Americana. Semua rakyat dunia tunduk dibawah kuasa imperial Amerika.

Pada tahun 1947 kuasa  Amerika  tidak ada pencabar. Ketika ini Amerika telah menubuhkan GATT - General Agreement on Tariffs and Trade. Amerika membuat  Perjanjian Bretton Woods untuk mata wang. Amerika  menubuhkan Bank Dunia dan juga IMF - International Monetary Fund untuk menyelia dan mengawal sistem kapitalis dunia.

Semua lembaga-lembaga ini dilakar dan dibentuk dengan tujuan  untuk memastikan kaum pemodal Amerika akan mendapat keuntungan  berganda-ganda dari pelaburan mereka. Lembaga-lembaga ini ialah senjata ampoh untuk menundukkan saingan Amerika - pada ketika  itu Soviet Union.

Selama lebih dari  50 tahun melalui lembaga-lembaga ini imperialis Amerika telah menjajah dunia.  Pada hari ini kita boleh melihat hampir dikesemua  negara dalam dunia ini ada pelaburan Amerika. Jelas, dunia dimiliki oleh syarikat dan kaum pemodal Amerika.

Pada tahun 1995 -  satu lagi lembaga telah ditubuhkan. Kali ini namanya ialah Worlds Trade Organisation - WTO. Satu demi satu negara masuk menjadi ahli. Tanah Melayu menjadi ahli GATT semenjak 1957 dan menjadi ahli WTO semenjak 1995. 

Rusia , China dan banyak negara Dunia Ketiga  yang telah bebas dari kuasa penjajah telah menjadi anggota WTO. Setiap negara ini menjaga kepentingan negara mereka. Dalam masa yang sama politik dunia berubah.  Pembangunan ekonomi telah membawa kepada kesedaran politik dan keyakinan diri.

Negara-negara Dunia Ketiga saperti Afrika Selatan, India , China, dan Brazil - semakin berpengaruh kerana negara ini memiliki ekonomi yang besar.

Datang tahun 2001 - kuasa imperial Amerika melalui WTO telah mengadakan Persidangan Doha. Ini percubaan Amerika untuk memastikan sistem dunia kapitalis dibawah hegemoni Amerika akan terus selamat. Persidangan Doha ini untuk memastikan kaum pemodal antarabangsa yang bekerja sama dengan kaum Zionis International akan terus mendominasi dunia.

Dalam perundingan Persidangan Doha negara Dunia  Ketiga saperti India, Afrika Selatan, Irtan,  Brazil dan China  telah enggan tunduk kepada kepentingan kaum pemodal Amerika.  Dalam masa yang sama negara Kesatuan Eropah juga tidak bersetuju dengan tarif dan subsidi  bahan pertanian.  Hakikatnya Persidagan Doha gagal. Kuasa hegemoni Amerika kini telah ada tentangan.

Amerika mula menyedari bahawa  Amerika sebagai kuasa dunia sedang dilawan oleh negara saperti China, India dan Rusia. Tiga negara ini memiliki potensi kekuatan ekonomi dan militer untuk menundukan kuasa hegemoni Amerika.

Penentang kuasa ekonomi imperialis  Amerika ini dikenali sebagai BRIC - Brazil, Rusia, India dan China. Negara BRIC ini semakin berani dan semakin lantang tuntutan ekonomi mereka.

Pada 2007 China telah menubuhkan SCO - Shanghai Cooperation Agreement.  Dalam tahun 2007  juga Rusia pula menubuhkan Eurasian Economic Union. Persidangan pertama dihadari oleh Belarus dan Kazakhtan. Kini Iran , India dan China juga telah dijemput menjadi pemerhati.

China kini menjadi ekonomi kedua terbesar didunia dan berjaya menggantikan Jepun. Maka pada tahun 2014 China telah menubuhkan AIIB - Asia Infrastructure Investment Bank.  Dengan simpanan dolar yang berbilion-bilon   dengan pantas 53 buah negara telah memasuki AIIB. Penubuhan AIIB ini jelas untuk menandingi  IMF, BANK DUNIA  dan ADB - Asian Developemnt Bank.

Semua yang sedang berlaku  diperhatikan oleh  kaum kapitalis Amerika. Kuasa imperial Amerika sedar bahawa China dan Rusia sedang merancang untuk meninggalkan dolar sebagai mata wang perniagaan dunia. Sadikit demi sadikit perniagaan China dengan  Iran telah  menggunakan Yuan. Manakala  perniagan dua  hala dengan Rusia matawang  Yuan dan Rubel boleh digunakan.

Dolar - kertas hijau - yang menandakan kuasa hegemomi Amerika semakin diketepikan.  Kekuatan dolar terus dipertikaikan. Keyakian kaum pemodal terhadap dolar mula berganjak. Amerika yang berselirat dengan  hutang semakin disangsikan ekonominya.

Justeru secara senyap-senyap Amerika merancang. Secara berahsia Amerika telah mewujudkan Tiga Tee - TPPA untuk Asia, TTIP dan TISA untuk Eropah.

Kenapa saya mengatakan senyap senyap dan berahsia? Ini kerana saya amat  yakin  Tok Pa wakil Malaysia ke persidangan TTPA sendiri TIDAK tahu apa isi butir perjanjian TPPA. Saya juga cukup yakin Najib Razak, Zahid Hamidi ,  Khairy Jamaluddin dan Sharizat Jalil - tidak tahu apa isi kandungan TTPA ini. Tidak ada sesiapa di Tanah Melayu ini tahu bahawa  Tanah milik Melayu ini akan dijual dengan penuh rahsia.

Kalau semua rahsia - siapa yang tahu? Tunggu minggu hadapan.(TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
 




--------------

DIMANA ORANG JAHAT INI

Posted: 15 Oct 2015 12:28 PM PDT







DiMANA

MEREKA LARi

sila perhatikan
gambar dibawah
muka muka ini
sedang dicari
untuk 
membantu siasatan SPRM
kes pecah amanah 45 juta
dalam SRC SDN











------------

IKON BAJU MERAH

Posted: 15 Oct 2015 06:30 AM PDT








                 iKON
 
SATU PROJEK

BESAR LAGI

LUMAYAN



Jamal: Himpunan antikerajaan S'gor diteruskan

Orang kuat disebalik himpunan baju merah pada 16 September lalu, Jamal Mohd Yunus akan meneruskan himpunan antikerajaan Selangor pada 18 Oktober ini.
Malah, ketua Umno bahagian Sungai Besar itu memaklumkan pihaknya kini sedang merancang untuk melakukan siri jelajah di Selangor selama enam bulan, bermula dengan perhimpunan di Ampang, Ahad ini.
Jamal berkata beliau juga telah menghantar notis kepada pihak polis dan meminta pihak berkuasa melakukan kerja mereka- memandangkan beliau hanya mewakili suara rakyat negeri Selangor.

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
enam bulan demo
ini sejarah
mesir hanya satu bulan
hong kong satu bulan
kah kah kah
ini bukan nak buat
guiness book of record
ini guiness stout berbotol2
kah kah kah
macam babgun pekan baru
ada sasaran
ada buruh
ada propaganda
ada massa 
ada rakyat
ada pak sibuk
ada media
dan paling mustahak
bujet mesti ada
kah kah kah
takda bujet semua lungkup

BUJET BERAPA





------------

HANGAT HANGAT TAHI AYAM

Posted: 15 Oct 2015 05:30 AM PDT







SAMPAi

K
iAMAT

TAK AKAN

SAMAN


Peguam tunggu lampu hijau dari Najib untuk saman Liong Sik

Peguam  Najib Razak akan menunggu arahan daripada anak guamnya sebelum memutuskan sama ada untuk memfailkan saman terhadap Tun Dr Ling Liong Sik atas dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap perdana menteri, susulan tamatnya tarikh akhir untuk bekas presiden MCA itu memohon maaf. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-tunggu-lampu-hijau-dari-najib-untuk-saman-liong-sik#sthash.iHZAFF0S.dpuf

HOT HOT

CHiCKEN

SHiT

KAH KAH KAH


----------

ANAK MUDA DAH LAMA TAHU

Posted: 15 Oct 2015 02:30 AM PDT





FACE BOOK




Geng-geng kita dah tahu lama dah aok memang putih didalam sekawan bebudak hitam. Kih kih kih.

: Selamat datang pembangkang dalam kerajaan. Semoga kerusi Temerloh dapat kat aok balik. Kerana sesungguhnya aok jauh lebih baik dari ulama yang memandu Toyota Vellfire itu!

p/s - Kuliah Bangsar Utama.



-----------

SELAMAT SAMPAI

Posted: 15 Oct 2015 01:39 AM PDT









SELAMAT

SAMPAI

Gagal tangani isu 1MDB, RM2.6 bilion dorong saya keluar Umno, kata Saifuddin

Bekas timbalan menteri  Saifuddin Abdullah menyifatkan kegagalan Umno menangani isu berhubung syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion sebagai punca beliau meninggalkan parti tersebut.
Bercakap kepada media selepas penyertaannya secara rasmi ke dalam PKR hari ini, Saifuddin berkata beliau kecewa dengan beberapa keputusan Umno berhubung2 isu tersebut menyebabkan beliau tekad keluar daripada parti utama kaum Melayu itu.
"Cara Umno tangani isu 1MDB dan RM2.6 bilion menyebabkan saya terdetik keluar Umno," katanya di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gagal-tangani-isu-1mdb-rm2.6-bilion-dorong-saya-keluar-umno-kata-saifuddin#sthash.T9AFpxEb.dpuf


KAH KAH KAH
woit
gwa lama sudah cakap
lu salah parti
sekarang lu sedar
gwa sudah bilang
lu orang baik
lu bukan lanun bugis
kah kah kah 
tapi awas lanun
berada  dimana mana
kah kah kah
nanti jangan cakap
gwa tak cakap
kah kah kah

SELAMAT
-------------

KITA TUNGGU DUA BULAN

Posted: 14 Oct 2015 11:09 PM PDT





HARI INI

KHAMiS

15 OKTOBER



Isu 1MDB akan selesai 2 bulan lagi, kata Wahid Omar


Isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan diselesaikan sebelum akhir tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Abdul Wahid Omar.


 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isu-1mdb-akan-selesai-2-bulan-lagi-kata-wahid-omar#sthash.JMkQa26D.dpuf

SATU NEGARA

TUNGGU DUA

BULAN











KES 1MDB

SELESAI PADA

SELASA 

15 DISEMBER







-----------------

SUARA DEMOKRAT

Posted: 14 Oct 2015 09:18 PM PDT







SUARA 

SEORANG

DEM
OKRAT

KOMENTAR
sosok ini seorang demokrat
jujur dan berkata benar
sayang sekali sosok ini
dirampas tugasnya
dari mengepali siasatan
parlimen keatas 1MDB
jika sosok ini meneruskan
siasatan pasti keadaan
negara tidak kacau
saperti hari ini

NOTA
sosok ini dalam
parti yang salah

Mahathir dan lima tokoh lain tidak bersalah

 | October 13, 2015
Enam tokoh itu menggunakan hak mereka untuk berkumpul dan menyuarakan pandangan dan terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian.
KUALA LUMPUR: Tindakan enam tokoh yang diketuai Mahathir Mohamad berkumpul dan mendesak Najib Razak supaya berundur tidak salah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri,  Nur Jazlan Mohamed berkata, enam tokoh itu berhak untuk berkumpul dan menyuarakan pandangan masing-masing.
Katanya, terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian terhadap kenyataan yang dibuat oleh enam tokoh politik UMNO dan MCA itu.
"Itu hak merekalah untuk berkumpul..itu hak dia.. Tetapi terpulang kepada rakyat untuk menilai tindakan mereka itu," katanya.

KAH KAH KAH
woit
bayangkan kalau
sosok ini dalam pakatan
bersama rakyat
sebaris satu saf
bayangkan!

SALAH PARTi



-------------

ADA BERAPA EKOR

Posted: 14 Oct 2015 08:41 PM PDT






ADA BERAPA

EKOR SOTONG


pas-prkasaPas- Perkasa jalin kerjasama





Kerjasama itu bagaimanapun hanya melibatkan isu-isu nasional dan tidak menyentuh kerjasama politik. More


Iskandar-Samad_pas_perkasa_600Pas rugi enggan kerjasama dengan Perkasa







Pas bakal hilang sokongan pengundi Melayu pada PRU14 termasuk undi ahli Perkasa. More ››



SHAH ALAM - Pertemuan antara Pas dan Perkasa sekadar bersependapat dalam isu nasional tanpa niat menjalinkan kerjasama dalam soal politik, kata Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan.


WOIT

dalam parti PAS
ini ada berapa
ekor sotong
saje tanya
jangan marah

KAH KAH KAH




--------------

BILA KATAK JUMPA SOTONG

Posted: 14 Oct 2015 08:03 PM PDT



BiLA KATAK

BERJUMPA


SOTONG


SEMUA KENA

MAKAN



15 Oktober 2015
SHAH ALAM - Pertemuan antara Pas dan Perkasa sekadar bersependapat dalam isu nasional tanpa niat menjalinkan kerjasama dalam soal politik, kata Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan.





KAH KAH KAH
woit
gwa tak cakap
apa apa

NO KOMEN










































-------------

MUHYIDDIN BANGUN MELAWAN

Posted: 14 Oct 2015 07:37 PM PDT









MALiKUL

TAK SEMBAB

DAH MULA

BANGUN 

MELAWAN
 | October 14, 2015
muhyiddin
Beliau tidak mahu ahli UMNO berdiam diri dan bersekongkol dengan petualang negara. More ››
PETALING JAYA : Timbalan Presiden UMNO,  Muhyiddin Yassin menyeru ahli parti itu supaya tidak membiarkan jiwa perjuangan yang mengalir dalam darah dibeli dengan harga murah.
Beliau berkata, setiap pejuang UMNO bertanggungjawab untuk bangkit menentang penyelewengan dan perompakan harta negara oleh pihak-pihak tertentu.


KAH KAH KAH
woit
semua penyokong tunggu
semua penyokong nanti
bila nak melawan perompak
bila nak lawan lanun 
negara dah hancur
takkan terus moyok
takkan terus senyap
cakap nak jadi PIEM
jangan jadi calon tetap
piem malaysia
jangan jadi gua musang
tunggu tahtha jatuh keriba
tak mencecah duli
kah kah kah

LAWAN BRO


-----------

Tiada ulasan: